image

image

Salam perjuangan…
Tanggal 22 julai 2011 hari jumaat bersamaan dgn 20 sya'ban 1432H akan berlangsung satu himpunan amilin dan juga rakyat Kelantan di pantai geting tumpat. Program yg dijangka bermula jam 8 pg hingga 6 ptg mempunyai aturcara yg cukup padat. Pemukiman jentera parti ini adalah merupakan persiapan menghadapi pru 13 yg di jangka dalam masa terdekat.  Sasaran seramai 20,000 org akan menghadirinya dari seluruh kelantan untuk mendengar sendiri amanat dari pimpinan utama pas kelantan.

Program yg dianjurkan ini menurut  YB SU Perhubungan terbuka kepada semua rakyat kelantan yg cintakan kepada kepimpinan ulama. Jesteru itu, saya dengan ini menjemput kepada semua pembaca supaya dapat menghadiri program ini nanti.

Satu lagi program kerajaan negeri Kelantan iaitu program himpunan anak kelantan di perantauan sempena menyambut ramadhan Al mubarak pada 30 julai 2011 bermula solat asar berjamaah dgn yab tgna d puchong perdana di mana semua agensi utama kerajaan akan terlibat dalam pameran dan juga persiapan makan minum kepada semua anak kelantan yg hadir nanti.

Program yg cukup baik ini juga menjemput semua anak kelantan yg ada di luar kelantan khasnya sekitar lembah kelang supaya dapat menghadiri program bersama yab mb kelantan ini. Luangkanlah sedikit masa yg berharga itu untuk bersama dgn kepimpinan utama kerajaan negeri kelantan.

Saya juga berharap agar kedua2 maklumat ini dapat disebarkan kepada sesiapa yg berkenaan dan pastikan semuanya dapat hadir seramai mungkin.