Isnin, 12 Mei 2014

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di rantau panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Apr 2014 07:15 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Meninggal &#39;senyum&#39; dalam solat di Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 20 Feb 2014 06:30 PM PST

Pasir Mas: "Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini.
"Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum," kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.
Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
JEMAAH Masjid Beijing melihat anggota polis mengangkat jenazah Mahama yang meninggal dunia ketika solat Isyak, malam kelmarin.
Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads