Sabtu, 4 Januari 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Kerajaan <b>Negeri Di</b> Selangor, Penang & <b>Kelantan</b> Umum Langkah <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2014 04:30 AM PST

Photo: #gilingRakyat : mehhh kita TURUN ke Penang!!!!
kereta Menteri Besar Kelantan

Langkah kerajaan mengumumkan garis panduan berjimat cermat menjelang tahun baru 2014 merupakan satu usaha pro-aktif bagi mengurangkan perbelanjaan operasi pentadbiran.

11 langkah tersebut termasuk pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.

Perkara ini sudahpun diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 bahawa kerajaan akan sentiasa memantau perbelanjaan serta pengurusan kewangan negara supaya tidak berlaku pembaziran atau ketirisan.

Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;

kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan

permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian feasibiliti.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Juga penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan akan dikurangkan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan

mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Kesemua 11 langkah yang diumumkan perdana menteri sudah tentu akan menjimatkan sejumlah wang yang besar yang boleh disalurkan kepada projek-projek yang berorientasikan rakyat.

Pengumuman Datuk Seri Najib bukanlah disebabkan tekanan pihak pembangkang yang menganjurkan perhimpunan 'turun harga' bagi menggulingkan kerajaan.

Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah sebut yang mungkin perit pada pandangan kakitangan kerajaan yang selama ini menikmati pelbagai kemudahan.

Tetapi dalam keadaan ketidaktentuan iklim ekonomi yang semakin mencabar serta sistem kewangan dunia Barat yang dilihat goyah dan lemah, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik.

Jaringan keselamatan sosial negara perlu dipastikan tidak terkesan dengan teruk akibat suasana muram ekonomi global.

Pengorbanan harus dilakukan oleh semua pihak termasuk sektor awam, pihak swasta dan juga semua lapisan rakyat.

Pada ketika inilah rakyat perlu ada semangat patriotik dan cintakan negara serta sanggup menanggung sedikit kesusahan untuk tempoh yang singkat sementara ekonomi dunia pulih kembali.

Jika rakyat tidak sabar dan mudah sangat termakan dengan fitnah dan tohmahan pembangkang keadaan mungkin akan menjadi bertambah sulit bagi mereka terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Tanggapan kerajaan bankrap atau kehabisan wang yang sengaja direka-reka oleh pihak pembangkang sebenarnya menunjukkan mereka sudah terdesak dan kehabisan modal.

Umpamanya usaha mereka unuk mengumpulkan tandatangan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan langsung tidak mendapat sambutan.

Realitinya rakyat secara keseluruhan faham dan akur rasional disebalik beberapa tindakan mengukuhkan lagi fondasi ekonomi negara.

Ini termasuklah mengurangkan subsidi minyak petrol sebanyak 20 sen, menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan kadar cukai pintu di Kuala Lumpur, serta cadangan kenaikan kadar tol lebuhraya dan taril elektrik.

Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang hanya menunjukkan kesan negatif daripada langkah-langkah tersebut tetapi tidak menjelaskan kedudukan sebenar isu-isu tersebut.

Pembangkang melihat isu kenaikan harga barangan serta perkhidmatan sebagai peluang terbaik untuk terus menyerang dan menggulingkan kerajaan.

Tidak masuk akal untuk menggulingkan sebuah kerajaan yang pertamanya dipilih melalui proses demokrasi yang adil dan telus.

Jika tidak mengapa akhirnya pemimpin-pemimpin pembangkang terakur dan menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 dan beria-iya mengangkat sumpah jawatan di Parlimen?

Jika benar mereka menolak kemenangan Barisan Nasional mengapa tidak boikot sahaja majlis angkat sumpah tersebut dan biarkan kerusi mereka kosong dan biarkan pilihan raya kecil diadakan semula di kawasan masing-masing?

Pembangkang hanya pandai bermain kata-kata untuk menghasut rakyat tetapi apabila keadaan menjadi kucar kacir dan huru hara mereka akan membasuh tangan dan menuding kesalahan kepada pihak lain.

Itulah sikap dan wajah sebenar pembangkang yang perlu difahami oleh rakyat agar negara yang aman, tentera, dan stabil ini terus dinikmati untuk selamanya.

Mengambil tindakan melampau yang tidak rasional dan tidak berasaskan fakta dan kenyataan sebenar adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab makah boleh ditakrifkan sebagai pengkianatan terhadap negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads