Isnin, 4 Mac 2013

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kaum Cina Tak Pernah <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 13 Apr 2010 09:35 PM PDT

KUALA KRAI - Seorang lagi peserta Takaful Kifalah berketurunan Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang menerima manfaat skim itu apabila seorang warga emas meninggal dunia, tiga hari lalu.

Warga emas terbabit, Shik Kim Sun, menghembus nafas terakhir pada usia 85 tahun di rumahnya di Kampung Batu Jong, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, Sabtu lalu, akibat sakit tua.

Anak keempat mendiang, Chu Eng Sing, 54, berkata, ibunya menghidap penyakit nyanyuk hampir empat tahun lalu namun keadaannya bertambah teruk sejak dua tahun kebelakangan ini.

"Sebelum ini dia boleh berjalan lagi walaupun nyanyuk tetapi sejak setahun dua lepas sampai meninggal, dia hanya terlantar di tempat tidur.

"Sekarang hanya tinggal saya dan ayah saya yang juga sudah uzur akan duduk di rumah ini," katanya pada persiapan upacara pengebumian ibunya, di sini, semalam.

Eng Sing berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bayaran manfaat Takaful Kifalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som, Ketua Dewan Pemuda Pas DUN itu, Abdul Hashim Jusoh dan Imam Muda Masjid Mukim Batu Jong, Abdul Kadir Yasim.

Eng Sing berkata, jenazah mendiang ibunya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Jelatuk, dekat Tanah Merah petang ini (semalam).

Kim Sun meninggalkan suami, Chu Bang Siang, 84, dan lima anak lelaki berusia antara 52 hingga 63 tahun.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata, bayaran kepada waris Kim Sun menjadikannya penyampaian kedua melibatkan peserta Takaful Kifalah berbangsa Cina di DUN berkenaan dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini.

Menurutnya, mendiang juga peserta Cina kedua menerima manfaat skim untuk tahun ini selepas penerima pertama, Kua Mek Seng dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, yang meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim 1 April lalu.

Katanya, lebih 2,000 penduduk pelbagai kaum di DUN itu kini menyertai Takaful Kifalah sejak skim perlindungan i

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


SK <b>JELAWAT</b> 2: LATARBELAKANG

Posted: 08 Jan 2013 05:32 AM PST


Sekolah Kebangsaan Jelawat 2 atau nama ringkasnya SK Jelawat 2, telah mula dibina pada 29 April 2007 di atas tanah dusun seluas 3,606 hektar (8.91 ekar) di Lot 3501, Kampung Bator, Jelawat, Bachok, Kelantan dalam peruntukan Rancangan Malaysia Ke-8. Sekolah ini telah siap sepenuhnya pada 28 Julai 2008 dan mula beroperasi pada 3 Januari 2009 dengan menelan belanja sebanyak RM 10,500,000.

SK Jelawat 2 mempunyai lima blok bangunan tiga tingkat dengan model Sekolah Wawasan yang merupakan antara bentuk baru sekolah tercanggih di Kelantan. Lima blok yang ada terdiri daripada satu blok pentadbiran, dua blok bilik darjah, satu blok bilik-bilik khas dan satu blok prasekolah.

Nama SK Jelawat 2 diabadikan sempena lokasi sekolah ini di Pekan Jelawat yang merupakan pekan perniagaan termaju dan pusat tumpuan pengunjung di daerah Bachok.

Pada awal operasi, SK Jelawat 2 menerima seramai 206 orang pelajar dan 17 orang guru dengan jumlah kelas sebanyak 10 buah, bermula dari Prasekolah hingga Tahun 5. Hampir keseluruhan pelajar adalah dari SK Jelawat dan SK Gunong.

Sehingga April 2010, dalam usia setahun di bawah kepimpinan Tuan Haji Azmi bin Mahmud sebagai Guru Besar pertama, SK Jelawat 2 telah mencapai enrolmen seramai 307 orang pelajar dengan 24 orang guru serta dibantu oleh 4 orang kakitangan pejabat.


Pada 3 April 2010,  SK Jelawat 2 telah dibuka secara rasmi. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Hj Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom, merupakan tetamu kehormat dalam majlis bersejarah ini. 
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia diiringi oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, dan Ketua Sektor 
Jabatan Pelajaran Kelantan.
Majlis Warga Pendidik Daerah Bachok 
Bersama Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,  
Dato' Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom.
SK Jelawat 2 dinobatkan sebagai penjana pendidikan
secara rasmi pada 3 April 2010.

************************************************************************
Melaksanakan Pendidikan Dan Memperkembangkan Potensi  Warga Sekolah Kebangsaan Jelawat 2 Untuk Melahirkan Insan Cemerlang Dan Seimbang Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kreatif, Inovatif dan Produktif.


Kreatif, Inovatif, Produktif

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


.: Pengganti Saifuddin <b>di Machang</b> Sudah Ada?

Posted: 27 Feb 2013 07:37 AM PST

SEBELUM LELAP                                                                                                            

Teka-teka mengenai kedudukan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sudah terjawab malam tadi apabila Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim mengumumkan ahli parlimen Machang itu akan bertanding di kerusi  Kulim - Bandar Baru di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna Saifuddin sah meninggalkan Kelantan dan akan berpindah kerusi ke negeri asalnya Kedah.

Menjelaskan perpindahan itu di Machang malam tadi Anwar mengatakan ia atas permintaan rakyat bukannya kerana apa-apa masalah di sebaliknya. Pemilihan Saifuddin bertanding di Kulim - Baru Baru juga sebagai mengembalikan keyakinan rakyat kepada PKR. Saifuddiin adalah antara empat orang bukan anak Kelantan yang bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum lalu.

Tiga dari mereka ialah bekas timbalan presiden PAS alias "orang itu" di Bachok, Dr Mohad Hatta Ramli di Kuala Krai dan Salahudin Ayub di Kubang Kerian.

Pengumuman mengenai kedudukan Saifuddin itu juga menjawab siapakah yang bakal bertanding di kerusi parlimen Machang. Sebelum ini terdengar desas desus mengatakan kerusi Machang yang diperuntukan kepada PKR akan ditukar dengan kerusi Bachok yang diberikan kepada PAS. Alasan pertukaran ialah kerana PKR tidak ada calon berwibawa di Machang manakala PAS pula bermasalah untuk mencari calon yang boleh berdepan dengan Awang Adek Hussein, seorang timbalan menteri.

Bekas ketua pemuda Umno Kelantan, Zaiyadi Awang Noh disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk berhadapan dengan Awang Adek memandangkan dia mempunyai keluarga besar. Bagaimana pun Zaiyadi dilihat masih sayangkan Umno untuk menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat dan dia juga tidak terdesak untuk menjadi calon.

Kalau Machang diserahkan kepada PAS, Adun Pulai Chondong Zulkefli Mamat dikatakan akan menerusi tugas dan tanggungjawab Saifuddin bagi mempertahankan kerusi Machang. Zulkefli disebut-sebut akan meninggalkan kerusi Pulai Chondong yang sudah dipegang selama dua penggal setengah.

Tampaknya 'projek pertukaran' itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun Anwar tidak mengumumkan calon sesuai untuk diletak di Machang, tetapi saya difahamkan sudah ada seorang tokoh pendidik asal anak Labok Machang dikatakan sudah dikenal pasti akan diletak bertanding di situ menggantikan Saifuddin. Kerusi Bachok pula diserahkan kepada PAS bagi menentukan calon untuk mengganti "orang itu" yang sudah dijelaskan Mursyidul Am Pas sudah tidak ada dalam senarai calon PAS.

Kemungkinan ini bakal menjadi kenyataan apabila malam tadi Zaiyadi Awang Noh yang disebut-sebut akan mengumumkan diri keluar Umno semasa ceramah Anwar Ibrahim di Ketereh tidak menjadi kenyataan. Dalam perkembangan lain Zaiyadi dikatakan sudah mengisi borang keahlian PKR tetapi sengaja tidak diumumkan?

Calon yang akan diletakkan di Machang khabarnya sudah mendapat restu Anwar Ibrahim. Calon berkenaan juga mendapat 'lambaian' dan sokongan padu dari PAS Machang. Manakala calon PAS di Bachok pula nama Ariffin Mahmod terus disebut-sebut bagi berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Nama Ariffin lebih popular dari nama Zaiyadi Awang Noh.

Nama Ariffin disebut bersama dua nama lain, bekas MP Bachok Wan Nik Wan Yusuf dan Adun Tawang Hasan Mahmod. Omar Mohamad walaupun dikatakan juga layak tetapi beliau tidak akan dicalonkan lagi kerana sudah terlalu usang.  [wm.kl.11:35 pm 27/02/13]\

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Banjir <b>di</b> Terengganu kian buruk - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:51 AM PST


SEBAHAGIAN penduduk Kampung Baru mula dipindahkan menggunakan bot ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kamil, Pasir Puteh selepas kampung mereka dilanda banjir semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 758 orang daripada 243 keluarga berbanding sembilan daripada tiga keluarga kelmarin.
Selain Terengganu, Kelantan turut dilanda gelombang ketiga banjir apabila 456 mangsa daripada 103 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan semalam selain menyaksikan dua remaja mati lemas selepas bot yang mereka naiki terbalik di sebuah kolam terbiar di Machang.
Di Kuala Terengganu, banjir menyebabkan empat sekolah di Setiu, empat di Hulu Terengganu dan sebuah di Besut ditutup.
Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 6.30 petang, 15 pusat pemindahan telah dibuka.
Di Besut, 160 mangsa daripada 55 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan, 132 mangsa di lima pusat pemindahan di Setiu, 339 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dungun dan 127 mangsa di Hulu Terengganu.
Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin memberitahu, empat sekolah di Setiu terpaksa ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh, SK Kampung Besut, SK Kampung Las dan SK Kampung Bukit.
"Di Hulu Terengganu, sekolah yang ditutup ialah SK Padang Setebu, SK Bukit Tadok, SK Sungai Berua dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jenderis sementara di Besut sekolah terlibat ialah SK Kampung La," katanya.
Di Kota Bharu, pula penduduk di jajahan Kuala Krai paling terjejas apabila 236 orang daripada 53 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan manakala di Tanah Merah, 111 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan.
Portal e-banjir Kelantan melaporkan, dua sungai utama mencatat bacaan aras air melebihi paras bahaya dengan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 9.95 meter berbanding lima meter paras normal dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard pada bacaan 17.15 meter berbanding 10 meter paras normal.
Selain itu, Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Tangga Krai merekodkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Galas di Dabong, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja melebihi paras berjaga-jaga.
Dalam pada itu, dua jalan ditutup kepada semua kenderaan ringan iaitu Kilometer 8, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu berhampiran Kampung Reka dan Kilometer 6, Jalan Tanah Merah-Kusial berhampiran Kampung Ipoh.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Che Gayah Ismail berkata, tiupan angin timuran yang kencang dari barat Pasifik telah tertumpu di kawasan timur dan utara Semenanjung menyebabkan pembentukan kelompok awan hujan besar.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya mengeluarkan amaran peringkat Jingga iaitu hujan sekejap-sekejap dan kadang-kadang sederhana lebat.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Lima Dari Lapan YDP Pas <b>Kelantan</b> Bermasalah Perlu Undur

Posted: 12 Sep 2012 08:37 PM PDT


Sekurang-kurangnya lapan orang Yang Di-Pertua (YDP) Pas kawasan di Kelantan perlu mengundurkan diri dengan sukarela dari dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Sekiranya mereka ikhlas dan sayangkan parti mereka perlu berbuat demikian tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak.  Tindakan ini adalah bagi memastiklan parti tidak tewas.

Lebih afdal lagi mereka perlu memberi laluan kepada muka baru yang dipilih oleh cawangan dan bukannya atas pilihan mereka (kroni).

Sebaik-baiknya pengganti mereka juga perlulah dibuat berdasarkan permintaan pengundi setempat dengan mengambil citarasa umum.

Lapan YDP berkenaan, kecuali YDP Tanah Merah dan Pasir Mas (Ismail Noh) ialah, Nik Mazian Nik Mohamed (Pasir Puteh), Abdul Fatah Haron (Rantau Panjang), Wan Ismail Wan Jusoh (Ketereh), Omar Mohamad (Bachok), Apandi Mohamad (Jeli), Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu).

Lima dari mereka merupakan wakil rakyat sementara yang lain bekas wakil rakyat. Nik Mazian Adun Gaal, Abdul Fatah Haron (Bukit Tuku), Omar Mohamad (Perupok), Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu).

Nama-nama mereka ini masih lagi diangkat untuk dipertimbangkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Bagaimana pun ada baiknya kalau Pesuruhjaya Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan nama mereka bagi mengelak timbul implikasi buruk kepada Pas dalam pilihan raya akan datang. Lebih gentleman lagi mereka sendiri menarik diri dengan cara terhormat.

Pemilihan mereka juga dibimbang akan memberi kesan kepada Pas kerana khidmat dan tanggungjawab mereka kepada parti dan rakyat terabai kecuali Omar Mohamad (Perupok) dan Wan Abdul Rahim (Kota Bharu) yang masih terus aktif dan rajin menemui rakyat.

Wan Abdul Rahim pernah menyatakan kesediaan untuk berundur kerana masalah usia.  Apabila disuakan kawasan Dun Bunut Payong kerana wakilnya Takiyuddin Hassan akan berrukar ke Parlimen, Wan Rahim melahirkan rasa keberatan untuk meneruskan tanggungjawab atas alasan sudah lama.

Manakala Abdul Fatah sudah lima kali menjadi wakil rakyat dua penggal di parlimen tiga penggal Adun. Omar Mohamad pula sudah lima penggal dan pernah memegang jawatan Exco. Begitu juga dengan Wan Ismail sudah memenangi Dun Melor dua penggal. Abdul Rahim sudah tiga penggal sebagai wakil rakyat.

Mengenai prestasi Fatah mungkin Pas sendiri dapat menilai sejauh mana kemampuan YDP Rantau Panjang ini sehingga tidak pernah diangkat untuk menjadi Exco atau pun speaker yang dikira sebagai kenaikan pangkat.

Apandi Mohamad walaupun hanya menang sepenggal tetapi dengan kekalahan dua kali berturut-turut ditangan Mustapa Mohamed sudah memandai. Pas perlu mencari muka baru untuk menyalinkan tempat Apandi. Sekiranya tidak ada muka yang layak mungkin Pas boleh mengambil calon dari luar kawasan.

Prestasi Nik Mazian di Gaal juga tidak begitu memberangsangkan. Sebelum ini beliau pernah dilantik menjadi Exco tetapi digugurkan kerana gagal memberi kesan menyuburkan jawatan itu. YDP Pasir Mas Ismail Noh dan YDP Tanah Merah bagaimana pun sudah tidak dicalonkan lagi untuk pilihan raya kali ini, di sini tidak berbangkit kalau mereka perlu digugurkan. Ismail sedang sakit dilanda stroke.

Bagaimana pun Hanifa Ahmad yang kini Adun Pengkalan Pasir yang memangku jawatan itu juga perlu digugurkan dan diganti dengan muka baru.  

PERHATIAN: Saya akan menyenaraikan nama wakil-wakil rakyat yang perlu digugurkan Pas dari terus bertanding dalam pilihan raya akan datang menurut versi saya. [wm.kl.10:58 am 13/09/12]

Tanah 2 ekar <b>di</b> pasir puteh, <b>kelantan</b> – Land for sale <b>...</b> - Spesel.com

Posted: 12 Nov 2012 02:20 PM PST

Area:Pasir Puteh Property Type:Others Price:RM220 000 Size:2Acres Title type:Freehold Other info:Bumi Lot
- kampung bukit belah, pasir puteh, kelantan.
- berdekatan klinik kesihatan Gaal, SMK Gaal, Sek.
Gaal, berdekatan rumah penduduk, terletak di tepi
jalan (tali air), sesuai untuk kediaman.
- perlu di tambung 4 kaki, tanah sawah.
- keluasan 2 ekar.
- harga rm 220, 000. boleh dirunding.

hubungi segera:
mohd muslim
013-9137847
017-9710570

admin

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


PUSAT ANAK PERMATA NEGARA <b>JELI</b>, <b>KELANTAN</b>: March 2013

Posted: 02 Mar 2013 10:41 PM PST

Bismillahirahmannirahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulilah syukur nikmat bagi Allah S.W.T kerana masih lagi memberi peluang kepada anak-anak di Pusat Anak Permata Jeli ini nikmat kesihatankasih sayang,nikmat bermain dan,nikmat untuk menjalani kehidupan alam kanak-kanak yang penuh keseronokkan.

Bagi bulan Mac 2013,pelbagai aktiviti bulanan yang telah dirancang oleh para pendidik di Pusat Anak Permata Jeli.Antaranya aktiviti pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang diadakan pada hari ini iaitu 3 Mac 2013,mesyuarat PIBP yang akan diadakan pada 5 Mac 2013 dan aktiviti membuat buku story timeline yang akan diadakan bersama ibu bapa..

Diharap segala aktiviti yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar..


ads