Khamis, 6 Mac 2014

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


UMNO terus komited majukan <b>Tanah Merah</b> - Utusan Online

Posted: 22 Feb 2014 10:35 AM PST

Ikmal Hisham Abdul Aziz (duduk empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir selepas menyampaikan sumbangan angpau dalam Majlis Mesra Rakyat Tahun Baharu Cina dan Penyampaian Ang Pau kepada Warga Emas dan Pelajar Kaum Cina dan Siam Parlimen Tanah Merah di Tanah Merah, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/IRWAN MAJID

TANAH MERAH 22 Feb. - UMNO Bahagian Tanah Merah akan terus fokus membawa pembangunan di Parlimen tersebut, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di kawasan itu.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Parlimen itu merupakan kawasan kedua terbesar di Kelantan dan UMNO akan terus berusaha keras dalam membantu membawa kemajuan setanding dengan daerah besar lain.

"Kita kini dalam perancangan membina sebuah pasar baharu di Gual Ipoh serta menaik taraf Pasar Tanah Merah selain meneruskan usaha membawa pembangunan di kawasan ini.

"Tanah Merah merupakan bandar kedua terbesar di negeri ini, sebab itu saya akan berusaha keras membawa kemajuan di kawasan ini sekali gus membalas kepercayaan pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Mesra Rakyat Tahun Baharu Cina dan Penyampaian Angpau kepada Warga Emas dan Pelajar Kaum Cina dan Siam Parlimen Tanah Merah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Cheng di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Ikmal Hisham turut menyampaikan sumbangan angpau kepada kira-kira 2,000 orang terdiri daripada warga emas dan pelajar di kawasan berkenaan.

Majlis yang dianjurkan MCA Bahagian Tanah Merah itu turut dihadiri Ketuanya, Lai Yuen Meng; Ketua UMNO bahagian, Mohd. Almidi Jaafar dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Dayang Saniah Awang Hamid.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis tersebut, Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah berkata, majlis itu diadakan bagi meraikan penduduk pelbagai kaum di kawasan itu dan ia menjadi amalan sejak dahulu lagi.

"Kita juga akan terus membantu tidak kira latar belakang, fahaman politik atau kaum. Kebajikan mereka (penduduk) akan terus dijaga," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads