Salam perjuangan….

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana berkesempatan menulis petang ini. Saya tertarik apabila mengikuti beberapa perkembangan terkini PAS khasnya di Kelantan dan di Kedah. Tengahari tadi saya bersama dengan YB Ahmad Baihaki Timbalan Ketua Dppnk bertemu dengan Mr M Ramanathan (First Secretary) High Commission of The Republic Of Singapore (KL). Beliau datang ke Kelantan hanya untuk bertanya kabar tentang isu semasa dan bertemu dengan beberapa pimpinan PAS bagi mendapat maklumat perkembangan PAS menghadapi PRU terdekat dan isu-isu yang melibatkan parti PAS semasa. Saya rasa contoh ini harus di ambil oleh generasi muda khasnya untuk meningkatkan hubungan antarabangsa supaya apabila kita di beri peluang memerintah Putrajaya Kelak kita sudah ada kenalan yang boleh dihubungi kelak.

Kembali kepada isu Kelantan nampaknya UMNO BN begitu bersungguh-sungguh sekali untuk menawan Kelantan sehingga keluar 22 sebab kenapa rakyat kena TUKAR kerajaan PAS yg sedia ada. Saya juga rasanya boleh senaraikan 54 sebab kenapa UMNO BN kena diTUKARkan dari Putrajaya. Ada pelbagai isu yang menghantui UMNOBN yang sehingga sekarang tidak mampu diselesaikan melainkan Kerajaan PR mengambilalih putrajaya baru boleh diselesaikan. Namun disebalik itu kita harus ingat kepada politik baru yang mula melanda Malaysia. Kebangkitan Anak Muda yang celik IT dan hampir 50% pegundi Muda yang akan mengundi dalam PRU ke 13 nanti seharusnya tidak di pandang enteng oleh mana-mana pihak khasnya PR dalam menentukan strategi dan calon yang akan mewakili PR nanti. Kelantan juga tidak terkecuali dari menampilkan calon yang bernafas baru untuk memberikan harapan kepada rakyat Kelantan setelah rakyat merasakan Kerajaan PAS terlalu lama memerintah selama 22 tahun yang menggunakan hampir sebahagian besar muka lama dalam calon-calon yang mewakili parti PAS bermula 1990 lagi. Kedah juga nampaknya lebih awal dihinggapi penyakit berbanding dengan PAS Kelantan. Namun tindakan segera PAS Pusat untuk memulihkan keadaan ini amat di puji dan diharapkan akan dapat membius segera penyakit dari berjangkit ke organ lain pula jika ada.
Di saat rakyat mengharapkan perubahan di Putrajaya, saya rasa semua negeri yang telah dipimpin oleh PR harus bersama dengan kehendak majoriti rakyat. Saya bimbang di ketika semua rakyat menaiki gerabak keretapi menuju ke Putrajaya tiba-tiba ada negeri yang tertinggal gerabak menuju Putrajaya tersebut. Saya mengharapkan kematangan dan kesabaran semua pihak khasnya pimpinan tertinggi akan dapat memastikan semua rakyat dan negeri akan dapat menaiki gerabak keretapi bersama-sama mencapai cita-cita menuju Putrajaya dengan selamatnya. Harapan rakyat dan semua mahkluk di Malaysia akan dapat direalisasikan dengan baik dan hasrat untuk melihat Negara Malaysia di tadbir oleh pemimpin yang amanah,cekap,telus, dan memberikan kebaikan semua pihak akan tercapai. Allahu Akbar !