Isnin, 2 Jun 2014

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Gerbang KBBRI: Kampus induk UMK <b>di Bachok</b> dipertingkat

Posted: 21 May 2014 10:46 PM PDT

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat memperuntuk sebanyak RM226 juta untuk pembangunan kampus induk Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016.
Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, peruntukan itu adalah bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur UMK yang merangkumi bangunan canselori, dewan besar, pusat Islam, pusat pelajar dan perpustakaan.
"Buat masa ini UMK Bachok masih belum bersedia dari segi kemudahan untuk beroperasi sebagai kampus induk dan saya jangkakan melalui peruntukan yang diberikan ini, kampus berkenaan boleh berope­rasi sebagai kampus induk dalam tempoh dua tahun lagi.
"Bagi merealisasikan kampus UMK Bachok sebagai kampus induk, sebanyak dua fakulti baharu turut ditubuhkan iaitu Fakulti Pengajian Liberal serta Fakulti Senibina," katanya kepada pemberita di Kampus Kota UMK, Pengkalan Chepa di sini semalam.
Raduan berkata, pihaknya turut menubuhkan fakulti baharu iaitu Fakulti Pelancongan dan Hospitaliti di Kampus Kota serta Fakulti Sains Bumi di Kampus Jeli.
"Di samping itu, pihak kami juga akan menambah baik kemudahan di UMK Jeli dengan mewujudkan perpustakaan dan pusat Islam, seiring dengan perkembangan kakitangan dan bilangan pelajar," katanya.
Sementara itu, Raduan berkata, bagi pengambilan pada September ini,UMK akan menerima 3,000 pelajar. Tambah beliau, pihaknya juga akan meneruskan pengambilan pelajar antarabangsa dan menyasarkan 200 pelajar baharu dari luar negara bagi tahun ini.
Katanya, setakat ini, seramai 67 pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di UMK. "Tujuan pengambilan pelajar antarabangsa adalah bagi menjadikan UMK sebagai sebuah universiti yang dinamik, berkepelbagaian dan bertaraf dunia," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 20 Mei 2014 | Terbitan 21 Mei 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads