Khamis, 11 Oktober 2012

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Kerabu Bersuara: Adun <b>Wakaf Bharu</b>, Kelantan Anjur Futsal. Jom <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 01:10 AM PDT


Satu Kejohanan Karnival Futsal Peringkat Dun Wakaf Bharu bagi tahun 2012 akan diadakan pada !3.10.2012(SABTU) bertempat di WPA Futsal Kg Delima Wakaf Bharu.
Sebarang pertanyaan dan penyertaan(EDI-013-9528018/017-9802430). 
Penyertaan adalah percuma dan dibuka kepada semua rakyat Wakaf Bharu.
Ayuh sama-sama kita memeriahkannya.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Baling <b>Wakaf Che Yeh</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 21 Aug 2012 07:13 PM PDT

image

Meninggalkan Baling, Kedah jam 11 pagi , melalui Pengkalan Hulu ke Gerik

image

Buat pertama kali, kami akan melalui Lebuhraya Timur Barat.  Jarak antara Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan lebih kurang 124 KM dan kami bercadang singgah bermalam di Kota Bharu.

image

Anak-anak yang masih ceria.

image

Sekitar kawasan Tasik Banding, Perak

image

Kehijauan dan panorama segar sepanjag lebuhraya .

Lokasi ini di puncak Banjaran Titiwangsa

image

Tiba masa untuk bentang tikar dan hidang mangkuk tingkat.  Bekalnya cuma nasi kosong, ikan masin, ayam goreng dan sambal bilis… nikmatnya tak terhingga.

image

Selepas melepasi kesesakkan teruk di Bukit Kebun dan persimpangan Pasir Mas hingga ke bulatan sebelum Jambatan Sungai Kelantan, kami tiba di Wakaf Che Yeh hampir jam 6 petang.

Kebanyakkan hotel di kawasan ini dah penuh, hotel ke 6 baru ada bilik.

Cadang nak berfoye-foye cuci mata tak kesampaian kerana hujan turun dengan lebatnya selepas makan malam.  Angah dapat sehelai seluar, Intan dapat sehelai skirt dan saya dapakan 'baju merah'  untuk S3.

Tak ada aktiviti apa yang nak buat, tidur sajalah.  Nak beronline pun wifi kat hotel ini pun semput-semput.   Esok pagi kami akan teruskan  perjalanan ke Tasik Kenyir .

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Sejarah Baling
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H
  3. Tiba Juga Akhirnya
  4. Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir
  5. Kau Tak Pernah Jauh

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


SK <b>Kelaboran</b>: ISU PENDIDIKAN : KSSR KURANGKAN TEKANAN <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 08:47 AM PDT


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global.  KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri, Saadun Kasim, berkata KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.  Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai.  Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan.
Ada lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yang dipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.  Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.  Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.  Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran.  Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai.
Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid.  Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.  Guru Penyelaras PBS SK Taman Bukit Maluri, Cheong Oi Lai, berkata pendekatan baru ini membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur.  Katanya, portfolio memudahkan guru menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka dan cara mengatasinya. "Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.
"Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali," katanya. Beliau berkata, band satu peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya.  Ia memberi ruang kepada guru untuk mengetahui dengan lebih mendalam kebolehan murid mengikuti pembelajaran dalam kelas dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan mereka.
Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas. "Guru perlu memahami etika perguruan, jujur dalam tugas dan tidak boleh melebihkan murid tertentu demi kepentingan peribadi," katanya mengulas mengenai kaedah penilaian murid.  Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Damansara, Datuk Mohd Nadzli Othman, berkata, oleh sebab sebahagian proses penilaian dilakukan oleh sekolah, murid akan berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Katanya, mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.
Kesimpulannya, pengenalan KSSR menggantikan KBSR bermula tahun ini membabitkan murid Tahun Satu adalah inisiatif memperkasa modal insan negara.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


papagedebe: UMNO Online - “Beberapa Projek <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2012 02:03 PM PDT


Beberapa Projek Di Gua Musang Menepati Slogan 'Janji Ditepati'

Posted: 30 Sep 2012 01:39 AM PDT

GUA MUSANG, 30 Sept – Janji kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa pembangunan di jajahan ini pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di sini pada 2010 telah ditepati termasuk projek perumahan rakyat (PPR), kata Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Abdul Aziz Yusoff.

Beliau berkata sebagai contoh projek PPR sebanyak 1,000 unit yang kini lebih 50 peratus siap mampu menempatkan rakyat miskin yang tinggal sebagai setinggan di kawasan tanah keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), rizab sungai dan tanah kerajaan.

Projek perumahan itu yang lengkap dengan dewan besar, kelas tadika, kompleks sukan, dijangka dapat disiapkan lebih awal pada hujung tahun ini, katanya kepada kepada Bernama dalam tinjauan khas "Janji Ditepati" di sini, hari ini.

Selain projek PPR itu, katanya projek lain seperti pembinaan Kolej Poly-Teck Mara (KPTM), Sekolah Menengah Sains, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Masjid Razaleigh, kesemuanya melibatkan kos lebih RM240 juta, juga telah dilaksanakan.

Abdul Aziz berkata, banyak lagi projek kemudahan asas yang akan dilaksanakan di daerah ini terutama yang melibatkan masyarakat Orang Asli di kawasan Galas.

Antara projek itu ialah pemasangan menara telekom untuk perkhidmatan jalur lebar kepada masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dan Handrop melibatkan kos RM14 juta, pada tahun ini.

Ministry Wants Research Varsities To Produce More Postgraduate Students

Posted: 30 Sep 2012 01:28 AM PDT

JOHOR BAHARU, Sept 30 – In line with the allocation provided under the 2013 Budget, the higher education ministry wants more postgraduate students to be produced by research universities.

The minister, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, said apart from urging the universities concerned to churn out more new academic writings which could be used as reference, they should also produce more intellectual property materials over the longer term.

"With such a large research allocation, universities could produce more post-graduate students," he said at a media conference after opening the Johor Sand and Granite Lorry Operators Association in Johor Jaya here today.

Currently, he said there were 30,000 researchers, including postgraduate students nationwide involved in research.

Mohamed Khaled hoped, with the emphasis on human capital and research, it would assist the country in four areas, namely competitiveness, innovation, productivity and the national standard of living.

The ministry has been allocated more than RM13 billion in the 2013 Budget, the sixth largest after the education, finance and health ministries, Prime Minister's Department and defence ministry.

Belanjawan 2013 Seimbang, Ambil Kira Kepentingan Semua Golongan – Taib

Posted: 30 Sep 2012 01:23 AM PDT

KUCHING, 30 Sept – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan Belanjawan 2013 sebagai seimbang dengan mengambil perhatian dan kepentingan semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata Belanjawan itu turut melibatkan golongan yang kurang mendapat perhatian kerajaan sebelum ini khasnya generasi baru dan muda selain masyarakat perniagaan, sejajar dengan perubahan dalam negara.

Belanjawan kali ini bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada rakyat malah juga golongan usahawan serta korporat melalui beberapa inisiatif baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Jantung Sedunia di Taman Sahabat di sini, hari ini.

Taib berkata beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan yang selari dengan keperluan rakyat hari ini.

Sementara, ketika berucap pada majlis itu, Taib yang berkongsi amalannya setiap hari iaitu berjalan kaki untuk kekal sihat dan cergas, berkata gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan masyarakat hari ini khasnya generasi muda.

"Hari ini saya lihat anak muda hanya banyak mengerakkan hujung jari mereka, jadi mula hari ini kita boleh mulakan amalan dengan berjalan kaki setiap hari untuk kekal cergas," katanya.

Kira-kira 2,000 orang menyertai program Hari Jantung Sedunia itu yang turut melibatkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Sahabat bersama Ketua Menteri dan isteri.

Musa Mahu Wanita UMNO Sabah Sokong Semua Calon BN Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Posted: 30 Sep 2012 01:17 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Sept – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pemimpin wanita Umno Sabah memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, walaupun calon itu bukan dari Umno.

Beliau yang juga pengerusia BN negeri berkata ini bagi memastikan BN meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum itu.

"Apa yang penting ialah semua kawasan yang ditandingi oleh calon BN menang. InsyaAllah kami mahu pastikan kemenangan besar untuk perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kerajaan BN," katanya berucap pada majlis pelancaran Program Salam Sayang Wanita Umno Sabah di Bangunan Umno, di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kerusi Parlimen apabila hanya kalah kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu.

Musa berkata rakyat Sabah wajar memberi sokongan padu kepada kerajaan BN pimpinan Najib yang begitu bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan rakyat.

Sambil memberi contoh pembentangan Belanjawan 2013 oleh perdana menteri di Dewan Rakyat, Jumaat lepas, beliau berkata belanjawan itu adalah yang terbaik untuk negara.

"Tiada yang tertinggal, ia melintasi seluruh rakyat termasuk golongan tua, muda, petani, nelayan, wanita dan penjawat awam," katanya.

Musa berkata dalam Belanjawan itu, perdana menteri turut mengumumkan peruntukan sekitar RM386 juta untuk membuka 57 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi membolehkan lebih ramai rakyat di kawasan itu membeli barangan keperluan dengan harga lebih rendah.

"Ini adalah bukti Perdana Menteri mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah. Sekarang ini kita boleh membeli barang (keperluan) di mana-mana (Kedai 1Malaysia) yang harganya sama sahaja dengan harga yang ditawarkan di Semenanjung," katanya.

Terdahulu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga Pengerusi Wanita BN berharap lebih ramai pemimpin wanita BN Sabah dapat diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga menyatakan komitmen wanita BN untuk memberi sokongan penuh kepada perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib Mahu Pemimpin BN Cekal Perjuang Kebajikan Rakyat

Posted: 30 Sep 2012 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani "turun ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

"Jangan takut…jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi lambang semangat juang yang sebenar.

"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya.

Selain itu, Najib berkata masanya telah tiba untuk Parti Gerakan menjadi lebih ofensif dan tidak takut untuk membuat perubahan terutama dalam usaha merampas semula Pulau Pinang daripada DAP, sekali gus memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat.

"Jangan takut, kita ada kes yang kuat. Pembangunan di Pulau Pinang sangat baik. Sebab apa? Sebab adanya kerjasama daripada Umno, MCA, MIC dan juga kerajaan.

"Oleh itu dalam perhimpunan ini, saya minta diperbaharui semangat, jadi rakan yang baik dan berharga kepada BN. Hanya dengan itu, anda akan mencapai kejayaan yang diimpikan," kata Najib.

Dalam pada itu, beliau turut memuji Koh berhubung hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang selain menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang telah menyumbang banyak kepada parti dan negara.

"Saya nak ucap terima kasih. Banyak yang telah beliau lakukan bukan sahaja kepada Pemandu (Unit Pelaksanaan dan Pengurusan Prestasi), tapi juga dalam soal perpaduan dan Rukun Tetangga.

"Beliau seorang pemimpin yang boleh diharap yang sentiasa memberikan nasihat bernas. Macam inilah yang kita nak untuk masa depan kita," kata Najib.

PM Mahu Rakyat Waspada Dengan "Senjata" Pembangkang

Posted: 29 Sep 2012 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga — kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu symbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama…kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "cabinet bayangan" mereka.

Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan…saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Subuh <b>di</b> Masjid Tok Guru <b>Pulau Melaka</b> | anakulucheka.com

Posted: 03 Aug 2012 04:46 PM PDT

Assalamualaikum
dari auc dot com

Auc kini sedang bercuti balik kampung orang rumah pulak kat Kota Baru ni. Berpuasa kat sini pulak. Bergerak jam 3 petang semalam sampai pukul 8 mlm kat Kota Baru, berbuka dalam kereta je. Nak berbuka kat kedai rumah dah dekat sangat.

Tok%2BGuru Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka

Biasalah kalau balik sini mesti solat kat Masjid Tok Guru dekat Pulau Melaka ni, hanya 5 minit perjalanan dari rumah Mak Mertua auc ni. Seronok solat kat sini, kebiasaan setiap lepas solat Tok Guru akan menyampaikan sedikit tazkirah ringkas. Dan lepas solat akan mentahnik baby, kadang-kadang tu sampai berpuluh orang satu pagi. Mana ada MB gini weh….

Tok%2BGuru%2B2 Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka

Pelajar Tahfiz di Majid Tok Guru sedang membaca doa Mathurat, ini merupakan rutin setiap pagi bagi pelajar di sini.

Tahfiz%2Bdi%2BMasjid%2BTok%2BGuru Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka


This post has been viewed 258 times.

Rabu, 10 Oktober 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Generasi Kedua Felda Usaha Sarang Burung Walit | Detik Perubahan

Posted: 10 Oct 2012 12:51 AM PDT

GUA MUSANG – Seorang generasi kedua Felda di sini, membina bangunan di Felda Chiku 7, dekat sini, sejak enam bulan lalu, untuk menarik burung walit bersarang selepas menyedari sarang burung walit mendapat permintaan tinggi.

Walaupun memerlukan kos tinggi sebagai modal permulaan khususnya perbelanjaan bagi membina bangunan sarang burung, namun ia tidak memberi beban berikutan pulangan hasil yang berlipat ganda mampu menerima balik dalam masa singkat.

Bakal usahawan, Wan Harif Wan Mohamad, 40, bertekad mahu memajukan lagi dalam bidang berkenaan termasuk merancang untuk membuka kilang memproses sarang burung walit.

Bagaimanapun, dia masih mengharapkan kepada bantuan Felda bagi menyediakan pinjaman untuk membina sebuah bangunan menempatkan pelbagai mesin memproses yang dianggarkan sekitar RM20,000 bersama tapaknya.

"Kini saya sudah membina bangunan untuk sarang burung walit dengan perbelanjaan wang pinjaman bank RM100,000, tetapi masih mengharapkan bantuan tambahan daripada mana-mana agensi kerajaan termasuk Felda sendiri untuk berbuat demikian," katanya.

Wan Harif berkata, walaupun baru menceburi dalam bidang itu, namun hasil pengeluaran sarang burung walit semakin bertambah dan dijangka tahun depan melebihi daripada pendapatan sekarang yang masih sekitar RM8,000.

Wan Harif berkata, sekarang ini sarang burung walit boleh dipungut sekitar dua hingga tiga kilogram sebulan dengan harga jualan bagi gred A RM4,300 dan gret biasa RM1,900 hingga tidak mencukupi di pasaran.

"Apa pun, saya juga berterima kasih kepada Felda kerana membenarkan tanah kosong berhampiran penempatan peneroka di Felda Chiku 7, untuk saya membina bangunan sarang burung walit dan tidak mengganggu peneroka," katanya.

"Pasaran sarang burung walit amat luas,  penduduk tempatan juga  membeli kerana banyak khasiat termasuk boleh mengubati pelbagai penyakit antaranya darah tinggi, kencing manis, asma dan awek muda," katanya. – Sinar Harian

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


POLITIK HARIAN: Tuntutan Bina Loji Petrokimia <b>Di Bachok</b>, Ancam <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 12:01 AM PDT


Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan.

Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan.

Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan.

Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan.

Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok.

Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan?

Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan.

Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar.

Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu?

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


SEMALAM <b>DI KOTA BHARU</b>, YB NASHA SAMPAIKAN SALAM DR <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:01 PM PDT

Saya kini berada di Kota Bharu, perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pekan Raub - Kuala Lipis - Gua Musang semalam amat meletihkan. Bertemu kepimpinan grassroote, kepimpinan mahasiswa UMK dan UITM, juga para pemikir rakyat Kelantan di peringkat bawah, memberikan petunjuk akan kesungguhan mereka untuk selari dengan keazaman untuk menang.
Kenyataan-kenyataan Dato' Harun Din dan Prof. Emeritus Dato' Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan PAS sudah tersasar dan lari dari landasan masih tidak dapat dijawab oleh Presiden Pas dan Mursyidul Am. Kedua-duanya masih belum memberi respon.
Semalam di PWTC, YB Ahli Parlimen PAS, Dato Nasharudin Mat Isa berkata dengan maksud, jika PAS hendak menyingkirkannya, silakan, keahlian PAS tidak penting katanya, yang lebih penting ialah Islam. Presiden dan Mursyidul Am juga masih berdiam diri dengan kenyataan YB Nasharudin Ahli Parlimen PAS Bachok ini.
Semalam juga,  tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.
Menurut YB Nasharudin dari PAS, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.
"Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin," katanya.

Sehingga ke saat ini, saya masih belum sempat ke Pasar Siti Khadijah.


03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2012 07:10 PM PDT

Pada 12 September 2012 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri sempena Promosi Kraf Syawal bertempat di Pusat Jualan Kraf, Bunut Payong. Dianggarkan seramai 600 orang telah hadir memeriahkan majlis kali ini.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Banglo <b>di Wakaf</b> Stan | Azmiral.com

Posted: 26 Sep 2012 11:35 PM PDT

1 unit banglo di Wakaf Stan utk dijual

Harga RM500000
Luas rumah : 2500kp
Luas Tanah : 10538kp

lokasi

-Lokasi tapak ialah di Taman Pemuda di mukim Wakaf Stan.
-300m dari jalan besar Kubang Kerian ke Binjai
-300m ke masjid
-2.3km dari Sekolah Keb.Kubang Kerian 1
-1.7km ke Sekolah Men. Kubang Kerian 2.
-1.3km ke Binjai dan 3km ke HUSM.

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Muslimeen United: Janji Bandar Baru <b>Dabong</b> jadi kenyataan

Posted: 09 Oct 2012 06:56 AM PDT



KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

Kedudukannya di hadapan kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK), di tengah-tengah perjalanan Jeli-Gua Musang. Berlatarbelakangkan banjaran Gunung Stong yang menempatkan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Suasana persekitarannya begitu nyaman, awam yang kedudukan agak rendah seumpama berada di Tanah Tinggi Lojing.

Bandar Baru Dabong bakal menjadi kenyataan apabila majlis perletakan batu asas disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Bandar baru itu akan menempatkan 48 unit rumah teres kos sederhana rendah, 196 unit rumah teres kos sederhana, 56 unit rumah berkembar, 106 (banglow) dan 20 unit (rumah kedai).

Fasa pertama melibatkan pembinaan 12 unit rumah teres kos sederhana rendah, 29 unit (kos sederhana) dan seunit rumah banglow akan dibangunkan tidak lama lagi.

Projek tersebut dilaksanakan KPK dengan kerjasama DPS Group of Companies dibangunkan tiga fasa. Projek berkenaan membabitkan pelaburan lebih RM40 juta.

DPS sebuah syarikat yang berpangkalan di Melaka juga akan membina sebuah kilang perabot dengan pelaburan sebanyak RM15 juta, bakal menyediakan 100 peluang pekerjaan.

Pengerusi KPK, Zulkifli Mamat berkata, Bandar Baru Dabong dibangunkan mengambil masa kira-kira lima tahun.

"Bandar Baru Dabong di Stong akan menjadi bandar berkembar dengan pekan Dabong yang sedia ada. Dabong lama yang menempat stesen kereta api tidak lagi dapat menampung pembangunan baru memandangkan kawasannya agak terhad.

"Pekan lama mempunyai keistimewaan tersendiri dengan stesen kereta api yang menjadi tumpuan pelancong untuk mengunjungi Taman Negeri Stong," katanya selepas majlis perletakan batu asas dan perasmian pejabat baru KPK.

Adun Dabong, Arifabillah Ibrahim berkata, janji kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah Bandar baru di Dabong akhirnya menjadi kenyataan.

Kata beliau perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya PAS Kelantan 2008.

"Saya antara orang yang paling gembira kerana janji-janji kita kepada rakyat pada pilihan raya umum lalu kini semakin menjadi kenyataan.

"Inilah yang dinamakan sebagai janji yang ditetapi. Kita juga mampu menepati janji-janji yang dibuat bagi manfaat rakyat," katanya. -Hrkh

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


&#39;ladang rakyat&#39; antara isu <b>di Galas</b> - Perak Today

Posted: 11 Oct 2010 07:30 PM PDT

GUA MUSANG: Pembukaan 'Ladang Rakyat' di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas 4 November ini kerana tanah yang terbabit didakwa diambil daripada penerokanya oleh kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.

Malahan isu berkenaan sudah pun menjadi topik utama perbualan di kedai-kedai kopi di sini walaupun penamaan bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu adalah pada 26 Oktober ini.

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat swasta luar Kelantan bagi membangunkannya sebagai "Ladang Rakyat" telah menjejaskan masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanah itu diambil oleh kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi mendapatkan hak milik tanah itu.

"Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang daripada tanah kami dirampas," katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu kerana tidak berlaku adil kepada rakyat.

Mat Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri, berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

"Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak bertahun-tahun.

"Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan, sepatutnya mereka diberikan geran," katanya.

Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk dividen serta pembangunan untuk menghapuskan kemiskinan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek perladangan swasta boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang. – BERNAMA

Semalam Perak Today ada mendedahkan isu ini, klik sini

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


PASUKAN BOLING <b>NEGERI KELANTAN</b> CIPTA SEJARAH <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 01:22 AM PDT

Tarikh:           30 September 2012 ( AHAD )

Tempat:        Negeri Sembilan

            KELANTAN: 30 September 2012. Pasukan Boling Jabatan Bomba dan  Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan telah mencipta sejarah setelah dinobatkan sebagai Johan berpasukan Kejohanan Boling MASKAB siri ke-8 di Negeri Sembilan. Johan terbuka juga di juarai pasukan Negeri Kelantan diwakali oleh PB Mohd Rosdi  manakala tempat ketiga wanita dijuarai oleh PB Che Norhayati. PKPgB Azani bin Aziz mengetuai pasukan boling Negeri Kelantan berkata, hasil dorongan dan berkat doa warga jabatan, kita mencipta kejayaan dalam boling kali ini, katanya kepada Pegawai Perhubungan Awam.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Pagi Aidilfitri <b>di</b> Masjid <b>Pulau Melaka</b> - shalehudin

Posted: 18 Aug 2012 09:00 PM PDT

Para jemaah sedang mendengar khutbah hari raya yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru di Masjid Pulau Melaka.- FB

ads