Isnin, 6 Januari 2014

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


sejarah kawasan <b>jelawat</b>-bachok - kenderaan dan beriadah - Blogger

Posted: 06 Jan 2014 06:10 PM PST





SEJARAH KAWASAN PEKAN JELAWAT-BACHOK

Sejarah
Asal-usul nama Jelawat

Lagenda Jelawat

Pekan Jelawat terletak berhampiran dengan Kampung Mujor dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu, pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat.



Mujur

Mujur, juga dieja sebagai Mujor, ialah salah satu kampung di dalam jajahan Bachok, Kelantan. Pekan yang terdekat dengan Kampung Mujor ialah Pekan Jelawat dan Kampung Rusa. Mengikut cerita yang tak dapat dipastikan kesahihannya, pada zaman dahulu pemburu telah datang ke sebuah tempat untuk memburu binatang. Sebelum memburu, mereka telah berselawat di sebuah kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Kampung Jelawat, sempena nama tempat berselawat. Mereka kemudiannya berjumpa rusa di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kampung Rusa. Mereka telah mengejar rusa tersebut dan dapat menangkapnya di suatu kawasan sebelum hari gelap. Mereka bersyukur dan mengatakan, "Mujur dapat tangkap rusa sebelum malam". Kawasan itu sekarang dikenali sebagai Mujor.

Mujor adalah 30 kilometer dari Kota Bharu dan 7 kilometer dari Bachok. Kebanyakan pelancong, sama ada pelancong luar atau pelancong tempatan, yang ingin ke Tok Bali, iaitu salah satu pusat perikanan dan pusat peranginan yang paling terkenal di negeri Kelantan, mempunyai dua laluan, iaitu Jalan Kampung Kandis dan Jalan Beris Lalang. Dengan meggunakan Jalan Beris Lalang, pelancong akan melepasi Kampung Mujor, Kampung Alor Pulai, dan Kampung Beris Lalang. Dari Kampung Mujor ke Tok Bali mengambil masa selama 30 minit. Pemburu juga telah memburu badak di kampung Badak, dan badak yang tercedera itu kemudiannya telah ditemui di sebuah tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Badak Mati.

AM
Jelawat terletak di daerah Bachok. Jumlah penduduk yang layak mengundi di Dun tersebut pada Pilihanraya Umum 12 ialah 21, 624 orang.  Pentabiran peringkat Daerah ia diketuai oleh empat orang penggawa, iaitu Penggawa Gunong, Penggawa Mahligai, Penggawa Telong dan Penggawa Bekelam.
Dun Jelawat mempunyai 20 orang penghulu. Antaranya ialah:-
   
                                1.Penghulu Beris lalang
                                2.Penghulu Alor Bakat
                                3. Penghulu Bakong
                                4.Penghulu Beoh
                                5.Penghulu Kuchelong
                                6.Penghulu Jelawat
                                7.Penghulu Teratak Pulau
                                8.Penghulu Tepus
                                9.Penghulu Gunong
                                10.Penghulu keting
                                11.penghulu telaga ara
                                12.penghulu permatang pasir
                                13.penghulu surau bator
                                14.penghulu kolam
                                15.penghulu serdang
                                16.penghulu mahligai
                                17. penghulu pak badol
                                18.penghulu kubang berulat
                                19.penghulu kubang telaga
                                20.penghulu seneng

Jelawat mempunyai 17 buah masjid. Dan antara kemudahan asas yang lain ialah sebanyak 10  buah Sekolah Kebangsaaan,  Sekolah Menengah Kebangsaan 4 buah, Sekolah Menengah Ugama (A) dua buah, dan Sekolah Tahfiz Swasta sebanyak 3 buah.

Mukim Dalam Jajahan Bachok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads