Khamis, 16 Ogos 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


RBF Online: Aidilfitri Terakhir Untuk Pas <b>Di Kelantan</b>

Posted: 15 Aug 2012 07:38 AM PDT

Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.

Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri, ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak
saudara.

Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan
masih lagi dikuasai PAS.

Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat Kelantan akan
kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.

Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu
berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.

Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk melakukan perubahan total.

Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini berkaitan
kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25 hingga 29 kerusi DUN.

Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam
genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan dan majoriti kemenangan.

Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah
ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU
kelak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jawatankuasa khas royalti taktik lapuk Umno untuk PRU13 - blog*spot

Posted: 15 Aug 2012 03:53 AM PDT


Jawatankuasa khas mengkaji bayaran tunai hasil petroleum dilihat sebagai taktik untuk membaiki imej Umno yang tercalar di mata rakyat Kelantan. Pengumuman yang dibuat menjelang Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib hadir untuk iftar dan solat terawih di Kelantan semakin mengesahkan taktik itu.
 Agak terserlah tatkala Mohd Najib berucap di Kelantan pada 5 Ogos lalu telah 'merayu dan merintih' kononnya pihak Umno dan Kerajaan BN sentiasa mengamalkan prinsip adil dan telus terhadap rakyat Kelantan. Atas prinsip ini telah dilaksanakan jawatankuasa khas tersebut.
Kemudiannya, pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengaku, kononnya rancangan penubuhan jawtankuadsa khas ini merupakan inisiatifnya sekian lama bagi membolehkan rakyat Kelantan dibayar wang tunai (cash payment) daripada hasil petroleum. Lagak Mustapa telah disambut dengan lakonan anugerah wira para penyokongnya.
Rentetan tersebut membuktikan kelahiran jawatankuasa khas ini adalah perancangan mengubah persepsi rakyat Kelantan agar pemimpin dan Umno dilihat bersih dan tidak lagi dicop sebagai 'penyekat' royalti petroleum kepada Kelantan. Sekaligus dianggap mereka pejuang royalti petroleum sebenar? Bukan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai pejuang royalti petroleum sebenar.
Justeru, apakah rakyat Kelantan sedia melupakan detik sejarah yang sudah disaksi, betapa pemimpin Umno-lah penyekat sebenar segala macam hak kerajaan dan rakyat Kelantan selama ini? Sebagaimana ucapan Mustapa ketika kempen pilihan raya kecil Manek Urai (Julai 2009) dan Galas (November 2010) amat lancar kata-kata penafian akan hak Kelantan atas hasil petroleum yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Sedangkan ramai mengetahui daripada laporan rasmi Kerajaan Pusat dan antarabangsa memang wujud hasil petroleum yang dimaksudkan sebagaimana dalam rajah berikut.
Demikian pula jawapan Mohd Najib di parlimen (4 November 2009) beralaskan kedudukan telaga minyak dan gas perairan Kelantan adalah di luar jarak tiga batu nautika menurut Ordinan Darurat. Maka Kelantan dikatakan tidak layak. Sedangkan ordinan darurat yang dirujuk telah tidak terpakai lagi. Hakikatnya butiran perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Kelantan adalah di bawah kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang tidak memerlukan pentafsiran mengenai maksud kedudukan telaga minyak dan gas di perairan (offshore) dan daratan (onshore). Jelas sekali, ia suatu pembohongan politik berniat untuk menafikan hak Kerajaan Kelantan.
Oleh itu jika merujuk kepada peta lokasi berikut adalah jelas di perairan Kelantan telah ada telaga minyak dan gas PM301 yang dimaksudkan.
Maka bagi menjawab pembohongan itu, gerakan NGO menuntut royalti petroleum telah dilipatgandakan dalam memberi kesedaran atas hak Kerajaan Kelantan. Justeru pada 10 November 2011 telah diserahkan kepada Kerajaan Pusat nota peringatan ulang tahun ke-25 amanat perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Husein berhubung hak pembayaran tunai kepada mana-mana negeri yang ada telaga minyak dan gas. Pada majlis itu, dimaklumkan timbalan menteri kewangan (anak Kelantan), Datuk Awang Adek Hussin telah tidak mahu menerima penyerahan nota tersebut dan terpaksa diserahkan kepada menteri yang lain. Justeru itu, dua pemimpin Umno dari Kelantan (Mustapa dan Awang Adek) telah berdosa kepada rakyat Kelantan atas sifat fizikalnya menolak hak Kerajaan Kelantan.
Demikian pula, berlaku di parlimen (17 Novermber 2009) menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abd Aziz turut menghujahkan bahawa pengumuman Mohd Najib di parlimen (4 November 2009) kononnya berasaskan kajian mendalam dan teliti aspek perundangan oleh Pejabat Peguam Negara dan Petronas sedia memberi wang ihsan bukannya wang tunai kepada Kerajaan Kelantan.
Alasan yang diberikan bersandarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974 bersama dengan perjanjian di antara Petronas dan kerajaan negeri dikatakan hanya memperuntukkan bayaran tunai bagi petroleum yang dicari gali dan diusaha hasil di dalam sempadan negeri. Asas sempadan negeri yang dipakai kononnya berasaskan takrif sempadan negeri yang tiada sumber kekuatan melainkan Ordinan Darurat yang telah dipakai. Justeru disifatkan tiada petroleum yang diusahakan daripada perairan Negeri Kelantan dan tiada asas perundangan untuk bayaran royalti petroleum kepada Negeri Kelantan. Maksudnya tiada sumber petroleum dari kawasan Negeri Kelantan sama ada di onshore atau offshore.
Jika demikian pendirian rasmi Kerajaan BN sejak tiga tahun lepas, persoalannya kenapa saat dekat PRU13 ini, muncul pula cadangan mengkaji secara mendalam atas hak bayaran tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri. Sedangkan hujah Nazri tersebut sudah pun berasaskan kajian mendalam. Ia sudah menampakkan pendirian politik yang bertujuan meraih sokongan rakyat ketika terdesak.
Hakikatnya, selama ini hujah pemimpin Umno peringkat Pusat mahu pun di Kelantan (tidak termasuk Ketua Bahagian Umno Guaa Musang, Tengku Razaleigh Hamzah) sememangnya berhempas pulas dan terkial-kial cuba menafikan hak Kerajaan Kelantan atas bayaran wang tunai lima peratus oleh Petronas. Nampak nyata, mereka mencipta pelbagai alasan menafikan hak Negeri Kelantan. Sebagaimana pandangan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang juga seorang peguam, N. Surendran bahawa kerajaan pusat menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik BN membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang PRU13. Ia sesuatu yang tidak perlu. Apa yang perlu, terus membayar secara tunai atas hak kerajaan negeri.
Rumusannya, usaha yang kononnya 'baik' oleh Mohd Najib dan Mustapa menubuhkan jawatankuasa khas adalah taktik politik lapuk Umno. Persepsi umum kini adalah bodoh dan sia-sia jawatankuasa khas dirangka, sedangkan butiran perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri masih sah dan Akta Kemajuan Petroleum masih berkuatkuasa. Maka hasrat kepemimpinan Umno kepada jawatankuasa khas mengkaji pembayaran tunai atas tuntutan kerajaan negeri adalah tidak perlu. Apa yang perlu, kerajaan negeri (khususnya Kelantan) hendaklah terus mendesak dalam meminta Kerajaan Pusat membayar mengikut butiran perjanjian yang telah termeterai. Bagi merungkaikan semua ini, mungkin kes saman ke atas Petronas oleh Kerajaan Kelantan dalam isu bayaran tunai ini wajar disegerakan.
http://greencresent-wanibrah.blogspot.com

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Jawatan kosong <b>di Kelantan</b> Ogos 2012 | JAWATAN KOSONG <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 06:26 AM PDT



Jawatan Kosong Pengasuh (Guru TASKA)

Majikan :          Taska Permata Perasko
                       Dimiliki Oleh : Pertubuhan Pra Sekolah dan Asuhan Kelantan

Jawatan :         Pengasuh (Guru Taska)

Kelayakan :       SPM (Kredit Bahasa Melayu)/ STPM
                       Mesti mempunyai minat terhadap kanak-kanak

#       Calon yang berminat, sila hubungi talian 013-9330546 (Puan Faeezah) [YDP PERASKO Kelantan] untuk proses temuduga

Jawatan Kosong Kerani Akaun

Majikan :          OKG Jitu Resources
Alamat :           PT 2506, Tingkat Dua, Kota Kenangan, Jalan Hospital, Kg Cherang, 15200 Kota Bahru
Telefon :          09-7437437 (Ms Ting)
Email :             okgjitu@gmail.com

Jawatan :         Kerani Akaun
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               Boleh Runding

#       Tarikh Tutup : 30 September 2012

#       Telefon 09-7437437 (Ms Ting)

Jawatan Kosong Pembantu Farmasi


Majikan :          Farmasi Cemerlang
Alamat :           349-O, Jalan Temenggong, 15000 Kota Bahru
Telefon :          09-7472898 (Ms Tay)
Email :             gb_tay@yahoo.com

Jawatan :         Pembantu Farmasi
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 500.00
Keterangan :
•      Mendispens ubat, menjual suplemen kesihatan, menjaga kebersihan farmasi dan juga merchandising.

#       Tarikh Tutup : 30 Ogos 2012

#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Penolong Pengurus & Juruteknik Komputer di Monaliza Mastura Enterprise Sdn.Bhd


Majikan :          Monaliza Mastura Enterprise Sdn.Bhd
Alamat :           Basement Floor, KB Mall, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu
Telefon :          09-7418442 (Wan Jeffery Bin Wan Ahmad)
Email :             monamas@streamyx.com

Jawatan 1:       Penolong Pengurus
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       SPM Ke atas
Gaji :               RM 1200.00
Keterangan :
•      Gaji Di Tawar Kan RM1200 (Minima)
•      Kelulusan SPM Dan Keatas
•      Lelaki/Perempuan
•      Umur 20 Tahun Keatas.

Jawatan 2:       Jurutera Jualan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 6
Kelayakan :       SPM Ke Atas
Gaji :               RM 900.00
Keterangan :
•      Gaji Di Tawar Kan RM900.00 (Minima)
•      Kelulusan SPM Dan Keatas.
•      Lelaki /Perempuan

Jawatan 3:       Juruteknik
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       SPM Ke Atas
Gaji :               RM 1000.00
Keterangan :
•      Gaji Di Tawar Kan RM1000.00 (Minima)
•      Kelulusan SPM Dan Keatas

#         Tempat Bekerja adalah seperti berikut :-

i)     Monaliza & Mastura Ent Sdn Bhd, Tesco Kota Bharu

ii)     Monaliza & Mastura Ent Sdn Bhd, KB Mall

iii)    Monaliza & Mastura Ent Sdn Bhd, Berek 12

iv)    Monaliza & Mastura Ent Sdn Bhd, Rantau Panjang

#       Sekiranya berminat dengan tawaran hubungi di talian 019-9804050 ( En Wan Jeffery) ataupun hantarkan resume melalui email (monamas@streamyx.com / monalizamastura@hotmail.com)

Jawatan Kosong Kerani Am

Majikan :          Awana Cemerlang Enterprise
Alamat :           Lot 1383, Jalan Pengkalan Demit, Kubang Kerian, 16150 Kota Bahru
Telefon :          09-7647178 (Mohd Zawawi Mustapha)
Email :             awanacemerlang@yahoo.com
Jawatan :         Kerani Am
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       STPM
Gaji :               RM 500.00
#       Tarikh Tutup : 30 Ogos 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani Kewangan

Majikan :          Amazon Pillar Enterprise Sdn Bhd
Alamat :           1977, Kg Baru Luar, Jalan Pasir Mas, Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu
Telefon :          017-8667100 (Ekim Som Phong)
Email :             amazonpillar@yahoo.com
Jawatan :         Kerani Kewangan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Diploma Accountancy
Gaji :               RM 700.00
•      6 bulan pengalaman
#       Tarikh Tutup : 29 Ogos 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Am

Majikan :          Erawan LMW Industries Sdn Bhd
Alamat :           Lot 1052, Kg.Kemayang, Tawang, 16020 Bachok
Telefon :          09-7769090 (Ereezanita)
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 20, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil
Gaji :               RM 750.00
•      Keperluan memerlukan pekerja am dengan segera untuk menampung pengeluaran produk LPG silinder gas.
•      Lokasi di Erawan LMW Industries di Petaling Jaya, Selangor
•      Sijil Manufacturing Engineering atau Sijil SPM
#       Tarikh Tutup : 26 Ogos 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Kerani

Majikan :          Procom Communication
Alamat :           Lot 1325, 1st Floor, Taman Koperatif, Tanjung Chat, 15300 Kota Bharu
Telefon :          09-743 2829 (Nurul Hafizah)
Jawatan :         Kerani
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM dan Keatas
Gaji :               Boleh Runding
•      Mempunyai Pengalaman Sebagai Kerani
•      Mempunyai Attitude Kerja Yang Baik
•      Mempunyai Pengalaman Dalam UBS Sistem
#       Cara Memohon ialah Telefon 09-743 2829 (Nurul)

Jawatan Kosong Pekerja Ladang

Majikan 1:        Melati Aman Sdn Bhd
Alamat :           PT 4230, Taman Sri Wali, Bukit, Sirih, 18000 Kuala Krai
Telefon :          03-79818899 (Sin Mei)
Email :             smchiew@nvasia.com.my
Jawatan :         Pekerja Ladang
Kekosongan :    L = 30, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 500.00
#       Tarikh Tutup : 6 Oktober 2012
Majikan 2:         Eastbay Venture Sdn Bhd
Alamat :           km 15 Limau Kasturi 01, 18300 Gua Musang
Telefon :          012-7683878 (Er Sing Kong)
Email :             skposdnbhd@gmail.com
Jawatan :         Pekerja Ladang
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 160
Gaji :               RM 900.00
#       Tarikh Tutup : 6 Oktober 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pembantu Jualan

Majikan :          Saffron Integrated Marketing
Alamat :           49 Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13 , 40100 Shah Alam
Telefon :          019-5711110 (Ahmad B Muhammad)
Email :             saffron4all@yahoo.com
Jawatan :         Pembantu Jualan
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Gaji :               RM 600.00
•      Kerani Bahagian Khidmat Pelanggan Diperlukan
•      Wanita Muslimah
•      Bujang Bawah 25 Tahun
•      Keutamaan Lepasan Sekolah Agama
•      Mampu Mengira Stok Dan Jualan
•      Kerja Di Kelantan
#       Tarikh Tutup : 6 Oktober 2012
#       sila hubungi 019-571 1110 Ahmad atau emel resume lengkap ke tokguru2u@yahoo.com

Jawatan Kosong Tukang Kebun

Majikan :          Wadi Sofia Noble Enterprises Sdn Bhd
Alamat :           Wadi Sofia, 1.5Km Jalan Binjai-Bukit Marak, 16150 Kota Bahru
Telefon :          09-7641724 (Noorsuzana Dzulkifli)
Email :             school@wadisofia.edu.my
Jawatan :         Tukang Kebun
Kekosongan :    L = 6, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 600.00
•      Kami memerlukan sebilangan Tukang Kebun untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembinaan di dalam dan sekitar kawasan sekolah.
•      Calon-calon yang mempunyai lesen memandu GDL adalah diutamakan.
#       Tarikh Tutup : 8 September 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Marketing Executive

Majikan :          NetServ (M) Sdn Bhd
Alamat :           Tingkat 8, Wisma Ilmu (TH), Jalan Doktor, 15000 Kota Bharu
Telefon :          09-744 3437 (Tuan Kamaluddin b. Tuan Soh)
Email :             netserv.sb@gmail.com
Jawatan :         Marketing Executive
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       Diploma/ Ijazah Marketing
Gaji :               RM 500.00
•      Mempunyai pengalaman dalam bidang marketing adalah satu kelebihan.
•      Mempunyai kemahiran perhubungan individu yang baik, kemahiran berkomunikasi dan penulisan serta penyusunan kerja yang cekap.
•      Mempunyai kemahiran berkomputer MS Office lain-lain yang berkaitan dengan IT.
#       Tarikh Tutup : 16 Ogos 2012
#       Email CV ke netserv.sb@gmail.com atau hubungi 09-744 3437

Jawatan Kosong Admin Asistant

Majikan :          Tech In Filtration Centre
Alamat :           Lot 1383B, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu
Telefon :          09-747 9384 (Jack Tee)
Email :             hydronator@ymail.com
Jawatan :         Admin Asistant
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Gaji :               RM 600.00
•      Pengangkutan kenderaan diutamakan
•      Latihan akan diberikan
•      Mahir dalam Microsoft word & excel.
#       Tarikh Tutup : 31 Ogos 2012
#       Email resume ke hydronator@ymail.com

Jawatan Kosong Cosmetic Formulator/Chemist

Majikan :          Intan Biotech Industries Sdn. Bhd
Alamat :           Lot 2475, Jalan 2/44, Kawasan Perindustrian II, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-7717950 (En. Syamsul)
Email :             intanbiotech@gmail.com
Jawatan :         Cosmetic Formulator/Chemist
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma / Ijazah
Gaji :               Boleh Runding
•      Diploma/Ijazah Dalam Bidang Sains/Kimia atau berkaitan
•      Berpengalaman 1-2 Tahun dalam industri kosmetik
•      Berkeyakinan tinggi, jujur & amanah, berdikari, rajin bekerja, menepati masa, bertanggungjawab, boleh bekerjasama.
#       Tarikh Tutup : 30 September 2012
#       Sila emailkan permohonan ke intanbiotech@gmail.com

Jawatan Kosong Pegawai Jualan & Pemasaran

Majikan :          Rolfom Consult Sdn Bhd
Alamat :           No 3-1, Tingkat 1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, Hulu Langat, 43000 Kajang,
Telefon :          03-87345677 (Tuan Nor Anisah bt Tuan Mahmud)
Email :             info@inotrus.com
Jawatan :         Pegawai Jualan & Pemasaran
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma/ Sijil/ STPM/ SPM
Gaji :               RM 1500.00
•      Memiliki kenderaan sendiri
•      Memiliki lesen memandu D
•      Mahir dengan jalan di KL/ Selangor
•      Boleh bekerja sehingga lewat malam
•      Gaji : RM1,500.00 - RM1,800.00 + 2% Komisyen Jualan
i.      Membuat kerja-kerja jualan & pemasaran bagi produk lightweight Steel Roof Truss System
ii.     Mengambil dan mengiringi CEO pada acara yang telah ditetapkan
iii.     Sebagai wakil syarikat bagi urusan di KL/ Selangor
#       Tarikh Tutup : 30 Ogos 2012
#       Sila berhubung melalui telefon 03-87345677/ 013-9844677 (Tuan Nor Anisah bt Tuan Mahmud)

Jawatan Kosong Education Business Partner

Majikan :          Edata Network Sdn Bhd
Alamat :           Lot 426,Tingkat 1, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu
Telefon :          017-9511914 (Farhana)
Email :             hannakamarudin@yahoo.com
Jawatan :         Education Business Partner
Kekosongan :    L = 5, P = 5, L/P = 0
Kelayakan :       SPM Ke Atas
Gaji :               -
•      Mencari mereka yang benar-benar komited dengan pendidikan dan mahu memperjuangkan bidang ini untuk anak bangsa
#       Tarikh Tutup : 30 September 2012
#       Hubungi: Cik Farhana (017-9511914)

Temuduga Terbuka Kilang Baba Products (M) Sdn Bhd

04 September 2012 (Selasa)
9:00 pagi hingga 3:00 petang
Unit Pekerjaan, Pejabat Tenaga Kerja Kelantan,
Wisma Persekutuan,Jalan Bayam,
Telefon : 09-7481870 (Puan Kasmawati)
Majikan :          Baba Products (M) Sdn Bhd
Alamat :           Block C, Lot 46911, Jalan Perusahaan, Taman Perindustrian Selayang, Selayang, 68100 Kuala Lumpur
Telefon :          03-6137 1514 (Kumar/ Vincent)
Email :             jobs@babas.com.my
Jawatan 1:       Operator Pengeluaran
Kekosongan :    L = 20, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 1,500.00
•      Gaji Kasar : RM1,500.00 - RM1,800.00 (Tidak termasuk OT)
•      Umur 21 tahun ke atas
•      Kerja mengikut shift
Jawatan 2:       Operator Pembungkusan
Kekosongan :    L = 0, P = 15, L/P = 0
Gaji :               RM 0.00
•      Gaji Kasar : RM1,200.00 ke atas (Tidak termasuk OT)
•      Umur 18 tahun ke atas
•      Waktu Kerja 8:00 pagi ~ 5:00 petang
#       Pengalaman tidak diperlukan (latihan akan diberi)
#       Penginapan disediakan
#       Pengangkutan daripada Kelantan ke Kuala Lumpur akan disediakan
#       Sesiapa yang berminat Sila hadir ke Temuduga Terbuka, Tarikh : 04 September 2012, Masa : 9:00 pagi, Tempat : Bilik Temuduga, Unit Pekerjaan, Pejabat Tenaga Kerja Kelantan, Wisma Persekutuan, Kota Bharu.

Jawatan Kosong Penolong Akauntan

Majikan :          Strata Merge (M) Sdn Bhd
Alamat :           3180-H, Jalan Sultan Ibrahim, 15000 Kota Bharu
Telefon :          09-7436571 (Nik Tik Aida Sofiah)
Email :             nik_tik662001@yahoo.com
Jawatan :         Penolong Akauntan
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma
Gaji :               Boleh Runding
•      Pengalaman dalam bidang akaun
•      Boleh menyediakan "Full Sets Of Accounts" dan bersedia untuk menyiapkan kerja tepat pada masanya
•      Pengalaman dalam pengurusan kewangan terutamanya untuk kewangan syarikat pemaju perumahan
•      Mahir menggunakan sistem perkaunan seperti MyOB dan UBS
•      Gaji boleh dirunding mengikut pengalaman
#       Tarikh Tutup : 14 Ogos 2012
#       Sila hantar resume kepada nik_tik662001@yahoo.com atau nida_8989@yahoo.com.my

Jawatan Kosong Sport and Recreation Assistant

Majikan :          Trans Arwanna Connection Sdn. Bhd
Alamat :           Arwana Inn Tok Bali Lot 1231, Tok Bali Semerak 16800 Pasir Puteh
Telefon :          09-7780888 (Cik Rosmaniza Awang)
Email :             iza_rosmaniza@yahoo.com
Jawatan :         Sport and Recreation Assistant
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/Sijil/Diploma/Ijazah
•      Tempat Kerja Di Pulau Perhentian
•      Minat Bersukan dan Boleh Berenang
•      Gaji : negotiable
Arwana Perhentian Eco Resort,
Pulau perhentian Besar Besut,
#       Tarikh Tutup : 31 Ogos 2012
#       Telefon pejabat 09-7780888 (Cik Iza) atau email CV ke iza_rosmaniza@yahoo.com

Jawatan Kosong Cleaner

Majikan :          NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn Bhd
Alamat :           Blok 18B-D, Kawasan Industri MARA Fasa 3, Pengkalan Chepa 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-7713939 (Khairy)
Email :             khairy_nrchemical@yahoo.com
Jawatan :         Cleaner
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       Tamat Sekolah Rendah
Gaji :               RM 550.00
•      Tempat kerja : Hostel KPTM di Lembah Sireh (TESCO)
•      Mempunyai kenderaan sendiri untuk datang ke tempat kerja
•      Umur tidak penting salakan sihat tubuh badan
•      Tarikh Tutup : 30 Ogos 2012
#       Sila hubungi telefon 013-9080839 (Khairy)

Jawatan Kosong Villa Ungu Group

Majikan :          Villa Ungu Group
Alamat :           Lot 2808-A, Wisma Ariffin & Nazri, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, 16150 Kota Bahru
Telefon :          09-7666253 (Nik Aishah)
Email :             villaungugroup@gmail.com
Jawatan 1:       Pembantu Pemandu (Kelindan)
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 900.00
Jawatan 2:       Pengurus Projek
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Diploma
Gaji :               RM 1800.00
•      Diploma/ Ijazah Kejuruteraan
Jawatan 3:       Kerani Am
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Gaji :               RM 900.00
#       Tarikh Tutup : 29 September 2012

Jawatan Kosong Di Incube Tecnology (M) Sdn.Bhd

Majikan :          Incube Tecnology (M) Sdn.Bhd.
Alamat :           3-38,Tingkat 3 KB Cyber Plaza, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu
Telefon :          09-7475380 (Dianah Goh)
Email :             info@incubetech.com.my
Jawatan 1:       Web Developer/ Programmer
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       Diploma/ Ijazah
·                Diploma, Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan perisian komputer atau yang setaraf.
·                Mempunyai sekurang-kurangnya 1-2 tahun pengalaman dalam programmer web, sebaik-baiknya dalam HTML, XML, PHP, ASP.NET, MS SQL, CSS, jQuery, JAVA SCRIPT dan HTML 5.
·                Pemohon mestilah bersedia untuk bekerja di Kota Bharu, Kelantan.
·                Keutamaan akan diberikan kepada kepada calon-calon yang pernah bekerja dengan ASP.NET Framework 3.5 dan ke atas di Visual Studio 2010/2008 sekitar pembangunan aplikasi web.
Jawatan 2:       Grafik Designer / DTP Artist
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Sijil/ Diploma
·                Sijil, Diploma Siswazah dalam bidang Pengiklanan /Media, Seni / Multimedia Kreatif.
·                Mahir dalam penggunaan aplikasi Adobe In Design, Photoshop, Illustrator atau Coral Draw.
Jawatan 3:       Finance Assistant / Executive
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
·                Pemohon diutamakan kepada yang mempunyai Diploma, Ijazah Sarjana Muda dalam perakaunan.
·                Mampu bekerja secara berdikari dan menguruskan tugas-tugas yang diberikan.
·                Pemohon mestilah bersedia untuk bekerja di Kota Bharu, Kelantan
#       Tarikh Tutup : 20 Ogos 2012
#       Sila hantar resume ke alamat e-mel careers@incubetech.com.my

Jawatan Kosong Pekerja Ladang

Majikan :          Jal Star Marine Sdn. Bhd.
Alamat :           No1098, Jalan Perisai 9, Taman Perisai Wira, 18000 Kuala Krai
Telefon :          012-3355693 (Benson Lai)
Email :             jalstarmarine@yahoo.com.my
Jawatan :         Pekerja Ladang
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 20
Gaji :               RM 900.00
•      Tarikh Tutup : 02 Oktober 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Am

Majikan :          Trilink Business Solution
Alamat :           PT 78 Jalan Bayam, Depan Wisma Persekutuan, 15000 Kota Bahru
Telefon :          09-7480398 (Lin)
Email :             trilink_bs@yahoo.com
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 4, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil
Gaji :               RM 1000.00
•      Tarikh Tutup : 02 Oktober 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Cintaku Pastry House Sdn Bhd

Majikan :          Cintaku Pastry House Sdn Bhd
Alamat :           3339-B, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu
Telefon :          09-741 6318 (Ms Eng)
Email :             cintakubakery@yahoo.com
Jawatan :         Jurujual
Kekosongan :    L = 10, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 900.00
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 10, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 900.00
#       Tarikh Tutup : 31 Ogos 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Pekerja Am

Majikan :          Puncak Stainless Steel
Alamat :           Lot 1105 A, Batu 1 1/2, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bahru
Telefon :          09-7482755 (Pn. Jenny)
Email :             puncak_steel@hotmail.com
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 2, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 800.00
•      Tarikh Tutup : 31 Ogos 2012

Jawatan Kosong Pegawai Penerbitan N41

Majikan :          Malaysian Journal Of Medical Sciences
Alamat :           MJMS Penerbit USM Kampus Kesihatan, Jalan Sultanah Zainab 2, Kubang Kerian, 16150 Kota Bahru
Telefon :          09-7676792 (Siti Nurfatiha)
Email :             mjms.usm@gmail.com
Jawatan :         Pegawai Penerbitan N41
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Sarjana Muda
Gaji :               RM 2300.00
•      Mengurus dan mengendali artikel untuk tujuan penerbitan di Malaysian Journal of Medical Sciences (MJMS) USM
•      Jawatan Kontrak
•      Ijazah Biomedical Science atau Basic Medicine atau Biological Science/Biology atau Biotechnology atau Health Science
•      Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut: http://www.mjms.usm.my
•      Tarikh Tutup : 23 Ogos 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Tukang Jahit Pakaian

Majikan :          Beutiville Fashion
Alamat :           Jalan Dato' Lundang, (Hadapan BERNAS), 15200 Kota Bharu
Telefon :          014-8496585 (Efa)
Jawatan :         Tukang Jahit Pakaian
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SKM Tahap 2
Gaji :               Komisen
•      Mahir Menjahit Semua Jenis Pakaian
•      Mempunyai Sijil SKM Tahap 2 Keatas
•      Berumur Antara 20 Hingga 29 Tahun
•      Gaji Dalam Bentuk Komisen
•      Boleh Bekerja Di Bawah Pengawasan
•      Pengangkutan Dan Penginapan Tidak Disediakan
•      Calon Berpengalaman Akan Di Utamakan
•      Tarikh Tutup : 30 September 2012
#       Kepada yang berminat boleh terus datang ke premis di alamat di atas atau hubungi telefon Pengurus 014-8496585 (Efa)

Jawatan Kosong Kerani Kewangan

Majikan :          Red Wheels Sdn Bhd
Alamat :           PT 48 Jalan Baru, 16250 Wakaf Bharu
Telefon :          09-7191198 (Adawiyah)
Email :             md@redwheels.com.my  
Laman Web :     http://www.redwheels.com.my  
Jawatan :         Kerani Kewangan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Sijil (any)
Gaji :               RM 600.00
•      Mempunyai pengalaman dalam bidang perakaunan
•      Tarikh Tutup : 29 September 2012
#       Permohonan boleh dibuat melalui www.jobsmalaysia.gov.my

Jawatan Kosong Di Kilang Air Minuman

Majikan :          Ibdi Marketing
Alamat :           Lot 502-K, Jalan Bayam, Kg Khatib Ali, 15200 Kota Bharu
Telefon :          019-9590998 (Ibdi Gunn)
Email :             ibdi1628@hotmail.com
Jawatan 1:       Pemandu
Kekosongan :    L = 2, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 1000.00
•      Mempunyai Lesen GDL
•      Pengalaman 5 tahun
•      Gaji RM1,000.00 - RM1,500.00 sebulan
Jawatan 2:       Kerani
Kekosongan :    L = 1, P = 1, L/P = 0
Gaji :               RM 600.00
•      Mahir Komputer
•      Berpengalaman sebagai kerani 3 tahun
•      Gaji RM800.00 - RM1,000.00 sebulan
•      Orang Kelainan Upaya (OKU), digalakkan memohon
Jawatan 3:       Operator
Kekosongan :    L = 1, P = 0, L/P = 0
Gaji :               RM 800.00
•      Pengalaman kerja sebagai operator selama 5 tahun
•      Gaji RM800.00 - RM1,000.00 sebulan
•      Orang Kelainan Upaya (OKU), pekak/ bisu digalakkan memohon.
#       Hubungi Mr Gunn (019-9590998) untuk urusan temuduga

Jawatan Kosong Pekerja Am (Cleaner)

Majikan :          De ' Alfa Textiles
Alamat :           Wisma De' Alfa, PT 392 & 393 Jalan Jambatan Sultan Yahya, Lembah Sireh, Seksyen 7, 15050 Kota Bharu
Telefon :          09-7474668 (Irma Haryati Bt Abd Wahab)
Email :             dealfaglobal@gmail.com
Jawatan :         Pekerja Am (Cleaner)
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Gaji :               RM 600.00
•      Gaji Pokok RM 600.00 - RM700.00
•      Tarikh Tutup : 15 Ogos 2012
#       Cara Memohon ialah Puan Irma (09-7474668) atau hadir terus ke De ' Alfa Textiles untuk ditemuduga

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


EKSKLUSIF ! Mencari Kebenaran <b>Di</b> Pondok Geting <b>Tumpat</b> Kelantan

Posted: 13 Aug 2012 11:19 PM PDT


Terlebih dahulu ingin saya refresh balik isu yang membabitkan Tok Guru Abdullah Saamah @ Pondok Geting ni. Semua pasti ingat kenyataan beliau - Undi Dap Haram yang sedikit sebanyak menggegarkan politik orang Melayu baru ni.  Antara strategi menangkis serangan dan sekali gus usaha mengalih isu yang sering digunakan dalam politik adalah dengan menyerang KREDIBILITI musuh dan dalam kes ini, Pas melalui YB Kelaboran, Tumpat telah membuka gelanggang dengan membuat pelbagai tuduhan yang mengaibkan bertujuan mencalar kredibiliti Abdullah Saamah.

Dalam artikel saya sebelum ini ( KLiK ) ada saya menulis intipati video ucapan YB Zaki Ibrahim diatas -

Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ...  tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas.

Pendekkata - Tuan Guru Haji Abdullah Saamah adalah seorang PENIPU ! 'Ustaz' cari makan, dibayar untuk berlakon sebagai ustaz dan serang Nik Aziz @ Pas.

Semuanya LAKONAN yang didalangi oleh Umno.

Begitu juga Zainal Abidin yang kononnya mengaji  pondok di Pasir Tumboh. Asalnya cuma penjual pasar malam, kemudian buka kedai kopi depan mesjid, tak laku.... kemudian buat rumah di Pulau Ular tapi mengaku sebagai 'pondok' padahal tidak ada sorang pun anak murid.

Muhyiddin ditipu bila bagi derma buat pondok yang tak wujud. Abdullah Saamah dapat RM100k, Zainal Abidin dapat RM50k.

Tapi kemudian  Zaki kata cuma sampul surat saja, duit belum terima.

Terus terang saya cakap, saya cukup pantang ditipu kalau benarlah dakwaan YB itu. Ada yang kata , yang penting adalah kenyataannya ...... saya tidak ada masalah dengan itu. Kenyataan, kenyataan juga tapi Tipu pun kena sahkan juga !

TIDAK ADA blogger pro Umno lain yang berani sambut artikel saya ...... hairan ! Mungkin SEMUA SIBUK NAK BUAT PERSIAPAN HARIRAYA KOT ..... jadi malas nak serabutkan otak. Takper lah.

Saya terpanggil untuk mencari KEBENARAN - YB ZAKI PENIPU atau ABDULLAH SAAMAH PENIPU ?

BESAR risikonya buat Umno sekiranya ternyata dakwaan YB Zaki itu benar ! Kira boleh bye-bye la nak tawan Kelantan kalau benar terbukti Umno menjadi dalang disebalik lakonan Abdullah Saamah.

Tapi waktu sama, jika benarlah dakwaan itu, saya pun tidak akan berdiam diri ! Hell no, saya akan dedahkan sebab terlalu jelik perbuatan sepertimana dakwaan YB Zaki itu. Umno tak Umno ... nasiblah.. Saya sendiri sudah menulis beberapa artikel yang menyokong kenyataan Abdullah Saamah, minta maaf la, saya tidak boleh biarkan isu ini berlalu begitu saja tanpa saya cari KEBENARAN yang sebenar.

Carian dalam internet memberikan saya info tentang Pondok Geting dan gambar - KLiK . Tak sukup power rasanya ...... takde gambar pelajar dan gambar bangunan seperti dibawah ini nampak macam ...... tak bernyawa. Takder impak !

Bagaimana dengan dakwaan2 lain itu ?

Dalam kebanyakan isu, kebenaran dibuktikan melalui tindakan orang lain. Saya sekadar menunggu dan kutip saja apa yang orang lain berikan. Tapi kali ini LAIN. Tumpat cuma 3-4 jam saja dari Kuala Terengganu. Saya boleh saja kePondok Geting dan tengok dengan mata kepala saya sendiri ! Maka saya cari no talipon untuk bercakap dengan Tok Guru Abdullah Saamah sendiri, berjaya, dan terus set masa untuk bertemu dengan beliau di Pondok Geting.

Isunya mudah .... buktikan apa yang YB Zul sebut diatas itu salah atau benar dan SAYA SENDIRI MAMPU lakukannya tanpa perlu mengharapkan bantuan sesiapa. Tapi itu untuk diri sendiri.

Kalau nak ditulis dalam blog, setakat pengakuan saya saja mana cukup. Maka terpaksalah saya cari bantuan jurukamera professional yang boleh merakam visual dan seterusnya mengedit dan upload dalam Youtube. Manalah saya tahu semua tuh .....

Letih saya menalipon kekawan yang saya fikir boleh bantu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, semua sibuk nak melayan program2 Berbuka puasa pemimpin2 Umno bersama anak yatim dan oraang susah. TAK SAH KALAU TAK DER SIAPA YANG RAKAM !

Mujur juga sahabat blogger dari UMB Double Y mahu membantu, beliau call rakan blogger Gelombang Kick diKota Bharu dan kebetulan mamat tu free ......... dan dipendekkan cerita -


Sekarang jam 2:16pm saya sudah berada di pintu masuk Pondok Geting Tumpat Kelantan !

SERIUS GILER NI -  saya BELUM LAGI berjumpa dengan Abdullah Saamah. Saya juga BELUM MASUK lagi dalam kawasan pondok. Artikel ni saya siapkan dulu, tunggu gambar je sebelum saya postkan. Sekarang saya baru nak masuk kawasan pondok itu dan seterusnya memulakan pencarian Kebenaran yang menjadi matlamat saya kesini.

Apakah info atau visual yang bakal saya temui ? Wallahualam ..... 

ads