Rabu, 5 Mac 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Bersiar-siar <b>di</b> Taman Tengku Anis <b>Kota Bharu</b> - CutiKelantan.com

Posted: 27 Feb 2014 08:03 PM PST

Kebetulan pada waktu petang baru-baru ini, saya berkesempatan bersantai di Taman Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Sudah agak lama tidak ke sini. Kali terakhir seingat saya pada tahun 2004 di mana waktu itu ia baru sahaja dibuka.

Pintu Utama Taman Tengku Anis

Pintu Utama Taman Tengku Anis

Taman Tengku Anis ini merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu. Kira-kira 5Km dari pusat bandar Kota Bharu. Berdekatan dengan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Kelantan (JKKN) dan juga berhampiran Tutti Frutti di Queens Park Boulevard.

Apa yang istimewa di taman ini? Jom kita bersiar-siar dan lihat apa yang terdapat di sini.

peta taman

Peta Taman Tengku Anis

taman tengku anis  hiasan

Dekorasi Laman

taman permainan kanak kanak

Taman Permainan Kanak-Kanak

notis taman permainan

Notis di Taman Permainan Kanak-Kanak

jogging taman tengku anis

Aktiviti jogging – Memang sesuai mengeluarkan peluh di sini

laman taman tengku anis

Persekitaran nyaman di waktu petang

padang taman

Kawasan lapang

taman tema air kanak kanak

Taman tema air untuk kanak-kanak

kolam mandi kanak kanak taman tengku anis

Salah satu kolam mandi di taman ini

zoo mini

Terdapat Taman Rusa, Burung, Ayam dan Merak

taman rusa makan

Aktiviti keluarga dengan memberi rusa makan

taman rusa

Pengujung cilik bagi rusa makan

taman burung

Taman Burung

menara taman tengku anis

Menara yang terdapat di taman ini. Cantik.

Keluarga ini sedang menikmati masa petang dengan bermain permainan.

Keluarga ini sedang menikmati waktu petang bersama.

Dekorasi laman yang sering dijadikan fotografi outdoor

Dekorasi laman yang sering dijadikan fotografi 'outdoor' seperti perkahwinan dan keluarga

gerai taman tengku anis

Gerai jualan goreng-goreng dan minuman. Bolehlah hilangkan dahaga sesudah jogging

tutti frutti taman tengku anis

Tutti Frutti di seberang jalan. Kebetulan tutup sebab cuti am.

uga antara tarikan terbaru. Kereta Kuda yang boleh disewa di Taman Tengku Anis.

Juga antara tarikan terbaru. Kereta Kuda yang boleh disewa di Taman Tengku Anis.

Memandangkan hari sudah senja, ramai yang sudah beransur pulang. Apapun, Taman Tengku Anis ini lokasi sesuai untuk beriadah dan beristirehat bersama keluarga terutamanya di waktu petang pada hujung minggu. Juga sesuai membawa anak-anak bermain di sini dan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Keluar peluh, badan dan otak pun sihat. Cuti sekolah nanti, saya akan ke sini lagi jika berkesempatan.

KEMUDAHAN TAMAN TENGKU ANIS

  1. Taman Permainan Kanak-Kanak
  2. Kereta Kuda
  3. Kolam mandi kanak-kanak
  4. Trek Jogging
  5. Tandas
  6. Zoo mini

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI SINI

  1. Beriadah (Jogging, aktiviti bebas)
  2. Anak-anak boleh mandi di kolam
  3. Fotografi
  4. Melawat Zoo mini
  5. Berkelah / Picnic / Potluck

PETA TAMAN TENGKU ANIS

Anda mungkin menggemari artikel lain percutian di Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads