Selasa, 13 September 2011

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> kukuh kedudukan ~ M-League

Posted: 10 Sep 2011 09:51 PM PDT




Terengganu NS, KL turut menang, Selangor bangkit benam Polis

KELANTAN, Terengganu dan Selangor - terus mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan masing-masing apabila aksi Piala Malaysia bersambung malam tadi tetapi pasukan pilihan, Kedah tersembam di tangan Sabah di Stadium Likas.

Dalam saingan Kumpulan A, Sabah dan Perak berkongsi tangga teratas dengan jumlah mata dan jaringan sama selepas masing-masing merakam kemenangan 2-1 ke atas Kedah dan Johor malam tadi.


Di Stadium Likas, Sabah mengubati kekecewaan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama menentang Perak Selasa lalu dengan menundukkan Kedah 2-1, hasil jaringan Zainizam Marjan (m-27) dan pemain gantian, K Thanaraj (m-77) tatkala Azmi Muslim merapatkan kedudukan buat Kedah empat minit sebelum tamat. Di Stadium Perak, tuan rumah yang turun tanpa lima tonggak digantung, membuka jaringan menerusi Failee Ghazali pada minit ke-29 diikuti sepakan penalti Shafiq Jamal (m-73) sebelum Azuwad Arip merapatkan jurang untuk Johor tiga minit sebelum tamat permainan. 

Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan mengukuhkan cengkaman apabila menjadikan Sime Darby FC sebagai belasahan dengan kemenangan besar 
5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. 

Hairuddin Omar meletakkan skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah di depan menerusi jaringan pada minit ke-33 selepas memanfaatkan bola muntah daripada tangkapan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil, sebelum Shahurain Abu Samah meledak gol kedua tiga minit kemudian.

Shukor Adan menambah derita Sime Darby dengan gol ketiga hasil sepakan bebas 20 meter pada minit ke-64 sebelum Hairuddin (m-72) dan Mohd Firdaus (m-79) melengkap pesta gol tuan rumah.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang mendahului seawal minit pertama menerusi Ashaari Samsudin, dipaksa bekerja keras juara Liga Perdana, PKNS yang dua kali menyamakan kedudukan sebelum Manaf Mamat mengesahkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-79.

PKNS yang dikejutkan dengan gol awal Ashaari dan hanya memerlukan lapan minit untuk mengikat kedudukan menerusi Fauzan Dzulkifli, sambil Zamri Hassan (m-62) memadam jaringan kedua Reeshafiq Alwi (m-54).

Saingan Kumpulan C menyaksikan FELDA United merampas tangga teratas selepas menang tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium MBPJ Kelana Jaya, manakala Kelantan menundukkan Johor FC 2-1.

Skuad kendalian E Elavarasan merakam kemenangan kedua selepas menundukkan Johor FC 2-0 Selasa lalu, dan kali ini Nizam Abu Bakar menjadi wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-68.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan memerlukan jaringan Ramzul Zahini Adnan, dua minit sebelum tamat untuk memastikan kemenangan 2-1 selepas Johor FC membuat kejutan menerusi gol Eddy Helmi Manan pada minit ke-11.

Shakir Shaari mengikat kedudukan sebelum Ramzul memberikan tiga mata buat juara bertahan itu pada minit ke-88.

Dalam saingan Kumpulan D, juara 32 kali, Selangor kembali menemui sentuhan apabila menewaskan Polis 2-0 di Stadium Shah Alam. 

Tindakan penyerang Fadzli Saari menukar but sebaik babak kedua membawa tuah apabila menolak masuk lorongan Amirulhadi Zainal pada minit ke-46 untuk gol pertama tuan rumah sebelum meledak gol kedua pada minit ke-59 hasil hantaran Safiq Rahim yang baru seminit masuk menggantikan Fitri Shazwan Raduwan.

Di Stadium MP Selayang, Kuala Lumpur terus selesa di tangga teratas Kumpulan D apabila merakam kemenangan kedua dengan Yong Kuong Yong muncul wira meledak dua gol (m-26, 47) ketika menewaskan T-Team 2-1. 

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Bungalow house near HUSM <b>di Demit</b> – Houses for sale <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2010 09:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]sila hubungi jika berminat.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Hotel <b>di</b> sekitar <b>Wakaf Che Yeh</b> | Hotel <b>di</b> Kelantan

Posted: 28 Feb 2011 12:00 AM PST

Hotel di sekitar Wakaf Che Yeh ini antara hotel yang masih lagi baru dan sangat dicadangkan
oleh penulis. Sesuai jika mempunyai jadual yang padat dan ingin jadikan hotel sebagai
tempat tidur sahaja. Kelebihan menginap di sini adalah lokasinya yang strategik di samping
boleh bersiar-siar di pasar malam wakaf che yeh pada sebelah malam dengan hanya berjalan
kaki. Untuk ke Bandar Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Mas juga mudah. Yang sering
menjadi tumpuan adalah:

  1. Hotel Polyland
  2. Hotel Ridel Cawangan Wakaf Che Yeh
  3. Seroja Inn
  4. Ombak Inn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Am&#39;z CamPro: Gambar Hari Raya Berlatarkan Gereja <b>Di Ketereh</b> <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 05:17 PM PDT


KOTA BHARU 5 Sept. - Sebuah keluarga dekat sini terkejut apabila dua keping gambar yang diambil di sebuah kedai gambar di Ketereh sebagai kenangan sempena Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos lalu, mempunyai latar belakang gereja serta tertera lambang salib.

Salah seorang ahli keluarga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia menyedari perkara itu selepas melihat imej berkenaan dengan teliti ketika berada dalam kedai gambar berkenaan kelmarin untuk mengambilnya kerana ia sudah siap diproses.

"Semasa mengambil gambar itu, saya ada memberitahu pemilik kedai tersebut supaya meletakkan latar belakang yang bersesuaian namun sebaik sahaja siap diproses, saya terkejut apabila mendapati ia berlatarbelakangkan gereja.

"Selain itu, ia mempunyai lambang salib serta patung-patung yang dikaitkan dengan agama Kristian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Azman berkata, dua keping gambar ahli keluarganya yang lengkap berbaju raya itu diambil dengan bayaran deposit RM20 di sebuah kedai berhampiran rumah mereka pada hari raya pertama dan pemilik kedai menyuruhnya datang semula kelmarin untuk mengambil gambar yang sudah siap dicuci.

"Saya cuba mendapatkan penjelasan pemilik kedai terbabit yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dan memaklumkan ia tidak disengajakan dan dia juga tidak mengetahuinya.

"Saya menjelaskan kepadanya bahawa orang Islam tidak boleh mempunyai tanda tersebut dan saya juga mempersoalkan, sepatutnya dia mengetahui sensitiviti itu memandangkan media baru-baru ini telah melaporkan pelbagai isu berkaitan gereja," katanya.

Dakwanya, wanita tersebut membuat tawaran supaya menukar latar belakang pada gambar tersebut namun dia enggan kerana mereka seolah-olah mahu mempersendakan agama Islam.

Pada masa sama, dia juga sempat melihat beberapa keping gambar lain yang siap diproses dan turut tertera lambang sama seperti pada gambar miliknya.

"Saya percaya masih ada banyak gambar yang mempunyai imej tersebut dan pelanggan tidak menyedarinya. Pada mulanya, saya ingin membakar gambar tersebut tetapi ia satu tindakan yang tidak tepat dan sepatutnya ia didedahkan untuk pengetahuan umum," katanya.

Azman meminta pihak berkaitan khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) membuat pemantauan segera berhubung perkara tersebut kerana dikhuatiri boleh memudaratkan selain menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Sementara itu, katanya, mereka sekeluarga bersedia untuk membuat laporan polis untuk mengelakkan perkara sama berulang kepada orang lain.




03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


PAS <b>Gua Musang</b> sedia hadapi PRU bila-bila masa <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 08:54 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

GUA MUSANG ( Galas ) 8.Sept – Biarpun tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke 13 belum mendapat tandanya, namun persiapan bagi menghadapinya terus diperkemaskan oleh jentera PAS Kawasan Gua Musang.

Menurut Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin PAS Gua Musang sudahpun membuat persiapan bermula dengan menyusun jentera parti di peringkat cawangan dan Unit Peti Undi (UPU).

Beliau ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Kawasan Gua Musang di perkarangan Markaz PAS baru-baru ini.

Abdullah berkata dengan adanya 63 cawangan di tiga Dun dan 44 UPU, PAS Gua Musang kini semakin mantap dan bersedia menghadapi pelbagai isu yang dicanangkan oleh umno-BN.

" setakat ini, kita sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada rakyat di Gua Musang terutamanya dalam isu pengambilan tanah bagi pembangunan Ladang Rakyat dan begitu juga dalam isu pemilikan tanah oleh masyarakat orang asli"ujar beliau.

Adun Galas dari BN, Abdul Aziz turut hadir.

Beliau juga berkata di sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, jentera parti telah turun padang bertemu penduduk di keseluruhan cawangan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Abdullah yang juga merupakan Penyelia Parlimen berkata kerajaan telah bersetuju untuk membuka ruang kepada peneroka di Tanah Rancangan Kesedar Jeram Tekoh, Renok dan Meranto untuk mengemukakan permohonan memiliki tapak penempatan yang diduduki sekarang.

" Alhamdulillah, ramai peneroka telah faham hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu mereka bagi mendapat milik kekal tapak rumah tersebut dan sehingga kini sudah ramai diantara mereka yang mengemukakan permohonan di pejabat tanah Gua Musang"katanya lagi.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


LOVE SYAHID: Menghisab Nasib Ibrahim <b>di Pasir Mas</b>

Posted: 04 Sep 2011 07:53 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar

APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang 'kelo' – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.

Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik.

Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.

Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.

Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?

Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas.

Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.

Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.

Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.

Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi.

Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.

Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN 'tertumuh makan tanah' kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.

Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.

Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. 'Congik cakdong' politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.

Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.

Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik?

Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk 'memaksa' Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.

Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa 'bai'ah' atas lambang bulan.

Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah.

Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati 'musuhnya' - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing.

Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.

Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan.

Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.

Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000.

Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan 'harakiri' baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR.

Isnin, 12 September 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Tanah Muat 20 Unit Kedai <b>Di Bachok</b> – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 02:00 PM PDT

Tanah tepi jalan besar sebelah Petronas
Jelawat.Dekat dengan UMK yang akan di buka tak
lama lagi.Tanah padi tapi dah ubah syarat ke
bangunan perniagaan.Tanah memanjang ikut jalan dan
boleh muat 20 unit kedai 20×40 tapi kena tambun
atau tiang tinggi.Hubungi 012-9098822.

Contact Seller Email This Post Email This Post

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 18 Jul 2011 07:21 AM PDT


Bekas pemain disaran tubuh persatuan

Posted: 17 Jul 2011 10:25 AM PDT

KOTA BHARU – Bekas pemain bola sepak negeri disarankan menubuhkan persatuan mereka sendiri bagi membolehkan segala aspek kebajikan dan juga kesusahan hidup yang mereka alami mendapat pembelaan sewajarnya.

Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, di peringkat FAM pun, pihaknya sentiasa berbincang mengenai kebajikan dan pembelaan terhadap nasib bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum ini.

"Puncanya kita dapat kenal pasti apabila pemain bola sepak sudah bersara mereka hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tidak ada satu persatuan pun ditubuhkan dapat menyatukan mereka semua.

"Di peringkat kebangsaan sekalipun tidak ada organisasi yang tersusun dapat membantu mereka. Jadi saya mengalu-alukan sebarang penubuhan persatuan bekas pemain di peringkat negeri supaya mereka boleh menyusun pelbagai program dengan baik.

"Jasa bekas pemain yang pernah menabur bakti mengharum negeri dan negara dalam bidang sukan bola sepak tidak harus dilupakan begitu sahaja. Apabila persatuan ditubuhkan, mudah bagi pihak berwajib untuk menyampaikan bantuan kepada mereka," katanya kepada media pada majlis bertemu bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era tahun 60 hingga 70-an, semalam.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK) turut memuji usaha yang dilakukan bekas-bekas pemain bola sepak di negeri ini untuk menubuhkan persatuan bekas pemain dalam masa terdekat.

"Sebenarnya, ramai bekas pemain negeri ini pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPB-BRI). Macam MPKB-BRI dulu pernah menjadi johan Piala FAM, jadi mereka juga boleh menyumbang kepada persatuan.

"Alhamdulillah, malam ini mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa penaja dan saya sudah memberi jaminan untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mereka. Jadi dengan duit tersebut mereka boleh menguruskan aktiviti permulaan bagi persatuan mereka," katanya.

Mengenai cadangan pengurniaan anugerah kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri ini sebagai salah satu pengiktirafan terhadap jasa mereka selama ini, Takiyuddin turut menyokong penuh cadangan tersebut.

"Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri) untuk mengemukakan nama-nama yang difikirkan sesuai dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

SINAR HARIAN Ahad 17 Julai 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


800 Penumpang Panik | Keretapi Senandung Wau Terbakar

Posted: 10 Sep 2011 04:13 PM PDT

Saat cemas dilalui 800 penumpang Ekspres Senandung Wau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur selepas sebuah daripada 14 kocnya terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 11.30 malam itu memaksa pemandu tren memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran bagi mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat, sekali gus memadamkan kebakaran koc yang memuatkan generator elektrik serta hawa dingin.

Difahamkan, keadaan cemas itu menyebabkan penumpang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sebaik tren menghampiri stesen terdekat, termasuk ada yang nekad terjun di kawasan itu kerana terlalu panik.

Senario itu disaksikan penduduk setempat sebaik tren berhenti secara mengejut apabila kebanyakan penumpang berebut-rebut terjun dari koc kerana bimbang api yang membakar gerabak membawa alat berkenaan di bahagian belakang merebak ke koc lain.

Bagaimanapun, koc yang terbakar dapat dikawal sepasukan anggota bomba sukarela di Kampung Merapoh dalam masa 15 minit sebelum dibantu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang tiba 16 minit kemudian.

Kerja keras anggota bomba membolehkan perjalanan diteruskan sejam kemudian dengan meninggalkan koc terbakar itu di Stesen Keretapi Merapoh sebelum menyambung koc gantian generator elektrik dari Stesen Kuala Lipis.

Menurut penumpang, Salamah Alias, 28, kejadian itu mengejutkan penumpang hingga memaksa mereka terjun dari koc penumpang bagi menyelamatkan diri sebaik kereta api berhenti.

Katanya, insiden disedari selepas terdengar bunyi bising penumpang lain mengenai kebakaran sebuah koc, menyebabkan dia secara spontan mengambil beg pakaian dan melompat keluar sebaik koc berhenti di stesen terdekat, "Boleh dikatakan semua penumpang bertempiaran lari dan terjun dari koc kerana masing-masing takut api merebak ke koc penumpang lain.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tindakan cepat sepasukan bomba sukarela Kampung Merapoh memadam kebakaran menyebabkan keadaan kembali reda dan penumpang menaiki semula kereta api," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Kampung Merapoh, Rossraman Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang ternampak kereta api ekspres itu terbakar jam 11.30 malam.

Katanya, dia bersama lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api yang marak membakar koc dan berjaya mengawalnya dalam masa 15 minit.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, ada penumpang panik dan terjun dari koc untuk menyelamatkan diri hinggakan kita terpaksa meminta mereka bertenang.

"Malah, ada penumpang terjun ke dalam parit di tepi landasan kereta api, namun semua penumpang menaiki semula koc sejam kemudian untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Dalam kejadian bulan lalu, 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, KTMB dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu pemandu tren terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut namun tidak sempat mengelak ibu dan anak gajah yang melintasi landasan.

Related posts:

  1. Peniaga Dirempuh Keretapi Di Alor Pongsu
  2. Selamat Anak & Cucu | Nenek Parah Ditimpa Kayu Terbakar
  3. Asrama Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Terbakar
  4. Pejabat DUN PAS Terbakar Angkara Khianat
  5. 4 Kereta Terbakar Di PPR Batu Muda

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Sambut Raya Dengan Seks <b>Di Kelantan</b> | Selangor Daily

Posted: 11 Sep 2011 06:08 PM PDT

Dua hari yang lepas Nik Aziz membuat kenyataan yang mengatakan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Nik Aziz: Usaha UMNO tidak berfaedah

KOTA BHARU 9 Sept. – Pas menyifatkan usaha UMNO Kelantan untuk menawan negeri ini daripada Pas tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, UMNO boleh meletakkan apa sahaja sasaran kerusi untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi usaha mereka itu tidak berfaedah di mata agama.

"Kita hendak menang Parlimen 60 kerusi, (segala usaha) langsung tidak ada faedah untuk akhirat melainkan dengan Islam, UMNO kena faham duduk atas dunia ini bukan manusia buat, tapi Allah Taala buat.

"Allah Taala menetapkan bahawa hujung dunia ini ada pembalasan di akhirat, syurga dan neraka, yang kena dengan kehendak al-Quran dapat syurga, yang tidak kena neraka, orang Arab pun kalau tidak kena dengan al-Quran akan masuk neraka, inikan pula orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Muslimat Kota Bharu di sini hari ini.

Masyaallah ! Sejak puluhan tahun lalu tak habis-habis lagi Pas melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka.

Bagi mereka islam hanya untuk Pas sahaja dan hanya Pas sahaja yang islam.

Islam adalah Wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT , manakala Pas adalah sebuah parti politik yang didaftarkan. Mana mungkin Pas dan Islam sama ?

Pemimpin-pemimpin atau ahli-ahli Pas sering menggambarkan Islam hebat di Kelantan di bawah pentadbiran mereka. Kelantan diberi jolokan Serambi Mekah dan berbagai-bagai mitos lagi yang ditanamkan ke dalam fikiran orang ramai tentang kehebatan Islam di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Semuanya indah khabar dari rupa. Semuanya dilakukan untuk memberi keuntungan politik kepada Pas. Hakikat yang sebenarnya tidak. Pas gagal sama sekali membangunkan Islam di Kelantan baik secara Rohani atau Jasmani.

Kita juga sering digambarkan oleh Pas tentang kehebatan dan kemeriahan bulan puasa di negeri Kelantan.

Habis bulan Ramadhan kita akan menyambut hari raya pada 1 Syawal sebagai tanda kemenangan kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan.

Tetapi di Kelantan pula berbeza dengan negeri-negeri lain. Rupa-rupanya dibawah pentadbiran Pas ramai yang berpuasa bukannya menahan nafsu lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu seks.

Hari raya yang sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran dan saling bermaaf-maafan satu sama lain sudah bertukar sambutannya di sana, apabila ianya disambut dengan 'pesta seks'.

Mengikut Polis Kelantan, Negeri itu mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Kelantan catat peningkatan kes rogol

KOTA BHARU 9 Sept. – Negeri ini mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu.

Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak.

Apakah kita masih perlu percaya kepada Pas memperjuang dan membangunkan Islam di Kelantan ?

Nasib yang sama juga sedang menimpa Selangor. Semakin hari Islam semakin pudar di Selangor. Janji-janji Pas sebelum memerintah hanya omong kosong.

Hakikat yang sebenarnya Islam semakin hancur di bawah pentadbiran Pas. Islam hanya alat untuk Pas mendapat undi.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


kilang rohm wako <b>di pengkalan chepa</b> video and kilang rohm wako di <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 11:55 PM PDT

kilang rohm wako di pengkalan chepa video and kilang rohm wako di pengkalan chepa news results
kemalangan <em>di</em> hadapan kamdar KOTA bHARU 0930 hrs 24111sebuah kembara telah merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat jalan tok hakim ke pengkalan chepa yang terbabas ke hadapan kamdar ...jumpstyle <em>di</em> mrsm <em>pengkalan chepa</em>http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9Q http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9QSat, 08 May 2010 22:56:02 PDT<a href=http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9Q><img src=http://1.gvt0.com/vi/Qvh8-FVvb6U/default.jpg width=160 height=120></a><br>persembahan program tamu pelajar pahang di mrsm pengkalan chepa kelantan<p/><div style="color:green;font-size:smaller;">youtube.com</div>jumpstyle <em>di</em> mrsm <em>pengkalan chepa</em>persembahan program tamu pelajar pahang di mrsm pengkalan chepa kelantan12 Bas Ekspres Budaya terbakar dan meletuphttp://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQ http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQSun, 24 Oct 2010 13:52:47 PDT<a href=http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQ><img src=http://1.gvt0.com/vi/SZJRA1yRo5E/default.jpg width=160 height=120></a><br>Kejadian dipercayai berlaku pada 23/10/10 pukul 12.30 malam di Pengkalan Chepa, Kelantan sejurus Kelantan menang 1-0 dengan Kedah. Unsur jenayah ...<p/><div style="color:green;font-size:smaller;">youtube.com</div>12 Bas Ekspres Budaya terbakar dan meletupKejadian dipercayai berlaku pada 23/10/10 pukul 12.30 malam di Pengkalan Chepa, Kelantan sejurus Kelantan menang 1-0 dengan Kedah. Unsur jenayah ...kemalangan <em>di</em> hadapan kamdar KOTA bHARU 0930 hrs 24111sebuah kembara telah merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat jalan tok hakim ke pengkalan chepa yang terbabas ke hadapan kamdar ...jumpstyle <em>di</em> mrsm <em>pengkalan chepa</em>http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9Q http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9QSat, 08 May 2010 22:56:02 PDT<a href=http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DQvh8-FVvb6U&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNEMThImGSm0ugDKpwHFUb_bIhbF9Q><img src=http://1.gvt0.com/vi/Qvh8-FVvb6U/default.jpg width=160 height=120></a><br>persembahan program tamu pelajar pahang di mrsm pengkalan chepa kelantan<p/><div style="color:green;font-size:smaller;">youtube.com</div>jumpstyle <em>di</em> mrsm <em>pengkalan chepa</em>persembahan program tamu pelajar pahang di mrsm pengkalan chepa kelantan12 Bas Ekspres Budaya terbakar dan meletuphttp://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQ http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQSun, 24 Oct 2010 13:52:47 PDT<a href=http://www.google.com/url?q=http://www.youtube.com/watch%3Fv%3DSZJRA1yRo5E&source=video&vgc=rss&usg=AFQjCNETdy-Yepo5qvjSkymxemRnv1wjuQ><img src=http://1.gvt0.com/vi/SZJRA1yRo5E/default.jpg width=160 height=120></a><br>Kejadian dipercayai berlaku pada 23/10/10 pukul 12.30 malam di Pengkalan Chepa, Kelantan sejurus Kelantan menang 1-0 dengan Kedah. Unsur jenayah ...<p/><div style="color:green;font-size:smaller;">youtube.com</div>12 Bas Ekspres Budaya terbakar dan meletupKejadian dipercayai berlaku pada 23/10/10 pukul 12.30 malam di Pengkalan Chepa, Kelantan sejurus Kelantan menang 1-0 dengan Kedah. Unsur jenayah ...

sebuah kembara telah merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat jalan tok hakim ke pengkalan chepa yang terbabas ke hadapan kamdar ...

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


UMNO Online - Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi <b>Di Gua</b> <b>...</b>

Posted: 25 May 2011 01:01 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Kerajaan BN Tingkatkan Nilai Ekonomi Di Gua Musang 10 Kali Ganda

GUA MUSANG, 25 Mei – Pembangunan infrastruktur kerajaan pusat seperti jalan raya telah meningkatkan pelaburan dan nilai tanah di kawasan pedalaman Hulu Kelantan iaitu Gua Musang dengan kenaikan hartanah sebanyak 10 kali ganda.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata nilai tanah sekitar bandar ini melambung lebih 10 kali ganda daripada nilai tahun 80-an dulu berikutan menjadi rebutan pelbagai pihak untuk dijadikan pusat pelaburan jangka panjang.

"Sebagai contoh harga satu unit kedai yang dahulunya hanya RM50,000, tetapi sekarang meningkat kepada lebih RM300,000 seunit," katanya pada Majlis Perjumpaan Dengan Peserta Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di Chin Teck, dekat sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau menasihati penduduk agar tidak menjual hartanah mereka walaupun ada menerima tawaran kerana mereka akan rugi jika berbuat demikian kerana beliau menjangkakan nilai tanah di kawasan berkenaan akan meningkat.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata sejak kebelakangan ini juga semakin banyak permintaan orang luar untuk membeli tanah-tanah di sekitar Gua Musang sama ada untuk gudang perniagaan atau pembukaan ladang.

Sejajar dengan Dasar Keberhasilan Negara (NKRA) dalam meningkatkan taraf  hidup rakyat dan memajukan kawasan pedalaman, Kerajaan Barisan Nasional (BN )telah melaksanakan pembinaan jalan raya menghubungkan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai-Kota Baharu bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah PantaiTimur (ECER).

Kerajaan pusat juga melaksanakan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 1,500 unit membabitkan kos pembinaan hampir RM200 juta di Gua Musang yang dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun lagi.

Beliau mengakui dahulu tidak ada siapa yang berminat untuk membuka pelaburan di daerah ini, tetapi selepas kerajaan membina rangkaian jalan dengan kedudukan bandar Gua Musang yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia menjadikan ia lokasi strategik.

"Perkara itu ditambah pula dengan pembukaan jalan baru menghubungkan GuaMusang-Jeli, Gua Musang-Cameron Highland, Perak dan Gua Musang-Kuala Berang di Terengganu menambahkan minat orang ramai datang ke Gua Musang," katanya.

Katanya rumah untuk penempatan penduduk miskin itu juga mempunyai nilai tinggi walaupun kerajaan memberi secara percuma kepada mereka.

"Kita harap penduduk terbabit jangan mengambil kesempatan menjual rumah terbabit dan hargailah sumbangan kerajaan itu untuk terus dimanfaatkan sehinggake anak cucu," katanya.

Berita Bertarikh 25 May 2011 Pada 4:01 PM

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Laluan bertingkat <b>di Pasir Mas</b> siap - CariGold Forum

Posted: 23 Aug 2011 09:43 PM PDT

Forum Jump

ads