Rabu, 19 Februari 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Dasar Berkebajikan <b>negeri</b> wajar dicontohi Swasta <b>di Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 05:57 PM PST

Oleh : Hasnan Yahya

Dr Zaini ( berjaket Hitam ) bertukar dokumen Perjanjian Persefahaman dengan Mudir Maahad Tahfizul Quran Mohd Mahyuddin

KOTA BHARU : – Dasar Berkebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan wajar dicontohi oleh mana-mana syarikat yang berkemampuan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Sehubungan itu Syarikat Perabut Ukiran Jati milik sepenuhnya bumiputera yang beroperasi di Wakaf Che Yeh telah mengambil langkah terbaik dengan berhasrat menyumbangkan sejumlah 5 peratus hasil jualan bulanan kepada sebuah Pusat Tahfiz Al-Quran iaitu Maahad Tahfizul Quran Al-Ikhlas bertempat di Wakaf Zin Tawang Bachok.

Menurut Pemilik Syarikat Dr.Zaini Jamaludin hasrat untuk membantu Maahad Tahfiz tersebut adalah kerana ingin melihat umat Islam berjaya dalam pelbagai bidang pendidikan dunia dan akhirat.

" Dengan berkonsepkan Membeli Sambil Menyumbang, orang ramai yang datang membeli perabut jati di kedai saya secara tidak langsung turut menyumbang kepada Maahad Tahfiz tersebut kerana hasil belian mereka akan ditolak 5 peratus kepada pembiayaan pelajar Tahfiz dan ini merupakan sedekah jariah mereka juga" ujar beliau.

Zaini ditemui media selepas menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Perabut Ukiran Jati dengan Maahad Tahfizul Quran Al-Ikhlas yang diwakili oleh Mudir Ustaz Mohd Muhyiddin Mat Isa.

Zaini juga berkata dalam tempoh 6 bulan pertama bermula Febuari  ini sumbangan tersebut akan disalurkan terus dan ia akan dikaji semula selepas berakhir tempoh tersebut.

Sementara itu, Zaini juga berharap langkah beliau untuk membantu Maahad Tahfiz Al- Quran ini mendapat sokongan sepenuhnya dari orang ramai kerana semakin tinggi jualan bulanan semakin tinggilah hasil yang akan diperolehi Maahad tersebut.

Sementara itu Mudir Mohd Muhyiddin Mat Isa ketika ditemui berkata langkah pihak syarikat swasta yang ingin menyalurkan sumbangan tersebut amat dihargai dan diharap menjadi contoh kepada tokoh-tokoh korporat lain.

Mohd Muhyiddin berkata sehingga kini seramai 50 pelajar lelaki sedang mengikuti pengajian Tahfiz tersebut yang telah beroperasi lebih 14 tahun lalu di tapak seluas  1 ½ ekar milik perseorangan dan kos perbelanjaan bulanan mencecah RM5000 sebulan.

Mohd Muhyiddin berkata mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan derma bolehlah berbuat demikian di Akaun Maybank 153083119539 atas nama Maahad Tahfizul Quran Al-Ikhlas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads