Jumaat, 7 Mac 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


<b>Melaka</b> Gateway Dibangun Ikut Perancangan - MYNEWSHUB.MY <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2014 10:32 PM PST


MELAKA – Kerajaan Melaka yakin pembangunan Melaka Gateway di Pulau Melaka bernilai RM40 bilion yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 7 Feb lepas akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd diyakini mampu membangun dan menarik pelabur dalam projek berkenaan.

"Kerajaan negeri melihat harapan dan cita-cita besar syarikat ini (KAJ Development) untuk membangunkan Pulau Melaka dan kita tidak boleh menafikannya.

"Setiap kali ada pihak nak datang melabur, kalau kita kata tidak boleh dilaksanakan, apa akan jadi pada masa depan negeri Melaka," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) mengenai keyakinan kerajaan terhadap pelaksanaan projek tersebut pada persidangan pertama, penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini.

Menurut Idris projek berkenaan juga mendapat sokongan kerajaan pusat dan telah diangkat sebagai projek nasional meskipun syarikat yang mengendalikannya dikatakan tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2010.

Idris berkata lima syarikat asing dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan China telah menyatakan minat untuk melabur dalam projek berkenaan.

Terdahulu, menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) mengenai perincian tapak pembangunan tersebut, Idris berkata ia melibatkan pembangunan tiga pulau baharu buatan manusia dengan beberapa komponen termasuk Terminal Kapal Persiaran dan Feri Antarabangsa Melaka, Melaka Gateway Marina dan 'International Designer Street'.

Beliau berkata projek di kawasan seluas 246 hektar tersebut dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pelancong sebulan dan memberikan 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Melaka selain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Pulau Melaka.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Idris berkata Melaka Gateway akan menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri Melaka dalam merealisasikan pembangunan tersebut.

"Ini akan menjadi cabaran kepada kita untuk membuktikan kepada pihak yang berasa ragu dengan projek ini bahawa mereka silap," katanya. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

Melaka Gateway Dibangun Ikut Perancanganhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Melaka-Gateway-Dibangun-Ikut-Perancangan.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Melaka-Gateway-Dibangun-Ikut-Perancangan-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

MELAKA - Kerajaan Melaka yakin pembangunan Melaka Gateway di Pulau Melaka bernilai RM40 bilion yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 7 Feb lepas akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd diyakini mampu membangun...

MELAKA - Kerajaan Melaka yakin pembangunan Melaka Gateway di Pulau Melaka bernilai RM40 bilion yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 7 Feb lepas akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Ketua Menterinya Datuk Seri Idris Haron berkata syarikat pemaju Melaka Gateway, KAJ Development Sdn Bhd diyakini mampu membangun dan menarik pelabur dalam projek berkenaan. "Kerajaan negeri melihat harapan dan cita-cita besar syarikat ini (KAJ Development) untuk membangunkan Pulau Melaka dan kita tidak boleh menafikannya. "Setiap kali ada pihak nak datang melabur, kalau kita kata tidak boleh dilaksanakan, apa akan jadi pada masa depan negeri Melaka," katanya ketika menjawab soalan tambahan Tey Kok Kiew (DAP-Banda Hilir) mengenai keyakinan kerajaan terhadap pelaksanaan projek tersebut pada persidangan pertama, penggal kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di sini, hari ini. Menurut Idris projek berkenaan juga mendapat sokongan kerajaan pusat dan telah diangkat sebagai projek nasional meskipun syarikat yang mengendalikannya dikatakan tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2010. Idris berkata lima syarikat asing dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan China telah menyatakan minat untuk melabur dalam projek berkenaan. Terdahulu, menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) mengenai perincian tapak pembangunan tersebut, Idris berkata ia melibatkan pembangunan tiga pulau baharu buatan manusia dengan beberapa komponen termasuk Terminal Kapal Persiaran dan Feri Antarabangsa Melaka, Melaka Gateway Marina dan 'International Designer Street'. Beliau berkata projek di kawasan seluas 246 hektar tersebut dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 pelancong sebulan dan memberikan 15,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk Melaka selain bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di kawasan sekitar Pulau Melaka. Dalam sidang akhbar selepas itu, Idris berkata Melaka Gateway akan menjadi satu cabaran kepada kerajaan negeri Melaka dalam merealisasikan pembangunan tersebut. "Ini akan menjadi cabaran kepada kita untuk membuktikan kepada pihak yang berasa ragu dengan projek ini bahawa mereka silap," katanya. - BERNAMA