Isnin, 13 Januari 2014

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


15 sekolah <b>di Pasir Mas</b> ditutup akibat banjir – Bernama | Himpunan <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2014 03:10 AM PST


KOTA BHARU: Sebanyak 15 sekolah di jajahan Pasir Mas terpaksa ditutup hari ini akibat banjir.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Setol; SK Kok Pauh; SK Kubang Kua; SK Kampung Baru; SK Gual To Deh; SK Seri Rantau Panjang 1; SK Seri Rantau Panjang 2; SK Rantau Panjang; SK Gual Sintok; SK Gual Tinggi; SK Kampung Rahmat; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram; SABK Diniah Bonggor; dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon.

Hussain berkata sebanyak 6,799 murid dan 569 guru terlibat dengan penutupan sekolah-sekolah berkenaan.

Beliau berkata sekolah berkenaan akan beroperasi semula apabila keadaan banjir pulih.

"Kami sentiasa mendapatkan perkembangan keadaan semasa banjir di setiap sekolah daripada setiap Pejabat Pelajaran Daerah dari semasa ke semasa dan apabila keadaan dilaporkan pulih sepenuhnya sekolah terbabit akan dibuka semula," katanya dalam kenyataan di sini.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads