Jumaat, 18 April 2014

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


celotehkakcha: Kelantan : Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 16 Apr 2014 04:11 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warga pembaca celoteh kakcha!!!
u all pernah dtg kelantan? kak cha ? kcha mestilah..sbb kak cha lahir dan membesar di bumi cik siti wan kembang..tanah sekebun bunga... namun walaupun lahir di sini tp blom cukup langkah utk kakcha mengenali negeri kelantan.. masih byk tmpt blom di terokai... separuh usia di kelantan separuh lg kakcha bermusafir di negeri org, mencari setitik ilmu...
ahhh pjg pulak cternya ye... ok. actly kak cha nk kongsi dgn u allss stu tmpt yg mn2 org dtg kelantan akn pergi ke stu tmpt ni,tmpt mbeli dan byr dgn mewah sekali iaitu tmpt di sempdn malaysia dgn thailand, kwsn bebas cukai iaitu rantau panjang.
tp bkn itu yg kakcha nk kongsikn ,sbliknya stu masjid yg akn ditemui sblm smpai ke rantau pjg... jika dr bdr p.mas... sebuah masjid yg tersegam indah, dn sentiasa ada insan yg menunaikan solat iaitu Masjid Jubli Perak atau lbh dikenali Masjid Beijing. Kenapa di kenali dengan masjid Beijing? kerana rekabentuknya dan berciri kan senibina China. Konsep ini diilhamkan oleh mantan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.
Alhamdulillah, dgn Izin Allah Masjid ini akhirnya siap.. dgn cantik  :) Elemen2 cina dpt dilihat ketaranya pd rekabentuk bangunan itu sendiri curam dan melengkung dgn motif2 'Bracket Cluster' dn corak2 pd pintu menyerlahkan lagi ciri2 dr Cina, seawal kaki kakcha menjejaki , terasa seakan di negera China. Mengagumkan...
Bangunan ini terbahagi kpd 2, tingkat atas ialah ruang sembahyang utama  yg dpt menempatkan 1000 jemaah pd satu2 masa. Tingkat bawah terdapat ruang sokongan antaranya ialah klinik, perpustakaan, dewan makan, Pejabat masjid, dan Dewan Serbaguna dpt mmuatkn seramai 200 org.
Masjid ini terdapat 4 pintu masuk bg mengelakkn kesesakan serta memudahkan org ramai yg dtg dr arah berlainan., selain itu ada sebuah laman terbuka di antara bangunan utama dan anjung utama, serta juga terdapat satu bangunan digunakan sbgai kelas tadika dn fardhu ain.
jika u allss masuk melalui pintu utama u allss akn nmpk di anjung tepi terdapat deretan kedai menjual baju utk muslimin dan muslimat. jika u allss masuk ke ruang solat u alls dpt lihat ruang solat utama itu direkabentuk geometri yg halus bermotifkan islamik seperti di masjid2 di timur tengah sperti Uzbekistan, hebatkan! 
sebenarnya jika u allss sampai disini, u allss dpt lihat pada menara ini ada tulisan pda menara tersebut, namun kerana kerabunan kakcha,so kakcha tak pasti apa yg yg ditulis pd dinding menara ini, selain itu lgi stu yg uniknya menara ini, terdapat kubah yg  berwarna perak serta serban disokong dgn lilitan murkanas pd bahagian bawahnya. 

namun masjid ini bukan dibina semata utk solat berjemaah semata , sebaliknya terdapat beberapa tujuan antaranya:
:- memberi gambaran bahawa Islam itu agama Universal. Justeru itu, ia harus terasa dipunyi oleh seluruh komuniti tanpa mengira bahasa, bangsa, budaya dan keturunan.
:- menceritakan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri terhadap bukan Islam dan bukan melayu selin menjadi daya tarikan pelancong.
:- melakukan anjakan paradigma dalam melahirkan sebuah masjid berwajah majumuk dengan gabungan tiga kaum dominan di Malaysia.
:- is merealisasikan pendekatan bahawa Islam tidak terikat kepada suatu bentuk lambang atau kaum.
:- pembinaan masjid yg lebih sempurna dan moden ini melengkapkan fungsi Rantau Panjang sbgai pintu masuk utama ke Thailand melalui Pekan Golok.
:- Menyediakan tempat bagi pusat Ilmu dan gelanggang dakwah penduduk setempat serta aktiviti muamalat disamping memberi kemudahan beribadat kepada pengguna jalan raya Pasir Mas - rantau Panjang.
kredit utk Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.
jadi mereka yg berniat nk bercuti atau melancong ke kelantan, dan berhajat membeli dan bayar di rantau panjang, blh la solat dn rehat sejenak di Masjid Beijing ini ye ...
untuk maklumat lanjut, u alls blh pergi ke
http://www.tic.kelantan.gov.my
www.facebook.com/tic.kelantan
sampai sini jerk.. lain kali kite jalan2 lg yer..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads