Isnin, 25 Jun 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


PROGRAM PERKAHWINAN DAN PENGISLAMAN <b>DI</b> PULDOA <b>KOK</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 08:53 AM PDT

16 JUN- Majlis perkahwinan serentak seramai 9 pasangan pengantin dan pengislaman lebih kurang 25 orang asli Pos Belau, Gua Musang Kelantan yang diadakan di Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA) Kok Lanas, Kelantan berlangsung dengan meriah tempoh hari.
Majlis turut dihadiri tetamu VVIP Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,Y.B. Dato' Dr. Hj. Zainuddin bin Ibrahim dan Dato Hj Dr Razak Bin Hj Kechik( Yayasan Al-Khalifah ,IOA ,MRA), Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) JAKIM, JHEIK, M AIK dan pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta  banyak lagi. 
Kegembiraan ini bolehlah kita berkongsi seperti mana dengan firman Allah dlm surah An-Nasr :
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, 
2. Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, 
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia   adalah Maha Penerima taubat.









 

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


UPSR 2012 - SEKOLAH KEBANGSAAN WAKAF BHARU, <b>KELANTAN</b>

Posted: 24 Jun 2012 08:08 PM PDT


KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah tidak menyangka gumpalan kertas surat khabar berlumuran darah yang ditemuinya semalam dalam perjalanan ke sekolah, mengandungi seorang bayi lelaki yang masih hidup.
Mohd Razif Zaid, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas di sini berkata, dia menemui bayi berkenaan dalam kertas surat khabar di tepi semak ketika berjalan ke sekolah bersama seorang rakan pukul 7.20 pagi.
"Saya bersama rakan terkejut apabila ternampak kertas surat khabar itu penuh dengan darah di tepi semak dan apabila mendekati melihat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di situ.

"Saya kemudian memberitahu pekerja kantin sekolah mengenainya sebelum dia (pekerja kantin) menghubungi polis untuk tindakan seterusnya," kata Mohd Razif kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Pelajar itu berkata, bayi itu masih bertali pusat dan tidak menangis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pemeriksaan susulan. – BERNAMA

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Rencana Khas

Posted: 20 Jun 2012 12:00 AM PDT

Calon-Calon Umno Di Pasir Puteh

Umno Pasir Puteh menjadi bahagian pertama di Kelantan yang sudah selesai uktamadkan calon-calon untuk ke empat kerusi di kawasan parlimen itu iaitu, kerusi Parlimen Pasir Puteh, dan empat Dun, Gaal, Limbongan, Semerak dan Selising.

Senarai nama-nama yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan sudah pun berada dalam fail "beres" atas meja presiden parti di Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur. Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed juga dikatakan merestui calon-calon berkenaan.

Kerusi parlimen yang sebelum ini menjadi rebutan beberapa nama sudah muktamad dengan bekas ketua bahagian Kamaruddin Mohd Noor akan diberikan tanggungjawab untuk merampas kerusi berkenaan. Walaupun pencalonan Kamaruddin mendapat tentangan khasnya dari ketua bahagian Zawawi Othman, namun atas kehendak Kuala Lumpur, Zawawi dikatakan terpaksa akur.

Pemilihan Kamaruddin katanya atas naluri Udin anak Yassin. Ha Najib Razak juga bersetuju kalau Kamaruddin dicalonkan. Pemilihan Kamaruddin salah satu sebab berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan syaksiah beliau yang dikatakan jauh lebih baik dari Zawawi yang sebelum ini hanya guru sekolah rendah sahaja.

Zawawi menentang pencalonan ini kerana beliau dikatakan lebih melihat pencalonan itu bakal memberi cabarannya di masa datang dalam hirerki kepimpinan Umno Pasir Puteh. Rata-rata berpendapat sekiranya Kamaruddin terpilih menjadi calon menyebabkan dia akan kembali memimpin Umno Bahagain Pasir Puteh dan ini paling diktakuti Zawawi berbanding kalah dalam pilihan raya. Zawawi pula lebih selesa menjadi ketua bahagian kerana dengan kedudukan itu beliau dapat mengendalikan peruntukan yang disalurkan menerusi Umno Pasir Puteh.

Sebagai gantiannya Zawawi dicadangkan bertanding di Dun Semerak untuk bertemua dengan Wan Hassan Wan Ibrahim. Walaupun Zawawi memilih Gaal sekiranya tidak dapat Parlimen Pasir Puteh tetapi ada usaha termasuk dari Kuala Lumpur mencaturkan supaya Zawawi bertanding di Semerak. Perletakkan Zawawi di itu adalah untuk 'membunuh' kerjayaanya dalam politik.  Cara paling baik bagi membunuh Zawawi di Pasir Puteh ialah dengan meletakkan bertanding di kerusi yang sukar dimenangi.

Bila-bila masa dan di lihat dari celah mana sekali pun Zawawi tidak akan mampu untuk mengalahkan Wan Hassan yang dilihat sebagai wakil rakyat Pas yang ampuh di Pasir Puteh. Isu perceraian Wan Hassan dengan isteri keduanya yang cuba dijaja tidak berbekas langsung. Wan Hassan pula dilihat calon Pas yang sesuai untuk mengekangkan kemaraan Zawawi. Gedebe lawan gedebe.

Gaal yang menjadi kerusi pilihan kedua untuk Zawawi akan diserahkan kepada muka baru seornag doktor giri, Dr Sumardi Hassan. Sumardi dikatakan anak tempatan yang mempunyai kualiti untuk menjadi calon. Selain dari mempunyai keluarga besar doktor gigi ini juga dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan Islam. Beliau pernah menuntut di Pakistan. dan berperwatakan sedarhana dan mesra rakyat.

Kemungkinan kalau Pas tidak memindahkan Nik Mazian Nik Mohamad di Gaal, kemungkinan kerusi ini akan dimenangi mudah oleh Sumardi. Justeru Pas perlu mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan Dun Gaal. Setakat ini timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Yuganu Yunus dikatakan telah disebut-sebut untuk mengganti tempat Nik Mazian di Gaal.

Manakala di Limbongan pula Umno akan mempertaruhkan timbalan ketua bahagiannya Rujahan Salleh. Berlaku perebutan tiga calon untuk Dun Limbongan ini dari Umno, bekas wakil rakyat Che Min Che Mat yang juga dikenali dengan "wakil rakyat 30 sen",  Wan Mohd Najib dan Rujahan Salleh.

Rujahan juga pernah bertanding namun tewas. Bagaimana peluang Rujihan untuk nertanding di Limbongan cerah mmancar  apabila beliau jauh lebih muda berbanding Che Min dan Wan Najib yang sudah hampir lupus tempoh dan ditutupi senja limun.

Di Selising pula Umno telah hampir pasti meletakkan pegawai startegi Umno Sukri Salleh yang juga Naib Ketua Umno Pasir Puteh. Zukri yang bermasalah dengan ketua bahagian selama ini mendiamkan diri dan banyak memonitorkan jarum politiknya di Pasir Puteh dari Kuala Lumpur. Walaupun Ybekas wartawan Utusan Yazid Othman dikatakan berminat, tetapi Zukri dilihat lebih berpeluang memandangkan hubungan baik beliau dengan salah seorang orang kanan Najib Razak.

Kedudukan ini menjadikan Zukri lebih berpeluang. Bagi Umno Selising bukan kawasan yang diimpikan tetapi tidak mustahil kalau Zukri diturunkan dan Pas pula gagal mencari pengganti Saiful Bahari kemungkinan kerusi itu boleh berpindah tangan. Kekuatan yang ada kepada Zukri ialah beliau memiliki keluarga besar di Selising.

Nama-nama disebut itu sudah pun dimuktamadkan. Ia boleh berubah sekiranya ada perkembangan-perkembangan terkini yang mungkin akan dilakukan oleh Zawawi. Umno Pasir Puteh dan masyarakatnya juga sudah faham dengan cara Umno bahagian itu berpolitik. Peristiwa penghantaran mesej kepada Fuad Zarkasi sewaktu timbalan menteri pelajaran itu turun ke Pasir Puteh menjelaskan akan kesamsengan politik di bahagian itu. [wm.kl.2:58 pm 20/06/12]

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Machang</b>, Pasir Putih dan Kota Bharu <b>...</b>

Posted: 29 Mar 2012 12:27 AM PDT

KOTA BHARU: Jajahan Machang, Pasir Puteh dan beberapa kawasan di ibu negeri ini akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan dan pemasangan pam di muka sauk di Loji Rawatan Air Merbau Chondong dalam tempoh tiga hari mulai Sabtu ini.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kerajaan Pusat tetap tunai janji bangunkan projek <b>di Kelantan</b> – Tok <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 07:40 PM PDT

KOTA BAHARU — Kerajaan Pusat tetap melaksanakan semua projek yang dijanjikan walaupun sedikit kelewatan kerana masalah teknikal, kata Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata walaupun agak lambat menyiapkan sesuatu projek, namun kerajaan tidak akan memungkiri janjinya.

"Ini tidak sepertimana yang didakwa sesetengah pihak kononnya kerajaan pusat tidak menunaikan janji yang dibuat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Kuala Krai dan Galas, di Gua Musang," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di sini, Mustapa berkata Jambatan Manik Urai berharga RM14 juta yang dijanjikan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya DUN itu dua tahun lepas dijangka siap sepenuhnya Nov depan.

Begitu juga projek jambatan kedua empat lorong menghubungkan Kota Baharu dengan Tumpat yang mengalami kelewatan kerana masalah teknikal dijangka siap tahun depan, katanya.

Mustapa, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata kerajaan pusat sedang menyiapkan 1,000 unit rumah mampu milik di Gua Musang sebagaimana dijanjikan dalam pilihan raya kecil DUN Galas tahun lepas.

"Selain itu, turut dilaksanakan tahun ini ialah projek membina dan membaiki rumah di kawasan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bernilai RM11.7 juta dengan mengutamakan bilangan isi rumah yang ramai.

Beliau berkata kerajaan pusat memberi tumpuan terhadap projek perumahan itu memandangkan masih ramai rakyat memerlukan rumah sedangkan kerajaan negeri pula gagal menyediakan kemudahan rumah secukupnya kepada rakyat.

Di bawah rancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER), Mustapa berkata kerajaan pusat menyediakan peruntukan RM100 juta membangunkan pusat pertumbuhan ekonomi Agropolitan di Tok Bali, Pasir Puteh melalui beberapa komponen projek pembangunan.

– BERNAMA

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Cahaya Rasulullah SAW <b>Di</b> Tanah Serendah Sekebun Bunga

Posted: 18 Jun 2012 12:47 AM PDT


Perjalanan Mahabbah Rasulullah S.A.W ke Negeri Serambi Mekah Tanah Serendah Sekebun Bunga Kelantan Darul Naim bermula pada Jumaat 4/5/2012 iaitu selepas Isyak dari Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan.. Kali ini 5 orang ahli menyertai trip iaitu Chief Musa, Sdra Amri, Sdra Amin , Sdra Zulkifli dan ambo. Singgah terlebih di Gombak bagi memenuhi undangan Jemputan Walimatul Urus anakanda kepada Tuan Hj Rosli AGROBANK sebelum bertolak ke destinasi Mahabbah di Ahbabul Mustafa Tumpat Kelantan. Tiba di rumah sahabat pada pukul 11.00 mlm dan merupakan tetamu terakhir bagi majlis tersebut. Hampir sejam berada di rumah beliau rombongan meminta izin untuk beredar dan bergerak menuju ke destinasi. ..

Difahamkan bahwa Hj Zainuddin ( Lebai Din ) Sentul juga ingin turut berkonvoi bersama - sama dengan kami.Chief Musa mula mengorak langkah memandu Livina menuju ke Karak Highway sebelum singgah di Stesyen Petronas Bentong bagi memberi peluang kepada Lebai Din yg tiba lebih awal untuk sama-sama menyertai konvoi.

Terus menuju ke Felda Kerteh Terengganu untuk singgah di rumah keluarga Sdra Zulkifli Abdul Ghani. Setelah solat Subuh di masjid , bergerak menuju ke rumah abangnya iaitu Sdra Alias yg terletak tidak jauh dari masjid. Silaturrahmi, santai , doa selamat dan tahlil arwah serta jamuan Nasi Minyak & Lemak Terengganu.

( Selesai Tahlil & Doa Selamat)

Siap basuh kaki menggunakan air perigi....

Seterusnya menuju ke masjid berdekatan dengan kompleks makam untuk membersihkan diri serta hal -hal berkaitan sebelum bergerak menuju ke tempat yang dicita iaitu Kelantan Darul Naim.

Singgah makan tengah hari di Setiu Terengganu sebelum menuju ke Homestay Kg Demit Kubang Krian Kelantan. Tiba di homestay pada pukul 4.00 ptg...

Setelah berehat dan menunaikan solat Asar., rombongan bergerak ke Madrasah Ahbabul Mustafa bagi menghadiri Majlis Maulidurrasul Muhammad S.A.W. Tiba di lokasi pada pukul 6.15 ptg ketika majlis sedang rancak berjalan. Habib Omar Tanggul sedang memberikan tausiyah kepada para hadirin.


Tuan Guru Hj Mohd Hafiz B Hj Selamat Al Jenderami menyampaikan amanat di samping berkongsi pengalaman di dalam mencari Rahsia Kenabian setelah para hadirin digelapkan dengan terganggunya bekalan elektrik bagi menerangi majlis Maulidurrasul semasa ucapan Syeikh Abdur Razak Al Misri.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu tausiyah daripada Al Mukarram Al Fadhil Dato Syed Umar Bin Abdul Kadir Al Idrus , Penasihat Agama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta cucunda kepada Ulama Masyhur Tok Ku Paloh.( Syed Abdurrahman B Syed Muhammad Al Idrus ).

Majlis akad nikah bagi Sdra Abu Farid disempurnakan pula oleh Al Habib Omar Bin Syihab Palembang.

Selesai Solat Isyak hadirin dijamukan dengan hidangan nasi minyak serta daging kambing. Rombongan bergerak bersurai dari majlis lebih kurang pukul 11.00 mlm menuju ke homestay di Kubang Krian.

Pada keesokannya... rombongan menziarahi makam ulama tersohor Kelantan , Tok Kenali iaitu Al marhum Muhammad Yusof Bin Ahmad Kenali Al Kelantani tidak jauh daripada lokasi homestay. Perancangan Allah Azza Wa Jalla adalah muktamad, Che Zam berserta Chief Hj Khairuddin telah pun tiba terlebih dahulu apabila kami sampai di lokasi makam Tok Kenali.

Selesai salam auliya' , yasin , tahlil arwah serta doa tawasul yg di pimpin oleh Lebai Din.. Kami bergerak ke Makam Tuan Tabal ( Syeikh Hj Wan Abdussomad Bin Wan Saleh ) di Kg Banggul Kota Bharu manakala Che Zam dan Chief Khairuddin bergerak balik ke KL melalui Terengganu bagi menziarahi Makam Tok Pulau Manis dan Tok Ku Paloh.

Kali ini stereng Livina Chief Musa diserahkan pula kepada Imam Muhammad Amin, tiba di lokasi kawasan perkuburan pukul 10.00 am. Itupun setelah berhenti di warung berdekatan Masjid Kg Banggul bertanyakan penduduk tempatan mengenai arah ke kawasan kubur. Memang luas sungguh kawasan kubur ini. Kami disapa oleh penjaga/pencuci kubur yg bernama Hj Rosdi Osman, warga Singapura dari Keturunan Kesultanan Banten Indonesia...

Dikatakan bahawa terdapat juga makam raja-raja Kelantan dulu-dulu seperti Cik Siti Wan Kembang, Raja Mulut Merah dan ramai lagi. Oleh kerana kesuntukan masa , kami tidak menziarahi makam2 tersebut. Cuma berziarah dan bertahlil di sisi Makam Tuan Tabal sahaja. InsyaAllah akan dilakukan di lain masa nanti. Setelah bersalaman dgn Tn Hj Rosdi Osman serta bertukar-tukar nombor telefon, kami meminta diri untuk beredar... Singgah pekena nasi kandar di permulaan lorong masuk ke kawasan kubur.

Acara berikutnya ialah singgah di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk membeli ole-ole untuk dihadiahkan kepada mek bonda di Kampung Betong, Salor nanti. Bergerak menuju ke rumah mek bonda ambo bagi bertemu mata dan sedikit tahlil arwah , doa selamat dan jamuan akok Salor sebelum bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Machang - Kuala Krai - Gua Musang - Kuala Lipis- Raub - Bentong - Gombak - Kuala Lumpur.

Pukul 2.00pm beredar dari rumah mek bonda ambo di Kg Betong, Salor Kota Bharu Kelantan untuk pulang ke Selangor melalui laluan KB-Mache-Kuala Krai- Gua Musang-Kuala Lipis -Raub-Bentung-Gombak-KL. Kali ni ambo pula yg memegang stereng Livina Chief Musa. Singgah di ESSO Kok Lanas isi minyak sebelum meneruskan sehingga ambo mula rasa ngantuk... hehehe. Serah pula kepada Imam Amin setelah melepasi bandar Kuala Krai. Solat Zohor & Asar Jamak Taakhir di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang pada pukul 5.00pm.

Pukul 6.00pm ambo sekali lagi pegang stereng memandu sehinggalah sampai di pekan Raub untuk makan malam dan solat Maghrib & Isyak Jamaak Taakhir. Imam Amin sekali lagi memandu dari Raub hingga sampai ke Ampang ( rumah mertuanya) untuk mengambil keluarganya dan dibawa balik ke Sg Merab Sepang. Sdra Zulkifli Putrajaya pula memandu sehingga ke kediamannya di Putrajaya...Akhir sekali setelah sampai di Putrajaya, Sdra Amri diberi tugas sebgai pemandu sehingga sampai ke Taman Sutera Kajang Selangor.... Alhamdulillah tiba di Taman Sutera Kajang Selangor Darul Ehsan dengan selamat pada pukul 12.00 malam....

Catatan Perjalanan 2.0: Kenapa gas <b>Kelantan</b> naik ke Terengganu?

Posted: 24 Jun 2012 08:35 PM PDT


Salmiyah Harun, 24 Jun 2012
(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu)
KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu.
Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan.
Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.
"Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka.
Pihak Royalti mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke negeri Kelantan kerana jarak blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.
Menurut Setiausaha Royalti, Mohd Hishamuddin Ghazali, jarak kawasan carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk pendaratan gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140 hingga 160 kilometer sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 kilometer.
Langkah itu katanya, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan.
"Dimana sekiranya gas didaratkan di negeri ini ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi golongan profesional dan juga separa profesional," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru katanya, mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan profesional.
Manakala, tambahnya bagi golongan separa profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.
Sementara itu, Royalti yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (Geram), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (Cabar) dan Cakna UT akan menganjurkan  "pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V".
Program tersebut diadakan pada 26 Jun ini bermula jam 9:00 di  Kompleks Darul Naim untuk menyerahkan memorandum tuntutan dan plak royalti yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak kerajaan negeri Kelantan.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


RAJA SEHARI SHAH <b>DI GUA MUSANG</b> - MaSaM MaNiS oH Si <b>...</b>

Posted: 05 Jun 2012 09:43 AM PDT


Assalamualaikum. saya sihat. kamu sihat? alhamdulillah. jangan pelik. muka saya memang menggambarkan betapa kepochi nya saya nak bercerita. nak bercerita kene excited lebih (bukan selalu memang berlebih lebih ke?). banyak cerita untuk dikongsi. tapi ikut mana larat la ya. sebab ini pun dah tengah malam. kalau kalau nak terlelap tertekan pulak publish tu. faham faham je la ya. hehe.
gua musang. perjalanan kami bermula jam 7 malam (tapi masa ni tak gelap lagi) di stesyen minyak petronas sebelum nak masuk tol gombak. semua berkumpul kt sini. 3 biji kereta akan sama sama bertolak (maksud saya pandu bukan tolak kereta) ke gua musang. kalau ikut pengiraan waktu. kami akan sampai jam 12 tengah malam. 5 jam perjalanan. tapi tak pasti tahap kelajuan dan keadaan jalan yang macam mana akan dilalui sebab first time nak pergi sana. tambahan pula, mengekori kereta yang dipandu oleh lelaki. takut kene tinggal kat belakang je. haha. dan langkah selamatnya adalah meletakkan mak buyung pada kereta paling hadapan sekali (kepala) kemudian kereta kami (badan) dan seterusnya kereta lagi satu di belakang kami (ekor). ko ingat binatang ada kepala badan ekor bagai. haha.
kami yang dimaksudkan dalam "kereta kami" itu hanyalah saya dan kak shima. bunyi macam ramai kan. ya. hanya kami berdua. hihi. sepanjang perjalanan ke gua musang kami berbekalkan oleh harry cd lagu lagu lama yang dikenali sebagai jiwang beb. memang layan melalak lagu lagu lama masa tu. kalau masuk karaoke, boleh rosak sound sistem sebab bantai sampai 5 jam tanpa henti. eh lupa ada berhenti jugak kat perhentian benta, area kuala lipis. berhenti tak lama sangat. dalam 15 minit je. buang air masuk air pastu buang air balik.  dan sambung perjalan kembali. 
satu perjalanan yang agak mencabar. satu. tak pernah lalu jalan tersebut jadi main ikut je kereta depan (selalu nak pergi mana mana google dulu). dua. jalan berliku bukit bukau selekoh tajam tak tajam semua ada (hanya dapat mengagak jarak kereta dihadapan untuk memotong). tiga. jangan tak rata lobang sini sana (maaf mybabyblue tak sempat nak elak). empat. banyak lori sepanjang jalan berliku itu (ini nak memotong pun takut). nasib baik co-pilot membantu. terima kasih kak shima. 
kl - gombak - bentong - benta - lipis - raub - merapoh - gua musang. itu je la tempat yang saya ingat. itu belum nama kampung yang pelik pelik tanah bercangkul, gali, gali tengah lagi. sebab pemandu berhemah tengah fokus pada pemanduan, dapat tengok sikit sikit je la. takut sangat kene tinggal dengan kepala di hadapan. haha. akhirnya sampai di gua musang tepat jam 12 tengah malam. eh eh. memang 5 jam. caya lah semua. kami menginap di kesedar inn, gua musang satu malam. semua dah penat terus tidur tak ingat dunia. lagu selamat malam oleh faizal tahir berkumandang dalam mimpi. hehe.
Keesokan paginya, pengantin bawak sarapan kat warung (ala tak tahu nama tempat tu). yang pasti kt sana memang makan nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk semua yang berat berat je. jadi jangan makan banyak banyak, nanti tak larat nak makan lauk kenduri. kosongkan perut ya. hehe. lepas sarapan balik bilik tidur sekejap. dan bersiap. sampai kat dewan pukul 12.30 tengahari. kami tahan diri tak nak masuk dewan sebab nak tunggu pengantin bawah pokok rendang. inilah hasil karya kami sepanjang menunggu. 




























selepas satu jam menunggu di bawah pokok. ada saudara shah yang panggil duduk dalam dewan. yang penting ada meja untuk kami. tak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan. syokkkk! 

dan pengantin pun tiba dengan segak dan berserinya. alahai raja sehari. betul betul macam raja.























































kami bertolak pulang ke kuala lumpur jam 4 petang dan melalui jalan serta persinggahan yang sama. seakan kami berputar melawan arah jam (apa ni?! tak faham). cuma perjalanan berbeza kerana keadaan yang terang menderang pada waktu siang. baru la nampak keadaan sebenar jalan semalam. memang tak sangka langgar lubang yang sebegitu banyak. kalau siang sempat elak. kalau malam wassalamun. cian mybabyblue. maaf.


pemanduan yang terlalu fokus untuk elak lubang gamaknya. muka tu agak agak la norissa. haha. kak shima snap gambar tak bagitahu. kalau tak mesti sempat buat peace!. haha. perjalanan kami bertambah mencabar apabila kami sempat tersesat masuk jalan lama yang menggerunkan sebelum sampai kl. tak tahu kt mana masuk jalan kuala lumpur (signboard biru), janda baik, genting highland bagai. masa tu dah pukul 8 lebih malam tak silap. sampai nak terbuang air kecil masa buat pusingan u yang tak berapa nak u sangat sebab tersekat sekat dalam keadaan gelap gelita tu. lagi gerun bila tengok belakang dengan menggunakan cermin pandang belakang tetiba ada cahaya kilat. real macam dalam filem. cuba bayangkan keadaan gerun kami tu. cuba. cuba. seakan separuh jiwaku pergi. haha. padan muka kami kene tinggal di saat akhir. haha. dan kami selamat sampai kl jam 9 malam. alhamdulillah. amin.

ads