Jumaat, 24 Januari 2014

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


CELAH GELEGAR: POLIS: Kematian Pelajar Sekolah <b>di Kok Lanas</b> <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2013 06:41 PM PST

[SH] KOTA BHARU – Hasil bedah siasat lengkap oleh pakar forensik ke atas mayat seorang remaja lelaki ditemui tergantung dalam sebuah bilik air asrama di sebuah sekolah di Kok Lanas Jumaat lalu, mendapati punca kematian tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya tidak menjumpai sebarang benda atau senjata merbahaya di lokasi kejadian malah tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa yang menunjukkan pelajar tersebut bergelut atau diserang.

Menurutnya, pemeriksaan luaran dan dalaman juga tidak terdapat sebarang kecederaan atau penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

"Setakat ini polis tidak mengesyaki ada elemen atau unsur-unsur jenayah berlaku, namun siasatan masih diteruskan melalui Laporan Mati Mengejut (LLM).

"Pihak polis turut meminta orang ramai atau sesiapa yang mempunyai maklumat untuk dimaklumkan kepada polis dalam kadar segera dan identiti pemberi maklumat akan dirashsiakan," katanya kepada Sinar Harian.

Azham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus dalam laman sosial yang mendakwa mangsa mungkin dibunuh kemudian digantung dalam bilik air ketika kejadian tersebut berlaku.

Dalam pada itu, Azham turut meminta mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mengelirukan orang ramai terutamanya keluarga mangsa.

"Jangan buat sebarang spekulasi, serahkan kepada pihak berkuasa (polis) untuk jalankan siasatan," katanya.

Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan misteri bau busuk dalam tandas sebuah sekolah dekat Kok Lanas terbongkar apabila penyelia asrama terbabit, menemui mayat seorang pelajar dalam keadaan tergantung dengan kain pelekat dalam tandas yang berkunci. -15/12/13

Sebelum ini tersebar di laman sosial dakwaan yang mengaitkan kematian pelajar ini dengan unsur jenayah. Dakwaan itu termasuklah kesan tikaman pada tubuh arwah yang dikatakan penyebab kematiannya. Kenyataan polis di atas menjawab dakwaan yang tersebar meluas di laman sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads