Jumaat, 28 Februari 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Terengganu rampas puncak liga, Titans muram <b>di Kota Bharu</b> <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2014 05:58 PM PST

Aksi Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu yang menyaksikan tuan rumah menang 2-0 dan berada di tangga teratas Liga Super.

Terengganu merampas takhta liga selepas mempamerkan aksi kelas tersendiri menumpaskan jiran tertangga Pahang dengan kemenangan selesa 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi. Sebaik wisel permulaan dimulakan, skuad Peteh melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat yang menyaksikan posisi serangan diketuai oleh Penyerang Terbaik Malaysia 2013 Norfarhan Muhammad.

Pemain tengah kreatif Terengganu Mario Klarovic membuka tirai jaringan tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan percuma yang diambil dari luar kotak penalti pada minit ke 20 dalam separuh masa pertama menerjah jaring Pahang. Gol tersebut memberi semangat kepada anak buah Haji Abdul Rahman Ibrahim untuk terus mengasak dan terus mencipta beberapa peluang terbaik tetapi gagal disudahkan dengan berkesan oleh pemain sayap kiri Ashari Samsuddin.

Dibantu sorakan lebih 10,000 penyokong tuan rumah, kapten Penyu Ismail Faruqi Ashaari menambah derita pasukan tok gajah apabila menambah jaringan kedua selepas menyudahkan peluang pada minit ke 69 sekaligus memberi 3 mata berharga kepada pasukan Terengganu. Namun pujian harus diberikan kepada penjaga gol Pahang Azhan yang banyak menyelamatkan percubaan bahaya Penyu. Selepas ini Terengganu bakal menentang Selangor untuk aksi keenam Liga Super, 8 Mac depan.

Satu lagi wakil Terengganu, T-Team pulang hampa selepas tewas kepada Kelantan 0-3 di Kota Bharu. Jaringan Kelantan disumbangkan oleh Mohammad Ghadar, Shawky dan Badri Radzi.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads