Sabtu, 20 Oktober 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Projek <b>di</b> Kampung Paya Senang, <b>Bunut Payong</b> - SBS INDAHJAYA <b>...</b>

Posted: 12 Oct 2012 06:45 PM PDT


03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Apa Kata Nik Aziz Bila Wakil Rakyat PAS <b>Kelantan</b> Sindir Suruh <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2012 07:02 PM PDT

October 18, 2012   ·   32 Comments

nik mazian

Nampaknya salah seorang wakil rakyat PAS di Kelantan bakal berhadapan dengan jutaan caci maki dan kutukan pedas apabila dia dilaporkan menyindir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk melepaskan "baton" yang dipegangnya sejak sekian lama.

ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed dalam kenyataan halusnya ketika sidang DUN membahaskan bajet negeri itu menasihatkan supaya mana-mana pemimpin yang sudah tua dan uzur supaya melepaskan jawatan kepada mereka yang lebih muda dan kuat.

Paling pedas, Nik Mazian menegaskan bahawa adalah sangat tidak sesuai bagi seseorang pemimpin yang sudah tua itu melepaskan "baton" ketika dia sedang berhenti untuk melegakan rasa lenguh di tengah jalan!

Kenyataan yang dalam dan pedas maksudnya itu dipercayai ditujukan kepada Nik Aziz apabila dia menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan Menteri Besar Kelantan itu yang sering uzur dan khuatir jika "baton" yang dipegangnya tidak sempat diserahkan kepada penggantinya…

Saya tertanya-tanya, apakah Nik Aziz akan terasa hati dengan sindiran yang tepat terkena di batang hidungnya itu?

Atau Nik Aziz hanya buat tak tahu sahaja, seolah-olah tidak faham dengan kiasan yang disampaikan oleh salah seorang pemimpin PAS Kelantan itu?

Pada saya, gesaan Dr. Nik Mazian yang meminta agar Nik Aziz meletak jawatan dan tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan Kelantan atau PAS itu membuktikan tentang sikap akar umbi PAS yang mahu Mursyidul Am PAS itu bersara secepat mungkin.

Sebelum ini, saya pernah menulis tentang rungutan dan gesaan beberapa rakan yang rapat dengan kepimpinan PAS yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan.

Namun ketika itu, puak-puak PAS begitu marah dan seolah-olah cuba menyembunyikan fakta yang ketika itu sedang hangat diperkatakan di kalangan akar umbi, khususnya golongan pro-ulama PAS yang sudah bosan dengan "fatwa sesat" Nik Aziz.

Hakikatnya, sememangnya betul dakwaan bahawa ramai puak-puak PAS, khususnya di Kelantan sedang tertunggu-tunggu persaraan Nik Aziz dalam masa terdekat disebabkan ketidakupayaan Menteri Besar Kelantan itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua sebuah negeri.

Mereka tahu tentang jadual ketat Nik Aziz yang terpaksa mengunjungi hospital untuk mendapatkan rawatan dan mereka juga tahu tentang keadaan Menteri Besar itu yang lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur di pejabatnya.

Mereka juga sudah bosan melihat Mursyidul Am itu keluar masuk hospital dan gagal melaksanakan pentadbiran negeri itu dengan baik akibat kekangan kesihatan yang buruk dan usianya yang lanjut menyebabkan dia tidak faham banyak isu-isu moden yang berbangkit.

Malah ada di antara mereka yang mengaku malu dengan Nik Aziz yang tidak mampu memahami Bahasa Inggeris dengan baik, apatah lagi untuk bertutur dalam bahasa dunia tersebut.

Selain itu, dengan ekonomi Kelantan yang masih berada di takuk lama dan prestasi yang tidak stabil turut menyebabkan mereka merasa tidak puas hati terhadap "orang tua" itu.

Persoalannya, mahukah Nik Aziz mengikut dan menuruti gesaan nasihat ADUN Gaal serta golongan akar umbi PAS di Kelantan itu?

Pada pandangan saya, Nik Aziz tetap Nik Aziz dan saya menjangkakan dia akan "buat-buat bodoh" serta akan terus bertanding pada PRU ke-13 nanti sekaligus akan mempertahankan jawatan Menteri Besar Kelantan sekiranya dia menang di DUN yang ditandinginya.

Sebagaimana maklum, Nik Aziz memang degil, ego dan gilakan jawatan. Dan disebabkan sifat-sifat itulah dia akan terus memegang jawatan di dalam Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS sehingga ajal menjemputnya.

Cuma, saya mengharapkan agar ADUN Gaal tidak akan kecewa dan kecil hati selepas ini sekiranya "tiket ke syurga" miliknya ditarik balik dan dia bakal dihujani oleh pelbagai kutukan dari para penyokong "Nabi PAS" itu.

Harapan saya, usahlah pecat Dr. Nik Mazian. Bukan apa…nanti payah pula PAS nak menang bila ramai sangat pemimpin yang dipecat PAS..kan?

By


Pilihan Anda: YB Pas sindir Nik Aziz sudah tua dan patut berundur!

Posted: 16 Oct 2012 05:45 AM PDT

|

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

"Kita kalau sudah tua buat cara tua jangan sudah nazak baru nak bagi jawatan pada orang muda dan ini bukan soal tidak menghormati Tok Guru tetapi jikalau kenyataan pun banyak merapu dan merepek lebih baik lepaskanlah jawatan pada orang lain", kata Dr Nik

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Post Berkaitan : POLITIK, TERKINI


Share/Bookmark comments
Posted by Desperado on 9:35 AM. Filed under , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

Baton Harus Diserah Sebelum Nazak | MyNewsHub

Posted: 17 Oct 2012 01:59 AM PDT

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu. – malaysia-instinct.blogspot.com

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


RUANGAN KEDAI ( SALON ) TINGKAT ATAS UNTUK DISEWA ( <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 11 Oct 2012 01:40 PM PDT

gambar kedai tanah merah untuk disewa

gambar kedai tanah merah untuk disewa 2

GAMBAR 1 : 2 Bilik yang dapat memuatkan 4 buah katil facial.

gambar kedai tanah merah untuk disewa 5

GAMBAR 2 : Ruangan menunggu bagi pelanggan serta ada kabinet attached dengan kaunter.

gambar kedai tanah merah untuk disewa 6

GAMBAR 3 : Ruangan menunggu , serta ada bilik sebelah boleh dijadikan tempat sauna.

gambar kedai tanah merah untuk disewa 3

Gambar 4 : Ruangan gunting rambut dan ada bilik sebelah , boleh dijadikan tempat istirehat atau tempat solat.

gambar kedai tanah merah untuk disewa 4

Gambar 5 : Dapur di belakang serta ada kemudahan 2 bilik air.

1. KELUASAN – 20 X 80 kaki persegi

2. LOKASI – Bersebelahan Supermarket 'Pantai TImur', Atas kedai 7- Eleven. Lokasi yang strategik untuk perniagaan servis untuk kecantikan juga untuk menjual barangan kecantikan dan kesihatan

KERANA TEMPAT TUMPUAN : bersebelahan hypermarket 'Pantai Timur', satu bangunan dengan kedai 7-eleven, Zon Ria, kedai pakaian Hari-hari. Sangat sesuai untuk beroperasi sehingga waktu malam.

3. ALAMAT : Jalan Jedok, Tanah Merah, Kelantan

4. KEMUDAHAN / KELENGKAPAN :

- Ada 2 buah bilik yang dapat memuatkan 4 buah katil facial.

- Ada ruangan menunggu yang selesa kepada pelanggan.

- Ada 2 bilik tambahan untuk dijadikan tempat sauna dan tempat solat/istirehat.

- Ada ruang dapur/makan.

- Ada 2 buah bilik air sebagai kemudahan kepada pelanggan.

 

5. HARGA SEWA SEBULAN : RM1,200.00

6. JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR BAGI  KELENGKAPAN FACIAL ( termasuk 4 buah katil facial ), GUNTING RAMBUT, KAUNTER+KABINET, TEMPAT SAUNA : 

RM45,000.00 

7. ALASAN : Pn Naswa tidak sempat atau tidak cukup masa serta tenaga pekerja untuk menguruskan salon di Tanah Merah kerana perlu menguruskan kedai di Kota Bharu.
Pn Naswa mempunyai pelanggan tetap di salon Tanah Merah, Kelantan.

BERMINAT UNTUK MEMBUKA SALON SENDIRI DENGAN SEGALA KELENGKAPAN YANG SEDIA ADA SERTA LOKASI YANG MENJADI TUMPUAN ORANG RAMAI ?

*  SILA HUBUNGI PN. NASWA ( 013-9214611 ) UNTUK SEBARANG PERTANYAAN TERUS. TERIMA KASIH.

 

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Homestay Suasana Desa <b>Wakaf Che Yeh</b>

Posted: 11 Apr 2011 08:11 PM PDT

Artikel kali ini penulis ingin memberi sedikit review berkenaan dengan homestay yang paling murah serta selesa yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Nama homestay tersebut adalah Homestay Suasana Desa. Jika anda datang dengan jumlah yang ramai (sampai 20 orang!!) pun boleh muat tinggal di homestay ini. Sangat luas, sangat selesa dan pelbagai kemudahan lengkap. Harganya hanyalah RM150 untuk satu malam. Bayangkan jika anda berkongsi seramai 5 orang? Berapa je kena bayar untuk seorang? Sangat murah bukan? Dan sudah tentulah ia sesuai dengan ahli keluarga atau rakan-rakan dengan jumlah yang ramai.

Homestay Suasana Desa Kota Bharu 

  Homestay ini berdekatan dengan Pasar Wakaf Che Yeh(1km ). Suasananya pula amat menenangkan. Serta kawasan parking kereta yang tersangat lah luas. Nak masuk 5 kereta pun tiada masalah.

Tempat Parking

  Ruang dalaman.. tilam juga disediakan, hampar kat ruang tamu ni boleh tidur 10 orang.

Ruang tamu

 

Sumber gambar dari http://homestayindah.blogspot.com/

  Jika berminat, hubungi nombor di bawah untuk tempahan, jangan lupa cuba tawarkan harganya, mana tahu boleh kurang lagi. • 013-9207364 (Cikgu Aminuddin) • 018-9009104 (Cikgu Ashida) • 09-7431542 (Rumah)   Atau layari http://homestayindah.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut. Cepat buat tempahan hari ini juga kerana homestay ini memang sentiasa penuh terutamanya pada musim cuti sekolah.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Serunding daging Wan Sabariah <b>di Pasir Mas</b>

Posted: 14 Oct 2012 08:27 AM PDT

Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan

Pernahkan anda melihat rumah ala-ala istana di atas? Jika bercuti di Kelantan dan ingin membeli-belah di Rantau Panjang, anda akan melalui rumah ini berdekatan dengan roundabout Salor di Pasir Mas.

Di kawasan tepi rumah inilah tempat memproses serunding daging yang popular di Kelantan, di Pasir Mas khususnya.

Serunding daging atau sambal daging yang diproses di rumah agam bewarna hijau ini dimiliki oleh Wan Sabariah dan keluarga, salah satu tempat yang popular untuk mendapatkan serunding daging yang digemari ramai.

Serunding Daging Wan Sabariah Pasir Mas

Serunding daging Wan Sabariah, popular di Pasir Mas Kelantan.

Cukup mudah untuk ke sini. Jika anda ingin ke Rantau Panjang melalui Pasir Mas, anda akan melihat sebuah rumah bewarna hijau di sebelah kiri jalan setelah melalui bulatan Salor, Pasir Mas.

Tempat memproses serunding tersebut bukanlah di dalam rumah ini, tetapi di sebelah kiri rumah. Anda boleh mendapatkan serunding yang segar di kawasan memproses melalui pintu pagar kecil di sebelah kiri pintu utama.

Serunding Daging Wan Sabariah Kelantan

Tempat memproses serunding

Selain serunding daging, serunding ayam, ikan dan dodol juga boleh didapati. Yang pasti, serunding daging atau panggil sebagai sambil daging paling cukup tinggi permintaannya. Serunding yang siap diproses terus dipacking untuk dijual.

Serunding Daging

Serunding yang telah siap dipacking dan sedia untuk dijual. Di sini anda boleh mendapatkan serunding yang segar dari dapur. Enak dimakan dengan nasi atau mengikut selera sendiri.

Jika ke sini, anda boleh dapatkan serunding daging yang segar. Wajib singgah dan beli jika anda dalam perjalanan pergi atau balik dari membeli-belah di Rantau Panjang.

Sambail daging Kelantan

Menjadi tumpuan terutamanya pada musim cuti sekolah

Serunding daging sangat sesuai dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang ke rakan-rakan atau saudara-mara bila bercuti di Kelantan.

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


TepakBersulam 2: Kalau tak boleh tidur : baca ini ABBY NIKAH <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 08:51 AM PDT


Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

"Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

"Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

"Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

Sinar

TB : MANA ADA ORANG MENGAKU BERAK TEPI JALAN TERUTAMA KALAU ISTERI TUA TUNGGU DENGAN CHANGKUL KAT TEPI JALAN.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Seronok Premium Beautiful Bisnes Berkampung <b>Di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 08:46 PM PDT

Posted on | October 17, 2012 | No Comments

Alhamdulillah baru siap pakej London Paris, dengar khabar pakej ke Istanbul nak buka pulak, maybe seawal 1 november..get ready kengkawan.

Minggu lepas balik Gua Musang, sorang diri sebab urusan kerja.. mak aih tak sangka sambutan maharani dan BBplus kat sana sangatlah memberangsangkan, sampai rasa macam tak mau balik sini lagi..nak dok lama2 dulu..tapi stok maharani tak cukup..n ada tanggungjawab di Kolumpo yang masih tak settle lagi..so jumpa Raya Haji pulak ye Gua Musang.

Owh nak share moment indah masa kat Gua Musang tempoh hari.

Kami panggil Mokma, orangnya kecil comel je, isteri Penghulu kampung kami, teruja sangat bila nampak kotak Maharani ni, terus sambar 3 kotak, dengan BBplus, Lactolite dan Premium Beautiful cash..fuhhhhh, tak sangka..dah berumur pown masih jaga dan pentingkan kecantikan..

LAngkah kanan…kalau 1 hari 10 rumah nak g jumpa client mcm ni..pengsan mak..ha ha

Sign up..Alhamdulillah…Wellcome Kak Ja..kengkawan yang di Gua Musang boleh cari Kak Ja ye untuk fitting Premium Beautiful atau nak tahu tentang produk lain..juga tentang premium Beautiful Bisnes..0199134927

Yes!! PMG new Member

Next jumpa dengan Kak Nana dan Mokteh pula, Nana ni memang pengguna maharani yang tegar, 4 bulan period tak datang, 4 bulan period datang tanpa henti..selama bertahun tahun, kompem tak selesa bila keadaan macam ni kita terpaksa alami kan..tapi akhirnya selepas berkenalan dengan maharani, baru makan selama seminggu terus period datang dengan normal, sebulan sekali sampai sekarang…Alhamdulillah..moga lepas ni boleh timang cahaya mata pula..kan Nana.

Contact Nana untuk berkongsi pengalaman dan nak tahu detail tentang produk juga bisnes k..0139629615

Malamnya pula bersama Sm Suzi, ke Ladang Relau berkongsi hebatnya Premium Beautiful dan peluang bisnes, Alhamdulillah..clossing dan sign up, wellcome Kak Meena.

Kak Meena seorang chief clerk di Ladang Relau, dan suaminya pula seorang Manager di Ladang Sarawak, tapi masih lagi ambil peluang yang dah kami tunjukkan..wellcome!!

orang orang ladang..jom contact Kak Meena..01229846291

andddddd…………………………..

Ok..dah lewat malam balik dulu

Time ni dah jam 12 malam, balik rumah mama masakkan kami mee sup, layan kejap lepas tu sambung dengan check balik apa yang kami buat hari ni, apa yang lebih apa yang kurang..apa nak buat besok.. apa next target.. Alhamdulillah..bekerja dalam satu team memang sangat menyeronokkan..apa pown share..jadi tak payah nak pening sensorang, leader ada untuk back up…tugas kita..full swing je..

ok sambung besok untuk hari kedua di Gua Musang..skang ada appointment  di selayang..wish me ye kengkawan..upss…nak jadi sebahagian dari kami?? 0122244103

Comments

Jumaat, 19 Oktober 2012

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


7 lot Banglo <b>di Kok Lanas</b> | Azmiral.com

Posted: 23 Sep 2012 03:38 AM PDT

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1000kp – RM181,000
  2. 1200kp – RM203,000
  3. 1400kp – RM225,000
  4. 1600kp – RM247,000

Luas Tanah : 5400kp+++

lokasi

-Lebih krg 700m ke jln besar
-3 km ke pasar Kok lanas
-Lebih kurang 5km ke Polikteknik Kota Bharu
-lebih krg 3km ke Kolej Komuniti
-lebih krg 4km ke Kem Desa Pahlawan

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Rugi tidak berdakwah <b>di</b> pentas PAS – Aishah « Dupahang&#39;s Weblog

Posted: 13 Oct 2012 09:31 PM PDT

HarakahDaily

KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

"Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

"Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan.

"Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.

Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.

Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

"Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

"Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera," katanya.

Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.

Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.

Sumber: HarakahDaily

Saya seorang hamba Allah S.W.T

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jul 2009 07:14 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan.

Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com


03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Royalti <b>Kelantan</b> » Blog Archive » Adun cadang sidang khas batal <b>...</b>

Posted: 15 Oct 2012 11:21 PM PDT

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini menimbulkan persoalan baru apakah kewajaran tindakan Menteri Besar, Datuk Muhamad Nasir pada 1975 menandatangai perjanjian dengan Petronas tanpa mendapat mandat Dun.

"Adakah perlu mendapatkan izin daripada Dun terlebih dahulu sebelum Menteri Besar menandatangani perjanjian dengan Petronas ketika itu kerana ia merupakan isu besar.

"Ini kerana kuasa Menteri Besar untuk pindahkan hak carigali kepada Petronas untuk selama-lamanya merupakan perkara besar di sisi undang-undang," kata anggota Exco, Datuk Husam Musa (gambar atas) ketika menjawab soalan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit).

Kata Husam surat kuasa yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 menyebut memberi kuasa kepada Petronas untuk carigali minyak.

Menurutnya berdasar kepada rentetan tersebut secara jelas menggambarkan Kelantan ada hak ke atas sumber minyak yang terdapat di kawasan perairannya sehingga Petronas perlu mendapat izin untuk dipindahkan kuasa terlebih dahulu pada 1975.

Bagaimanapun kata beliau peguam kerajaan negeri berpendapat dokumen yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 bukan sebuah perjanjian dan ia hanya sekadar surat serah kuasa (kontrak).

Surat kontrak itu menyebut tugas Petronas hanya untuk usaha carigali sahaja.

"Persoalannya sekarang apakah tuan rumah (Kelantan) wajar tidak dimaklumkan terhadap segala hasil carigali tersebut.

"Ini pecah kontrak yang pertama berlaku apabila Petronas hanya menyimpan segala dokumen carigali tanpa memberi maklum balas kepada kerajaan negeri.

"Sedangkan apa yang berlaku di Terengganu pada 13 Mei 1978 Petronas menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memaklumkan segala butiran mengenai pengeluaran minyak dan gas serta harga semasa.

"Begitu juga pada 14 Jun 1978 Ketua Pegawai Eksekutif Petronas menulis surat kepada Pegawai Kewangan Negeri Terengganu untuk memaklumkan bayaran royalti yang dibuat," katanya.

Boleh batal kontrak

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan berkata, jadi terpulang kepada Dun atau Exco untuk bertindak membatal surat kontrak (perjanjian) dengan Petronas.

Menjawab soalan tambahan Adun sama katanya sekiranya Petronas masih enggan membayar royalti, Dun boleh mengubal satu enakmen bagi mengenakan fee (cukai) kepada Petronas mengikut kadar royalti yang sepatutnya dibayar.

Husam juga bersetuju dengan pandangan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) bagi menulis surat kepada Petronas bagi memaklumkan operasinya di perairan Kelantan dibuat tanpa kelulusan lesen kerajaan negeri.

Mencelah isu sama Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) mencadangkan supaya diadakan persidangan khas Dun sebelum akhir tahun ini membincangkan bagi membatalkan surat kontrak kepada Petronas atau sebaliknya.

Hujahnya Petronas begitu samseng kerana tidak memaklumkan perkembangan carigali di perairan Kelantan kepada pihak tuan rumah.

Namun Husam memilih untuk memberi masa kepada Petronas bagi membolehkan mengambil tindakan segera sebelum persidangan khas Dun benar-benar menjadi kenyataan.

"Kita sebenarnya mengambil kira kalau dibatalkan kontrak (perjanjian) dengan Petronas tentunya ia akan memberi kesan besar kepada negara dan dunia.

"Jadi sekarang kita beri notis terlebih dahulu supaya nampak lebih sopan. Namun kena ingat persidangan khas boleh menjadi kenyataan selepas ini," ujarnya.

Iktibar isu Pergau

Ustaz Hassan Mohamood (PAS-Tawang) pula mencadangkan supaya kerajaan negeri mengenakan tindakan serupa seperti dilakukan terhadap Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika isu Pergau pada awal tahun 1990-an.

Husam menjelaskan kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli hanya memasangkan kayu halangan di tempat keluar masuk ke projek Hidroelektrik Pergau bagi merundingkan isu yang dituntut kerajaan negeri.

Kata beliau akhirnya Pengerusi TNB ketika itu Tan Sri Ani Arope datang berunding dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga Kelantan berjaya mendapatkan pampasan sebanyak RM110 juta.

"Begitu juga dalam isu minyak sekarang kita boleh pasang reben merah di lautan di sekitar kawasan pelantar kalau kaedah sama mahu diambil," ujarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Ismiey Iz =): Destinasi: Pantai Bachok/<b>Perupok</b>

Posted: 19 Oct 2012 04:16 AM PDT

Assalamualaikum,
Hujan renyai-renyai tidak berhenti-henti dari semalam. Tiba-tiba teringin update tentang cuti-cuti ismieyiz. Seperti tajuk kali ni nak citer tentang Pantai Bachok terletak di Kelantan. Pantai ini cantek dan sangat nyaman. Terletak berhampiran dengan rumah BFF. Memang seriusly cantik giler. Kalau nak buat photoshot kawen pun boleyy. Biasa kalau tak balik umah mesti p umah bff wani ni. Sebab saya suka tengok pantai, rasa hilang terus tekanan or stress. Keistimewaan utama pantai ni adalah tak ramai orang. Maka boleh berehat or joging dengan gembiranya. Tak ramai yang tahu lokasi ni coz ia bukan tempat pelancongan biasa. Namun, memang best ngat tau. Terbaik !! 5 bintang.
Pemandangan sepanjang perjalanan. Setiap gambar punya cerita tersendiri. 
Setiap cerita ada memorinya. Luas bumi Allah ni, syukur sangat diberi ruang masa serta kenikmatan untuk melihat dan memerhati keindahan ini. 

oh, apakah ini? obor2 kah?? cantek... :p  First time tgk depan mata. Biasa tgk dalam buku n tv jew. Tu lar orang kata jauh berjalan luas pandangan. Alhamdulillah.

Berehat seketika sambil membaca.  Sebenarnya agak panas. Namun disebabkan bahang mentari pagi ia tidak mengapa. Indah sungguh pemandangan.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Sembilan Kedai <b>di Wakaf Che Yeh</b> Terbakar | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 01 Mar 2012 07:30 PM PST

9 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU: Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini pada Khamis. Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan. - BERNAMA


ads