Sabtu, 4 Januari 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Lelaki Bertopeng Rompak Kedai Runcit <b>Di Tanah Merah</b>…Guna M-16!

Posted: 30 Dec 2013 11:46 PM PST

TANAH MERAH – Dua penjenayah bertopeng dengan seorang daripadanya bersenjatakan rifal M-16 nekad melakukan rompakan ala koboi di sebuah kedai runcit di bandar Tanah Merah apabila melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk di dalam kedai berkenaan, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, dua penjenayah terbabit hanya melarikan RM300 yang diambil daripada mesin wang di dalam kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam kedai dan kedai dijaga dua pekerja lelaki serta wanita.

"Dua lelaki bertopeng masuk ke dalam kedai dengan seorang daripadanya bersenjatakan M-16 terus melepaskan satu das tembakan ke arah peti sejuk berhampiran kaunter bayaran sebelum menunggu di pintu masuk kedai.

"Seorang lagi penjenayah yang bersenjatakan parang mengacukan senjata itu di bahu seorang pekerja wanita yang menjaga kaunter bayaran. Dia kemudian mengambil wang di mesin wang sebanyak RM300 sebelum kedua-dua penjenayah itu terus melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Menurut Mazlan, selepas menerima laporan kejadian itu, sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan Ops Cantas Khas mengesan kereta suspek di kedai makan kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

"Ketika anggota polis menghampiri kereta suspek, tiba-tiba tiga lelaki yang sedang minum di kedai makan berhampiran melarikan diri. Seorang suspek berjaya ditahan, manakala dua lagi melarikan diri.

"Lelaki yang ditahan berusia 51 tahun dan berasal dari Rantau Panjang. Senjata M-16 digunakan ditemui di tempat duduk belakang kereta dan dua lagi suspek yang dipercayai melarikan diri ke Kampung Bukit tebu kini sedang diburu," katanya. – Harian Metro

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads