Selasa, 27 Mei 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 08 May 2014 01:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: <b>di negeri kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 May 2014 01:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nik Aziz yakin DAP, PKR akur PAS laksana hudud <b>di Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2014 10:57 PM PDT

Nik Aziz Nik Mat

(The Malaysian Insider) - PAS yakin DAP dan PKR akan akur cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut bekas menteri besar Kelantan itu, beliau yakin kekuatan politik Islam yang berpegang teguh dengan akidah akan berjaya mengubah persepsi dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

"Tak apa..dia (hal itu) sikit lagi. Ambo (saya) akan sebut (perjelaskan) dan kita akan terbuka sedikit demi sedikit. Itulah kelebihan politik Islam, (politik Islam) syaratnya mesti kukuh, akidah pegang molek, biarlah apa orang nak buat, lama-lama mereka (DAP dan PKR) faham," katanya seperti dilapor Sinar Harian Online.

Mursyidul Am PAS itu mengulas mengenai penentangan DAP dan PKR terhadap hasrat PAS Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Menurut Nik Aziz, keutamaan kini ialah mendoakan agar pembentangan di Parlimen berjaya kerana perkara itu sudah lama ditunggu dan diharapkan oleh kepimpinan PAS Kelantan.

"Tak berlaku lagi (hudud), tapi doakan mudah-mudahan pembentangan itu berjaya. Ini satu kemajuan yang sudah lama kita tunggu, bukan senang untuk Kelantan dan negeri-negeri bawa perkara seperti ini ke Parlimen," katanya sambil menegaskan wajib bagi wakil rakyat Islam menyokong rang undang-undang ini.

Menurutnya, kesediaan Putrajaya memberikan laluan bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila ramai mula memahami kepentingan undang-undang Islam itu.

"Alhamdulillah mereka (kerajaan pusat) terbuka hati. Agama dan negara kita Islam, kedatangan hudud sebelum wujudnya PAS, iaitu sejak hampir 2,000 tahun lalu, sedangkan PAS bertapak pada 1951. Hudud bukan undang-undang PAS sebaliknya undang-undang Islam," katanya.

Semalam DAP menegaskan tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama PR.

READ MORE HERE

Hormati nilai demokrasi <b>di Kelantan</b> - Harakah Daily

Posted: 14 Apr 2014 11:40 PM PDT

PAS dijangka akan membentangkan usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan.

Ia telahpun diluluskan oleh Sidang Dun Kelantan dan langkah membawa usul ke Parlimen adalah langkah susulan bagi memastikan pelaksaannya kelak benar-benar terjamin tanpa halangan oleh mana-mana pihak.

Dijangkakan usul ini akan mendapat tentangan dari pelbagai pihak dan PAS telah pun bersedia menghadapinya.

Usul ini akan menjadi suatu sejarah di negara ini bahawa setelah berpuluh tahun merdeka, syariat Islam bakal terlaksana di Kelantan. Atau juga sebaliknya menjadi sejarah moden bahawa sebuah negara umat Islam yang majoritinya beragama Islam menolak Syariat Islam di negaranya sendiri.

Sejauh mana kekuatan PAS untuk disokong oleh majoriti Ahli Parlimen juga akan dilihat dalam usul yang akan dibentangkan nanti.

Paling penting, umat Islam di negara ini akan menjadi saksi bahawa PAS pernah berusaha membentangkan undang-Undang Syariat Islam di Parlimen untuk diaplikasikan manakala dunia Islam pula akan menjadi pemerhati benarkah Malaysia adalah sebuah negara Islam tulen atau sebaliknya.

Yang perlu difahami oleh semua pihak bahawa dalam sebuah negara demokrasi di negara ini, suara majoriti rakyat menjadi pemutus dalam sesuatu perkara yang akan dilaksanakan.

Dalam hal ini, kerajaan negeri Kelantan telah dipilih oleh majoriti rakyat. Keputusan melaksanakan undang-undang Syariat Islam adalah keputusan bersama yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri tersebut. Tidak perlu mana-mana pihak melenting dengan keputusan ini atas dasar sentimen semata-mata.

Jika benar kita menghormati demokrasi dan mengangkatnya tinggi, maka, wajar semua pihak menghormati keputusan kerajaan Kelantan tersebut.

Pastinya kerajaan Kelantan tidak menggadaikan masa depan rakyat apabila membuat keputusan mahu melaksanakan Syariat Islam, bahkan ia membela nasib rakyat di negeri itu.

Seharusnya semua pihak memberikan peluang kepada kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang syariat Islam.

Jika ianya baik untuk kerajaan negeri itu dan rakyatnya, teruskanlah dan mungkin menjadi model pula kepada kerajaan negeri yang lain.

Jika ianya buruk dan membawa implikasi yang buruk, maka rakyat berhak menentukan keputusannya dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Penulis ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads