Khamis, 21 Februari 2013

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search

Kaum Cina Kelantan sudah biasa dengan pemerintahan PAS | The <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2013 09:56 PM PST

Abdul Latiff Abdul RahmanKUALA KRAI  -  Penduduk Cina di kawasan Parlimen Kuala Krai diseru terus beri sokongan kepada kepimpinan Pas untuk memerintah Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memastikan nasib mereka terus dibela.

Yang Dipertua Pas Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sokongan itu penting bagi membolehkan kerajaan negeri meneruskan kesinambungan dasar pemerintahan adil untuk semua kaum di negeri ini.

Sejak Pas memerintah negeri ini pada 1990, keyakinan masyarakat Cina kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat makin meningkat dan diharap sokongan itu berterusan pada PRU13.

"Masyarakat Cina di Kelantan tidak lagi takut kepada dasar Islam kerana selama lebih 20 tahun, mereka sudah merasai sendiri keselesaan hidup di bawah pemerintahan Pas.

"Kerajaan negeri tidak pilih kasih jaga kebajikan rakyat kerana setiap bantuan disalurkan kepada semua yang layak tanpa kira kaum atau agama, bahkan tidak kira perbezaan parti politik," katanya.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berkata demikian selepas program Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Pas Dun Mengkebang di Wat Sala Wanathayan, Kampung Batu Jong, malam kelmarin.

Program dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Abdul Latiff berkata, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pas dapat juga dilihat di Parlimen ini kerana Kerajaan Negeri tidak pernah gagal menghulurkan bantuan kepada kaum itu.

"Selain meliputi semua lapisan masyarakat berbilang kaum, bantuan disalurkan pula berterusan sepanjang tahun dan tidak kira musim pilihan raya atau tidak," katanya.

Menurutnya, sokongan masyarakat Cina termasuk di Parlimen ini penting dalam usaha Pas mempertahankan Kelantan dan juga membantu Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

"Jika semua kaum bersatu dan memilih Pakatan Rakyat, kita akan mara dengan keberkatan menuju Putrajaya bagi mengembalikan hak Kelantan yang dinafikan terutama royalti minyak," katanya.  -  SH

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search

Hajat Tunai Umrah Berkecai | Detik Perubahan

Posted: 19 Feb 2013 01:54 AM PST

imageKOTA  BHARU – Hajat seorang remaja untuk menunaikan umrah Mac ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di jambatan Bunut Payong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Mohd Aiman Ibrahim, 17, bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz Sains, Kok Lanas maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan leher.

Mangsa dari Kota Bharu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nilam Puri.

Sepupu mangsa, Rizwan Ramli, 29 berkata, dia amat terkilan kerana Mohd Aiman tidak sempat menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.

Menurut Rizwan, sepatutnya Aiman bersama ibunya, Maznah Yusof, 50, dan adiknya, Muhammad Aidil Iman, 15, berangkat ke Tanah Suci pada minggu hadapan.

"Segala persiapan termasuk urusan visa telah pun siap dan hanya menantikan masa untuk berangkat ke sana, namun saya amat terkilan dan sedih selepas melihat mayatnya terbujur kaku di atas jalan selepas terlibat dalam kemalangan.

"Semalam (kelmarin) sebelum kejadian, saya sempat meluangkan masa bersamanya ke majlis kenduri pertunangan sepupu di Terengganu, dan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri.

Tidak saya sangka perubahan itu merupakan petanda ajal dia akan pergi selamanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Idris berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. – Sinar Harian

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search

ANAK MAMA MANJA: CNY @ <b>rantau panjang</b>

Posted: 14 Feb 2013 01:19 AM PST

cerita dah basi pun..byk dah lupa..tp nak update blog punya pasal tulis gak la...
sampai rantau panjang pukul 11 hari ahad bersamaan 10 feb 2013.
sampai je terus masak makanan tgh hari....mcm bagus je menantu ni kan..hikhik..sebenarnyer mak mertua tak ada kat rumah sbb jaga kedai so saya masak la ala kadar..buat sup ayam and goreng sayur sambil dibantu adik ipar...sambil2 menunggu kwn saya jugak...janji nak jumpa lepas zohor..
lepas masak...semua bedal mkn... pukul 3 lebih kawan saya satu family sampai..terus bwk dia p kedai sbb takut kedai kat rantau panjang ni tutup..biasa lewat ptg dah tutup kedai kat sini.. kawan saya ni ialah k.suhaila..kwn baik merangkap seperti adik beradik di sekolah...suami dia buat bisnes jual jersi...ada bukak kedai kat metro point..so nak try ambik jersi dr rantau panjang plak...
sampai di kedai, jumpa mak mertua dulu... lepas tu hasben bwk suami k.su ke kedai jersi yg tak jauh dari kedai mak mertua ni..lama jugak la suami k.su ni memilih..k.su pun memilih jugak..memilih toto and selimut dlm kedai mak mertua saya ni...byk jugak la berhabis..hikhik...
apa yg best, mak mertua saya dah bukak satu lagi kedai yg jual periuk belanga...best giler...saya la org paling teruja..hasben saya? releks je.. tak ada perasaan langsung tengok periuk belanga..hahaha...actully, mak mertua dah ada 2 kedai sebelum ni, satu kedai jual baju and satu lagi jual bantal, toto, selimut, cadar and ank2 patung serta bear.. ni bukak lagi kedai periuk belanga...tabik spring la kat dia...jgn tak tahu..dia pun cikgu k...kedai ni adik ipar la yg jaga..bila hujung minggu or cuti baru mak mertua saya dtg jenguk kedai...
kalau k.su memborong, saya lagi2 la...haha.. tak pernah sekali pun balik sini, saya boleh berpuasa dari membeli..walau satu brg mesti kene beli..hahaha...kali ni ambik bekas buffet.. murah ye mak mertua jual...rugi tak beli...angkut sekali selimut..dah mcm tak ada selimut kat rumah...pisau pun beli..haha...
lepas ni dah tak payah pinjam ngan mak...nak buat majlis kecik2 and masak sendiri  leh guna yg sendiri je...

sofia pun dpt hadiah besday dr tokmi...disbbkan tokmi risau berebut, abg cik pun dpt jugak satu...

cantik kan..kerusi...tq tokmi
maghrib je, pelawa k.su and family  dia singgah rumah mak mertua..solat and minum2 dulu...sofia and ikhlas bukan main rancak lg main lari2 ngan  ank2 k.su, ilham and aufa..tak lama pun k.su lepak..pastu diaorg balik...

k.su balik je, saya angkut ank2 masuk bilik..mandi time...mak and pak pun mandi jugak la..penat giler seharian bermcm xtvt..mlm tu mak mertua p majlis akad nikah ank kwn dia so tak masak la kan...pak mertua pun p...saya p dapur tengok lauk thari dah licin...masuk bilik bgtau hasben suruh beli je la..tak larat nk masak...hasben pun suruh ler adik dia beli..

sambil menunggu adik hasben ni balik, saya baring sambil susukan ikhlas..hasben pun sama..baring konon2 santai la..sofia duk tengok tv ngan mak and pak sedara dia kt luar..sekali kitaorg tertidur...sedar2 mak mertua ketuk pintu suruh mkn..membazir kalau tak mkn..kalau ikut hati, malas dah nk mkn...sambung tidur lg best..tp segan la plak..2 kali mak mertua ketuk pintu...last2 kuar mkn gak...  habis gak sebungkus mee sup..hikhik...

past tu sambung tdo..sofia dah lena dpn tv..hasben angkat bwk masuk bilik...mlm tu kami ank beranak tdo tak sedar diri.. letihhhh....

isnin/11 feb 2013
xtvt santai di rumah..thari keluar p kedai...window shopping..mkn2..lepak2 kat kedai mak mertua..tup2 dah lewat ptg..
mlm ingat nak masak...sekali mak mertua ckp beli je nasi kuning or nasi kerabu coz ramai dah kenyang..diaorg p kenduri kawin lewat ptg tu..so perut penuh lg la kot,,,saya ni mkn ptg ke tak ke..mlm mesti nk jugak telan nasi..hikhik...yahoo..cancel masak...

selasa/ 12 feb 2013
mak mertua dah mula mengajar... kami pun bersiap nk balik kg saya plak...lepas mkn pagi, kemas2 brg masuk kereta...singgah kedai lg..cr jersi ikhlas..hasben la ni... sebenarnyer nk cr seluar pjg sofia je..baju tak basuh so tak ada seluar pjg...dah smp sana lain plak..ada je penambahan...

sebelum bertolak, singgah sekolah mak mertua ..dia pesan suruh singgah sbb nk jumpa sofia..time dia p kerja tadi, sofia duk membuta lg..hehe...lepak sekejap, past tu bertolak balik ganu...

*
*
*
*
*
*

biasa2 ajer cuti kami....yg penting seronok balik kampung...;)

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

MalaysiaDaily: Tiga Ketua Bahagian Umno <b>Kelantan</b> Tidak Jadi <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 08:09 AM PST

Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state. Formula itu kemungkinan dipakai semula pada pilihan raya umum ke-13 ini, bagaimana pun dengan sedikit pindaan apabila terdapat beberapa ketua bahagian dikatakan akan dirihatkan kerana menghadapi masalah peribadi bagi mengelakkan peluang Umno terjejas untuk menang.

Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.

Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong,  Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding  kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.

Begitu juga dengan ketua bahagian Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang dan Pasir Mas bertanding dikerusi state tetapi kalah.  Hanya ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein yang bertanding di kerusi parlimen kedua-duanya menang.

Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli.

Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja.

Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.

Sementara Dali Husin katanya diberi peranan untuk menawan kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan.

Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang.

Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.

Kerusi Ketereh diserahkan kepada timbalan ketua bahagian Ketereh, Md Alwi Che Ahmad. Alwi pernah memang dikerusi parlimen Ketereh tahun 2004. Dalam pada itu khabarnya Annuar sedang melakukan serang saraf dan lobi perigkat "apollo" bagi memastikan dia akan diletakkan bertanding di Ketereh. Parlimen Kubang Kerian akan diserahkan kepada Anuar Shafin  ketua pemuda.

Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.

Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.

Bagaimana Umno baik di bahagian Pasir Mas, Kelantan dan Kuala Lumpur sukar untuk memberi laluan kepada Ibrahim keadaan ini menyebabkan Hanafi tersempit. Sekiranya 'formula' mengenai kedudukan Ibrahim dengan Umno gagal dicapai besar kemungkinan Hanafi diletakkan di parlimen Pasir Mas atau kerusi state Pengkalan Pasir.

Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur.

Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu. 

Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir.

-http://msomelayu.blogspot.com

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search

MalaysiaDaily: Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Tidak Jadi <b>...</b>

ads