Isnin, 3 Oktober 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Tanah Suku Ekar <b>Di Mengkebang</b>, Kuala Krai – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2010 06:10 PM PDT

Sebidang tanah seluas SUKU EKAR untuk dijual
dengan kadar segera. Urgent nak pakai duit.Harga buka untuk jualan adalah RM40,000. Harga
jualan masih boleh dirunding.Untuk maklumat lanjut sila telefon En Ibrahim di
talian tertera.

Contact Seller Email This Post Email This Post

PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kerjasama jayakan sambutan Aidilfitri

Posted: 12 Oct 2009 08:42 PM PDT

KUALA KRAI - Kerjasama penghulu mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Meng-kebang terserlah apabila masing-masing menyediakan satu hidangan untuk juadah sambutan Aidilfitri Majlis Tin-dakan DUN (MTD) itu, dekat sini, semalam.

Pengarah MTD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, antara hidangan disediakan 12 penghulu mukim terbabit ialah gulai kawah, sate, lemang, ketupat, roti jalan, kuih raya dan minuman.

Menurutnya, majlis sambutan itu turut mendapat kerjasama peserta Ladang Rakyat DUN Mengkebang yang membuat persiapan tempat dan membantu urusetia penganjur melayan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir.

"Majlis sambutan yang men-jadi acara tahunan MTD ini adalah antara peluang terbaik bagi rakyat di daerah ini terutama di Mengkebang untuk hadir, bertemu mata dan mengeratkan lagi hubungan.

"Majlis seumpama ini juga dapat memberi gambaran jelas kerjasama erat dan semangat tinggi yang diberikan semua penghulu mukim dan petugas bagi menjayakan pelbagai aktiviti MTD Mengkebang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Aidifltri anjuran MTD Mengkebang di Dataran Sungai Durian, dekat sini, semalam, yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Hadir sama Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman; Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin; Naib Ketua Dewan Muslimah Pas kawasan, Hazimah Khalipah dan Setiausaha MTD Manek Urai, Mohamad Harun.

Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak menganjurkan majlis sambutan itu lebih awal kerana bimbang tidak ramai yang dapat hadir kerana masing-masing masih 'sibuk' berhari raya dan memenuhi jemputan banyak rumah terbuka lain.

Katanya, majlis sambutan yang turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum itu dimeriahkan juga dengan pengagihan kira-kira 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.-sinar harian

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tanah <b>di gaal</b> 2 ekar chekear estate – Land for sale <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2010 10:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]TANAH DI GAAL 2 EKAR UNTUK DI JUAL RM100K,LOKASITANAMAN GETAH,UNTUK YANG SERIUS DIRECT CALLOWNER UNTUK MAKLUMAT LANJUT09-765 55 03/013-94 22 949(ABG MAT)SEGERA(BROKER XPERLU)

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Pas <b>Kelantan</b> Tutup Kebenaran.! « Terompah Besi ™

Posted: 03 Oct 2011 05:19 AM PDT

Dalam keadaan panik Pas Kelantan kini cuba berdolak-dalik dengan menutup kebenaran kenyataan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang menyifatkan sokongan bukan Islam kepada Pas semakin merosot akibat hudud.

Dengan cepatnya Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan secepat mungkin membuat kenyataan dalam harakadaily mengatakan pandangan DHPP yang dilaporkan media kurang tepat.

Hakikatnya, kurang tepat tidak bermakna salah, cuma aspek laporan disiarkan tidak menepati citarasa Pas.

Dr Mohamed Fadzli menjelaskan beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh Pas bukan sahaja untuk menentang BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama.

Beliau dengan sendirinya mendakwa bahawasanya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong Pas di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan Pas untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud.

"Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini," ujarnya .

Ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap Pas kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan Pas.

Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi.

Isu hudud Pas kini ibarat jatuh ditimpa tangga apabila orang Melayu sudah hilang keyakinan terhadap Pas dalam melaksanakan hudud.

Pelaksanaan hudud itu tidak dijalankan berikutan keputusan Majlis Pakatan Pembangkang (MPP) minggu lepas, yang dihadiri PAS, DAP dan PKR. Tetapi Kerajaan Pas Kelantan masih mahu melaksanakannya sekaligus menimbulkan kekeliruan.

Justeru,  Dewan Himpunan Penyokong Pas Kebangsaan (DHPP) menjangkakan sokongan terhadap Pas di kalangan bukan Islam di negeri sebelah pantai barat akan merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13, berikutan isu hukum Hudud.

Pengerusinya, Hu Pang Chaw berkata, walaupun DHPP sebagai salah satu sayap parti itu, tetapi tidak pernah diajak berbincang atau membentangkan pandangan bukan Islam berhubung Hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan。

Beliau berkata, bukan Islam memberi sokongan kepada Pas dan Pakatan Rakyat adalah kerana mereka mahukan satu pembaharuan dalam ideologi politik yang sesuai dengan suasana negara ini.

"Di Kelantan, ia mungkin tidak ketara kerana bukan Islam adalah kalangan minoriti, tetapi hudud menjadi isu besar isu besar dalam masayarat bukan islam di pantai barat, kerana yang mereka mahukan ialah suatu pembaharuan dari segi corak pemerintahan dan bukan hudud.

"Tiba-tiba Pas bawa isu hudud, walaupun dikatakan hanya untuk laksana di Kelantan, tapi ia menimbulkan tanda tanya sama ada ia adalah satu langkah pertama, satu percubaan Pas.

"Saya tidak nafi bahawa Pas memang tidak pernah ajak DHPP bincang (soal pelaksanaan Hudud) atau rujuk bagi dapatkan pandangan bukan Islam, malah tidak pernah jemput kami bersama dalam mana-mana peringkat mesyuarat pun. Ini merupakan satu kecuaian Pas."

Hu yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran KotaBharu,berkata Pas tidak boleh rumuskan bahawa hudud mendapat sokongan bukan Islam di Kelantan, memandangkan jumlah kaum Cina hanya tiga peratus berbanding jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang.

Katanya, Pas harus berpegang kepada ajaran Islam yang mengutamakan ciri-ciri menerang dan mendidik iaitu mendakwah, namun apa yang berlaku di Malaysia ialah melarang dan menghukum.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


THE FLYING KICK: PAS Umpama Pelacur Yang Tidak Lagi Tahu <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 04:30 AM PDT

PAS tak perlukan DAP dan PKR utk terus kekal di Kelantan dan Kedah..malah utk menakluk negeri2 yg majoritinya adalah penduduknya berbangsa Melayu juga tak memerlukan DAP dan PKR.

Jika DAP gitu tegas utk meletakkan jawatan secara beramai2 semata2 utk menunjukkan ketegasan dan ketetapan mereka tidak bersetuju perlaksanaan hudud..DAP kebanyakannya yakni hampir semua adalah dari kalangan org2 kapir sanggup gadaikan kepentingan dunia mereka demi menunjukkan betapa tegasnya mereka pada prinsip perjuangan mereka. DAP juga tidak bertolak ansur apa2 pun atau mengorban mana2 prinsip perjuangan mereka sebagai syarat menumbuhkan PAKATAN..DAP tidak pernah berganjak walau 1 inci pun..

Ketegasan DAP dalam memelihara prinsip perjuangan adalah kualiti yg sepatutnya ada pada org2 beriman..khususnya pada para ulamak. Walaupun apa pun yg berlaku, tidak berganjak sedikit pun..semada kalah atau menang..semada hilang kuasa dan pangkat..semada hilang harta dan kekayaan.

PAS yg kononnya parti org2 yg beriman dan dipimpin oleh barisan ulamak ( tak pasti jika hari ni PAS masih dipimpin oleh barisan ulamak- walaupun jelas tapi tetap ni lah yg dikempenkan-PAS pempinan Ulamak)..telah memalukan agama dan bangsa. Jika DAP leh ugut utk letak jawatan beramai2..ngapa pempin2 PAS tak berani..apakah pempin2 PAS yg dikatakan para ulamak ni lebih mencintai dunia dari pempin2 DAP?? pelik ni....Jika pempin2 DAP begitu teguh pendirian mereka ngapa pempin2 PAS yg dikatakan ulamak ni gitu kerdil dan goyah sekali!!! Ni kah waris2 Tok Kenali, dan Tok Ku Paloh..nikah yg berani ngaku waris para ambiya'????Para nabi diugut dan diancam malah didera utk tinggalkan perintah2 Allah swt tapi para nabi tetap tidak berganjak walaupun nyawa bercerai dari badan...begitu teguh sekali!!!

Dimana mujahid2 PAS..apa dah jadi? Mana takbir2 keras yg diperlaungkan..mana kalimah2 tauhid yg dilaungkan..mana ucapan2 syahid, kononnya sanggup mati kerana agama? Mana!!! Mana!! MANA!!! MANA!!!! Tok Guru kamu diperlekeh..Ostad MB Kedah diperlekeh..Perjuangan PAS tu sendiri diperlekeh ngan kata2 baik " Kami menghormati PAS tapi tak setuju hudud"......APA ni!!!...leh telan ke???

Apakah mujahid2 PAS hanya berani brdemo dibelakang Ambiga??? Apakah mujahid2 PAS hanya berani syahid kerana kes kemaluan Anwar? Apakah mujahid2 PAS hanya berani kerana isu dakwat kekal? Apakah mujahid2 PAS hanya berani berkokok?? perjuangan sekadar berkokok sahaja? Apakah mujahid2 PAS hanya berani ngan polis2 dan UMNO saja tapi tak berani menghadapi kaum kuffar?

Belang keberanian dan semangat cinta agama PAS semakin jelas hari ni...

PAS..jika PAKATAN menang pada PRU13 sekalipun (ramai perkatakan PAKATAN mempunyai peluang yg besar menguasai PUSAT) ..tetap juga PAS diibarat melukut ditepi gantang!! jadi tempat mengesat kaki je..Takkanlah gitu sekali terdesak PAS semata2 utk jadi sebahagian dari pemerintah dan 2,3 kerusi di PUTRAJAYA. Kenanglah agama..kenanglah ahli2 PAS tu sendiri..

Ulunglah sendirian...dan tetap teguh ngan perjuangan amar ma'aruf nahi mungkar, walaupun tidak memiliki satu kerusi pun dimana2 dewan..

Politik Harian: Isu Johor: Lim Guan Eng Kantoi Menipu!

Posted: 27 Sep 2011 04:50 AM PDT


Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong pula! Baca ayat yang digariskan di bawah. Ini bukan sumber dari TV3 tetapi daripada sumber Malaysiakini yang cuba mempertahankan penipuan Guan Eng. Kesimpulan ayat tersebut memberi maksud yang sama bahawa Guan Eng telah memburukkan Johor di mata pelabur. Hendak nafi apa lagi Guan Eng?
Sepatutnya Guan Eng saman Malaysiakini bukan Bernama dan TV3. Ini bukan kali pertama Guan Eng cakap berbelit. Dalam isu khutbah Jumaat, Guan Eng tipu. Dalam isu duit lumba kuda, taktik pembohongan yang sama digunakan Guan Eng.

Memang layak Guan Eng dilayak lidah bercabang dalam beberapa isu yang lain termasuklah kes ucapannya menghina Johor sebagai tempat tidak selamat. Kes jenayah berlaku merentas sempadan negeri, ianya adalah satu tanggungjawab bersama untuk diselesaikan. Malah di Pulau Pinang pun ada kes jenayah (baca sini). Di Kelantan yang banyak kes HIV/AIDS, hendak disalahkan siapa pula? Salahkan pihak yang telah mentadbir selama 21 tahun tersebut?

Baca lagi di blog Angin Perubahan

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


WTF : Palajar Dihukum ala-ala Tawanan Perang <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 07:13 PM PDT

GUA MUSANG: Seorang daripada empat pelajar sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dekat sini, bukan saja dijemur bersama tiga rakannya di tengah panas hampir empat jam tetapi turut menerima hukuman seperti tawanan perang apabila tubuh mereka diletakkan kerengga.
Selain dijemur dan diletakkan kerengga, pelajar itu bersama tiga rakannya yang semuanya tingkatan dua turut dipukul, disepak dan ditampar.

Tiga daripada mereka nyaris pengsan akibat berdiri terlalu lama, manakala seorang lagi didera dengan dipaksa menolak motosikal ditunggang seorang guru berbadan besar sebelum dibenarkan masuk ke kelas.


Selepas hukuman selesai, semua pelajar terbabit dibenarkan masuk ke kelas kira-kira jam 11 pagi, manakala penjaga mereka dipanggil untuk mengadakan perbincangan bersama empat guru yang melaksanakan hukuman itu.
Difahamkan, hukuman itu berpunca akibat salah faham selepas seorang daripada pelajar terbabit, Rafizul Zaki, 14, yang juga pelajar miskin kehilangan komputer riba diberikan kerajaan pada 27 September lalu.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Probitas Et Fides: Rabu Tanpa Kata # 6 : Sarapan Pagi <b>Di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 05:36 PM PDT


Apa Nama Juadah Ini ?

Sarapan pagi saya ketika berkunjung ke Pulau Sebang, Melaka baru-baru ini...

ads