Selasa, 11 Februari 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


sekadar pandangan: <b>MELAKA</b> BUAT MACAM MACAM

Posted: 06 Feb 2014 06:54 PM PST



Dalam minggu pertama Januari 2014 ini, Kerajaan Negeri Melaka dan agensinya mengumumkan banyak rancangan dan arahan.
KM Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah mengarahkan yang setiap ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajib mendaftar  sekurang kurangnya 100 oang sebagai pendaftar undi baru. Penulis merasa 100 orang pendaftar undi baru setiap ahli PBT setahun. Penulis faham memang sukar untuk mencari ahli UMNO / komponen BN yang baru dan berdaftar dengan SPR. Dengan arahan ini, ia merupakan salah satu KPI untuk ahli PBT. Penulis amat bersetuju dengan arahan baru ini. Ramai sangat orang suka menjadi ahli PBT tetapi malas buat kerja. Seterusnya jika mahu pengiktirafan dan `esteem' diri serta di hormati orang ramai, kena kerja kuat turun padang. Yang baiknya, ia menjadikan hanya orang yang `rajin' sahaja memohon menjadi ahli PBT. Yang malas akan menjauhkan diri menjadi ahli PBT. Senang sedikit kerja KM Melaka untuk mempertimbangkan jawatan ahli PBT.
Penulis ada mencadangkan keadah mencari ahli UMNO yang baru. Sebelum ini, Puteri UMNO Melaka juga bercakap benda yang sama. Setiap cawangan di arah merekruit ahli baru. Penulis harap Pengerusi Penambahan Ahli Baru Pusat (tidak pasti nama yang betul) membuat pengumuman statistik jumlah ahli baru mengikut Negeri dan Bahagian serta Cawangan. Lagi detail lagi bagus. Penulis tidak mahu, contohnya, Parlimen/UMNO Bahagian Tangga Baru sahaja yang mendapat nama baik, tetapi Cawangan UMNO Cheng Baru (contohnya) yang berada di dalam DUN Paya Rumput Parlimen Tangga Batu tidak mendapat penghormatan. UMNO kena mengembirakan ahli dan cawangan yang kerja kuat.
Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk membina sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa berkapasiti tinggi. Penulis menyokong penuh pembinaan sebuah pelabuhan di Melaka cuma kita kena tahu samada ia dikendalikan oleh swasta atau kerajaan. Penulis merasa was was jika Pelabuhan dibina di Pulau Melaka, lebih lebih lagi diuruskan oleh swasta. Pendek cerita, jika benar, ia akan menguntungkan pihak tertentu sahaja iaitu `pemonopoli projek pelancongan Melaka'. Bagaimanapun kita semua kena sokong jika pihak swasta ingin membangunkan kawasan Pulau Melaka dan sebagai pulangan kepada Kerajaan, pelabuhan tersebut di serahkan kepada kerajaan.
Diumumkan juga Melaka mensasarkan RM5.5 bilion pelaburan baru tahun 2014. Negara manakah sasaran pelabur luar negara tahun ini? Jepun atau Singapura atau China? Sektor berteknologi tinggi atau sederhana atau hartanah? Kawasan Perindustrian Pilihan? Jumlah Peluang Perkerjaan? Penulis kurang pasti samada Datuk Seri Mohd Ali Rustam masih menjadi Pengerusi MTEN Melaka. Boleh ke beliau melapangkan masa mengetuai misi pelaburan dengan kesibukan bertugas di Dewan Negara (senatorship) dan Pengerusi PUNB?. Seperkara lagi faktor Bahasa Inggeris boleh membataskan pergerakan Datuk Seri di luar negara.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pula meniru (tidak salah meniru yang baik) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  untuk mewujudkan sudut muzik jalanan. Penulis ucapkan syabas kepada MBMB kerana memberikan ruang dan penghormatan kepada pengiat seni. Di KL, ia menjadi salah satu produk pelancongan. Kalau boleh jangan kenakan sewa langsung. Diharap lebih ramai bakat seni dapat dipertengahkan.
Sementara itu, MBMB belum lagi mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat kedai kereta terpakai di deratan rumah kedai Maybank, Pizza Hut dan BSN di Cheng. Sehingga hari ini, peniaga kereta ini masih meletak kereta jualan beliau di ruang letak kereta. Beliau menjadikan ruang letak kereta sebagai ruang niaga beliau tanpa membayar tiket meletak kereta. Mungkin sepanjang 8 jam beroperasi, beliau hanya membayar 1 jam sepetak sehari. Peniaga ini mengunapakai 6-8 ruang letak kereta secara percuma. Penulis sudah menulis 3 kali isu ini tetapi MBMB tidak mengambil tindakan. Gurauan kawan kawan Pro Pakatan Rakyat yang makan minum di gerai berhampiran berkata Datuk Bandar MBMB (tinggal di dalam kawasan Cheng juga) ada syer di dalam perniagaan kedai kereta terpakai itu. Penulis rasa tidak betul cerita tersebut. Suatu hari, apabila Akta `Kecuaian' yang bakal disyorkan oleh  SPRM berkuasa kuat, Datuk Bandar boleh didakwa kerana cuai atau membiarkan MBMB mengalami kerugian. Bila lah hendak ditukar atau pencen Datuk Bandar ini? Penulisan terdahulu:-
http://nasirwise.blogspot.com/2013/12/majlis-bandaraya-terus-kaw-tin-dengan_16.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/petugas-parking-majlis-perbandaran-main.html
Dalam pada itu, penulis terserempak dengan seorang pengkuatkuasa parking bermoto yang bernama Aziz, yang sedang mengeluarkan saman keatas sebuah kereta, berhadapan dengan Restoran Nasi Kandar Penang Utara . Penulis menasihati beliau agar mengeluarkan saman juga keatas kereta kereta yang dipamer oleh pekedai kereta terpakai. Abang Aziz kata beliau tahu mengenai perkara itu.
Namun selepas minum, penulis balik rumah melalui kedai tersebut dan di dapati kesemua kereta (sebelum itu hanya 2 daripada 7 kereta sahaja yang mempamerkan tiket) ada sekeping tiket terletak atas cermin. Penulis tahu tiket tersebut adalah untuk 1 jam sekeping. Mana mungkin 1 keping tiket untuk 8 jam. Harap harap SPRM dapat membuat tinjauan ke tempat ini dan mendakwa mereka yang `mencuri' dan pegawai MBMB yang kurang cekap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads