Khamis, 27 Mac 2014

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Mar 2014 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PASPB: PERBALAHAN DALAMAN PAS <b>KELANTAN</b>!!! BN bentang <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 07:06 PM PDT



KOTA BHARU: Empat bulan selepas kerajaan BN membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat, pilihan raya negeri Kelantan diadakan pada 11 Mac 1978 sehingga membawa tumbangnya kerajaan PAS.

"Ketika darurat ada bangsal polis dibakar, bakar tayar dan macam-macam lagi, kemudian kerajaan BN isytihar Mageran di Kelantan," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 19 Oktober 1977 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat biar pun mendapat bantahan wakil-wakil rakyat PAS dan DAP.

Perintah di bawah Mageran di Kelantan diisytiharkan pada 8 November 1977, kemudian pada 11 Mac 1978 diadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang berkuasa sejak 1959.

Mursyidul Am PAS itu berkata, Mageran adalah peraturan jahat yang dibuat pemimpin Umno selepas mereka berjaya mencetus perbalahan dalaman PAS.



"Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan.

"Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar.

Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan.

"Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama.

"Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads