Isnin, 19 September 2011

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Majlis Hari Raya <b>di</b> seluruh <b>Kelantan</b> esok

Posted: 02 Sep 2011 03:01 AM PDT

KOTA BHARU, 2 Sept: Rakyat di seluruh Kelantan berpeluang bertemu pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat pada sambutan hari terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan di 14 kawasan parlimen esok.

Berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana rumah terbuka PAS hanya diadakan di Kota Bharu sahaja.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat berkata, sambutan hari terbuka itu akan diadakan di seluruh Kelantan bagi membolehkan rakyat hadir tanpa perlu bersusah payah datang ke Kota Bharu.

"Sebelum ini hari terbuka hanya diadakan di sini, namun tahun ini program itu diadakan di seluruh kawasan parlimen bagi membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

"Program ini merupakan satu tradisi bagi mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin. Mereka datang sambil menjamu selera di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim," katanya di sini.

Sambutan hari raya PAS itu diadakan mulai jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Di Kota Bharu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Di Pasir Mas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di Machang di perkarangan pejabat PAS, di Gua Musang di pejabat PAS kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain.

Bagaimanapun berlainan di Bachok di mana majlis hari raya diadakan di setiap Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang.

Orang ramai yang hadir boleh menikmati pelbagai juadah raya termasuk lemang, ketupat dan makanan tradsional Kelantan.

Pemimpin PAS di setiap kawasan dengan diketuai Yang Dipertua akan meraikan tetamu yang hadir.

"Saya berharap orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis berkenaan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan bertemu mata dengan pemimpin mereka," kata Zulkifli.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Pilihan raya olok-olok Umno kurang sambutan | :: cina islam | 2011 ::

Posted: 15 Sep 2011 11:00 PM PDT

18 Syawal 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.
Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.
Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.
Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.
"Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.
"Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa," ujarnya.
Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.
Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.
Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.
Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.
Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.
"Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara," ujarnya.

sejarah sebenar mat indera yg diputar belit

Posted: 19 Sep 2011 10:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Hubungan Haji Mohd Yassin dan Sheikh Fadhil Banten amat rapat, mereka bersama-sama mendalami ilmu agama di pondok Bunut Payong, Kelantan. Mereka juga pernah ke Banten, Jawa Barat menziarahi ulama-ulama tersohor di sana. ...

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Negara Berkebajikan,! Kerajaan Pas <b>Kelantan</b> Teroka Hutan <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 11:11 AM PDT

Akibat pembukaan tanah hutan yang tidak terkawal untuk pembangunan ladang di beberapa kawasan Hulu Kelantan  menyebabkan Sungai Nenggiri semakin kotor hingga menjejaskan ekspedisi berakit yang diadakan setiap masa oleh pelbagai pihak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff berkata, masalah itu sudah dibangkitkan berulang kali, namun kerajaan negeri yang bertanggungjawab keatas pembangunan tanah berkenaan tidak menghiraukan.

Beliau bimbang ekspedisi berakit Sungai Nenggiri yang kerap diadakan sebagai destinasi pelancongan menarik di Hulu Kelantan semakin berkurangan kerana peserta bimbang pencemaran air sungai itu boleh mengundang pelbagai penyakit.

"Memang sebelum ini Sungai Nenenggiri itu bersih dan airnya jernih, namun sejak kebelakangan ini bertukar kotor serta berselut kesan pembukaan tanah hutan tidak terkawal oleh syarikat yang mendapat kelulusan kerajaan negeri," katanya.

Nenggiri Challenge itu selama tiga hari berakhir petang kelmarin di Kampung Pulau Setelu selepas memulakan ekspedisi itu di Gua Cha dekat Pos Tohoi dan singah untuk bermesra dengan penduduk Orang Asli di Pos Pulat.

Ab Aziz juga Setiausaha UMNO bahagian Gua Musang berkata, Jajahan Hulu Kelantan ini mempunyai banyak destinasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong termasuk kesan sejarah komunis.

Namun, kata beliau, kebanyakan kawasan berkenaan semakin hilang dan kurang dikenali kerana tidak diambil perhatian kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan itu sebagai tempat bersejarah.

"Kerajaan negeri lebih mengutamakan hasil bumi untuk menampung perbelanjaan dengan menyerahkan tanah itu kepada syarikat swasta bagi pembukaan tanah ladang sayuran dan sawit," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perkara berkenaan kerana kuasa tanah terletak di tangan kerajaan negeri yang boleh dibangunkan dengan apa sahaja dengan mengenepikan kepentingan masyarakat.

Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 01:10 AM PST

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Keluarga malu tagih simpati | Berita Harian Online

Posted: 18 Sep 2011 08:35 AM PDT

var _gaq = _gaq || []; _gaq.push(['_setAccount', 'UA-15063139-1']); _gaq.push(['_trackPageview']);

(function() { var ga = document.createElement('script'); ga.type = 'text/javascript'; ga.async = true; ga.src = ('https:' == document.location.protocol ? 'https://ssl' : 'http://www') + '.google-analytics.com/ga.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(ga, s); })();

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> Juara AIDS Tiga Tahun Berturut-Turut | Selangor Daily

Posted: 16 Sep 2011 05:06 AM PDT

Tujuh hari lepas kita dikejutkan dengan perangkaan yang dikeluarkan Polis Kelantan yang menunjukkan kes rogol meningkat mendadak di Bumi Tadahan Wahyu negeri Islam pimpinan ulama tersohor Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sumber: Klik di sini

Hari ini pula satu perangkaan yang mengejutkan juga sampai lagi ke pengetahuan kita.

Kali ini melibatkan di negeri pimpinan ulama Pas yang menjadi penyumbang utama bilangan penyakit HIV, AIDS di Malaysia.

KOTA BHARU 15 Sept. – Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Statistik Kementerian Kesihatan mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit yang tiada ubat itu.

Pemegang Amanah Majlis AIDS Malaysia, Dr. Illias Adam Yee berkata, ia diikuti dengan negeri Pahang dengan 24 daripada 100,000 penduduknya dijangkiti HIV, Kuala Lumpur (18) dan Johor (15.5) serta kesemua negeri ini melebihi dari kadar jangkitan HIV keseluruhan di Malaysia iaitu 12.9.

Beliau berkata, jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari sehingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Ancaman terbesar pada masa sekarang ialah jangkitan HIV yang menular melalui hubungan kelamin. Jika dilihat dari transmisi HIV, hubungan seksual (heteroseksual, homoseksual dan biseksual) adalah faktor utama jangkitan ini iaitu 48.7 peratus diikuti perkongsian jarum (47.4 peratus).

"Dahulu, trend jangkitan kes-kes HIV melalui hubungan kelamin yang tinggi ialah di negeri-negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah dan Johor tetapi kini trend yang sama juga berlaku di Selangor atau Wilayah Persekutuan.

"Pihak kami akan terus bekerjasama dengan pihak terlibat dengan mengadakan kempen untuk mendidik orang ramai mengenai penggunaan kondom dan seks yang selamat untuk mengurangkan penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM15,000 dari Hotel GRV di sini, hari ini.

Sumbangan itu merupakan 10 peratus daripada keuntungan kasar promosi bufet Ramadan Hotel GRV pada bulan lepas.

Majlis penyerahan cek sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar GRV, Vincent Chua dalam satu majlis ringkas kepada Dr. Illias.

Dr. Illias Adam berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 3,652 kes jangkitan HIV telah dilaporkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan sejak tahun 1987 sebanyak 91,632 kes.

"Sejumlah 2,985 (81.7 peratus) kes jangkitan HIV terdiri daripada lelaki dan 668 (18.3 peratus) adalah perempuan. Majoriti kes iaitu 88.7 peratus jangkitan masih berlaku di kalangan mereka yang berumur di antara 20-49 tahun.

"Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan HIV berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap HIV di seluruh negara," katanya.

Sumber: utusan.com.my

Untuk pengetahuan semua, Kelantan bukan sahaja menjadi juara AIDS pada tahun 2010. Mereka juga adalah juara bertahan sejak 2008. Selangor juga sedang mencatat trend peningkatan kerana semakin hari semakin banyak pusat maksiat yang dibuka di negeri itu.

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kadar jangkitan HIV bagi tempoh berkenaan di negeri itu menunjukkan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kadar di seluruh negara.
Katanya, pada 2008, kadar jangkitan HIV di Malaysia pada nisbah 13.3 orang, manakala 10.8 orang pada 2009 bagi setiap 100,000 penduduk, sedangkan Kelantan mencatat nisbah 47 orang pada 2008 dan 37.2 orang tahun berikutnya.

"Peningkatan kes wanita dijangkiti HIV di negara ini juga membabitkan negeri itu dengan jumlah tertinggi iaitu 1,211 kes, diikuti Johor (1,124 kes) dan Selangor (1,107 kes).

"Ekoran peningkatan kes ini, saya meminta seluruh rakyat Kelantan segera melaksanakan Gempur Aids iaitu satu program bagi membendung peningkatan kes HIV dan Aids di negara ini," katanya pada majlis Pelancaran Sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Kamal Hasan dan Presiden Majlis Aids Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Liow berkata, senario HIV di negara ini sudah berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatat 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum suntikan, berbanding tahun lalu hanya mencatat 55 kes saja.
Bagaimanapun, katanya, kes jangkitan melalui hubungan seksual menunjukkan peningkatan berbanding 10 tahun lalu daripada 18 peratus kepada 32 peratus tahun lalu dan terus meningkat tahun ini.

"Nisbah wanita dijangkiti HIV juga semakin meningkat dengan 3,206 suri rumah dijangkiti sehingga September lalu dan golongan ini diminta menasihatkan suami yang menagih dadah menjalani ujian HIV serta memakai kondom apabila membuat hubungan kelamin," katanya.

Beliau berkata, dengan pelbagai langkah pencegahan penyakit dilaksanakan secara menyeluruh membabitkan kerajaan dan agensi lain, kes HIV semakin menurun daripada 6,756 pada 2003 kepada 3,080 kes pada 2009, manakala bagi sembilan bulan pertama tahun ini, hanya 2,741 kes HIV baru dilaporkan.

"Kes jangkitan HIV di negara ini masih tertumpu di kalangan mereka yang berisiko tinggi iaitu 71 peratus membabitkan perkongsian jarum suntikan ketika menagih dadah dan 19 peratus menerusi hubungan seks.

"Kerajaan membelanjakan kira-kira RM32.5 juta setahun bagi memberi rawatan serta perkara berkaitan kepada pesakit dan akhir tahun lalu, seramai 9,962 sudah menerima rawatan antiretroviral (ARV)," katanya.

Sementara itu, Zaman berkata, gaya hidup bebas seperti dilakukan segelintir lelaki termasuk dari negeri ini yang selalu ke pekan Golok, Selatan Thailand, menjadi punca meningkatnya penyakit HIV di Kelantan.

Sumber: bharian.com.my

Syabas Pas, itulah berkat pemerintahan tok guru dan ulama selama 20 tahun di bumi Kelantan

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Istana lama&#39; <b>di Pulau Melaka</b> (&#39;Old palace

Posted: 21 May 2011 10:58 AM PDT

Tidak jauh dari masjid, di tepi jalan besar berdekatan Sungai Pengkalan Datu terdapat bangunan kayu ini.
Not far from the mosque, besides the main road nearby Sungai (river of) Pengkalan Datu there exist this wooden building.

Melihat saiz dan ukirannya yang begitu teliti tidak mustahil ia sebuah istana.
Looking at its size and very delicate carvings it's not impossible that it is a palace.

Malah itulah yang terbetik di fikiran sebaik sahaja melihatnya. Ini mesti sebuah istana lama...
In fact it is that which came across the mind immediately after looking at it. This must be an old palace...
Sebenarnya ia sebuah restoran masakan Melayu.
Actually it is a restaurant for Malay cuisine.
Mungkin ia adalah restoran yang diubahsuai dari sebuah istana lama?
Maybe it is a restaurant which was converted from an old palace?
Beberapa bulan kemudian di Pahang saya terjumpa pemilik restoran yang juga merupakan seorang tukang kayu dan pengukir. Katanya restoran ini dibina menggunakan kayu dari 100 buah rumah tradisional Melayu lama...
A few months later in Pahang I came across the restaurant owner who also turned out to be a carpenter and a woodcarver. He said the restaurant was built using wood from 100 old Malay traditional houses...

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


GEGEGURL: Hari mggu <b>di chiku</b>...

Posted: 11 Feb 2011 11:54 PM PST

          Hujung minggu ni aku xblk umh family aku...biasa nya klu datang je ari kamis msti aku nk blk...tp mggu ni xde pl rase nk blk...hehehe..
oppss...lupa nk bgtau aku ni kerja kt Felda Chiku 1, Gua Musang...emm..kira jauh la jg ngn umh family aku...klu naik bas henti-henti (bas mini) kne tukar 4 kali bas tau...adui...penat n leceh tukar2 bas ni...yang paling aku tension bila bas xikut masa...haru jd nye..pasti aku smp mlm kt kg aku....
         Aku cuti jumaat n sabtu...smlm aku ngan housemate bgn pagi2 lagi...kitorng plan nk pegi joging...hehehe..pas smyg subuh terus kitorng kuar umh...yg xtahan nye joging pakai selipar jepun...ahahaha..dh lame xjoging ni..bila dh joging huiii...pnt nye yg amat..abis skt 1 badan...tp xpe la kami enjoy....joging kn baik utk kesihatan so kawan2 yg lain ptt amalkan joging ni...blk dr joging kami mkn nasi abis sebungkus..mcm xpecaya plk...mcmne nk kurus ni....:))
         Tghari pl kami masak2...member aku beria nk buat gulai ayam..so kami pn buat la..aku tulun sediakan bahan utk msak je...yg lain tu member aku la yg buat...aku plk goreng ikan je...bkn aku xpndai tp al mklum la xbiasa buat...kihkihkih....
        ni aku share kt sni gmbr gulai ayam ni....sedap beb..xcaye cuba rase.....:)

                                                  




kira menjadi jg la gulai ayam ni....hehehe
      Petang pl kami lepak2 je kt umh smbil tgk tv smp la ke mlm...byk nye aku taip kt sni...xsangka pl aku yg menulis..hehehe

ads