Sabtu, 4 Januari 2014

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kelantan bina 487 rumah mampu milik <b>di Gua Musang</b> <b>...</b> - KL Today

Posted: 22 Oct 2013 12:48 AM PDT

KOTA BHARU: Selepas kejayaan membina rumah mampu milik (RMM) di Labok Machang, kerajaan negeri kini sedang merangka bagi membina rumah yang sama di Gua Musang. Program yang membabitkan pihak swasta itu berharga RM43,000 seunit.

Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebanyak 487 buah rumah akan dibina untuk keperluan rakyat khususnya dalam parlimen tersebut.

Beliau ketika ditemui di pejabatnya hari ini, memberitahu kediaman berkenaan akan dibina secepat mungkin bagi memenuhi keperluan rakyat.

Katanya, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya juga akan membina kediaman yang sama di Bukit Gander, Tanah Merah dan Bunut Susu Pasir Mas.

"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya mungkin mencari tapak tapak baru untuk projek perumahan demi untuk kemudahan rakyat," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, hanya 10 orang pemohon yang layak untuk membeli RMM yang dibina di Kampung Labok, Machang.

Katanya, jumlah pemohon melebihi jumlah rumah hanya 24 buah rumah.

Bagaimanapun, jelasnya banyak permohonan terpaksa ditolak memandang pemohon tidak mempunyai syarat yang telah ditetapkan.

"Contohnya mereka telah mempunyai rumah, tempat bekerja begitu jauh jika diukur dari jarak rumah dan lain-lain lagi," katanya.

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads