Jumaat, 21 Mac 2014

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gua musang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kian Ming desak KPN ambil tindakan serius salah guna kuasa <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 10:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat terperinci aduan keganasan polis terhadap tiga Orang Asal dari Gua Musang, baru-baru ini.

Beliau berkata, segala pertuduhan terhadap tiga Orang Asal Temiar iaitu Itam Ajang, Rahman Uda dan Anes Akai harus digugurkan jika polis terbabit didapati bersalah bertindak tidak profesional, sekaligus mencemar nama baik pasukan keselamatan itu.

"Penahanan tiga individu itu sangat tidak adil kerana mereka sebenarnya yang menjadi mangsa serangan ganas dan rampasan tanah adat oleh All Green Agritech Sdn Bhd.

"Ini jelas merupakan satu persendaan peringkat tertinggi terhadap keadilan apabila mangsa serangan ganas pula yang dituduh atas kesalahan jenayah. Apakah polis Gua Musang membuat cubaan 'membalas dendam' kepada mereka kerana membuat laporan salah guna kuasa di Bukit Aman.

"Kejadian ini juga dipertikaikan mengenai kemampuan polis Gua Musang untuk melindungi penduduk Orang Asal Temiar di Kampung Tauhu, Lojing, kaitan mereka dengan syarikat dan majikan pekerja asing yang melakukan serangan," katanya dalam kenyataan.

Pada 26 Februari lalu, enam Orang Asal Temiar di Lojing diserang oleh kira-kira 40 hingga 100 pekerja asing Myanmar ketika dalam perjalanan ke mesyuarat kampung. Dua daripada mereka iaitu Itam dan Rahman, cedera teruk membabitkan 7 dan 15 jahitan, manakala motosikal milik Anes dirosakkan dengan jentolak.

Ketiga-tiga mangsa keesokannya membuat laporan di Balai Polis Daerah Gua Musang, namun diberitahu supaya menyelesaikan perkara itu dengan majikan pekerja asing itu. Mereka juga diminta menerima pampasan RM500 daripada majikan terbabit.

Polis juga meminta mereka mengatakan bahawa kecederaan yang dialami adalah akibat jatuh motosikal kerana berada dalam keadaan mabuk.

Selang beberapa hari, 5 Mac lalu, enam Orang Asal itu termasuk mangsa dengan bantuan Majlis Peguam membuat aduan di Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Empat hari berselang, tiga daripada mereka ditahan dan direman di Balai Polis Gua Musang untuk siasatan menerusi Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Kemudian pada 11 Mac lalu, mereka didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang mengikut Seksyen 148 dan mengaku tidak bersalah. Hakim menetapkan ikat jamin RM2,000 setiap seorang. Namun, sehingga semalam, mereka tidak dapat mengepos wang jaminan kerana tidak mempunyai akses dana mencukupi. -Roketkini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads