Nilam Puri : Yayasan Islam Kelantan dengan kejasama Pejabat Menteri Besar menganjurkan majlis berbuka puasa Pengatua-pengetua YIK bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

Majlis yang diadakan pada 26 Julai 2012 bertempat di Dewan Yayasan Islam Kelantan bermula dengan solat asar berjemaah, seterusnya huraian tadarrus al-quran  yang disampaikan oleh YB Haji Mohammad Bin Mustapha,ADUN Demit.

Dalam majlis yang sama, YB Dato' Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Hj Mohd Amar Bin Nik Abdullah menyampaikan sumbangan kepada Pn. Sarimah Bt Abdul Rahman, Balu Kepada Allahyarham Hj Azmi Bin Mohamad yang meninggal dunia pada awal bulan lalu.

Program diserikan dengan amanat dari YAB Tuan Guru yang menyeru agar semua dapat mempertingkatkan amalan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Hadir sama di dalam majlis berkenaan YM Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah dan Pegawai-Pegawai Yayasan Islam Kelantan.