Rabu, 29 Januari 2014

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


KalongNET - Blog Rasmi SMK Pangkal Kalong: Parlimen <b>Ketereh</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2014 08:10 AM PST

KOTA BHARU - Parlimen Ketereh akan dibangunkan menjadi sebuah pusat koridor ilmu, kata Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata cadangan untuk menjadikan parlimen itu sebagai pusat perkembangan ilmu sejajar dengan keperluan pendidikan semasa yang semakin meningkat.

"Beberapa institusi pengajian akan dibangunkan tidak lama lagi di sini antaranya Kolej Ulul Albab di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kok Lanas, Pusat GiatMara Prima di DUN Melor dan Kolej Mara di Dun Kadok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Politeknik Kota Baharu (PKB) Sport Festival 2014 di sini, hari ini.  

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata pembinaan Kolej Ulul Albab dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta manakala Pusat GiatMara Prima dijangka sebanyak RM10 juta.

"Kami juga memerlukan penambahan beberapa sekolah menengah antaranya masing-masing sebuah sekolah menengah di Kok Lanas dan Ketereh bagi menampung penambahan penduduk," katanya.

Annuar berkata Ketereh akan dijadikan pusat perhubungan bagi perkhidmatan pengangkutan awam bas Mara Liner untuk penduduk setempat.

"Mara Liner akan menyediakan perkhidmatan bas di kawasan Ketereh sehingga Machang serta beberapa laluan di sekitarnya dan ia juga melibatkan beberapa kawasan tumpuan seperti Kem Desa Pahlawan dan Politeknik untuk kemudahan orang ramai," katanya. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads