Sabtu, 5 April 2014

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


wanita hamil tujuh bulan dirogol lima lelaki <b>di bachok</b>

Posted: 02 Apr 2014 05:51 PM PDT

Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menjadi habuan seks lima lelaki apabila dirogol bergilir-gilir di sebuah wakaf di tengah sawah padi dalam kejadian yang berlaku di Bachok pada Isnin lalu. Sebelum kejadian pukul 11.30 malam, mangsa yang berusia 21 tahun dan merupakan ibu kepada seorang anak itu dikatakan pergi ke rumah seorang rakan wanitanya yang terletak di kampung berhampiran.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dari rumah rakannya itu, mangsa kemudian mengajak adik perempuan rakannya itu untuk keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran. Menurut beliau, ketika dalam perjalanan menunggang motosikal, teman lelaki kepada adik rakan mangsa mengekori motosikal ditunggangi mangsa. Turut mengekori mereka, dua lagi lelaki lain.

ROGOL

Abdul Hamid berkata, mangsa dan gadis itu kemudian berhentikan motosikal di tepi jalan bagi berbincang dengan kumpulan lelaki yang mengekori mereka. Selepas itu, kedua-dua wanita terbabit dibawa pergi ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi tidak jauh dari situ. Di wakaf itu, mangsa ditinggalkan bersendirian di situ sementara menunggu gadis itu dan kekasihnya berbincang mengenai masalah hubungan mereka.

Abdul Hamid memberitahu, tidak lama selepas itu, mangsa didatangi kekasih gadis itu dan dua lagi lelaki. Mangsa yang berseorangan di wakaf itu kemudian dirogol oleh ketiga-tiga lelaki itu. Tidak berakhir di situ, suspek keempat dan kelima yang dipercayai dihubungi rakan-rakan mereka turut datang ke lokasi kejadian dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada pukul 4.30 pagi oleh salah seorang suspek. Suspek itu turut memohon maaf kepada mangsa atas kejadian tersebut. Kata beliau, mangsa kemudian membuat laporan pada pukul 7 pagi semalam dan polis kini sedang memburu kelima-lima suspek itu yang semasa kejadian dipercayai mabuk.

Difahamkan, semasa kejadian suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di ibu negara. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

p/s: Kaum wanita kena lebih berhati-hati bab keluar malam ni. Kalau tak ada sebab tak payah keluar. Setakat nak beli makan memang sengaja cari pasal la…

Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Wanita sedang hamil tujuh bulan diperkosa lima lelaki <b>di Bachok</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 08:01 PM PDT

BACHOK -
Seorang wanita hamil tujuh bulan mendakwa menjadi mangsa rogol lima lelaki ketika keluar bersama rakannya untuk membeli makanan di Tangok, malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, seorang suri rumah berusia 21 tahun keluar dari rumahnya di Kampung Kuchelong, kira- kira jam 10.30 malam untuk ke rumah rakannya di Tangok.

Setengah jam kemudian katanya, mangsa mengajak adik kawannya ke kedai untuk membeli makanan.

"Tiba di tengah jalan, teman lelaki adik rakannya menghalang perjalanan mereka dan mengarahkan mereka menurutinya ke sebuah wakaf di tengah sawah di Kampung Kuau.

"Adik rakannya dan teman lelakinya meninggalkan mangsa di wakaf itu bersama dua lelaki lain. Salah seorang lelaki tersebut memarahi mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada rakannya agar menjemputnya. Lelaki itu kemudiannya menghubungi tiga lagi rakannya yang menunggang motosikal," katanya.

Menurutnya, semua lelaki terbabit bergilir merogol mangsa dan mangsa hanya dihantar berdekatan rumah rakannya kira-kira jam 4.30 pagi.

"Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tawang pada 1 April.

"Difahamkan, mangsa berkahwin dengan seorang pemandu lori yang kini berada di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai seorang anak berusia 5 tahun," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan semua suspek giat dijalankan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pihak polis berjaya mengesan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai diculik di Tangok pada 28 Mac lalu.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 2 petang 28 Mac lalu. Mangsa diheret masuk ke dalam kereta oleh suspek yang tidak dikenali.

Bapa saudara mangsa yang berusia 33 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Kota Bharu pada jam 4.30 pagi, 2 Mac.

Suspek didakwa meminta tebusan daripada keluarga mangsa di Bangladesh sebanyak RM15,000.

Hasil maklumat, polis berjaya menemui semula mangsa di Machang dan menahan 10 suspek terlibat.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan Tangok, Berkelam. Semua suspek dibawa ke IPD Bachok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

- Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads