Selasa, 13 Mei 2014

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


tiada harta karun ditemui <b>di pulau</b> nangka - ketua menteri <b>melaka</b>

Posted: 30 Apr 2014 03:46 AM PDT

Kecoh baru-baru ini dengan isu harta karun di Pulau Nangka, Melaka. Bagaimanapun, ramai tentu kecewa apabila Smart Partnership International (M) Sdn Bhd syarikat, yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka dianggarkan bernilai berbilion ringgit gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lepas yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini. Mulai esok, katanya kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain, yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.

pulau nangka

"Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads