Jumaat, 10 Januari 2014

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Tiga kampung <b>di Gua Musang</b> dilanda banjir - The Borneo Post Online

Posted: 27 Oct 2013 02:43 PM PDT

GUA MUSANG: Sebanyak 26 rumah yang didiami 100 penduduk di Kampung Batu Papan, Kampung Kundur dan Kampung Pulai di sini ditenggelami banjir awal pagi semalam berikutan hujan lebat sejak kelmarin.

Namun tiada penduduk yang dipindahkan.

Hanya beberapa keluarga yang berpindah ke rumah saudara-mara mereka dan pulang semula sekitar jam 10 pagi selepas banjir surut.

Tinjauan Bernama mendapati sebuah jambatan gantung yang merentangi Sungai Galas turut runtuh dihanyutkan arus sungai.

Manan Mat Saman, 51, berkata beliau menyedari mengenai banjir apabila air sungai di belakang rumahnya melimpahi ke tebing dan memasuki rumahnya kira-kira jam 4 pagi.

Beliau dan isterinya serta lima orang anak mereka terpaksa menumpang di rumah abangnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Rohani Ibrahim, 47, berkata banyak peralatan rumahnya gagal diselamatkan berikutan air naik dengan cepat.

"Saya menyedari kejadian banjir kira-kira jam 6 pagi ketika hendak ke dapur untuk minum air dan ternampak air memenuhi kawasan dapur sebelum saya mengejutkan suami dan anak saya," katanya. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads