Selasa, 16 Ogos 2011

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Guna Pembesar Suara <b>di</b> masjid wajar dikaji – Nik Aziz <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 11:58 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Datuk Nik Abdul Aziz menerima sijil ahli koperasi dari Haji Sabri

KOTA BHARU, 14.Ogos – Tindakan penggunaan Pembesar Suara di masjid seharusnya dikaji semula bagi tidak menimbulkan kesulitan bagi semua pihak, demikian dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sidang media selepas merasmikan Pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad hari ini.

Menurut beliau, isu penggunaan pembesar suara di masjid ini sudah sebati dengan masyarakat melayu dan ia seharusnya diperbetulkan.

" Dalam Islam hanya laungan azan sahaja yang boleh dikuatkan, malah iqamat sendiripun hanya perlahan, namun kerana orang kita ni suka sangat pasang kaset mengaji Al-Quran sehinggakan mengganggu orang lain yang sedang tidur, mungkin ada orang sakit atau anak-anak kecil yang demam, oleh itu ia tidak sesuai"ujar beliau lagi.

"Saya bukan tak setuju tetapi jangan salah gunakan pembesar suara tersebut, sensitiviti masyarakat perlu dijaga"katanya.

Sementara itu ketika merasmikan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB), beliau menyeru agar rakyat negeri ini merebut peluang melabur kerana hubungan yang baik antara koperasi dan Permodalan Kelantan Berhad membolehkan koperasi melabur dalam perniagaan Ar-Rahn.

" Saya amat berharap agar muslimat di negeri ini dapat melangkah lebih awal dalam pelaburan ini kerana mereka ini amat suka berniaga, oleh itu daripada memakai gelang emas yang banyak lebih baiklah dilaburkan dalam koperasi ini"katanya lagi.

Orang ramai hadir mendengar taklimat koperasi Rakyat Kelantan Berhadi di KTC

Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang ditubuhkan pada 21.Januari 2011 mensasarkan RM10juta dapat dipungut dari ahli pada permulaan ini untuk memudahkan pelaburan dalam perniagaan Ar-Rahn.

Pengerusi Koperasi Haji Sabri Abdullah ketika ditemui berkata Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dan kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

"Antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had dan pelaburan juga berasaskan syariah"katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.

.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


JV Pakej Perkahwinan Terbesar <b>di Tanah Merah</b> & Machang & Pasir Mas <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2011 07:04 PM PDT

salam.. jika anda memerlukan khidmat seperti seperti ;

tempahan DOORGIFT @ CENDERAHATI

PERKAHWINAN

MAKANAN - MUFFIN, KEK, APAM DLL

BUKAN MAKANAN - BUKU YASSIN, ASMA UL HUSNA

, AL-MATHURAT

tempahan KAD KAHWIN

tempahan BUNTING / BANNER / PENUNJUK ARAH

tempahan BEG KERTAS / KOTAK DOORGIFT BERCETAK UNTUK CENDERAHATI PERKAHWINAN

tempahan TAG TERIMA KASIH

tempahan PELAMIN

tempahan KATERING / KANOPI

tempahan FOTOGRAFI / VIDEOGRAFI

tempahan PROFESIONAL MAKE-UP / ANDAMAN / SOLEKAN

tempahan GUBAHAN HANTARAN

tempahan PENGINAPAN / HOMESTAY

HUBUNGI :

013 - 9849013 / 012 - 7466 019 (cik saliha / elly)

www.bakewithelly.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


TV9 - Dari <b>Pasir Mas</b>, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2011 09:00 AM PDT

Dari Pasir Mas, kini ke Kuala Kangsar dan Seterusnya ke Alor Setar

Setelah menjelajah ke Pasir Mas, Kelantan, kini 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' yang dibawakan khas oleh TV9 dan Ayamas ini meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Kangsar, Perak. Kali ini Datuk Chef Wan akan berkonsgsi pula resipi istimewa bubur lambuknya bersama peminat setia beliau yang berada di Kampung Kota Lama.

Setiap kali menjelangnya Ramadan, aktiviti masak bubur lambuk antara selebriti TV9 dan penduduk kampung terpilih merupakan aktiviti tahunan stesen Nombor Dua Negara ini, sejak 5 tahun yang lalu. Tahun ini, TV9 amat bertuah apabila Ayamas di bawah naungan KFC Marketing berbesar hati untuk menaja buat kali keduanya program bubur lambuk yang diberi nama 'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan'. Semestinya kehadiran duta Ayamas ini iaitu Datuk Chef Wan berjaya menambahkan lagi keceriaan acara ini.

Lokasi pertama bubur lambuk ini adalah pada 5 Ogos lalu, bertempat di Kampung Tendung, Pasir Mas, Kelantan. Di Kampung Kota Lama ini pula, dua selebriti TV9 iaitu Munir dan Danny X-Factor akan bersama-sama dengan Datuk Chef Wan menceriakan suasana gotong-royong menyediakan bubur lambuk yang bermula jam 2.00 petang.

Seperti di Pasir Mas, Datuk Chef Wan juga akan berkongsi resipi istimewanya iaitu 'Bubur Lambuk Siam' bersama penduduk Kampung Kota Lama, Kuala Kangsar dan juga ketika berada di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah kelak. Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk disediakan khas buat penduduk setempat, sementara 100 bungkus pula adalah menerusi resipi istimewa bubur lambuk siam.

'Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan' ini dianjurkan sebagai menghargai sokongan yang diberikan oleh penonton TV9 dan juga pembeli setia produk Ayamas. Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai juga telah membawa kejayaan kepada Ayamas menerusi produk 'Satay Ayamas dengan Kuah Kacang' yang telah dianugerahkan sebagai 'Product innovation Platinum Award 2011' Malaysian Institute of Food Technology baru-baru ini.

Penjelajahan Bubur Lambuk Bersama Datuk Chef Wan ini berakhir di Dataran Gangsa, Alor Setar, Kedah pada 11 Ogos.

Nantikan kehadiran kami di lokasi-lokasi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


PERANG-PAHLAWAN ERA REVOLUSI ANCAM NEPOTISME GANG: WAJIB TONTON <b>...</b>

Posted: 12 Aug 2011 03:27 AM PDT

REVOLUSI

 Ambo terkelu dan tidak dapat untuk berkata apa-apa.Sekadar menahan air mata daripada tertitis bila ambo mendengar perjuangan mereka ini.Masyaallah.Peluk Islam sehingga mendapat tentangan dari ayahnya sendiri.Bukan calang-calang punya tentangan tapi ayahnya menembak beliau.Tontonilah.Semoga bulan yg barokah ini kita sama-sama diberikan rahmat dari Allah.Walaubagaimanapun perjuangan mereka ini bukan untuk duniawi,tapi untuk akhirat.










Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isnin, 15 Ogos 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Jun 2011 09:02 AM PDT


j-QAF SK <b>CHIKU</b> 03: Asal Usul Sek. Keb. <b>Chiku</b> 03

Posted: 31 May 2011 11:59 PM PDT

Bermulanya pembukaan tanah baru di kawasan hulu negeri Kelantan, telah banyak memberi peluang-peluang pekerjaan dan penempatan baru. Ini termasuklah di kawasan Gugusan Felda Chiku. Dari situlah lahirnya kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak peneroka..

Sekolah ini mula dibuka pada 1.1.1987. Pada awalnya ia merupakan sekolah cawangan di bawah kelolaan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chiku 02. Guru besar yang pertama ialah En. Jaafar B. Yussof. Sekolah ini bermula dengan 10 bilik darjah yang di tempatkan sementara di bangunan lama Pejabat Felda Chiku 03.

Sekolah ini dimerdekakan pada 1.4.1988. Masih berada di lokasi lama tetapi sudah mendapat bangunan tambahan untuk menampung bilangan murid yang bertambah dengan pesat. Tuan Haji Mat Hussain b. Awang Hamat telah dilantik menjadi Guru besar yang pertama selepas dimerdekakan. Beliau bersara secara pilihan pada 31.12.1993.

Satu lokasi baru telah dikenalpasti untuk membina bangunan baru. Sebidang tapak seluas 13.22 ekar di Bandar Baru Chiku dikenal pasti. Bermula dengan detik inilah sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Chiku 03 pada 1.12.1991. Nama ini diberi bertepatan sekali dengan lokasi sekolah ini yang terletak di kawasan Felda Chiku 03.Tambahan pula pada suatu waktu kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok ciku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Nasim Buka Bilik Pameran Peugeot <b>di Kota Bharu</b> | Pandu.my

Posted: 27 Jul 2011 02:04 AM PDT

Tidak sampai seminggu selepas membuka bilik pameran ke-19 di Balakong, Nasim telah melancarkan bilik pameran ke-20 di Kota Bharu, Kelantan.

Menurut COD Nasim, Datuk Samson Anand George pembukaan bilik pameran di Kota Bharu merupakan salah satu strategi mereka untuk mengembangkan perniagaan.

Peugeot Kota Bharu dimiliki oleh Murni Millenia, syarikat itu mempunyai bilik pameran sementara di Jalan Sultan Yahya Petra dan pusat servis dan alat ganti di Jalan Long Yunus.

Murni Millenia akan memulakan pembinaan pusat Peugeot di Jalan Sultan Yahya Petra dan akan ditukar nama kepada Peugeot Blue Box Kota Bharu apabila mula beroperasi sekitar February 2012.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • murni millenia
  • syarikat proton di kota bharu
  • bilik pamiran peugeot kelantan
  • murni millenia jalan sultan yahya petra
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


FARIZ RAZALI.: PENGEMBARAAN <b>DI RANTAU PANJANG</b>.

Posted: 04 Aug 2011 02:42 AM PDT

penat yer.. fuhhh...memang dari 28/7 - 3/8 aku tak cukup tidur sebab menghadiri program OPKIM DI RANTAU PANJANG ANJURAN KEFAJAR.. maka selaku urusetia program ni.. faham-faham jelah.. memang sibuk.. tapi actually kerja aku tak laa sibuk sangat berbanding kawan-kawan aku yang jadi AJK utama.. kerja aku sepanjang program tu just jadi...
agak hancur juga nasyid kami disebabkan tiba-tiba mikrofon kawan aku rosak laa... minus one tiba-tiba hilang dan yang paling penting di saat akhir nak menyanyi.. MIKROFON DAN MINUS ONE TERPADAM.. memang malang.. tapi kami tetap bersemangat.. akhirnya tetap mendapat tepukan dan pujian ramai.. hehe.. bangga sangat...!!
Ini pula keluarga angkat aku... nama bapa angkat aku PAK SU dan mak angkat aku ialah MAK SU.. mereka sangat baik.. huhu~~ sebenarnya adik beradik angkat aku dua lelaki dan dua perempuan.. lagi seekor laki tengah tangkap gambar ni... kesian dia tak ada dalam ini gambar.. wahahaah...
KALAU DITANYA APA KERJA YANG AKU BUAT DI  SANA.. JAWAPANNYA IALAH......
Memang(orang kelantan panggil MEMA.. cute sgt bila dorg sebut.. wahaha) dari pagi sampai ke tengah malam asyik makan nasi jer tak henti-henti.. nak kembung perut aku dibuatnya.. TAMBAHAN PULA PAK SU DAN MAK SU ADA WARUNG DEPAN RUMAH.. so kalian bayangkanlah sendiri betapa sedapnya mak su masak.. hehe.. 
aku dari tak makan budu.. terus makan setiap masa... hehehe... yang penting masa tu musim DURIAN.. jadi apa lagi melantak DURIAN LAAAA....!!!
Sampai kami adik-beradik angkat declared DURIAN sebagai pencuci mulut yang wajib dimakan selepas makan nasi.. hehehe.. teruk kan.. dengan ulam, petai, sambal, NASI KERABU memang semua aku sapu.. sampai kembung perut... nasib baik dapat merasa dua hari puasa di sana.. jadi terkawal laa juga.. cuma masa Sahur dan Berbuka puasa tak payah tanya laa... hehehe...
ANTARA BENDA YANG MEMANG BEST NAK BUNUH DIRI AKU BUAT KAT SANA IALAH....
DAN YANG PALING PENTING IALAH....
Biar aku cerita satu-satu.. masa naik motor.. semua penduduk kampung asyik pandang aku.. kenapa?? aku bawa motor berbahayakan ker?? ataupun sebab aku ni kacak sangat?? hehehe... semua salah sebenarnya sebab aku dah laa bawa motor pakai kopiah.. dan dan bawa kakak angkat aku iaitu perempuan(mmg laa kakak perempuan.. wahaha) kat belakang.. tak cukup dengan itu.. boleh pula kami bergelak ketawa, memekik melolong dan mennyanyi over-over kat atas motor.. wahahaha.. memang laa semua orang pandang pelik.. hehe.. best sangat time tu...
SETERUSNYA.. kami jalan-jalan ke empangan, sungai dan yang penting kami melangkah setapak ke Thailand.. huhu~~ tapi tak kesampaian nak pergi nak shopping kat sana~~
percaya atau tidak masa gambar ini ditangkap kami memang dah pun melebihi sempadan Malaysia Thailand.. kalau terus jer ikut jalan tu dah sampai Thailand.. hehe.. SAWADIKAP!!!
SHOPPING kat situ memang HEAVEN.. murah nak mati... walaupun orang kata tak original.. tapi sebijik sebijun macam original.. so aku kesah habis pasal ori.. janji murah dan branded.. wahahaa... BAYANGKAN.. JEANS LEVIS SATU RM25 jer.,.... BAJU T-SHIRT JENAMA ZARA(my favourite) HARGA RM20, BAJU KEMEJA PAUL SMITH HARGA RM40..(kalau kat KL paling lopek kemeja tak ada jenama pun RM50) memang murah sangat-sangat.. lain kali kalau aku nak shopping puas-puas aku nak pergi sini jer.. malas nak pergi PAVILION.. hehee(shopping kat situ ker?? propa jer...)
PASAL MAKAN BENDA BARU... sebenarnya tu kisah aku makan KUIH THAILAND.. very the unique... cer tengok video ni...
SEBENARNYA.. program yang aku pergi ni ialah program kemasyarakatan.. jadi kami pun bergotong-royong sama-sama, berbuka puasa bersama-sama, bermian sukan rakyat bersama-sama dan sebaginya.. memang best..!! Yang paling menarik ialah kami sempat membuat program motivasi di SMK RANTAU PANJANG.. walaupun sekejap tapi kesannya amat mendalam..

AKHIR KATA.. aku berharap kenangan terindah macam ni akan berlaku lagi....  PENGEMBARAAN DI JOHOR BHARU dah... lepas ni nak pergi mana pula yek.. hehehe... CUTI CUTI SATU MALAYSIA..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


PAS LENGGONG | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 12 Aug 2011 07:34 PM PDT


Posted: 11 Aug 2011 08:25 PM PDT

Kes begini dakwat kekal lebih adil

Posted: 11 Aug 2011 08:16 PM PDT

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


WikiSabah, Sabah News: Perkasa threatens action if no punishment <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 10:27 AM PDT

By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Aug 14 — Malay rights group Perkasa threatened today to "do something" to the government if it fails to take action over three outstanding matters — Bersih 2.0's "illegal rally", Datuk Seri Anwar Ibrahim's alleged sex video and DAP's "Christian conspiracy".

Its president, Datuk Ibrahim Ali, broke a long silence to say that Perkasa members have begun to lose confidence in the Najib administration, claiming it had failed to uphold the rule of law.

"This is our decision today — if there is no action taken on these three issues within a reasonable time, we will do something. Justice delayed is justice denied," the fiery leader charged at the media conference.

Ibrahim did not, however, elaborate on Perkasa's plans.

He stressed that Perkasa has been "very patient" and has even withstood countless insults from others, particularly over the Bersih 2.0 rally.

"We have been called cowards for not going ahead with our rally when all we did was respect the law and the Yang di-Pertuan Agong's decree," he lamented.

The Pasir Mas MP had initially planned to hold a counter-rally on July 9 but cancelled the plan at the final moment after the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin issued a rare decree calling all warring parties to settle their differences amicably.

"So now, if the government takes no action within a reasonable period of time, we will take action and at that time, the government should not blame Perkasa.

"We have been told to respect the government and the law, and we have done all that, and yet the government has been unresponsive," he said.

Ibrahim also claimed that the "silent majority" would likely punish the Najib administration should it fail to resolve the three outstanding issues.

He further claimed "the whole world" knew that Bersih 2.0 chairman Datuk Ambiga Sreenavasan had acted illegally when she proceeded with the July 9 rally on the streets.

He said foreign experts have also declared with 99.99 per cent certainty that the man in the recently released sex video is Anwar.

On the Christian conspiracy claims, which first surfaced in Utusan Malaysia following accusations found in pro-Umno blogs, Ibrahim pointed out that one DAP Muslim member had lodged a report on the issue, which the lawmaker said proved the claim to be true.

"What more do we need? What more needs to be investigated? There were 4,000 police reports lodged against Ambiga, for example.

"We want the Attorney-General to proceed with action on these issues and whether or not there is a prima facie case, let the courts decide," said Ibrahim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


ZAKRI ALI RANGKUTI: Ada cawangan Umno <b>di Ketereh</b> bakal dibubar <b>...</b>

Posted: 19 May 2011 05:15 AM PDT

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.
Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.
Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.
"Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.
Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.
Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.
"Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.
"Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya.
Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


renungan: <b>Gua Musang</b> : Kubu kuat Ku Li

Posted: 11 Aug 2011 07:48 AM PDT


BILA Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan beberapa bekas menteri menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah; sebuah NGO yang bertujuan menegur dan memperbaiki kelemahan kerajaan, masa depan beliau dalam Pilihanraya Umum ke 13 menjadi tanda tanya.

Ini ditambah lagi dengan spekulasi mengatakan pihak pembangkang telah menawarkan beliau untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Sehingga kini Ku Li membisu dan tidak memberi sebarang respon.

Apakah Ku Li akan bertanding dan mempertahankan kerusinya di Gua Musang atas tiket Barisan Nasional (BN) ?

Satu hakikat yang harus diterima ialah Gua Musang merupakan kubu kuat Ku Li hampir tiga dekad. Tidak ada calon yang boleh mengalahkan beliau di situ. Bila Ku Li berada dalam parti Semangat 46 dan bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), beliau menang di Gua Musang dengan majoriti yang besar.

Dan bila Ku Li kembali pada UMNO dan bertanding atas tiket BN, sekali lagi beliau berjaya memenanginya dengan selesa. Begitu juga dalam pilihanraya kecil di Galas beberapa bulan dahulu beliau menjadi Pengarah Pilihanraya BN menewaskan calon PAS dengan majoriti selesa.

Jelas Ku Li begitu berpengaruh di kawasan Gua Musang; di mana Galas berada di dalam kawasan parlimen tersebut.

Jadi, Ku Li tidak bimbang penglibatannya dalam Amanah dan desas-desus dia akan menjadi Ketua Pembangkang tajaan Pakatan Rakyat. Kerana beliau tahu kedudukkan beliau sebagai wakil di Gua Musang tidak akan tergugat.

Status Ku Li sebagai ahli parlimen tidak sama dengan status Datuk Ibrahim Ali sebagai wakil rakyat di Pasir Mas. Ibrahim Ali menang di kawasan itu di atas ehsan PAS. Pada PRU 13 nanti PAS tidak akan memberi laluan mudah pada Presiden Perkasa itu.

Ibrahim Ali tidak dapat menandingi pengaruh dan kekuatan Ku Li di Gua Musang dengan pengaruhnya di Pasir Mas. Ku Li tetap akan menang di kubu kuatnya itu, hatta dia bertanding di atas tiket Bebas.  Manakala nasib Ibrahim Ali dalam PRU 13 nanti masih menjadi tanda tanya. Apa yang jelas beliau tidak mungkin dapat mempertahankan kerusi Pasir Mas itu lagi.

Pada PRU 13 UMNO pusat dan negeri tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa memilih Ku Li mempertahankan kerusi di Gua Musang. Bagi Ku Li, barangkali beliau tidak peduli; apakah UMNO akan memilihnya atau tidak, beliau tetap bertanding di kubu kuatnya, Gua Musang. Kerana hingga kini tidak ada calon yang mampu menumbangkannya di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads