Sabtu, 11 Ogos 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


PrECiouS MomEnTs To sHaRE: ..:: BerMalaM <b>di RantaU PanJanG</b> ::..

Posted: 04 Aug 2012 05:51 PM PDT

Salam 16 Ramadhan..

Hari ni merupakan hari yg ke 16 dah kita menjalankan ibadah puasa. Korang dah tinggal puasa lom? Saya masih penuh tanpa lubang lg ni. Actually, ms Peod saya ni lom dtg2 lg selepas bersalin dulu. Normal ke ek? Adeena pun dah setahun dah. Ms ada dulu, ms umur adam 9 bln ms Peod sy dah dtg. Dulu pun sy breasfeed, dan kali ni pun breasfeed gak.. X per lah, klau dia x dtg, lg best. X yah pening2 kepala ni nak pikir nak ganti puasa plak nnt...

Pagi ni saya bersahur di rumah antie. Antie dah pindah tau dr putra height ke tmn hijrah, rantau panjang. Dr flat ke landed house.. Tinggal sy jer lg yg stay kat apartment. Klau mak dtg, kena naik lift. Yg lain anak2 mak kat sini, semuanya dah miliki rumah sendiri dan landed house.. Rezki masing2 kan.. Duduk apartment pun ada kebaikannya juga..

Apa plan kitorg di hujung minggu ni.. Kitorg just lepak2 + kemas2 brg pindah anty ni.. Then berbuka kat rumah anty hari ni.. Mlm kang anty ajak g tempat kerja dia.. Saya lom pernah g lagi. Korang dah g? Kat ne??? Alaaaa... SCM.. ??? Setia City Mall lah.. Kat ne? Kat setia alam lah.. Shopping mall baru tu... Auntie keje ngan bhgn management dia lah..

Esok cuti lg. Nak buat apa plak ek? Hhhmmm.. Mlm ni kang tido sini lg.. Then lepas sahur esk baru blk rumah. My hubby kerja arr.. Dia kerja kat kay el lah.. x coti.. So, lepak2 + kemas2 kat rumah I lah plak nnt..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Kembara <b>Dabong</b> 1 - Kem Baha.. - Dari Papan Kekunci Liza

Posted: 02 Jul 2012 09:53 PM PDT


Mari bercerita walaupun ngantuk. sementara tunggu orang buat kerja renovation umah yang dah tunggang langgang ni..dgn kaki yang sengal mengal..jom baca coretan Hiking Ke Setong aku dan rerakan. 
Tak di plan..dgn buat muka tak malu walaupun tak di ajak oleh sesiapa..aku minta kawan aku Mat Tau masukkan nama aku dlm Trip ke Dabong pada 29hb Jun 2012. Tak tahu lah kenapa tak di ajak..tapi since aku dah lama sangat nak rasa pengalaman hiking dan bermalam dlm khemah..aku nekad jek dan hampir gak aku putus asa bila ada beberapa situasi yang buat aku rasa 'kenapa mcm ni?'..'Apa yang tak kena lgi?'. Apapun..niat aku satu..nak cari pengalaman..aku pergi juga. 
6.45 pm aku dah keluar dari rumah dengan bag yang tak tahu lah berapa KG. Aku bawak khemah, maka bertambah2 lah berat bag. Solat Jamak Maghrib-Isyak di Stesen minyak Petronas sebab katanya kena ada paling lewat kul 8pm kat stesen..but ? emm..biasa lah..dekat kul 9 pun ada yang baru nak sampai. Keretapi pun sampai kul 8.55 pm. Berkumpul dan berposing dulu. Kul 9 pm KOT..ketapi pun cus cus cus...bergerak menuju ke Dabong. Kami ambil gerabak berkatil. Agak riuh suasana di dalam gerabak W3 sampai la semua terpejam walaupun tak lena. AJe gila nak lena dgn badan teroleng-oleng.Sebelum tidur, sempat lah berdinner di kantin ketapi..aku order roti bakar dengan nescafe O panas..tapi aku makan separuh je..lagi separuh setengah aku minta Saidi yang habiskan sebab aku dah kenyang. Makan minum aku di bayar oleh Saidi..heee..terima kasih. 
Sampai Dabong dlm kul 7am (asal ingatan aku lost ni?). Sarapan dgn nasi berlauk (OMG..manisnya kari mereka) dan nescafe O panas (again). Cuba mempack semula bag yang rasanya lg besar dari aku..but still..the bag was so heavy for me. Tak apa lah..bawak jek. Pendakian 20 minit pertama was not so tough lah..kalau takde bag..mungkin lagi OK. Apapun, kepenatan berbaloi bila di hidangkan dengan air terjun yang cunz. Air terjun ke berapa tah tertinggi di Asia Tenggara. Berbatu-batu..apa lagi..posing dulu. Aku leka gak dgn kecantikkan scenery terutama bila kabus mula menghilang..uissh..tinggi. Sampai lah aku terpijak batu 
basah ..tergelincir and tergelonsor ke bawa dan sempat di tarik oleh Kenet..terus lutut aku mengeletar. Huaaaaaaaa...terkejut! Aku bukan takut jatuh..tapi aku takut..jatuh dan masuk dlm air ..dah la air terjun laju dan sejuk..Ohoiii! Air dan sejuk..2 benda yang buat akut hidup dalam ketakutan. Dah la pendakian 
seterusnya kena daki lereng2 batu di air terjun..Ya Allah..makin mengigil aku..tapi..tak kan nak suh orang dukung lak kan? Lagi sekali..ketika mendaki  bag dah tarik aku ke belakang and tgn aku tak kuat nak push badan naik wpun ada tali. Dua kali aku terjatuh and dada terhentak ke batu..sakit okek! Masa ni Pok Chu a.k.a Guide aku turun balik amik suh aku bukak bag..huhuu..terima kasih byk2. Pok Chu bawak bag aku sampai masuk hutan. Ada gak kawan aku perasan aku dah menggigil jek..tapi I got no choice..perjalanan harus di teruskan..dia org boleh bagi semangat je lah..kan? Masuk je hutan..Ya Allah..alhamdulillah..tapi nampak je batu liicin..aku jadi trauma. Gilos! Mungkin tengok aku yang semakin tak keruan..Kenet minta tukar bag. DIa bawa bag aku..aku bawak bag dia. Terima kasih wpun bag kita takde banyak beza pun beratnya. 2 jam lebih hiking..sampai lah ke Kem Baha. Cantik! Pasang khemah..dan lepak jap.Masa dlm khemah..aku baring jap untuk tenangkan fikiran ..serius,aku tak boleh bayangkan kalau jatuh terus dlm air td..si natte ckp 'Come on kak zai..mana kak zai yg saya kena dulu?'..cess..hahahaha..ni jawapan aku 'Kazai dulu and skrang..memang dah tak sama'.. ahaks!

Kat Kem Baha..aktiviti memasak pun bermula. Ina and Natte main peranan utama. Sedap okek Chef Kenet masak. Kira cukup la makan minum semua. Jam 3.45 pm..guide bawak kita org ke Telaga 7. Kena meniti batu2 la aku jadi 'Ngong' kejap. Takut tak habis. Nak sampai ke Telaga 7, kena redah gak lah hutan and 1st experience..meredah hutan tak pakai kasut. Hahaha..syiok! Mahai okek pengalaman ni. Lepas tu Ayie a.k.a guide nombor 2 tunjuk telaga no 5 dan 6 and sesiapa nak cuba terjun dlm telaga tu..di persilakan. Aku pun cuba gak..tapi skill of menyelam adalah tidak pandai..tak habis pun kepala aku masuk dlm air..omang ngaiii.sejok!!! terus keluar dari air..lepak jap bawah air terjun..pun tak sampai 5 minit sebab tersangat sejuk..aku dah melepak atas batu..gigil and gigil and gigil..hahaha..ini lah akibatnya sbb tak cukup lemak kot. Lepas tu balik ke Air Terjun Kem Baha and ada aktiviti sliding dr air terjun..ohoii..best nya..Slide dr ketinggan 50 M..and kegedebush masuk air. Hati nak sangat buat TAPI sbb aku tak pandai berenang air and takut air..ku pendamkan saja perasaaan nak mencuba. Geram pun ada..rasa rugi pun ada sbb tak buat..lps tu aktiviti mandi manda..PUN aku tak lama dlm air.S.E.J.U.K! kesian kan tak tahan sejuk..ngeeee.
.



Malam..lps solat and dinner..kami lepak di atas batu puncak Kem Baha..just lepaking..menikmati angin malam (sejuk lagi..brrrrr) and dlm 9.45pm, aku dan Masyu balik ke Khemah..tak larat lah nk lepak lama2 dlm sejuk..Aku tidur dengan Natte. Mula2 tidur hanyalah dgn t-shirt..sekali tah pukul berapa..Ya Allah..sejuknyaaaa..terus buka sleeping bag..pakai baju sejuk..selubung lg dgn kain..baru dpt tidur. Alhamdulillah, tidur agak lena wpun sakit bdn.

okek..nnt sambung Dabong - Gunung setong pulop yea.. ;)

*gambar tak byk di dalam enpon..nnt tunggu kenkawan upload..

Jumaat, 10 Ogos 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


ZilaKasim Quilt Blog » Aktiviti kelas <b>di Kota bharu</b>

Posted: 22 Jul 2012 09:43 PM PDT

Selamat datang ke laman ZilaKasim Quilt Blog. Semoga ia dapat memberi ilmu serta maklumat yang berguna kepada semua. ZilaKasim Quilt Blog juga ada menyediakan pelbagai produk serta kelas jahitan seni kreatif di seluruh Malaysia. Jika anda ingin mendapatkan mesin jahit, kelas jahitan atau peralatan quilt dan patchwork, semuanya ada di sini.

Tranungkite Online v11 - Lajim jumpa Nik Aziz <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 23 Jul 2012 02:09 AM PDT

Petikan Harakah


(Lajim dan Tuan Guru Nik Aziz penuh ceria dalam pertemuan mereka di Kota Bharu hari ini)

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.


(Lajim bersalam dengan TG Nik Aziz dalam pertemuan mereka pagi tadi)

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan.

Lajim Ukin jumpa Nik Aziz <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 23 Jul 2012 05:00 AM PDT

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini. Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu. "Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. "Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Menurut laporan itu lagi, Lajim berkata beliau masih 'pemimpin kerajaan' dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. Pada perjumpaan tengah hari tadi, Anggota Parlimen Beaufort itu mengambil masa kira-kira 40 minit bertemu dengan Tuan Guru. Turut serta bersamanya 25 orang lagi anggota rombongan yang ingin bertemu dengan Tuan Guru. Pelbagai isu dibincangkan diperingkat kerajaan termasuk alam sekitar dan cadangan kerjasama  berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Tuan Guru ketika ditemui memberitahu, setakat ini cadangan untuk kerjasama dengan kerajaan Pusat berhubung pengurusan sisa pepejal akan dibincang diperingkat kerajaan terlebih dahulu. Pada masa yang sama, katanya taklimat khas berhubung perkara itu perlu diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak berkenaan kepada kerajaan negeri sebelum keputusan diambil. "Saya tidak boleh membuat keputusan sekarang walaupun pertemuan telah dibuat dengan anggota exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Lajim untuk mengadakan kerjasama di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri dalam memelihara alam sekitar terutama sampah sarap. Katanya, setakat ini semua kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran kerajaan BN menerima cadangan kementeriannya. Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri seperti Kedah dan Selangor belum bersedia. "Kita berharap semoga kerajaan negeri menimbang cadangan kerajaan ini untuk kebaikan masa depan," ujarnya.

Sementara itu, pengarah perbadanannya bahagian negeri Kelantan, Datuk Afandi Hamzah, ketika memberitahu Tuan Guru, kerajaan Pusat membelanjakan sejumlah RM1.7 juta bagi menyediakan tong sampah di negeri itu. Sambungnya, tong sambah berkenaan diberi secara percuma kepada seluruh majlis daerah di negeri ini... - HARAKAHONLINE

MALAYSIA NEWS LAJIM UKIN NIK AZIZ KOTA BAHRU

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di</b> Kota Bharu, Bachok Malam Ini | Detik <b>...</b>

Posted: 09 Aug 2012 12:18 AM PDT

KOTA BAHARU- Kira-kira 130,000 pengguna bekalan air di jajahan Kota Baharu dan Bachok akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 11 malam ini hingga 4 pagi esok.

Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Hazwan Hassan berkata gangguan disebabkan operasi Loji Rawatan Air Chica di sini tergendala, susulan kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang utama loji.

Di Kota Baharu, kawasan yang terjejas ialah Kampung Kedai Baru, Banggu, Kampung Tok Ku, Kampung Cherang, Kedai Lalat, Taman Aisyah, Taman Sri Binjai, Taman Sri Permai, Taman Sri Panji, Taman Banggu Jati,  Kampung Lubuk Pukul, Kawasan Sabak, kawasan Lundang, Peringat dan Perol.

Turut terjejas Melor, Kok Lanas, Tegayung, Demit, Kampung Panji, Pasir Tumboh, Kemumin, kawasan Perindusterian Pengkalan Chepa dan sekitar Kubang Kerian, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Bagi Bachok, kawasan terlibat meliputi Alor Bakat, Kubang Telaga, Permatang Machang, Alor Ganu, Bukit Kecik, Beris Kubur Besar, Pauh Sembilan, Gong Burung Hantu, Kampung Kulim, Kampung Pak Pura, Kampung Kedondong, Taman Mesira, Kampung Budi, Kampung Padang Jembal, Kampung Panjang, Kampung Dusun Durian, Kampung Tok Jawa dan Kedai Bachok.

Orang ramai dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan sebarang pertanyaan boleh dikemuka dengan menghubungi Pusat Info AKSB (PINTAS) di talian 1300-88-2572. -Bernama

Menjelang PM tiba, kempen Royalti semakin aktif!! | Pencacai <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 07:30 AM PDT


(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh 'royalti' di samping menyebarkan risalah penerangan.

Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus.

Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini.

"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan.

"Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. 

"Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi.

Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan  Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan.

"Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya.

Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi "Amanat Ayah Najib @ Tun Razak"  berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan.

Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.


DIALOG RAKYAT: Menjelang PM tiba, kempen Royalti semakin aktif

Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT


(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh 'royalti' di samping menyebarkan risalah penerangan.

Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus.

Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini.

"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan.

"Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok.

"Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi.

Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan  Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan.

"Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya.

Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi "Amanat Ayah Najib @ Tun Razak"  berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan.

Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


.: Masalah Gangguan Air <b>Di Pasir Mas</b> Terjawab

Posted: 03 Aug 2012 03:29 AM PDT


Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.
Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.
Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut (break down).
Kebetulan dalam saya bersiap untuk ke loji itu aktivis masyarakat terkenal di Rantau Panjang sdr Rushdan Mustapa menelefon saya, dia juga mempunyai agenda yang sama. Beliau mahu melihat dan mendapat maklumat sendiri mengenai masalah itu. Dia datang mengambil saya di hotel, kami pergi bersama.
Apabila melihat sendiri keadaan di loji itu baru tahu apa masalah sebenarnya. Dakwaan mengatakan pam air break down tidak benar sama sekali. Begitu juga tuduhan mengatakan paip besar pecah di Lemal juga tidak tepat. Apa yang sebenarnya berlaku pam air loji berkenan tidak dapat bekerja seoptimanya disebabkan paras air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama  untuk ditapis, cetek atau pun tohor.
Bila air sungai Kelantan cetek menyebabkan pam tidak dapat untuk menarik air bagi dihantar ke loji penapisan. Loji itu mempunyai empat buah pam yang biasanya berjalan serentak yang boleh menjana 60 juta liter air sehari. Namun disebabkan kekurangan air, hanya dua sahaja yang berjalan sementara yang dua lagi diletakkan dalam keadaan stand-by. Natijahnya hanya separuh dari kapasiti air yang dapat dijana, kira-kira 30 juta liter.
Difahamkan pam itu tidak boleh dijalankan serentak kerana apabila air tidak mencukupi menyebabkan ia akan menghadapi masalah dan semuanya akan mati. Bagi mengelakkan kesemua pam berhenti maka 'catuan' penggiliran pam dikawal.
Dalam pada itu dengan keadaan air terhad itu maka timbullah masalah kekurangan bekalan atau sesetengahnya terputus terus. Apa lgi air yang dijanakan itu diberi perioriti dihantar ke tempat-tempat atau kawasan kritikal di bandar Pasir Mas untuk kegunaan hospital, pejabat kerajaan dan masjid dan sebagainya.
Semasa saya bersama Rushdan tiba di loji berkenana dua buah tanker – lori penghnatar air milik AKSB sedang memuatkan air untuk dihantar ke hospital dan beberapa kawasan yang kritikal di sekitar Pasir Mas. Saya tidak dapat membayangkan macam mana air dapat dicatu kalau hanya dua buah tanker sahaja yang ada? Katanya AKSB memperuntukan satu tanker saja untuk satu daerah. Ternyata dengan dua buah saja ia tidak mencukupi, elok kalau diadakan punggutan derma untuk membeli dua tiga buah tanker lagi?
Sebelum itu saya juga singgah di loji milik Kada yang menjana air untuk kawasan pertanian yang terletak berhampiran loji milik AKSB itu. Loji itu juga menghadapi masalah sama tidak dapat menyedup air kerana sungai Kelantan kering. Dari empat buah pam yang ada hanya dua buah sahaja yang berjalan.
Dalam perkembangan lain pihak AKSB telah bertindak segera mengatasi masalah berkenaan. Dua buah telaga tiub telah digali untuk membekal air tambahan di loji penapis. Sebuah sudah pun hampir siap dan akan mulai operasi dalam tempoh terdekat. Telaga tiub itu adalah plan alternatif bagi menghadapi masalah kekurangan air seperti berlaku hari ini. Walaupun ia tidak akan dapat mengatasi masalah seluruhnya tetapi sekurang-kurang dapat menampung kekurangan air di loji itu. Jika kedua telaga tiub ini berfungsi ia dapat membekalkan 3 hingga 6 juta liter air.
Dalam hal ini kurang tepat kalau ada pihak tertentu menyalahkan AKSB kerana masalah dihadapi bukan disengaja tetapi kerana fenomena semula jadi yang tidak dapat ditentukan. Soal kemarau atau banjir tidak dapat diatasi kerana ia adalah putaran alam dan diluar daya fikir manusia.
Pun begitu pihak AKSB seharusnya lebih peka mengenai perkara ini. Sewajarnya kalau AKSB menyediakan kontijensi plan untuk menghadapi maslaah kemungkinan gangguan air. Misalnya satu mekanisme harus dicari bagaimana memastikan penggunaan tidak mengalami masalah itu berhari-hari. Menyerahkan atau berdalih masalah itu kerana kejadian semula jadi tidak berapa elok juga.
Berhubung masalah yang timbul ekoran gangguan air ini di mana seolah-olah kelam kabut ianuya disebabkan maklumat itu tidak disampaikan kepada rakyat secara bersistemetik. Inilah punca mengapa berbagai tanggapan. Sepatutnya AKSB segera menyampaikan maklumat mengenai masalah yang timbul baru ia tidak salah anggap. 
Untuk tujuan ini agensi kerajaan lain seperti Penghulu, Imam, pegawai politik perlu bekerja sama, bertindak segera memberi maklumat kepada rakyat bila berlaku sesuatu masalah. Saya rasa kalau maklumat sebenar diberikan kepada rakyat kekeliruan mengenai masalah seperti ini sehingga ada bersangka buruk tidak akan berlaku. Penyegeraan itu juga akan dapat menjawab propaganda dan menangkis provokasi pihak-pihak yang cemburu dengan kerajaan Kelantan.
Seperkara lagi apa yang saya dapat lihat pihak kerajaan khasnya perlu membuat kajian kenapakah air Kelantan cetek dan menganggu proses pengepaman air ke loji berkenaan. Buat masa ini satu-satu sumber air untuk ditapis dan dirawat di loji berkenaan hanya air sungai Kelantan. Sumber alternatif lain perlu dikaji.
Kalau boleh saya cadangkan, AKSB boleh mendapat sumber baru untuk tujuan itu. Nun di bahagian hulu Rantau Panjang terdapat satu tasik atau empangan Bukit Kwong. Empangan itu digunakan oleh JPS untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian. Memandangkan aktiviti pertanian tidak berapa pesat di Rantau Panjang terutamnya padi, kerana orang Rantau Panjang makan beras Siam, elok kalau sumber air itu dialih kepada air kegunaan manusia.
Seingat saya empangan berkenana tidak pernah kering walaupun kemarau panjang. Kebetulan buat masa ini ada perlombongan besi dan emas di situ, elok kalau suruh syarikat lombong itu turut membantu pembiayaanya? Baru-baru ini Adun Gual Periok Ahmad Awang dilihat ada membuat lawatan ke lombong itu. Beliau sepatutnya tidak saja melihat sinar bijih dan emas tetapi sepatutnya turut tersilau sama ke dalam empangan berkenaan dan berfikir macam mana airnya boleh digunakan untuk manusia. Wakil rakyat jangan saja janggut dan misai saja panjang tetapi akal juga perlu panjang atau sekurang-kurang sama panjang!
Seperkara lagi yang saya dapat kesan kenapa air sungai Kelantan menjadi cetek menyebabkan sukar untuk dipam kerana aktiviti pengalian dan pengepam pasir yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di sekitar tebing malah ke dalam sungai. Aktiviti pengepam pasir ini membantu memberi beban kepada loji penapisan air. 
Gara-gara aktiviti pengepaman pasir ini menyebabkan sungai Kelantan menjadi dalam di bahagian tengah dan cetek kawasan permukaan loji. Ini hanya agakan. Kajian dan analisa mendalam perlu dibuat apakah anggapan ini benar. Sekiranya ia memberi kesan ada baiknya kalau aktiviti itu dipindahkan ke kawasan lain atau dibatalkan terus.
Dalam hal ini pihak berkuasa atau kerajaan perlu melihat keutamaan orang ramai terlebih dahulu daripada melihat kepentingan beberapa kerat pedagang pasir itu. Iya pasir juga perlu tetapi dalam konteks dan keperluannya air lebih mustahak kerana ia melibatkan ratusan ribu jiwa. Perlu diingat loji air di Kampung Kelar yang berkapasiti 60 juta liter sehari itu diguna untuk dua daerah Pasir Mas dan Tumpat. [r.pjng 5:46 pm 03/08/12]

Nik Aziz Tidak Tahu Krisis Air <b>Di Pasir Mas</b> | Detik Perubahan

Posted: 03 Aug 2012 05:30 AM PDT

KOTA BHARU – "Kalau khusus pasal masalah di Pasir Mas itu wallahu a'lam, kalau tempat tertentu itu tidak kerja saya, itu kerja pihak dan pegawai yang berkenaan yang jaga tempat itu bertanggungjawab."

Itu reaksi 'biasa' Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai krisis air yang melanda daerah Pasir Mas sejak kira-kira lima hari lalu selepas kuliah mingguannya di depan Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini.

Malah Nik Abdul Aziz juga tidak mahu ambil pusing mengenai ancaman saman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap kerajaan Pas Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd sekiranya masalah air masih belum selesai.

"Itu dia punya pasal (saman), kita sudah ikhtiar habis- habisan untuk jaga air dan kita sekarang buat jawatankuasa

khusus bagi tiap-tiap jajahan, ada jawatankusa masing-masing.

"Ikhtiar kita habis-habisan, baki lagi mungkin kerana tidak cukup kakitangan, itu nanti kita tengoklah keadaan," katanya,

Daripada kenyataan ini amat jelas menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz tidak ambil peduli tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Biarpun mempunyai pegawai dan kakitangan sewajarnya Musyidul Am Pas itu ambil tahu apa yang berlaku dan berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Sekiranya perkembangan politik tanah air Nik Aziz boleh ambil tahu jadi apa salahnya masalah rakyat juga diambil tahu.
Jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga rakyat terus diabaikan.

Memang benar fenomena alam adalah faktor penyebab krisis air di Pasir Mas tetapi sekiranyan Nik Aziz dan pegawai cekap mengurus, mereka boleh merancang lebih awal dan masalah ini sudah tentunya dapat diselesaikan.

Suara Blog: Masalah Gangguan Air <b>Di Pasir Mas</b> Terjawab <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2012 11:00 PM PDT

SIASATAN TERUS

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan FB yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Sambung di sini

Khamis, 9 Ogos 2012

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Jom Makan Lemang <b>Manek Urai</b> | Lemang Sedap | | Mien Eaststar

Posted: 06 Aug 2012 10:17 AM PDT

lama betul x merase lemang ni .. wuhuuu ..
petang ni singgah beli jap sebatang .. haha

lokasi jualan lemang ni adalah di Manek Urai, Kelantan Darul Naim .. banyak betul gerai lemang kat sini ..

tengok dari dalam kereta macam best jer lemang ni .. grrrr .. biasa la kan, bila puasa ni, semua nampak sedap jer kan .. hahaha

beli lemang dapat percuma gula melaka .. haha . gula melaka tu untuk ape tahu x ? isk3 .. sbgai pencicahnya la .. memang sedap .. manis g tuuu .. hehe .. selamat menjamu lemang la ye ..

# jumaat ni balek kampung lagi .. yuuuuhuuu .. cepat la jumaat !! hihi

Video - Mustapa Mohamad Pejuang Royalti Ibarat Malaysia Tidak <b>...</b>

Posted: 05 Aug 2012 07:22 AM PDT

Perjuangan Husam Musa semakin relevan apabila perjuangannya itu disambung oleh Menteri Umno yang sekarang diangkat menjadi pejuang dalam membuat tuntutan royalti minyak Kelantan melalui proses yang dikatakan perundingan. Ketidak munasabahan Menteri Umno menjadi pejuang royalti itu memberi gambaran seumpama "Malaysia tidak pernah dijajah" sedangkan umum mengetahuinya.
Dibezakan mereka hanyalah 'tuntutan' dan 'perundingan' didalam mendapatkan apa yang disebut sebagai hak rakyat Kelantan iaitu royalti minyak, samada tuntutan ataupun rundingan hakikatnya Menteri Umno itu akur dengan perjuangan yang diperjuangkan oleh segerombolan pemolitik Pas yang diketuai oleh Husam Musa.
Jika royalti itu bukan hak Kelantan, apa perlunya perundingan ?, sebagaimana sekiranya Husam ataupun Pas menuntut bahawa bangunan berkembar Petronas KLCC itu milik mereka apakah perlu Menteri Umno itu untuk membuat perundingan diatas perkara yang jelas bukan hak mereka. Apakah Menteri Umno itu sudah terperangkap dengan kelicikan politik yang ada pada hari ini ?
Isu royalti bukan isu mutlak rakyat Kelantan, ia hanyalah satu isu gimik perancang politik Pas semata-mata, namun apakah yang dapat dibayangkan bilamana isu ini diakui dan turut diperjuangkan oleh Menteri Umno secara terbuka dan dalam masa beberapa hari sahaja perjuangannya beliau dijulang menjadi pejuang utama royalti yang akhirnya akan tertiarap menyembam ketanah  sepertimana seorang tokoh 'bakal' Menteri Besar di Bachok Kelantan. Jika sudah lama berjuang secara ghaib hujah tersebut langsung tidak relevan dengan kenyataan menentang sebelum ini.
Jika dilihat pada keputusan terakhir pilihanraya kecil yang berlaku di Manek Urai dan Galas, ketika mana isu royalti ini dimainkan namun ia bukan satu isu yang boleh memberi kelebihan untuk Pas menang secara mutlak, ringkasannya, jika faktor tumpuan seluruh jentera BN ke PRK diambil kira sebagai faktor kemenangan BN di Galas dan kekalahan tipis 65 undi di Manek Urai, faktor 'cah keting' dan sabotaj juga perlu diambil kira, secara tidak langsung ia membuatkan keadaan itu 50-50 dan jelas  isu royalti itu bukan asasnya.
Jika royalti itu satu isu besar kepada rakyat, ia tidak memungkinkan BN untuk menang dengan apa jua cara sekalipun. Tetapi dengan penglibatan Menteri Umno itu yang ingin menjadi hero royalti, kajian perlu dibuat apakah tanggapan rakyat lebih positif mengenai perkara itu dan BN berpeluang cerah untuk mengambil alih Kelantan atau menambah bilangan kerusi.
Bukan soal hak rakyat itu Gk nak nafikan sekiranya itu adalah benar hak rakyat, sebaliknya kita perlu akur kepada perundangan dan perlu teguh dengan prinsip dan pendirian berlandaskan kebenaran dan apa yang kita faham sebelum ini, atas faktor situasi, untuk kebaikkan politik supaya ia tidak disalah tanggap dan dimanipulasi sebagai penentang kepada tuntutan rakyat adalah wajar dan tidak salah untuk Menteri Umno itu menyokong tapi bukannya memilih untuk dijulang menjadi pejuang utama.
Jika tidak akui saja kejahilan dahulu dan bangkitlah kalau nak jadi hero sekalipun. Sekarang ini ramai yang faham royalti itu adalah benar hak Kelantan dan kini Menteri Umno itu sendiri yang perjuangkannya setelah bertahun-tahun menafikan hak-hak orang miskin di Kelantan.

Rakyat juga beranggapan Menteri Umno itu pun berjuang sekarang ni menjadi 'Pak Turut' setelah Perdana Menteri akur melihat kesungguhan Pas dan gerakan-gerakan rakyat yang bangkit dalam membuat tuntutan tersebut sebelum memanggil untuk dibentuk jawatankuasa khas bagi menyelesaikannya. Jarak kebangkitan rakyat seperti demontrasi dan konvoi itu begitu rapat dengan pengumuman jawatankuasa ini.

Bagi golongan pemikiran kelas atasan mungkin berpandangan agak berbeza, yang menjadi masalahnya pengundi ni bukan hanya dikalangan itu, bahkan majoritinya kebiasaan sahaja. Jadi siapa yang untung ? lagi satu pemimpin Pas ni rapat dan terus kepada rakyat tidak kira dikedai-kedai kopi mahupun disurau, kalau pemimpin Umno pun semacam itu tidak menjadi masalah, segala isu dapat dijelaskan secara langsung kepada rakyat lantas rakyat boleh faham dengan perkara ini.

Kepimpinan Umno perlu ingat jika perundingan yang hendak dilakukan ini tiada helah politik, keputusan kepada perundingan tersebut hanya punyai dua jawapan samada Kelantan berhak ataupun tidak. Kedua-dua jawapan dari keputusan itu punyai impak negatif kepada kerajaan,

Berbeza jika tindakan yang diambil oleh kerajaan pusat itu diluar konteks tadi, melangkaui keadaan itu sekiranya Kelantan berhak, tidak bolehkah kerajaan menyalurkannya dengan pengumuman program seperti membina rumah rakyat, membaikpulih segala perkhidmatan yang gagal dilakukan oleh kerajaan negeri dan seumpamanya, keadaan ini dilihat lebih hero dari menjadi pejuang royalti.

Sebaliknya jika Kelantan tidak layak sepertimana yang tercatat didalam perjanjian itu, difikirkan ada baiknya kerajaan menyerahkan isu ini supaya diputuskan oleh mahkamah memandangkan ianya juga  telahpun dibawa ke mahkamah, dan keputusan mahkamah itu dilihat lebih adil dan salah satu faktor logiknya setelah Anwar Ibrahim bebas dari tuduhan liwat yang dihadapinya sebelum ini.

Adapun perundingan pembentukkan jawatankuasa ini berhubungkait dengan titah Tuanku, sememangnya ia satu perkara yang tidak boleh di ingkari, namun hal itu tidak bererti Menteri Umno itu perlu menjadi pejuang kepada royalti tersebut kerana bahana dari itu punyai isu yang cukup besar untuk dipolitikkan keatasnya.

Lagipun Perdana Menteri baru saja umum nak bentuk jawatankuasa dah terus letak tengkolok nak jadi panglima, apakah keputusan jawatankuasa itu akan berpihak dan akan zahirnya royalti kepada Kelantan ? Jika yang disebut itu berkait dengan undang-undang apakah ianya akan berubah dengan pembentukkan jawatankuasa semata-mata. Lagilah nampak kerajaan yang tolol jika ia berubah tanpa penggubalan undang-undang yang baru...........Anda Mampu Mengubahnya

"Perbezaan pendapat perlu diraih atas pandangan majoriti kebanyakkan rakyat bukan hanya terlena dengan kipasan yang boleh memudaratkan"

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Politik Ayam Serama Mursyidul Am PAS — Ummatan Wasatan

Posted: 06 Nov 2011 04:42 AM PST

Ayam serama merupakan spesies burung yang amat digemari oleh rakyat Kelantan. Tubuhnya yang mungil dipenuhi dengan bulu berwarna dengan badannya yang melentik dan ekor tercongek menjadi daya penarik sehingga ada pihak sanggup membelinya walaupun dengan harga mahal.

Siapa Yang Luput Tarikh? UMNO atau Tok Guru sendiri? Ramai yang tahu, Tok Gurulah yang banyak mengelirukan Umat Melayu-Islam.

Selain bentuknya yang menarik, ayam serama merupakan sejenis burung yang tidak tahu mengeramkan telurnya sehingga menetas. Oleh kerana itulah para penternak ayam serama akan menggunakan kaedah tertentu untuk mengeramkan telur tersebut sama ada kaedah elektrik atau menumpang dengan jenis-jenis ayam yang lain.

Disebabkan ayam serama tidak pandai mengeram sehingga telur menetas, hubungan ibu dan anak dalam generasi spesies itu tidaklah seakrab hubungan ibu dan anak dalam kelompok ayam-ayam yang lain. Pantang ada yang cuba mendekati anak-anaknya, ibu ayam akan cuba menghalang sedaya upaya, termasuk mematuknya. Hal ini tidak berlaku kepada ayam serama.

Melihat kepada gelagat ayam serama dengan tabiatnya itu, dapatlah dirumuskan bahawa budaya politik PAS sebenarnya tidak jauh daripada analogi ayam serama. Kalau ayam serama tidak dapat mengeramkan telurnya sehingga menetas, PAS juga mengalami keadaan yang sama apabila tidak mampu menyediakan peluang perlindungan yang baik untuk para pengundinya.

Berdasarkan Laporan Audit 2010 yang dibahaskan di Dewan Rakyat beberapa hari sebelum Aidiladha, jelas memperlihatkan kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dalam  menyediakan kemudahan asas, terutamanya  rumah-rumah mampu milik sedangkan ramai yang amat memerlukan.

Mengikut dakwaan pemimpin PAS, kegagalan itu berpunca kerana tidak adanya peruntukan kerajaan pusat, maka kerajaan negeri memang tak mampu. Kalau dilihat dari perspektif politik dan janji-janji yang pernah dibuat oleh pemimpin mereka, maka tidak ada sebab untuk mendesak kerajaan pusat agar menyediakan peruntukan untuk tujuan tersebut.

Kuasa meluluskan pembinaan rumah adalah bidang kuasa kerajaan tempatan, yakni kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang diuruskan oleh Syarikat Menteri Besar (yang diperbadankan), sepatutnya organisasi tersebutlah memainkan peranan utama untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Rakyat Kelantan juga tidak disediakan peluang pekerjaan sehingga menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa berhijrah mencari peluang di lain-lain negeri sehingga memperlihatkan ke mana sahaja seseorang itu pergi, kita akan bertemu dengan anak-anak Kelantan. Mereka melakukan apa sahaja kerja dari peringkat buruh hingga pegawai tinggi kerajaan.

Pernah suatu ketika, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir menjelaskan hampir semua bidang pekerjaan ada anak Kelantan sehingga amat sukar untuknya mencari anak-anak Kedah. Gambaran itu membuktikan demi survival, anak-anak Kelantan sanggup melihat "hujan emas di negeri orang" dengan meninggalkan "hujan batu di Kelantan."

"Hujan batu" sebenarnya sudah lama berlaku di Kelantan, kerana Kelantan merupakan negeri yang terlalu kuat politikingnya hinggakan hampir setiap masa dan ketika orang bercakap mengenai politik, dari kedai kopi hinggalah ke Pasar Siti Khadijah, termasuk penjual nasi kerabu dengan memberikan andaian bahawa Tok Guru "memang baik", "orang alim", "mentadbir cara Islam", tapi di lain ketika mengatakan Tok Guru hanya "orang tua yang hampir luput tarikh" dan "tidak juga nak berhenti jadi Menteri Besar."

Tapi, bila Tok Guru mengembangkan sayap seramanya, maka ramailah yang memberikan reaksi "orang berilmu, cakapnya ada hikmah" tidaklah mengarut seperti orang-orang politik lain. Tok Guru memang disayangi oleh rakyat Kelantan, kerana telah menjadikan Kelantan sebuah negeri menarik, berbudaya dan sesak apabila musim cuti dan Kota Bahru "tidak boleh masuk" dan "talian telefon bimbit seolah-olah tersedak." Yang ramainya ialah anak-anak Kelantan yang mengambil peluang balik kampong pada musim cuti, dan sebahagian besarnya adalah kakitangan kerajaan pusat, yakni guru-guru yang mengajar di serata tempat termasuk Sabah dan Sarawak.

Kenapa terlalu ramai anak-anak Kelantan bekerja dalam perkhidmatan awam? Jawabnya mudah, kerana ramai anak-anak Kelantan berusaha melanjutkan pelajaran dengan cara masing-masing.Mereka sanggup berhutang bergadai kerana amat perit mencari kerja di Kelantan. Kalau gagal di sekolah kerajaan, mereka boleh masuk belajar di sekolah-sekolah swasta dan kalau tidak boleh masuk institut pengajian tinggi awam (IPTA), mereka masuk institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan menggunakan dana Perbadanan Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana Kelantan memangnya tidak mempunyai banyak kemudahan pembiayaan.

Kerajaan Kelantan hanya mencanangkan bahawa pelajar tajaannya telah berjaya menamatkan pengajian di IPTA ataupun luar negeri. Kalau kita tanya berapa orang yang mampu dibiayainya, kalau di Timur Tengah, bilangannya boleh dikira dengan jari. Selebihnya, mereka dibiayai oleh kaum keluarga dan badan-badan tertentu di peringkat pusat.

Seperti tabiat ayam serama, kerana kehidupannya terkurung dalam kelompoknya sahaja dan kadangkala diasingkan, maka ramailah anak-anak Kelantan setibanya dibandar-bandar besar mengalami kejutan budaya yang besar. Ayam serama jika dilepaskan dalam kawasan yang lebih luas, akan merasakan keluasan saujana memandang itu sebagai sesuatu yang perlu diharungi walaupun dengan apa cara sekalipun demi survival.

Pada mulanya terasa kekok dan janggal, kerana semasa di kampong dipaksakan memakai pakaian yang sopan, bertelekung dan berbaju kurung. Bila dah sampai di Kuala Lumpur, sebulan dua boleh menahan gelojak jiwa muda, setelah memasuki semester kedua, sudah mula berpakaian seluar pendek, jeans ketat sampai menampakkan punggung, t-shirt singkat sehingga menampakkan pusat, tapi masih bertudung. Tudung hanya menjadi fesyen, bukan lagi sebagai penutup aurat, kerana itulah tudung yang labuh diikat pendek dan dilipat sehingga menampakkan bahagian dada yang seksi.

Duduk di Kuala Lumpur, kena mengadaptasi budaya bandar kerana orang Kuala Lumpur tidak banyak songeh sebagaimana masyarakat kampong yang banyak ambil peduli. Sesekali, bila terdengar cerita-cerita yang menggoda pada malam minggu, maka nak juga dicuba, maka "clubbing" mula menjadi bahan cerita yang menarik dan mendebarkan. Mengingatkan hal ini, maka kadangkala kita bertanya ke manakah generasi muda Kelantan akan pergi dan apakah ini bermakna "membangun bersama Islam" yang didoktrinkan oleh PAS telah gagal secara total?

Jika diukur daripada perspektif itu, nyatalah PAS sebenarnya amat berkesan untuk menslogankan pentadbirannya dalam kalangan generasi tua yang menjadi penyokong tegar mereka sehingga sanggup berlapikkan bendera parti di bawah bantal. Hasratnya mudah, kerana yakin jika meninggal dunia ketika tidur, ia mendapat jaminan akan masuk syurga kerana pemimpin PAS kata begitu, PAS itu Islam dan menolak PAS bererti menolak Islam.

Hal ini menjadi semakin jelas apabila berucap di Majlis Penghayatan Hari Wukuf, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), sehari sebelum Aidiladha, Mursyidul Am PAS kata begitu. Tok Guru yang sudah lama terkenal banyak mengelirukan umat Islam menerusi pendapat dan ulasannya, menyalahkan UMNO kerana "membuang perkataan Islam" termasuk menghalang parti itu menggunakan lambang "bulan dan bintang." Lambang "bulan dan bintang" merupakan lambang yang menggambarkan masjid, dan kerana itu, dengan mengharamkan penggunaan lambang itu, bermakna "UMNO telah membuang Islam."

Inilah lojik ayam serama yang berterus-terang dari seorang pemimpin yang "sudah luput tarikh" tetapi masih terasa dirinya dihiasi dengan bulu-bulu yang berkilat dan berwarna, sedangkan ekornya semakin sehari semakin jarang bulu-bulu yang cantik, yang tinggal hanyalah bulu-bulu ari dan tidak lagi mampu berhadapan dengan perubahan persekitaran. Kalau hujan akan kesejukan, kalau panas, menggeliat seperti cacing kehilangan rerumahnya.Tapi, kerana lagaknya, ia tetap ayam serama, ekor terus "bercongek" meskipun kalau diukur dalam standard biasa, ia adalah sesuatu yang amat lucu dan berkohong.

Biar kita uji cirr-ciri yang dikatakan sebagai parti yang memperjuangkan Islam, kerana masih banyak tanda soal yang masih belum terjawab sejak Tok Guru jadi Menteri Besar pada tahun 1990, hingga kini belum selesai dan belum ada nokhtah apa yang pernah Tok Guru katakan.

Benarkah hanya "syurga" dikhususkan kepada penyokong dan pengundi PAS? Bukankah "syurga" itu hak mutlak Allah SWT dan Dialah yang akan menentukan siapakah yang akan diberikan peluang menghuninya?

Kalau hanya dengan "menyokong PAS, masuk syurga", maka istilah syurga itu sebenarnya baru tercipta ketika PAS ditubuhkan, dari Parti Islam se-Tanah Melayu dan kemudiannya bertukar menjadi Parti Islam se-Malaysia, yakni pada tahun 1951. Slogan itu terus berkumandang di Manek Urai yang menyaksikan kemenangan PAS hanyalah sekadar "nyawa ikan."

Sebelum itu tanyalah orang lain, perkataan syurga itu sudah ada sebelum PAS ditubuhkan. Saya kadangkala menjadi malu mengaku bahawa Tok Guru sebenarnya seorang ulamak, kerana berpendirian "PAS membawa ke syurga", maknanya, Tok Guru menolak sebuah hadis yang telah diriwayatkan bahawa, syurga seorang anak adalah di telapak kaki ibu, syurga seorang isteri di telapak kaki suami.

Maka, kerana "PAS membawa ke syurga" lojiknya keterlaluan dengan menyuruh si isteri meminta cerai kerana tidak menyokong PAS, seorang anak dikeluarkan dari senarai sedarah sedaging kerana tidak sokong PAS manakala saudara mara putus silaturrahim kerana menyokong UMNO. Inilah yang dilakukan oleh PAS atas inisiatif politiknya, kempen kreatif yang membahayakan sehingga berlaku perpecahan dalam masyarakat Melayu-Islam.

Hal ini terus berlaku hingga kini, dan semasa pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, salah seorang pemimpin PAS yang berpendidikan hingga ke peringkat kedoktoran membuat gesaan supaya isteri meminta cerai, anak jauhkan diri dengan keluarga yang tidak menyokong PAS.Itulah syarat untuk ke syurga yang ditentukan oleh PAS.

PAS begitu kemaruk untuk berkuasa dan nak kalahkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Oleh kerana niatnya jahat dan tidak ikhlas, maka PAS terus kecundang dan tidak mampu bangkit mempamerkan ekor seramanya, kalah di DUN Tenang (Johor), DUN Kerdau (Pahang), DUN Galas (Kelantan) dan tersungkur teruk di semua lima DUN Sarawak.

Setelah terjerumus dengan jeratan sekularisma yang dipeloporkan oleh PKR dan DAP , PAS menjadi serba-salah atas kesilapannya membentuk perjuangan baru melaksanakan"negara berkebajikan" apabila menang pilihan raya umum nanti. Jika diukur dari keupayaan, PAS memang tidak akan mampu memerintah, kerana hanya memohon untuk bertanding di 60 kerusi Dewan Rakyat. Maknanya, membiarkan DAP dan PKR bertanding di 162 kerusi lagi.

Belum tentu 60 kerusi yang bakal dipertandingkan itu boleh menang sepenuhnya. Bahkan, belum tentu PAS tidak akan berhadapan dengan tentangan dari DAP, kerana parti itu sedang mencari calon keturunan Melayu bagi memecahkan majoriti undi Melayu. Ia bukan bermakna nak membantu PAS, tetapi mewujudkan persaingan berdarah. Ini belm diambil kira percaturan yang bakal dibuat oleh PKR, kerana Anwar sebenarnya mahukan kemenangan bagi membolehkan beliau membalas dendam untuk jadi Perdana Menteri.

Nampaknya strategi satu lawan satu sebagaimana terjadi dalam pilihan raya umum ke-12 tidak lagi dikekalkan. DAP sedang menyusun strateginya sendiri untuk memperkuatkan kedudukan, kerana parti itu tetap menganggap PAS bukanlah kawannya yang sebenar. Kedua buah parti itu hanya boleh berkawan dalam keadaan terpaksa, dan apabila merasakan diri kuat, DAP akan menelan PAS hidup-hidup.PKR akan jadikan PAS seperti "anjing kurap."

Ini telah pun berlaku apabila Lim Guan Eng dengan lantangnya meminta Presiden PAS, Haji Hadi Awang agar memberikan penjelasan mengenai "kerajaan perpaduan" kerana ia tidak pernah diputuskan oleh Majlis Pemuafakatan Pembangkang dan "memaksa PAS memberikan maklumat" setelah Husam Musa terperangkap dengan asakan hujah Khairy Jamaludin semasa berdebat mengenai pembentukan sebuah negara Islam yang berpaksikan syariat.

Semuanya ini tidak boleh diseludup di bawah karpet lagi, semua orang ingat bagaimana cantiknya PAS berkata tetapi lemah bila berbincang dengan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim. Haji Hadi semacam terkena pukau oleh kelicikan strategi politik Anwar dan kekebalan sosialisme demokratik Lim Guang yang cuba mempraktikan gaya pengurusan Khalifah Umar Abdul Aziz, yang menjadi model sebuah pemerintahan yang adil, saksama dan mendekati permasalahan rakyat secara berkesan.

Sebenarnya, sejak memerintah Pulau Pinang, DAP juga ternyata banyak gagal dan kontroversi sehinggakan Laporan Audit turut membuat teguran tidak menggunakan peruntukan sebaik mungkin dan sebahagian besarnya dimasukkan ke dalam akaun negeri sebagai simpanan. Tidak mempedulikan pembangunan untuk rakyat, termasuk membina rumah-rumah mampu milik sehinggakan semakin ramai rakyat Pulau Pinang berkeriau. Yang banyak dibangunkan ialah rumah-rumah berharga mahal, yang hanya boleh dibeli oleh rakyat asing (misalnya Singapura) manakala kawasan yang dihuni oleh orang Melayu semakin kecil. Bahkan Balik Pulau sudah diwajahkan dengan gambaran dibuka oleh orang Cina, walhal sejarah itu sebenarnya diterbalikkan mengikut keperluan politik DAP.

Pendedahan terbaru yang dibangkitkan oleh Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membongkarkan niat sebenar Lim Guan Eng yang terdesak untuk mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang. Lim Guan Eng sedar kedudukannya semakin terancam kerana semakin ramai tidak lagi yakin dengan kepimpinannya kerana amat mudah menyalahkan Barisan Nasional apabila berhadapan dengan kemelut. Pakatan sulitnya turut terbongkar, berunding dengan pihak pemaju untuk membangunkan sebuah pusat konvensyen antarabangsa di bawah tanah, tetapi kerajaan negeri tak mampu, mohon swasta laksanakan dengan kaedah "kontra."

Bila orang muda berkumpul menuntut dibina sebuah litar motosikal, dituduhnya UMNO menjadi dalang; bila ada orang berhimpun marahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang merobohkan gerai peniaga Bumiputera, dituduh UMNO berada dibelakang; dan, apabila mendapat kek berwarna tahi lembu, seluar dalam berwarna hitam, Lim Guan Eng tidak dapat berselindung lagi, kemarahan penduduk sudah sampai ke tahap kritikal, maka pada pilihan raya umum nanti perlu cari kaedah selamat kalau pun tidak mahu "balik ke Melaka."

Politik ayam serama PAS akan terus berkembang selagi parti itu menganggap dirinya sahaja yang betul dan memperjuangkan Islam walaupun secara lojiknya, Mursyidul Am PAS hanya tahu bercakap, seperti ayam serama tahu bertelur dan tidak tahu mengeram sehingga menetas, kerana memang itulah perangai pemimpin yang semakin luput tarikh, setiap kali pandangannya disamakan seperti ketentuan dasar sedangkan itu adalah pandangan peribadi, PAS mempunyai struktur kuasanya di mana Presidenlah yang boleh menentukan haluan parti dan bukan kuasa autonomi Nik Aziz, kerana Mursyidul Am PAS akan tetap merasakan dia sahaja yang terbaik, kerana mampu mengekalkan pemerintahan selama lebih dua puluh satu tahun sedangkan Haji Hadi hanya sepenggal.

Budaya ayam serama sudah sinonim dengan PAS selagi Nik Aziz masih diberikan peluang untuk mewakili parti itu, dan seterusnya melihat jawatan Menteri Besar sebagai jawatan seumur hidup. Nik Aziz tidak akan berhenti kerana dia sebenarnya mahu jadi Menteri Besar seumur hidup. Tidak ada orang yang mampu memberikan nasihat, berhentilah Tok Guru, walaupun pernah mencabar Dr Mahathir supaya meletakkan jawatan kerana rakyat sudah memberikan signal. Dr Mahathir sudah pun meletakkan jawatan, kerana beliau sedar "akan berhenti makan sebelum kenyang" tapi Nik Aziz sudah lama makan, masih lagi belum kenyang.

Ayam serama memang makan sepanjang masa, tetapi kerana kerangkanya tetap kecil, maka ia tetap tidak boleh menjadi ayam jantan atau ayam belanda. Itulah yang seharusnya menjadi iktibar oleh Nik Aziz, kalau rakyat dah marah, maka suatu hari Tok Guru akan "jatuh bujang" dan ketika itu, seluruh kebaikan dan kepandiran politik akan luntur semuanya seperti nasib yang dialami oleh Muammar Gadafi (Libya), Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin Ali (Tunisia) dan kini sedang menanti ialah Ali Abdullah Salleh (Yaman) dan Bashar al-Assad.

Ingatlah, semakin "membangun bersama Islam" semakin meningkat kes HIV/AIDS di Kelantan. Itupun Tok Guru nak nafikan, gejala maksiat dan jenayah bahkan zina dalam kalangan rakyatnya dengan wanita negara jiran, kerana UMNO membuang perkataan Islam, walhal PAS sebenarnya tahu bercakap mengenai Islam, tetapi tidak melaksanakan Islam dengan betul dan berkesan.

PAS sentiasa menggunakan politik untuk kepentingan mengekalkan kuasa, sama seperti ayam serama sentiasa mengangkat ekornya untuk menunjukkan kesombongan dan kehebatannya, sedangkan di situlah najis bertaburan di merata-rata.

Monosin Sobri

Selasa, 7 Ogos 2012

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Adun <b>Wakaf Bharu</b> terus tabur bakti <b>di</b> bulan Ramadhan <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 09:20 PM PDT

Oleh : Zahrawani Ayu

Che Abdullah menyampaikan mesin proses air tebu kepada penduduk.

TUMPAT(Wakaf Bharu ), 7.Ogos – Kesibukan tugas sebagai Adun tidak terhenti biarpun berada di bulan Ramadhan, malah ia semakin sibuk terutamanya menghadiri majlis berbuka puasa di setiap pelusuk kampong dalam Dun Wakaf Bharu.

Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan Exco negeri Kelantan baru- baru ini telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan berbentuk mesin pemerah tebu dan mesin membuat air soya kepada penduduk setempat.

Penyampaian sumbangan diadakan di Pejabat Adun Wakaf Bharu, Kompleks Purnama.

Turut sama Isteri belia Saliha Yaakub dan petugas MTD.

Sementara itu penerima sumbangan mesin pemerah tebu, Ab.Ghani Talib,53 dari kampong Kebakat melahirkan rasa gembira di atas sumbangan mesin tersebut dan ia akan digunakan sebaik mungkin bagi menambah pendapatan keluarga.

" Saya amat berterima kasih kepada Che Lah yang begitu perihatin masalah rakyat di dun Wakaf Bharu dan ia seharusnya menjadi ikutan orang lain."ujar beliau.

Isteri Che Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada kaum ibu.

Bagi Che Som Abdullah yang menerima mesin proses kacang soya pula berkata penglibatan isteri adun Wakaf Bharu dalam masyarakat membolehkan golongan kaum ibu mendekati dengan lebih selesa lagi.

"Saya amat kenal isteri wakil rakyat kita ni, Kak Ha amat peramah dan amat memahami masalah kaum ibu di kawasan ini dan beliau sering turun padang bersama YB ke mana saja dan ini membolehkan kaum ibu mendekati dan menyampaikan secara terus masalah mereka"katanya lagi.

ads