Selasa, 23 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


'Jangan jual saham FGVH' | n9kini.net

Posted: 15 Oct 2012 10:40 PM PDT

Gua Musang, 16 Okt. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pemegang saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) khususnya peneroka FELDA tidak menjual saham itu.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, turun naik harga saham FGVH selepas disenaraikan di Bursa Malaysia adalah biasa dan saham terbabit mempunyai potensi cerah untuk jangka panjang.

Katanya, peneroka amat beruntung dengan langkah kerajaan mentransformasi FELDA bagi memberi peluang kepada kumpulan sasar memiliki saham FGVH dan akhirnya mendapat keuntungan.

"Kita yakin pengurusan FELDA mampu menaikkan semula harga saham itu," – Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang

"Kita sedia maklum permainan saham terdedah kepada risiko, tetapi kita yakin pengurusan FELDA mampu menaikkan semula harga saham itu," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Janji Ditepati anjuran FELDA di Bandar Chiku, di sini, kelmarin.

Sempena majlis itu, Yayasan FELDA menyumbang dua ambulans masing-masing bagi kegunaan pesakit di Pusat Kesihatan Kecil Aring 1 dan Klinik Kesihatan Bandar Chiku.

Tengku Razaleigh juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, berkata kejayaan FELDA sehingga saham FGVH berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia tidak boleh dipertikaikan.
"Terus pegang saham itu untuk tempoh beberapa tahun akan datang kerana kejatuhan harga saham FGVH di Bursa Malaysia sekarang bersifat sementara," katanya.

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


RUMAH TRADISIONAL MELAYU 3 TINGKAT <b>DI</b> KUBANG ULU

Posted: 22 Oct 2012 11:57 PM PDT


Senibina Rumah  Melayu Seberang Perai khususnya dan nusantara amnya memang mempunyai keunikan tersendiri......lalu jika anda melalui jalan Penanti ke Kubang Ulu untuk ke Lunas atau ke Ara Kuda..selepas lintasan keretapi ...jalan lama bukan lebuh raya ..pasti anda akan terpegun sebentar dengan binaan yang unik tepijalan hadapan kawasan Pondok Penanti.....Itulah peninggalan unik senibina rumah melayu seberang perai yang satu-satunya masih ada namun warna asal rumah itu sudah berubah....sayang nilai warisan masih tidak difahami dan dihayati oleh para pentadbir atau pihak pemuliharaan warisan sendiri yang telah  mengecat dengan warna yamng entah apa nilai warisannya pun tiada siapa yang faham kecuali mereka sahaja agaknya...kenapa mesti diubah warna asalnya??? apa salahnya ??? kalau 10 kali kita mengecat semula maka akan ada sepuluh perubahan...lalu dimana kah nilai warisannya......??? Apa boleh buat erti warisan masih belum dihayati konsep sepenuhnya oleh generasi IT sekarang ini agaknya

Namun apa yang lebih penting Rumah Tuan Guru Pengasas Pondok Penanti ini tetap menyimpan kenangan indah terhadap jasa para ilmuan alim ulama,tuan tanah dan usahawan tempatan yang telah banyak berkorban harta,masa dan tenaga demi membina satu institusi pendidikan masyarakat yang satu ketika dikenali ramai sebagai Pondok Penanti.

Oleh itu mari kita kenali Tokoh -Tokoh Masyarakat dan Ulama yang bersusah payah membina institusi ini....
Sunday, September 25, 2005

SYEIKH JALALUDDIN AL-KALATANI

Perintis Pengajian Pondok Seberang Perai

Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

MAKLUMAT sebelum ini diriwayatkan bahawa dua orang ulama telah membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai. Kedua dua ulama itu ialah Syeikh Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong berasal dari Jeringa, Patani dan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, atau digelar dengan Tuan Minal. Penyelidikan terkini didapati bahawa sebelum kedatangan kedua-dua ulama itu yang membuka pondok pengajian di Sungai Dua, Seberang Perai itu ialah seorang ulama berasal dari Kelantan. Beliau ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani.

Selanjutnya sama ada pertalian nasab ke atas mahu pun keturunan ke bawah Syeikh Jalaluddin al-Kalantani menyentuh kekeluargaan besar para ulama terkenal. Di antara ulama yang ada hubungan kekeluargaan itu ialah Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani, Syeikh Abdus Shamad Kelombong, Tuan Minal al-Fathani, Syeikh Ahmad al-Fathani, Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani, Haji Abdullah Fahim, Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, Tuan Guru Haji Zakaria, Kampung Rambai, Tokai, Kedah dan ramai lagi. Artikel ini menyentuh perhubungan kekeluargaan para ulama tersebut, yang merupakan satu penyelidikan dan pengenalan ringkas peringkat awal.

Riwayat Penyelidikan

Sejak tahun 1962 penulis mendapat informasi bahawa Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani, Pengarang kitab al-Jauhar al-Mauhub dan Lum'atul Aurad mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kebanyakan ulama di Pulau Pinang. Tahun 1970 penulis cuba melakukan penyelidikan di Pondok Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, menemui anak beliau bernama Haji Saleh. Tahun 1989 di pondok yang sama, penulis dua kali menemui menantu ulama tersebut, beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Wahhab. Beliau adalah murid kepada Tuan Guru Haji Wan Ibrahim bin Abdul Qadir al-Fathani (Pak Cu Him), Gajah Mati, Kedah. Penyelidikan di pondok tersebut tidak banyak memperoleh maklumat.

Maklumat terbanyak diperoleh ialah pukul 10.00 malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi hingga pukul 11.35 malam Ahad, tarikh 6 Rejab 1425 Hijrah/22 Ogos 2004 Masihi. Selain wawancara terhadap beberapa orang, yang berupa bahan bertulis ialah;

1. Salinan surat jual beli rumah di Mekah milik Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Gha-fur al-Jawi al-Kalantani, bertarikh 23 Safar 1281 Hijrah.

2. Salasilah Zuriat Allahyarham Hj. Muhammad Yusya' dan Allahyarham Hj. Tahir susunan Yahaya bin Haji Awang

3. Salasilah Awang Kecik Setol susunan Haji Ismail, penulis peroleh melalui Cikgu Mustafa bin Hj. Hasein bin Hj. Tahir, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Nama lengkap ulama yang diriwayatkan ini ialah Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani kemungkinan adalah saudara sepupu Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman bin Abdul Ghafur al-Kalantani. Mengenai ini berdasarkan nama datuk kedua-keduanya adalah Abdul Ghafur al-Kalantani yang termaktub dalam surat jual beli rumah di Mekah seperti tersebut di atas. Selanjutnya berdasarkan cerita yang mutawatir dapat dipastikan bahawa antara Syeikh Jalaluddin al-Jawi al-Kalantani dan Syeikh Wan Ali al-Kalantani memang ada pertalian keluarga yang sangat dekat. Oleh itu, boleh dipastikan kedua-duanya adalah saudara sepupu.

Daripada surat jual beli rumah di Mekah di atas dapat diketahui beberapa orang ulama yang sezaman dengan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Sebagai wakil Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dalam urusan jual beli rumah di Mekah itu, seorang ulama besar yang sangat terkenal, iaitu Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie bin Sayid Muhammad Barakat al-Baqa'ie. Belum jelas hubungan antara Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie itu, apakah kedua-duanya bersahabat atau Syeikh Jalaluddin al-Kalantani sebagai murid ulama yang sangat masyhur itu. Yang sudah pasti Sayid Umar asy-Syami al-Baqa'ie yang hidup antara dalam lingkungan tarikh lahir 1245 Hijrah/1829 Masihi dan wafat di Mekah, 18 Syawal 1313 Hijrah/2 April 1896 Masihi adalah guru kepada ramai ulama, di antaranya ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Surat jual beli di atas ditandatangani oleh ramai orang, hanya seorang ulama dunia Melayu yang turut menandatanganinya sebagai saksi, iaitu Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (Pengarang kitab Mathla' al-Badrain, yang terkenal), ketika menandatangani surat itu disebut sebagai al-Hakim Syari'ie. Syeikh Jalaluddin al-Kalantani umurnya diperkirakan lebih tua sedikit daripada Syeikh Wan Ali al-Kalantani dan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani.

Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pada mulanya tinggal di Mekah, memperoleh kewarganegaraan Turki Usmaniyah pada 10 Jamadilawal 1299 Hijrah. Selanjutnya pulang ke tanah Jawi menyebarkan agama Islam di beberapa kampung di Pendang, di antaranya Kampung Tobiak, Guar Kepayang dan lain-lain. Setelah itu Syeikh Jalaluddin al-Kalantani pergi ke Sungai Dua, Seberang Perai. Sewaktu beliau berangkat ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran tiga orang anaknya, pada waktu itulah beliau menyerahkan pusat pendidikan pondok itu kepada Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik Kelombong al-Fathani. Haji Abdus Shamad mengajak sahabatnya, Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad (Tuan Minal) al-Fathani membina pengajian itu, selanjutnya berkembang dengan sangat pesat. Tuan Minal al-Fathani termasuk ulama besar yang sangat terkenal di dunia Melayu kerana beberapa buah karangannya, di antaranya ialah Kasyful Litsam, `Aqidatun Najin dan lain-lain.

Tiga orang anak Syeikh Jalaluddin al-Kalantani setelah ketiga-tiganya menjadi ulama, membuka perkampungan baru dan institusi pengajian pondok yang baru pula. Mereka ialah Haji Zakaria tatap di Pondok Pematang Sungai Dua, Haji Muhammad Saleh membuka Pondok Kampung Setol dan Haji Abdullah membuka Pondok Pematang Buluh. Jarak ketiga-tiga pondok pengajian berdekatan, semuanya dalam kawasan Serang Perai.

Kekeluargaan

Abdul Ghafur al-Kalantani mempunyai beberapa orang anak, di antaranya ialah Muhammad Yusya' dan Abdur Rahman. Syeikh Muhammad Yusya' memperoleh tiga orang anak, ialah Haji Mustafa, Hajah Sarahi dan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani.

Haji Mustafa bin Muhammad Yusya' al-Kalantani menurut riwayat beliau adalah salah seorang yang membuka perkampungan Sabak Bernam. Beliau memperoleh tiga orang anak iaitu; Haji Abdur Rahman, Hajah Fatimah dan Hajah Zubaidah. Hajah Sarahi binti Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Haji Muhammad Arsyad memperoleh tiga orang anak. Salah seorang di antaranya bernama Hajah Khatijah (Tok Itam) berkahwin dengan Haji Abdus Shamad bin Abdul Malik. Beliau memperoleh anak di antaranya Syeikh Abdullah Shamad al-Filfulani (ulama di Mekah) dan Haji Syahabuddin (Tok Ayah). Salah seorang anak Haji Syahabuddin yang perempuan bernama Hajah Habibah yang berkahwin dengan Tuan Guru Haji Ahmad, Sungai Petai, Perak. Memperoleh anak Datuk Haji Hasan Haji Ahmad (Mufti Pulau Pinang sekarang), Prof. Madya Saleh Haji Ahmad (Pensyarah di Universiti Malaya), dan lain-lain.

Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' al-Kalantani kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani. Hajah Sara adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang, iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia) dan Haji Tahir (Kadi Pulau Pinang, di Balik Pulau).

Perkahwinan Syeikh Jalaluddin al-Kalantani dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani memperoleh tiga orang anak, ketiga-tiganya adalah ulama. Mereka ialah Haji Zakaria, Haji Muhammad Saleh, Haji Abdullah. Haji Zakaria bin Jalaluddin al-Kalantani kahwin dengan Rabi'ah binti Lebai Din, memperoleh tujuh orang anak, di antaranya Arsyad, Arsyad memperoleh anak bernama Haji Ja'afar, tok guru di Pondok Padang Lalang. Anaknya yang kedua ialah Hajah Asma kahwin dengan Haji Awang, anaknya bernama Haji Yahaya (dari beliau saya peroleh silsilah keluarga ini, pada malam Sabtu, 5 Rejab 1425 Hijrah/21 Ogos 2004 Masihi, sebagai pelengkap maklumat yang telah saya miliki sejak tahun 1962 dari Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, dll).

Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani, memperoleh tujuh orang anak, enam orang di antaranya tinggal di Mekah. Anaknya bernama Hajah Sara kahwin dengan Syeikh Usman Jalaluddin Penanti, seorang ulama besar yang terkenal serta pengasas pusat Pondok Pengajian Manabi'ul `Ulum, Penanti, Bukit Mertajam.

Haji Abdullah bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani berkahwin dengan Wan Maimunah binti Syeikh Daud bin Ismail al-Fathani (ulama ini adalah Kader Syeikh Ahmad al-Fathani, khusus dalam bidang pentashhihan kitab). Beliau juga memperoleh tujuh orang anak, salah seorang di antaranya bernama Hajah Sa'diyah. Hajah Sa'diyah berkahwin pertama kali dengan Haji Abdul Hamid, anaknya bernama Nik Abdur Rasyid. Perkahwinan kedua dengan salah seorang keluarga ulama yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, iaitu Haji Ali bin Muhammad Nur. Perkahwinan tersebut memperoleh empat orang anak, salah seorang di antaranya ialah Aisyah. Beliau inilah yang memandikan dan mengkapankan Hajah Kailan binti Haji Hasan, ibu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), ketika meninggal dunia.

Penutup

Untuk mengakhiri artikel ini, di bawah ini penulis petik tulisan Haji Yahaya bin Haji Awang, pada bahagian bawah silsilah keluarga ini, katanya, ``Saya berharap semua zuriat Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir merendangkan susur galur zuriat masing-masing dengan berpandukan asas salasilah yang tercatat dalam buku ini. Saya yakin Allahyarham Haji Muhammad Yusya' dan Allahyarham Haji Tahir mempunyai hubungan darah keluarga selain daripada menjadi besan. Adalah menjadi amalan generasi zaman dahulu mengambil sanak saudara untuk menjadi menantu mereka.''

Sebagai tambahan, penulis berpendapat bahawa setiap keluarga yang besar adalah terdiri daripada golongan ulama, yang berpangkat, yang kaya, yang miskin dan sebagainya. Tugas ulama adalah yang paling berat kerana mereka wajib memberi pengenalan Islam, agamanya kepada semua golongan keluarga besarnya. Golongan berpangkat dan kaya perlulah menyelamatkan keluarga besarnya daripada kemiskinan dan kehinaan supaya sampai pada tahap mudah melakukan ibadah yang diredhai Allah s.w.t.     12

Nov

 SYEIKH USMAN JALALUDIN PENANTI
PENGASAS PONDOK PENGAJIAN MANABI'UL 'ULUM PENANTI
Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbagai bidang ilmu

Posted

Oleh: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

MURID Tok Kenali Kelantan yang menjadi ulama besar yang terkenal memang ramai. Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk salah seorang di antara mereka. Perjuangan jihad keilmuan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, sama ada dalam penerapan di ruangan mengajar mahu pun menyebarkan pengkaryaan tulisan mempunyai sistem yang tersendiri. Jika kita menoleh ke belakang sewaktu mencari ilmu itu sendiri Utsman Jalaluddin mempunyai pengalaman yang berbeza dari orang lain.

Nama lengkap beliau ialah Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti bin Muhammad bin Abdus Shamad al-Kalantani, lahir di Kampung Panjang, Daerah Sering, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1297 H/1880 M. Ada riwayat lain menyebut bahawa beliau lahir tahun 1300 H/1882 M dan wafat di Mekah, hari Jumaat, 30 Zulhijjah 1371 H/19 September 1952 M. Saya berpendapat, kelahiran tahun 1300 H/1882 M adalah yang dapat dipegang kerana menurut riwayat, Utsman Jalaluddin sama tua dengan sahabatnya, Syeikh Ismail bin Abdul Qadir al-Fathani atau Pak De `El, yang lahir tahun 1300 H/1882 M.

Sewaktu masih berada di Kelantan, Utsman Jalaluddin belajar kepada Haji Jamal di Perupok. Selanjutnya belajar kepada Mufti Haji Wan Muhammad bin Tuan Tabal. Utsman Jalaluddin melanjutkan pelajarannya di Mekah dan bermukim di sana mulai tahun 1319 H/1901 M. Pada tahun tersebutlah Utsman Jalaluddin bersahabat dengan Pak De `El al-Fathani.

Kedua-duanya termasuk golongan murid termuda Syeikh Ahmad al-Fathani. Walau bagaimana pun, kedua-duanya duduk dalam majlis pengajian dengan orang-orang yang lebih tua, di antara mereka ialah Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin al-Kalantani dan Pak De `El al-Fathani, sempat belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani hanya sekitar tujuh tahun sahaja, kerana Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada tahun 1325 H/1908 M. Walau pun masih ramai guru beliau di Mekah selain, Syeikh Ahmad al-Fathani, namun Syeikh Utsman Jalaluddin akhirnya pulang ke Kelantan dan belajar kepada Tok Kenali.

Syeikh Utsman Jalaluddin kahwin dengan Hajah Sara binti Haji Muhammad Saleh bin Syeikh Jalaluddin al-Kalantani. Mengenai datuk pada Hajah Sara, iaitu Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani. (Rujuk Bahagian Agama, Utusan Malaysia, terbitan hari Isnin, 13 September 2004, Seksyen 3, halaman 9.)

Hendaklah diperhatikan bahawa Hajah Sara (isteri Syeikh Utsman Jalaluddin) neneknya juga bernama Hajah Sara (isteri Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Kalantani). Hajah Sara binti Haji Muhammad Tahir al-Fathani adalah adik-beradik dengan Haji Ibrahim (Pak Him). Haji Ibrahim (Pak Him) ini ialah ayah kepada Mufti Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), iaitu datuk kepada Datuk Seri Abdullah Badawi Perdana Menteri Malaysia).

Salah seorang anak Syeikh Utsman Jalaluddin ialah Tuan Guru Haji Saleh. Pertama kali saya berjumpa Tuan Guru Haji Saleh, iaitu pada tahun 1976 dan baru-baru ini pada malam Ahad, 30 Rejab 1426 H/4 September 2005 M, beliau datang ke majlis tempat saya mengajar. Pada tarikh tersebut banyak maklumat baru saya dengar daripada Tuan Guru Haji Saleh di antaranya; ada yang dimuat dalam artikel ini. Tuan Guru Haji Saleh menceritakan bahawa beliau belajar kitab Tashil Nail al-Amani (nahu) dari ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin.

Syeikh Utsman Jalaluddin secara langsung bersama-sama Pak De `El al-Fathani belajar kepada penyusun kitab itu, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Tuan Guru Haji Saleh menceritakan pula, bahawa ayahnya Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang yang sangat bijak menggubah syair dan sangat besar pengaruhnya di Mekah. Kata beliau, pernah terjadi seorang yang telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Mekah. Keluarga yang dihukum, mengadu halnya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Ahmad menggubah syair, dikirim kepada Sultan Turki dan Mahkamah Mekah. Akhirnya, orang yang telah jatuh hukuman mati itu tidak jadi dijatuhi hukuman mati.

Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti al-Kalantani termasuk ulama dunia Melayu yang menghasilkan karya yang banyak ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Di antaranya ialah:

1. Tathrif al-'Arfi fi Tashrif ash-Sharf, ditulis dalam dwi bahasa, Arab dan Melayu. Diselesaikan pada 23 Zulhijjah 1354 H/1935 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di antara maklumat pada mukadimah Syeikh Utsman Jalaluddin mencatatkan, ``Padahal sungguhnya telah hamba pungut akan dia daripada mutiara tashrif yang amat elok bagi guru hamba yang alim lagi yang amat dalam ilmunya, lagi menghimpun bagi beberapa fan ilmu yang bangsa kepada agama, iaitu Muhammad Yusuf yang dimasyhurkan gelarannya di seluruh tanah-tanah Melayu dengan Tok Kenali di negeri Kelantan. Yang telah diwafatkan dia pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 Hijrah.

Mudah-mudahan diliputi kiranya akan dia oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan rahmat-Nya yang diredhai. Dan demikian tashrif itu, ialah daripada seelok-elok peraturan pada permulaan pengajaran ilmu Arab. Dan sungguhnya tiada hampir didapatkan seumpamanya pada masa yang kemudian, dan pada masa yang dahulu-dahulu...'' Cetakan yang pertama Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, 1354 H. Cetakan yang kedua oleh percetakan yang sama tahun 1358 H dijadikan tiga juzuk, ialah juzuk yang pertama dan kedua dalam satu jilid, sedang juzuk yang ketiga dalam jilid yang lain.

2. Asy-Syarh al-Kabir, ditulis dalam bahasa Arab. Diselesaikan pada 16 Syaaban 1358 H/30 September 1939 M. Kandungan membahas ilmu saraf. Di halaman kulit belakang diiklankan nama-nama karya Syeikh Utsman Jalaluddin ialah: Fath al-Mu'in Arab-Melayu, jilid 1 sampai jilid 4, Tafsir Jalalain Arab-Melayu, jilid 1 dan jilid 2, Mathali' al-Anwar wa Majali'al-Azhar, jilid 1 dan jilid 2, Qiladah al-'Iqyan fi Sya'bi al-Iman, jilid 1, Mir-ah al-Iman, Miftah al-Jinan (tasawuf), Siraj al-Islam Hadits Nur Nabi, Nujum al-Muhtadin Perbahasan Kaum Muda, dan Ta'rif al-'Urfi fi `Ilmi at-Tashrif (Arab-Melayu). Dicetak oleh Mathba'ah Persama, 83 Achen Street, Penang, Ramadhan 1358 H/Oktober 1939 M

3. Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah), kitab ini terdiri beberapa penggal. Kandungan membahas tentang tanda-tanda hari kiamat, berdasarkan al-Quran, hadis dan tafsiran para ulama yang muktabar. Cetakan yang pertama, The United Press, Pulau Pinang, tanpa dinyatakan tarikh. Pada cetakan terdapat kata pujian dari Haji Abdullah Pak Him, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai, Haji Ahmad Sa'ad al-Mashri dan Haji Ahmad Tuan Husein, tarikh 2 Safar 1371 H.

Keseluruhan karya Syeikh Utsman Jalaluddin belum dapat disenaraikan semuanya dalam artikel ini, kerana saya berasa perlu mengambil data dan memperkenalkan sebuah karya beliau yang berjudul Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada. Kitab ini adalah merupakan syarah Tafsir al-Jalalain yang mengkombinasikan bahasa Arab dan bahasa Melayu. Tafsir ini disebarkan secara berjilid untuk khairat Madrasah Manabi' al-'Ulum yang diasaskan oleh pengarangnya di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada halaman depan tafsir ini tertulis Syarhu Tafsir al-Jalalain. Di bawahnya dinyatakan Arab, Melayu yang dinamakan Anwar al-Huda wa Amthar an-Nada yang diterjemahkan di bawahnya kepada bahasa Melayu dengan ``Beberapa Cahaya Bagi Penunjuk Dan Beberapa Hujan Bagi Embun''. Sesudah itu, penyusunnya menggubah tujuh bait syair (puisi) bahasa Arab yang beliau terjemahkan kepada bahasa Melayu klasik.

Pada halaman 2 dan 3 beliau menggubah syair Arab yang panjang terdiri 29 bait, juga beliau terjemah ke dalam bahasa Melayu klasik. Syeikh Utsman Jalaluddin pada mukadimahnya, memberi komentar yang panjang mengenai ilmu tafsir. Menurut beliau tentang pentafsiran al-Quran, ``Mulai daripada masa Nabi s.a.w. hingga kepada zaman yang kemudian daripada sahabat-sahabat, dan tabi'in, dan tabi'it tabi'in hingga kepada zaman `ulama' yang kemudian atas qaul yang tahqiq, yang berhubung segala sanad mereka itu kepada Nabi s.a.w. Sesungguhnya awal-awal yang menghimpunkan segala huruf tafsir itu ialah sekelian sahabat Nabi s.a.w. di dalam Mekah, dan `Atha' bin Abi Rabah dan Mujahid daripada tabi'in, dan lain-lainnya yang memindah oleh sekelian mereka itu daripada Saiyidina Abdullah bin Abbas. Yang ia memindah daripada Nabi s.a.w.''.

Daripada kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa, ``sanad'' yang bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. adalah sangat penting dalam ilmu-ilmu Islam termasuk juga ilmu tafsir. Golongan yang bukan daripada golongan ulama, jika mereka mentafsirkan al-Quran adalah sukar untuk dapat diterima, kerana para ulama memberikan persyaratan yang ketat mengenai itu.

Disiplin

Syeikh Utsman Jalaluddin dalam Anwar al-Huda dengan memetik dari Syarh Ihya' `Ulumid Din bahawa seseorang yang akan mentafsir al-Quran mestilah menguasai sekurang-kurangnya lima belas disiplin ilmu. Ilmu-ilmu itu ialah:

1. Ilmu Lughah, 2. Ilmu Nahwu, 3. Ilmu Tashrif, 4. Ilmu Isytiqaq, 5. Ilmu Ma'ani, 6. Ilmu Bayan, 7. Ilmu Badi', 8. Ilmu Qiraat, 9. Ilmu Ushulid Din, 10. Ilmu Usul Fiqh, 11. Ilmu Asbab an-Nuzul, 12. Ilmu Fiqh, 13. Ilmu Nasikh dan Mansukh, 14. Ilmu Hadis, 15. Ilmu Ludunni.

Pada bahagian ini juga, Syeikh Utsman Jalaluddin menceritakan pandangan gurunya Tok Kenali, kata beliau, ``Syahdan adalah guru hamba al-'Alim al-'Allamah Syeikh Muhammad Yusuf Kenali, Kelantan, yang diwafatkan dia pada 2 Sya'aban, hari Ahad, pada tahun 1352 H, beberapa kali disuruh akan dia di hadapan hamba supaya ia mentafsir akan Quran sahaja dengan ketiadaan syarah, maka ia menolak akan dia. Dan ia berkata, ``Kita bukan ahli bagi mentafsir akan Quran dengan ketiadaan syarah karena kita tiada hafaz akan huruf-huruf tafsir dan kalimahnya yang menerangkan maksud ... ``.

Riwayat di atas bukanlah mencerminkan Tok Kenali tidak berkemampuan dalam ilmu tafsir, tetapi adalah memperlihatkan sifat tawadhu' beliau. Sebaliknya ada orang yang tidak mendalami ilmu-ilmu Islam, tetapi terlalu ceroboh dan berani untuk mentafsirkan al-Quran hanya berdasarkan pemikiran akal semata-mata tanpa mempedulikan yang telah digariskan oleh para ulama yang muktabar.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Cerita Sebenar Masalah Air <b>di Pasir Mas</b> « ::Dewan Pemuda PAS <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2012 08:27 AM PDT

sumber : msomelayu.blogspot.com

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut.

Kebetulan dalam saya bersiap untuk ke loji itu aktivis masyarakat terkenal di Rantau Panjang sdr Rushdan Mustapa menelefon saya, dia juga mempunyai agenda yang sama. Beliau mahu melihat dan mendapat maklumat sendiri mengenai masalah itu. Dia datang mengambil saya di hotel, kami pergi bersama.

Apabila melihat sendiri keadaan di loji itu baru tahu apa masalah sebenarnya. Dakwaan mengatakan pam air break down tidak benar sama sekali. Begitu juga tuduhan mengatakan paip besar pecah di Lemal juga tidak tepat. Apa yang sebenarnya berlaku pam air loji berkenan tidak dapat bekerja seoptimanya disebabkan paras air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama  untuk ditapis, cetek atau pun tohor.

Bila air sungai Kelantan cetek menyebabkan pam tidak dapat untuk menarik air bagi dihantar ke loji penapisan. Loji itu mempunyai empat buah pam yang biasanya berjalan serentak yang boleh menjana 60 juta liter air sehari. Namun disebabkan kekurangan air, hanya dua sahaja yang berjalan sementara yang dua lagi diletakkan dalam keadaan stand-by. Natijahnya hanya separuh dari kapasiti air yang dapat dijana, kira-kira 30 juta liter.

Difahamkan pam itu tidak boleh dijalankan serentak kerana apabila air tidak mencukupi menyebabkan ia akan menghadapi masalah dan semuanya akan mati. Bagi mengelakkan kesemua pam berhenti maka 'catuan' penggiliran pam dikawal.

Dalam pada itu dengan keadaan air terhad itu maka timbullah masalah kekurangan bekalan atau sesetengahnya terputus terus. Apa lgi air yang dijanakan itu diberi perioriti dihantar ke tempat-tempat atau kawasan kritikal di bandar Pasir Mas untuk kegunaan hospital, pejabat kerajaan dan masjid dan sebagainya.

Semasa saya bersama Rushdan tiba di loji berkenana dua buah tanker – lori penghnatar air milik AKSB sedang memuatkan air untuk dihantar ke hospital dan beberapa kawasan yang kritikal di sekitar Pasir Mas. Saya tidak dapat membayangkan macam mana air dapat dicatu kalau hanya dua buah tanker sahaja yang ada? Katanya AKSB memperuntukan satu tanker saja untuk satu daerah. Ternyata dengan dua buah saja ia tidak mencukupi, elok kalau diadakan punggutan derma untuk membeli dua tiga buah tanker lagi?

Sebelum itu saya juga singgah di loji milik Kada yang menjana air untuk kawasan pertanian yang terletak berhampiran loji milik AKSB itu. Loji itu juga menghadapi masalah sama tidak dapat menyedup air kerana sungai Kelantan kering. Dari empat buah pam yang ada hanya dua buah sahaja yang berjalan.

Dalam perkembangan lain pihak AKSB telah bertindak segera mengatasi masalah berkenaan. Dua buah telaga tiub telah digali untuk membekal air tambahan di loji penapis. Sebuah sudah pun hampir siap dan akan mulai operasi dalam tempoh terdekat. Telaga tiub itu adalah plan alternatif bagi menghadapi masalah kekurangan air seperti berlaku hari ini. Walaupun ia tidak akan dapat mengatasi masalah seluruhnya tetapi sekurang-kurang dapat menampung kekurangan air di loji itu. Jika kedua telaga tiub ini berfungsi ia dapat membekalkan 3 hingga 6 juta liter air.

Dalam hal ini kurang tepat kalau ada pihak tertentu menyalahkan AKSB kerana masalah dihadapi bukan disengaja tetapi kerana fenomena semula jadi yang tidak dapat ditentukan. Soal kemarau atau banjir tidak dapat diatasi kerana ia adalah putaran alam dan diluar daya fikir manusia.

Pun begitu pihak AKSB seharusnya lebih peka mengenai perkara ini. Sewajarnya kalau AKSB menyediakan kontijensi plan untuk menghadapi maslaah kemungkinan gangguan air. Misalnya satu mekanisme harus dicari bagaimana memastikan penggunaan tidak mengalami masalah itu berhari-hari. Menyerahkan atau berdalih masalah itu kerana kejadian semula jadi tidak berapa elok juga.

Berhubung masalah yang timbul ekoran gangguan air ini di mana seolah-olah kelam kabut ianuya disebabkan maklumat itu tidak disampaikan kepada rakyat secara bersistemetik. Inilah punca mengapa berbagai tanggapan. Sepatutnya AKSB segera menyampaikan maklumat mengenai masalah yang timbul baru ia tidak salah anggap.

Untuk tujuan ini agensi kerajaan lain seperti Penghulu, Imam, pegawai politik perlu bekerja sama, bertindak segera memberi maklumat kepada rakyat bila berlaku sesuatu masalah. Saya rasa kalau maklumat sebenar diberikan kepada rakyat kekeliruan mengenai masalah seperti ini sehingga ada bersangka buruk tidak akan berlaku. Penyegeraan itu juga akan dapat menjawab propaganda dan menangkis provokasi pihak-pihak yang cemburu dengan kerajaan Kelantan.

Seperkara lagi apa yang saya dapat lihat pihak kerajaan khasnya perlu membuat kajian kenapakah air Kelantan cetek dan menganggu proses pengepaman air ke loji berkenaan. Buat masa ini satu-satu sumber air untuk ditapis dan dirawat di loji berkenaan hanya air sungai Kelantan. Sumber alternatif lain perlu dikaji.

Kalau boleh saya cadangkan, AKSB boleh mendapat sumber baru untuk tujuan itu. Nun di bahagian hulu Rantau Panjang terdapat satu tasik atau empangan Bukit Kwong. Empangan itu digunakan oleh JPS untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian. Memandangkan aktiviti pertanian tidak berapa pesat di Rantau Panjang terutamnya padi, kerana orang Rantau Panjang makan beras Siam, elok kalau sumber air itu dialih kepada air kegunaan manusia.

Seingat saya empangan berkenana tidak pernah kering walaupun kemarau panjang. Kebetulan buat masa ini ada perlombongan besi dan emas di situ, elok kalau suruh syarikat lombong itu turut membantu pembiayaanya? Baru-baru ini Adun Gual Periok Ahmad Awang dilihat ada membuat lawatan ke lombong itu. Beliau sepatutnya tidak saja melihat sinar bijih dan emas tetapi sepatutnya turut tersilau sama ke dalam empangan berkenaan dan berfikir macam mana airnya boleh digunakan untuk manusia. Wakil rakyat jangan saja janggut dan misai saja panjang tetapi akal juga perlu panjang atau sekurang-kurang sama panjang!

Seperkara lagi yang saya dapat kesan kenapa air sungai Kelantan menjadi cetek menyebabkan sukar untuk dipam kerana aktiviti pengalian dan pengepam pasir yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar tebing malah ke dalam sungai. Aktiviti pengepam pasir ini membantu memberi beban kepada loji penapisan air.

Gara-gara aktiviti pengepaman pasir ini menyebabkan sungai Kelantan menjadi dalam di bahagian tengah dan cetek kawasan permukaan loji. Ini hanya agakan. Kajian dan analisa mendalam perlu dibuat apakah anggapan ini benar. Sekiranya ia memberi kesan ada baiknya kalau aktiviti itu dipindahkan ke kawasan lain atau dibatalkan terus.

Dalam hal ini pihak berkuasa atau kerajaan perlu melihat keutamaan orang ramai terlebih dahulu daripada melihat kepentingan beberapa kerat pedagang pasir itu. Iya pasir juga perlu tetapi dalam konteks dan keperluannya air lebih mustahak kerana ia melibatkan ratusan ribu jiwa. Perlu diingat loji air di Kampung Kelar yang berkapasiti 60 juta liter sehari itu diguna untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. [r.pjng 5:46 pm 03/08/12]

Tags: , ,

ads