Ahad, 30 Mac 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 01:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 01:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Royalti: Surat Terbuka Kepada Kerajaan <b>Negeri Kelantan</b> - MiLo <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 12:25 AM PST

Aktivis: Kelantan tak minat lagi isu royalti?

Sikap terkini kerajaan Kelantan bawah pentadbiran baru Datuk Ahmad Yaakob terhadap perjuangan menuntut royalti minyak mula dipersoal aktivis negeri.

Ini ekoran timbulnya khabar angin bahawa Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat lagi meneruskan saman berhubung tuntutan bayaran itu di mahkamah.

Perkara itu dinyatakan dalam surat terbuka seorang penggerak Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Petrolium ke Negeri Kelantan (ROYALTI), NGO paling terkedepan dengan tuntutan itu.

Mohd Fauzi Azmi hari ini membangkitkan beberapa perkara, antaranya, hampir setahun setengah, Kelantan masih belum mengemukakan rayuan terhadap prosiding tuntutan itu.

"Adakah kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan prosiding saman tuntutan royalti negeri Kelantan terhadap Petronas atau ia masih dalam perbincangan?" soalnya.

Beliau malah menuntut kerajaan negeri menafikan perkara itu secara rasmi jika ia tidak benar.

"Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan sebuah himpunan rakyat secara besar-besaran di negeri kelantan sekiranya pihak kerajaan negeri Kelantan mengambil sikap 'berdiam diri' atau memberi jawapan yang 'tidak memuaskan hati' rakyat negeri Kelantan," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Fauzi juga berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa pengeluaran terbaru petroleum bermula secara rasmi pada 31 Januari lalu di Medan Damar, Block PM-303.

Menurut Fauzi, jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

"Adakah pihak kerajaan negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan di atas, yang kami fikir sangat-sangat berguna dan wajib dimasukkan sekali didalam tuntutan tersebut? - mkini

Royalti - Surat Terbuka Kepada Kerajaan Negeri Kelantan 

Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Hari ini kami ingin mendedahkan beberapa perkara dan juga melahirkan kekecewaan kami diatas kelemahan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan didalam usaha Menuntut Hak Royalti hasil Petrolium Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Persekutuan.

Beberapa minggu lepas, kami telah mendedahkan didalam Facebook Pages ROYALTI berkenaan Pengeluaran terbaru Petrolium di Perairan Negeri Kelantan yang telah bermula secara rasmi pada 31hb. Januari, 2014 di Medan Damar dalam Block PM-303 yang jaraknya hanya 109 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

Kami tidak pasti apakah Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan yang di Pengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan; Dato' Ahmad Yakob mempunyai maklumat tentang ini ataupun tidak.

Sekiranya tiada, elok kami ambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat berkenaan.

Pembangunan dalam Medan Damar pada masa ini diusahakan bersama (Joint Venture) oleh ExxonMobil Exploration and Production Berhad dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd.

Bermula pada 31hb. Januari, 2014 Medan Damar, pada kedalaman 52-56 meter melalui Pelantar Damar-A telah mula membuat pengeluaran Gas dan juga Kondensat dan apabila sampai tempoh matang (dijangka pada tahun 2016), pengeluaran akan mencapai tahap Maksima dan dijangka mencecah antara 190 sehingga 200 Mscfd (Million standard cubic feet per day) bagi Gas manakala bagi pengeluaran Kondensat pula dijangka mencecah ke tahap maksima sebanyak 170 Kbpd (Kilo barrels per day).

Perlu diketahui juga bahawa dibawah Medan Damar, terdapat sejumlah 16 buah Telaga yang akan mengeluarkan hasil Petrolium secara berperingkat mengikut jadual.

Kesemua hasil Gas dari telaga tersebut akan dinaikkan ke Pelantar Damar-A kemudian disalurkan melalui Pipeline sepanjang 22 kolimeter ke Pelantar Lawit-A untuk kerja-kerja Pemprosesan sebelum dihantar ke Kerteh manakala hasil Kondensat pula akan dihantar ke Pelantar Jerneh-A selepas diproses.

Dianggarkan bahawa Medan Damar menyimpan sebanyak 801 GCF (Giga Cubic Feet) Petrolium (Gas dan Kondensat) dan simpanan Petrolium tersebut akan habis pada tahun 2027.

Itu adalah serba sedikit maklumat yang agak lengkap berkenaan pengeluaran di Medan Damar.

Disini juga kami inginkan mempersoalkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkenaan beberapa perkara.

Kali terakhir Kes Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan dibicarakan di Mahkamah ialah pada 3hb. Oktober, 2012. Dalam Perbicaraan tersebut, Mahkamah telah memutuskan untuk membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan membuat Rayuan di Mahkamah Tinggi Rayuan bagi meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan terhadap PETRONAS.

1: Selepas 1 tahun, 4 bulan, apakah Status Tuntutan tersebut..?

2: Adakah Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan Prosiding Saman Tuntutan Royalti Negeri Kelantan terhadap PETRONAS atau ianya "Masih Dalam Perbincangan"..?

3: Apakah Status terkini & langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petrolium Negeri Kelantan berkenaan Tuntutan tersebut..?

4: Berapa lama lagi masa yang perlu diambil oleh Pihak yang berkenaan untuk meneruskan Tuntutan Hak Rakyat Negeri Kelantan..?

5: Adakah pihak Kerajaan Negeri Kelantan mempunyai maklumat-maklumat seperti yang didedahkan diatas yang kami fikir sangat-sangat berguna dan WAJIB dimasukkan sekali didalam Tuntutan tersebut..?

Kami juga ada mendengar "Khabar Angin" (kami percaya ianya tidak benar) yang mengatakan bahawa "kemungkinan" Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan tidak berminat untuk meneruskan Saman Tuntutan tersebut dan berhasrat untuk MENARIK BALIK Saman Tuntutan Royalti Kelantan di Mahkamah.

Sekiranya "Khabar Angin" ini TIDAK BENAR, mohon pihak Kerajaan Negeri Kelantan membuat Penafian SECARA RASMI disamping menjawab 5 persoalan yang telah kami kemukakan diatas.

Perlu juga diingatkan bahawa faktor kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Parti Islam Se-Malaysia (walaupun kehilangan beberapa kerusi DUN) di Negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-13 adalah berpunca dari Semangat dan Iltizam Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya Anak Kelantan di Perantauan (Pengundi Luar) yang teruja melihat kesungguhan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS yang Komited dalam usaha Tuntutan Hak Royalti Negeri Kelantan yang sekian lama dinafikan oleh PETRONAS melalui Kerajaan Pusat.

Mohon dinyatakan PENDIRIAN RASMI Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan isu yang dibangkitkan dan mohon juga diberi penjelasan kepada kami para penyokong Pakatan Rakyat terutama Parti Islam Se-Malaysia di Negeri Kelantan dan juga Majoriti Rakyat Negeri Kelantan supaya kami tidak lagi berada dalam keadaan "tertanya-tanya" dan "tertunggu-tunggu".

Kami tidak teragak-agak untuk menggembleng tenaga menggerakkan 1 HIMPUNAN RAKYAT SECARA BESAR-BESARAN di Negeri Kelantan sekiranya pihak Kerajaan Negeri Kelantan mengambil sikap "BERDIAM DIRI" atau memberi jawapan yang "TIDAK MEMUASKAN HATI" Rakyat Negeri Kelantan.

Sekian, Wassalam

Mohd.Fauzi Mohd.Azmi @ Topeng Perak Unmasked

Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan <b>Negeri Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2014 09:28 PM PST


Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Februari 2014 Terkini :

  • Penolong Pegawai Pertanian G27
  • Penolong Pegawai Veterinar G27
Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Februari 2014

Akaun FB Murtad <b>Di Kelantan</b> , Kerajaan <b>Negeri</b> PAS <b>...</b> - UtaraNews

Posted: 27 Feb 2014 10:54 AM PST

Dah heboh di semua saluran media tentang akaun FB murtad yang telah mencemarkan kesucian agama Islam di Malaysia.Akaun yang menggunakan nama "Murtad In Kelantan - MIK" bukan sahaja mencemarkan kesucian Islam tetapi turut menghina kitab Al-Quran selain mengeji Nabi Muhammad dan Allah SWT.

Ekoran daripada tindakan keji tersebut maka Jabatan Mufti Kelantan telah pun mengeluarkan kenyataannya yang di petik daripada sinaronline seperti berikut ,

KOTA BHARU - Jabatan Mufti Kelantan menyelar pihak yang menghina Islam, menerusi Facebook Murtads In Pantai Timur dan Murtads in Kelantan-MIK.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan memaparkan kenyataan mengutuk Islam dan Nabi Muhammad SAW itu boleh mencetuskan persengketaan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

Justeru, Mohamad Shukri meminta masyarakat, tanpa mengira fahaman, tidak menggunakan media untuk menghuru-harakan keharmonian.

"Kita tak tahu siapa pemilik akaun (Facebook) itu. Mungkin bukan daripada kalangan orang Islam.

"Kalau yang buat begitu orang Islam, saya minta dia segera bertaubat," katanya kepada Sinar Harian semalam ketika mengulas penyebaran penghinaan Islam menerusi Facebook.

Sehingga kini banyak pihak telah tampil mengutuk serta menuntut satu siasatan di jalankan oleh pihak berwajib bagi memastikan tindakan menghina dan menghasut ini di hentikan.

Walau bagaimanapun kerajaan PAS Kelantan di lihat masih lagi berdiam diri seolah-olah hilang telur apabila Islam dan Allah di persenda oleh pemilik akaun facebook murtad tersebut.

Agak menghairankan di saat pemilik akaun berkenaan telah berikrar akan menghapuskan Islam di bumi Kelantan , PAS masih lagi berdiam diri seolah-olah bisu.

Persoalannya di manakah pemimpin-pemimpin PAS yang selama ini begitu lantang kononnya memperjuangkan Islam ?

Seharusnya merekalah yang pertama sekali tampil ke depan memandangkan ianya melibatkan nama negeri Kelantan itu sendiri.

Adakah kerana PAS kini sudah berubah ?

Jika mengikut kepada sejarah politik PAS sejak bersama dengan Pakatan Rakyat , parti ini kini sudah semakin jauh berubah dan perubahan itu bukan sahaja dari segi berpolitik tetapi turut melibatkan dasar dan pendirian parti.

PAS di lihat sebagai GAGAL menjadi nakhoda dalam Pakatan Rakyat apabila sering kali di jadikan sebagai pencacai politik kepada DAP dan PKR.Lihat sahaja apa yang berlaku di Kajang , di waktu Nasrudin berjuang mengutuk tindakan Anwar dan konco-konco PKRnya melacurkan politik pembangkang di bumi Selangor pimpinan PAS yang lain di lihat membisu dan memberikan pula sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Di waktu pihak kristian bertali arus dengan gerakan mereka menuntut penggunaan kalimah Allah , PAS dan pimpinannya di lihat menyokong gerakan tersebut bersama-sama dengan kepimpinan DAP dan PKR.Ketegasan yang di tunjukkan oleh Dr Harun Din sebelum ini berkaitan isu kalimah Allah di pandang sepi malah mungkin di anggap sebagai pandangan peribadi.

Sejajar dengan apa yang pernah di ungkapkan oleh Khalid Samad apabila melabelkan majlis syura ulama PAS sekadar pemberi nasihat.

Inilah yang berlaku dalam parti PAS hari ini dan sesuatu yang amat membimbangkan banyak pihak dan rakyat di luar sana adalah PAS sering kali di gunakan sebagai pelengkap kepada agenda Yahudi di Malaysia.

Rakyat kini tertanya-tanya apakah kaki dan tangan PAS telah di ikat oleh sahabat Pakatan Rakyat mereka ?

~UtaraNews.com

share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads