Selasa, 7 Januari 2014

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir <b>di Rantau Panjang</b>, Kelantan <b>...</b>

Posted: 08 Dec 2013 03:05 AM PST

Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir di Rantau Panjang, Kelantan 
7 December 2013 

Hari ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di kawasan Rantau Panjang, Kelantan. 

Turut hadir untuk misi ini ialah Yb ustaz Ahmad Marzuk Shaary dan Yb Siti Zailah Mohd Yusuf Misi kali ini juga di sertai oleh beberapa NGO lain termasuk Pemuda Pas Bachok dan unit Amal Bachok, AMK Kelantan, Doktor Papisma, NGO R, dan Ambang 13. 

9 buah kenderaan telah berkonvoi ke Rantau Panjang dengan membawa bantuan bekalan makanan untuk di bahagikan kepada mangsa banjir. Misi pada kali ini mendapat sumbangan dari pihak NGO dan orang ramai.

Berikut merupakan kronologi Misi Bantuan kepada Mangsa Banjir Di Rantau Panjang, Kelantan.

12.00 tengahari : Semua NGO yang terlibat berkumpul di hadapan petronas Wakaf Che yeh sebelum meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Sebanyak 9 buah kenderaan berkonvoi menyertai misi bantuan kepada mangsa banjir di Rantau Panjang.

2.00 petang : Selepas solat zohor berjemaah kami meneruskan perjalanan dan singgah di salah sebuah pusat pemindahan mangsa banjir di SK Gual Tinggi. Seramai 550 orang mangsa di tempatkan di sini. Menurut salah seorang mangsa yang tinggal di Jalan Sekolah Cina, rumahnya dinaiki air sehingga paras dada.

3.00 petang : Misi kami meneruskan perjalanan ke kawasan lain yang juga mengalami masalah banjir. Destinasi kami adalah Kg Banggol Kulim. Walaupun paras air telah surut sedikit tetapi penduduk di sini masih memerlukan bantuan bekalan makanan kerana ada di antara mereka yang masih sukar untuk keluar mendapatkan bekalan makanan.

5.00 petang : Misi selesai apabila barang telah diagihkan kepada mangsa yang memerlukan. Semua NGO memulakan perjalanan pulang dan bersurai.

Misi pada kali ini merupakan misi bantuan banjir sepertimana yang dilakukan oleh SAMM Pahang, SAMM Terengganu dan lain2. InsyaAllah misi seperti ini akan menyusul di atas inisiatif dan sumbangan dari orang ramai. SAMM Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua NGO yang turut terlibat pada misi kali ini dan kepada orang awam yang memberikan sumbangan. Bagi yang ingin memberikan sumbangan sila salurkan sumbangan anda kepada akaun (Maybank) Solidariti Anak Muda 5550 4111 3224 (sila sms makluman kepada 012-6937908).

Nadia Syazneen 
Pengarah Propaganda SAMM Kelantan

Solidariti Anak Muda Malaysia

[BERGAMBAR] Kebakaran Besar <b>Di Rantau Panjang</b>, 60 Kedai Zon <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 09:03 PM PST


Rantau Panjang: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam kebakaran pada kira-kira 11.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata jentera bomba bersama 33 anggota yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam.

"Bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air pili bomba berdekatan tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Abdul Jalil berkata kesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak.

"Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak," katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Terdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah.

Tinjauan BERNAMA mendapati rata-rata peniaga mengetahui kedai mereka terbakar kira-kira setengah jam kebakaran terjadi.

Seorang peniaga, Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah.

"Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu melihat kedai milik kami musnah sama sekali," katanya.

Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depan apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu.

"Saya dah berniaga 15 tahun dan sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga," katanya. -astroawani

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Illa Shanahila: Kebakaran <b>di</b> Pasar <b>Rantau Panjang</b> Novel Dan <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 06:19 PM PST

Assalamualaikum!

Baru aje raya lepas illa pergi sana, beli belah apa yang ada. Tapi hari ni buka aje FB dah ramai yang share berita kebakaran dekat Pasar Rantau Panjang ni.

Katanya kebakaran ni mula pada pukul 1pagi dan mengakibatkan lebih dari 60 lebih kedai! Innalillah. Apa-apapun, harap semua peniaga yang terlibat tiada yang tercedera.

Meh sama-sama doakan agar mereka tabah dengan ujian ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads