Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Negara Malaysia untuk mengisi Jawatan Kosong sebagai Guru (sambilan) Pendidikan Jasmani di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
cara memohon : permohonan boleh dibuat terus dengan cara menulis surat permohonan dan beserta butiran pribadi (resume) kepada :
Pengetua MRSM Pengkalan Chepa 16100, Kota Bahru Kelantan
Pondok panas PAS yang sentiasa dikerumuni orang ramai dan petugas. Sila singgah ambil nasi ya selepas mengundi. Kerusi roda disediakan untuk yang sakit, warga emas dan OKU agar semuanya boleh menunaikan hak mereka sebagai pengundi yang sah.
Pondok panas UMNO yang lengang di SMK Pengkalan Chepa. Yang ada kelihatan sedang makan tengahari. Barangkali yang lain-lain telah pergi makan, balik rumah atau bersedia untuk solat Zohor.
Semuanya keletihan selepas waktu mengundi tamat. Kini giliran menunggu keputusan pengiraan undi pun bermula. Semoga kemenanganlah yang diperolehi.
Macam-macam gaya untuk menyatakan sokongan kepada sesuatu parti. Ini fesyen terkini seluar untuk lelaki. Ada yang berkenan nak tiru ke? Fesyen lain dari yang lain. Tapi mesti sentiasa menutup aurat.
Petugas di pondok panas dekat SK Panji. PAS telah menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi ICT dalam hampir segenap gerakerja parti. Kemudahan ICT ini telah banyak membantu petugas PAS melancarkan kerja-kerja sepanjang kempen pilihan raya kali ini.
"Comey doh 18 tahun" untuk lawan kempen "Pade doh" UMNO. Ini pondok panas di hadapan Sek. Keb. Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa.
Pondok panas PAS dekat SK Dato' Hashim 1 yang penuh dikerumun orang ramai. Sepanjang melawat pusat-pusat mengundi, di sinilah orang paling ramai. Gambar dirakam hampir jam 1 petang.
Semuanya nak memeriksa nama mereka wujud atau tidak di dalam daftar SPR. Insya-Allah ada... Diharap bersabar ya. Biarkan petugas menolong anda dengan cepat dan selesa.
Kelihatan perayu-perayu undi UMNO yang lengkap berselindang dan berpayung biru-putih. Nampak garang saja, manalah orang berani nak dekat kalau muka dari pagi sampai petang asyik 'centum' saja dan cara bercakap pun asyik menyindir dan garang-garang saja. Belajarlah berlembut dan apalah salah kalau membalas senyuman yang kami hulurkan. Kita sebangsa dan seagama malah sekampung, cuma berbeza parti saja.
Orang ramai yang telah selesai mengundi dan yang baru ingin menunaikan hak mereka di SMK Raja Sakti. Sekitar jam 11 pagi ini orang masih lagi ramai.
Ini pula suasana perayu undi dan pondok panas PAS berdekatan pusat mengundi Sek. Keb. Panji. Gambar diambil sekitar jam 12 tengahari.
Dua orang pemuda yang sanggup berpanas sambil mempromosikan calon DUN Panchor kepada orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang di hadapan Kompleks Jubli Perak, Panji.
Orang ramai sedang memeriksa daftar pemilih dan mencetak slip mengundi mereka di pondok panas PAS di hadapan Sek. Men. Keb. Raja Sakti, Kota Jembal.
Calon bagi DUN N07 Panchor iaitu Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah turut menziarahi pondok panas di SMK Raja Sakti. Kelihatan beliau sedang berbincang sesuatu dengan petugas PR PAS dari UPU Pulau Melaka, Abe Pa.
Pondok panas PAS yang sentiasa 'hangat' dengan orang ramai dan petugas-petugas parti yang menjalankan tugasan merayu undi dan membantu urusan memeriksa daftar SPR dan mencetak slip.
Pengarah PR Muslimat DMPPC, Kak Ji sedang mengiringi seorang pengundi masuk ke tempat mengundi. Kak Ji bertugas sebagai PACA (Polling Agent, Counting Agent) pada hari tersebut. (Serius nampak!)
Seluruh ahli keluarga menunjukkan sokongan mereka kepada PAS sementara menunggu ahli keluarga yang belum siap mengundi.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Negara Malaysia untuk mengisi Jawatan Kosong sebagai Guru (sambilan) Pendidikan Jasmani di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
cara memohon : permohonan boleh dibuat terus dengan cara menulis surat permohonan dan beserta butiran pribadi (resume) kepada :
Pengetua MRSM Pengkalan Chepa 16100, Kota Bahru Kelantan
Uniknya ramadhan di negeri Kelantan.. negeri yang dikenali dengan negeri Cik Siti Wan Kembang dan juga Serambi Mekah. Keunikannya memang terserlah apabila tibanya bulan Ramadhan. ini mungkin kerana keadaan sebegini boleh dikatakan jarang berlaku di negeri-negeri lain. apa-apa pun kita layan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan dlm beberapa hari didalam bulan ramadhan. layaannnzz
Selama 20 tahun PAS perintah kelantan tetapi tiada masjid baru dibina. Jika kita lihat secara pemikiran politik kita akan katakan kerajaan ini tidak mendaulatkan Islam namun jika di tafsir secara mendalam memang ada kebaikannya. Kebanyakkan masjid di negeri ini telah di naik taraf untuk keselesaan jamaah terutamanya ruang solat yg dibesarkan.
Pendekataan ini telah di luaskan hampir ke setiap masjid di kelantan sehingga di kampung yang terpencil juga dibesarkan. Secara tidak langsung telah berjaya mengelak berlakunya perpecahan dalam Islam jika masjid baru didirikan sedangkan orang yang sama menjadi kariahnya. Ianya juga dapat mengoptimumkan penggunaan masjid dan mengelak pembaziran daripada masjid menjadi kosong kerana disebabkan jumlah masjid yang banyak.
Ini berbeza dengan kerajaan BN yang mendabik dada banyak membina masjid tetapi dilihat membazir kerana tidak digunakan secara optimum. Contoh mudah penulis mendapat maklumat di Putrajaya hanya untuk membina sebuah surau memerlukan RM1 juta sedangkan di kawasan yang sama mempunyai beberapa surau yang lain dan juga berhampiran dengan masjid.
Penulis merasakan pembinaan masjid baru tidak membantu membangunkan ummah tetapi mengajak umat Islam ke masjid adalah perkara utama perlu di tekankan. Bagaimana dengan pendapat anda?
[unable to retrieve full-text content]Kebanyakkan masjid di negeri ini telah di naik taraf untuk keselesaan jamaah terutamanya ruang solat yg dibesarkan. Pendekataan ini telah di luaskan hampir ke setiap masjid di kelantan sehingga di kampung yang terpencil juga dibesarkan ...
TUMPAT – Seorang lelaki yang dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam 11 kes jenayah cedera ditembak selepas bergelut dengan polis di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan dekat sini, semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kejadian berlaku ketika suspek berumur 29 tahun membonceng sebuah motosikal ditunggang rakannya dalam keadaan mencurigakan, terserempak dengan dua anggota polis dari Balai Polis Wakaf Bahru yang sedang membuat rondaan jenayah di kawasan itu pada 1.30 petang.
"Selepas diarah turun daripada motosikal untuk pemeriksaan, suspek dan rakannya cuba melarikan diri sebelum melanggar sebuah kereta kerana melawan arus menyebabkan mereka terjatuh.
"Seorang anggota polis mengarahkan mereka menyerah diri namun suspek mengeluarkan sebilah kapak dan cuba menyerang konstabel itu dan cuba merampas pistol anggota polis itu sebelum suspek ditembak," katanya.
Beliau berkata suspek yang cedera di lengan kanan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.
Beliau berkata rakan suspek, seorang rakyat tempatan berusia 20-an kemudian berjaya ditangkap orang ramai berdekatan tempat kejadian.
Katanya polis turut merampas sebilah kapak dan kelewang serta peralatan pecah rumah dipercayai digunakan oleh suspek.
"Suspek terbabit memang dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah melibatkan pecah rumah di daerah itu," katanya.
Terlebih dahulu ingin saya refresh balik isu yang membabitkan Tok Guru Abdullah Saamah @ Pondok Geting ni. Semua pasti ingat kenyataan beliau - Undi Dap Haram yang sedikit sebanyak menggegarkan politik orang Melayu baru ni. Antara strategi menangkis serangan dan sekali gus usaha mengalih isu yang sering digunakan dalam politik adalah dengan menyerang KREDIBILITI musuh dan dalam kes ini, Pas melalui YB Kelaboran, Tumpat telah membuka gelanggang dengan membuat pelbagai tuduhan yang mengaibkan bertujuan mencalar kredibiliti Abdullah Saamah.
Dalam artikel saya sebelum ini ( KLiK ) ada saya menulis intipati video ucapan YB Zaki Ibrahim diatas -
Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ... tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas.
Pendekkata - Tuan Guru Haji Abdullah Saamah adalah seorang PENIPU ! 'Ustaz' cari makan, dibayar untuk berlakon sebagai ustaz dan serang Nik Aziz @ Pas.
Semuanya LAKONAN yang didalangi oleh Umno.
Begitu juga Zainal Abidin yang kononnya mengaji pondok di Pasir Tumboh. Asalnya cuma penjual pasar malam, kemudian buka kedai kopi depan mesjid, tak laku.... kemudian buat rumah di Pulau Ular tapi mengaku sebagai 'pondok' padahal tidak ada sorang pun anak murid. Muhyiddin ditipu bila bagi derma buat pondok yang tak wujud. Abdullah Saamah dapat RM100k, Zainal Abidin dapat RM50k.
Tapi kemudian Zaki kata cuma sampul surat saja, duit belum terima.
Terus terang saya cakap, saya cukup pantang ditipu kalau benarlah dakwaan YB itu. Ada yang kata , yang penting adalah kenyataannya ...... saya tidak ada masalah dengan itu. Kenyataan, kenyataan juga tapi Tipu pun kena sahkan juga !
TIDAK ADA blogger pro Umno lain yang berani sambut artikel saya ...... hairan ! Mungkin SEMUA SIBUK NAK BUAT PERSIAPAN HARIRAYA KOT ..... jadi malas nak serabutkan otak. Takper lah.
Saya terpanggil untuk mencari KEBENARAN - YB ZAKI PENIPU atau ABDULLAH SAAMAH PENIPU ?
BESAR risikonya buat Umno sekiranya ternyata dakwaan YB Zaki itu benar ! Kira boleh bye-bye la nak tawan Kelantan kalau benar terbukti Umno menjadi dalang disebalik lakonan Abdullah Saamah.
Tapi waktu sama, jika benarlah dakwaan itu, saya pun tidak akan berdiam diri ! Hell no, saya akan dedahkan sebab terlalu jelik perbuatan sepertimana dakwaan YB Zaki itu. Umno tak Umno ... nasiblah.. Saya sendiri sudah menulis beberapa artikel yang menyokong kenyataan Abdullah Saamah, minta maaf la, saya tidak boleh biarkan isu ini berlalu begitu saja tanpa saya cari KEBENARAN yang sebenar.
Carian dalam internet memberikan saya info tentang Pondok Geting dan gambar - KLiK . Tak sukup power rasanya ...... takde gambar pelajar dan gambar bangunan seperti dibawah ini nampak macam ...... tak bernyawa. Takder impak !
Bagaimana dengan dakwaan2 lain itu ?
Dalam kebanyakan isu, kebenaran dibuktikan melalui tindakan orang lain. Saya sekadar menunggu dan kutip saja apa yang orang lain berikan. Tapi kali ini LAIN. Tumpat cuma 3-4 jam saja dari Kuala Terengganu. Saya boleh saja kePondok Geting dan tengok dengan mata kepala saya sendiri ! Maka saya cari no talipon untuk bercakap dengan Tok Guru Abdullah Saamah sendiri, berjaya, dan terus set masa untuk bertemu dengan beliau di Pondok Geting.
Isunya mudah .... buktikan apa yang YB Zul sebut diatas itu salah atau benar dan SAYA SENDIRI MAMPU lakukannya tanpa perlu mengharapkan bantuan sesiapa. Tapi itu untuk diri sendiri.
Kalau nak ditulis dalam blog, setakat pengakuan saya saja mana cukup. Maka terpaksalah saya cari bantuan jurukamera professional yang boleh merakam visual dan seterusnya mengedit dan upload dalam Youtube. Manalah saya tahu semua tuh .....
Letih saya menalipon kekawan yang saya fikir boleh bantu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, semua sibuk nak melayan program2 Berbuka puasa pemimpin2 Umno bersama anak yatim dan oraang susah. TAK SAH KALAU TAK DER SIAPA YANG RAKAM !
Mujur juga sahabat blogger dari UMB Double Y mahu membantu, beliau call rakan blogger Gelombang Kick diKota Bharu dan kebetulan mamat tu free ......... dan dipendekkan cerita -
Sekarang jam 2:16pm saya sudah berada di pintu masuk Pondok Geting Tumpat Kelantan !
SERIUS GILER NI - sayaBELUM LAGI berjumpa dengan Abdullah Saamah. Saya juga BELUM MASUK lagi dalam kawasan pondok. Artikel ni saya siapkan dulu, tunggu gambar je sebelum saya postkan. Sekarang saya baru nak masuk kawasan pondok itu dan seterusnya memulakan pencarian Kebenaran yang menjadi matlamat saya kesini.
Apakah info atau visual yang bakal saya temui ? Wallahualam .....
TUMPAT – Daerah ini terpilih dalam kajian tahap kemiskinan rakyat di Kelantan yang sedang digerakkan secara bersepadu oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan dibantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Malayu Kelantan (Maik).
Kajian mengambil tempoh tiga hingga empat bulan bermula Ogos dibantu pakar penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertujuan menghapuskan kemiskinan tegar di negeri ini.
Penasihat Khas Yang Pertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata, kajian awal mendapati, daerah Tumpat antara daerah paling kritikal masalah kemiskinan tegar.
Menurutnya, melalui kajian ini, dapat ditentukan punca dan cara penyelesaian untuk hapuskan miskin tegar, corak hidup golongan tersebut perlu ditukar.
"Kajian ini atas titah Sultan Kelantan dan Yang Dipertua Maik, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
"Bagi membolehkan masalah kemiskinan di negeri ini ditangani selain memudahkan menyalurkan bantuan," katanya.
Menurutnya, sebanyak 100 keluarga sekitar Tumpat dikenal pasti menjadi kumpulan pertama dalam projek pembasmian kemiskinan tegar.
"Maik mahu kemiskinan di negeri ini dibasmi dan dengan itu kami turun padang melihat sendiri keperluan golongan ini bagi membolehkan mereka dibantu.
"Sekiranya kajian di sini berjaya, ia akan dikembangkan ke daerah–daerah lain di negeri ini," katanya.
Nik Kamaruddin berkata, golongan miskin tegar akan dibantu dan mereka tergolong dalam kategori ini sebenarnya ada keupayaan mengubah hidup.
"Mereka miskin disebabkan tidak diberi peluang. Kita bukan bagi ikan, tetapi bagi kail supaya mereka tidak bergantung kepada bantuan setiap masa.
"Mereka dibantu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan sehingga mempunyai sumber pendapatan sendiri untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya.
Masalah kemiskinan juga boleh menyebabkan meningkatnya masalah sosial dalam kalangan orang muda yang semakin membimbangkan.
"Bila keadaan di rumah tidak selesa, menyebabkan golongan muda ini tidak gemar duduk di rumah. Mereka cenderung keluar bersama rakan-rakan. Ini mendorong mereka terlibat dengan gejala sosial," katanya. Penduduk sambut baik
Seorang penduduk, Aminah Mamat, 42, berkata, dia terkejut dikunjungi rombongan Maik dan penyelidik yang membuat kajian kemiskinan di sekitar Kampung Geting dan teruja, keluarganya terpilih dalam kajian tersebut.
"Jika kajian ini dapat membantu keluarga saya keluar daripada kepompong kemiskinan, saya sambut baik usaha ini.
"Kami di sini hidup susah, anak pula ramai," katanya yang mempunyai tujuh anak.
Turut serta dalam tinjauan, Ketua Jajahan Tumpat, Serpudin Mohamad dan Setiausaha Maik, Che Hamat Che Muda. – Sinar Harian