Ahad, 23 Disember 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Dec 2012 09:11 AM PST

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 09:06 AM PDT

Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2012 12:00 AM PDT

    Leave a Reply

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 13 Jul 2012 09:05 AM PDT

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 18 Jun 2012 09:13 AM PDT

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 08 Apr 2012 12:00 AM PDT


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 08 Apr 2012 09:24 AM PDT


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 07 Apr 2012 09:39 AM PDT


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

    [unable to retrieve full-text content]Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki ...

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST

    [unable to retrieve full-text content]Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search. Posted: 28 Jan 2012 12:00 AM PST. Xpdc ke Felda Chiku Gua Musang bahagian 1. Kali ini penceritaan agak panjang dan saya terpaksa bahagikan kepada 2 bahagian. Part 1 and part 2.

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    Blog Felda: <b>felda chiku</b> - Google Blog Search

    Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST


    KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

    Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

    Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
    Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

    Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
    Felda Chiku 2
    18300, Gua Musang
    Kelantan, Malaysia


    Telefon = 6099284230
    Fax = 6099284231

    # Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

    # Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

    # Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

    # Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

    03 di kok lanas - Google Blog Search

    03 di kok lanas - Google Blog Search


    Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b>

    Posted: 26 Sep 2012 08:09 PM PDT

    [unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong 2012 di Kolej Komuniti Kok Lanas, kolej komuniti kok lanas, jawatan kosong Kelantan,Pensyarah Sambilan Harian,Terapi Kecantikan dan Spa.

    03 di pasir puteh - Google Blog Search

    03 di pasir puteh - Google Blog Search


    Nora Aniza: Beza Makanan <b>di</b> Tanjung Malim dan <b>Pasir Puteh</b>

    Posted: 22 Nov 2012 07:11 PM PST

    Sebagai orang Kelantan, tambah-tambah orang kampung macam aku ni, makan nasik sebagai sarapan pagi pada pukul 7 pagi adalah kebiasaan dan amalan seharian. Tak lengkap hidup kalau tak makan nasi pagi. X ada pulak mak aku sediakan aku sarapan pagi roti dengan inti tuna atau apa-apa sahaja ala western. Kalau ada tu ada, tetapi nasik akan menjadi keutamaan. Lepas makan nasik kena ada kuih muih, barulah ditambah dengan roti, penkek McD dan sebagainya. Menu sarapan pula seperti nasi minyak, nasik lemak, nasik goreng, nasi beriani, pulut nasik, nasik berlauk dan semuanya yang berasaskan nasik.
    Lauknya sangat istimewa, mesti ada ayam pedas, ayam kicap, ayam gulai, ayam bakar, daging bakar, daging goreng, daging black paper, ikan bakar, ikan gulai yang macam-macam pesen dan banyak lagi. X ada istilah "saya tak makan pagi" dalam kamus hidup orang Kelantan.
    Kalau mak aku malas nak masak sekalipun, sarapan nasik akan dibeli dari luar. Di sepanjang jalan di negeri Kelantan anda akan mendapati ada orang jual nasik pagi di mana-mana sahaja. Seawal pukul 6.30 pagi orang dah setat meniaga, dan seawal pukul 8 pagi semua nasik akan habis dijual. Jadi, bangun Subuh awal-awal dan terus bersiap untuk mencari nasik.
    Dan nasik putih (dalam kuantiti yang banyak) + ayam pedas (1 ketul besar) + acar (pun banyak jugak), anda hanya perlu membayar RM1.50- RM2.00 untuk nasik yang mengeyangkan sampai petang tersebut. 
    Tapi kat Tanjung Malim, pukul 10 kedai nasik tak buka lagi. Apelah kan, aku pagi-pagi aku lapar. Kul 10 tu kalau kat kampung aku makan tengahari dah tu. Tapi di Tanjung Malim kul 10 baru aku sarapan. Sangat tidak baik untuk kesihatan dan menjejaskan projek diet aku!
    Kenapa orang sini tak serajin orang Kelantan? Pastu nak kaya macam orang Kelantan, tapi kijo malas. Patut aku tengok pakcik tu pelajar UPSI berduyun-duyun ke kedai dia tapi tak kaya-kaya pun, duk pakai je Wira buruk dia tu, itulah. Pagi-pagi tu pintu rezeki terbuka luas. Tapi orang Melayu kita? Pagi-pagi kul 7 mata pun tak terbukak lagi! Tak macam orang Kelantan puok nih! Geram aku!
    Kenapa aku geram? Sebab aku takleh sarapan nasik pagi. Kenapa tak masak sendiri? Tak sempat la. Kul 8 dah setat kelas. Kalau ada mak boleh mak masakkan. (alasan yang munasabah kan)
    Pastu kat Tanjung Malim nie makanan mahal-mahal. Contohnya nasik lemak bodoh-bodoh, dijual RM1.50. Awak tahu tak apa itu nasik lemak bodoh-bodoh? Yang dijual kat depan kampus tu, macam tu la. Nasik lemaknya mengandungi hanya sedikit nasik, telur 1 bijik yang dibelah 6, sambal bilis yang bawangnya lebih banyak daripada bilis (kadang-kadang bilis sekor pun takde), timun 1 kerat, kacang 4 bijik dan sambalnya berminyak! Macam tu jual RM1.50. 
    Aku bukan nak tipu tapi ini kenyataan, dengan serendah RM1.50, di Kelantan anda akan mendapat nasik lemak cerdik bukan nasik lemak bodoh-bodoh macam kat sini. Nasiknya banyak dan sudah tentu berlemak, sambal bilis dengan ikan bilis, telur sebijik dibahagi 2 dan rasanya sangatttttt sedap.
    Kalau awak orang Kelantan, awak akan cakap, betul betul betul. Tapi kalau awak orang bukan Kelantan, silalah lawati sendiri negeri Kelantan. Orang Kelantan masak sedap jadi silalah cari calon isteri orang Kelantan. 
    Kenapa orang Kelantan ramai di IPTA di Malaysia? Salah satu faktornya ialah kerana mereka mengambil sarapan berasaskan nasik. Dan kajian telah pun membuktikannya. Sarapan nasi membuat tubuh mendapatkan pasukan glukosa yang cukup kerana nasi mengandung karbohidrat yang tinggi. Glukosa ini akan dialirkan ke otak melalui darah sehingga otak dapat bekerja optimal.
    Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.
    Nampak tak? Apa kaitan nasi dengan otak? Jadi, makanlah nasik untuk kebaikan otak.

    Comel-comel sokmo :-)

    03 di bachok - Google Blog Search

    03 di bachok - Google Blog Search


    pena berapi: ustaz nasha bertanding atas tiket bebas <b>di bachok</b>

    Posted: 23 Dec 2012 01:10 AM PST

    Salam buat semua..


    1.Seperti dalam posting saya setahun yang lepas,semua mengatakan penulis telah mengeluarkan fitnah berkenaan perselisihan perjuangan antara Nik Aziz dan Nasha Mat Isa.Tapi hakikatnya seperti sudah diduga,Nik Aziz menjadi dalang sehingga Nasha Mat Isa telah ditendang keluar daripada kerusi Timbalan Presiden Pas dan diganti dengan Drebar Teksi Mat Sabu.



    2.Mutakhir ini, Nasharudin Mat Isa telah banyak menimbulkan rasa kurang senang MB Kelantan sehingga timbul desakan untuk mengantikan calon baru untuk kerusi Parlimen Bachok yang kini disandang oleh Nasha Mat Isa.

    3.Menurut Nasha sendiri,beliau akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi mendapatkan suara di Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Ketika ditanya tentang tiket parti yang akan ditanding beliau.Beliau berulang kali menyuarakan hasrat untuk menggunakan tiket BEBAS untuk tidak terikat dengan mana-mana parti politik selepas PRU 13.

    4.Nasha cuma mengharapkan pengundi-pengundi Bachok melihat kembali pengorbanan yang beliau lakukan untuk Rakyat Bachok selama ini.Beliau dengan nada tegas menyatakan beliau akan tetap mempertahankan perjuangan Islam dalam memartabatkan Syiar Islam di bumi Malaysia khususnya.


    Pena Berapi : Kafirkah Aku @ Kerajaan Perpaduang?

    c++ silap. ameno bakal hilang wang pertaruhan <b>di bachok</b>

    Posted: 16 Dec 2012 01:47 AM PST

    Tak tau apa yang C++ mengarut ni? Ader ker dia kata Nasharuddin Mat Isa bertanding di Bachok akan timbul persoalan adakah para pengundi di Parlimen Bachok akan memberikan undi mereka kepada Nasharuddin Mat Isa? 
    Ader ker dia kata entah jentera parti PAS di Parlimen Bachok akan berkerja dan berkempen untuk memastikan Nasharuddin Mat Isa ini menang di kerusi Parlimen Bachok nih? (Baca N3 C++ di sini).
    Apa C++ mengarut nih? Kalau Nasharuddin Mat Isa bertanding di Bachok, jentera PAS tak payah susah payah kempen! Konfim ameno hilang wang pertaruhan! Ini kerana semua penyokong ameno akan mengundi Nasharuddin Mat Isa! Kahkahkah!
    Nasharuddin kan disayangi oleh PM wasatiyyah dan ameno? Sudah tentu PM wasatiyyah takkan menyusahkan Nasharuddin Mat Isa di Bachok! Kahkahkah!
    Penyokong PAS pulak terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan UG pasti akan mengundi Nasharuddin Mat Isa. Kumpulan anti UG buat undi rosak atau boikot!
    Tentu Nasharuddin Mat Isa!
    Oleh hal yang demikian, ameno baik toksah ikut bertanding. Bior Nasharuddin Mat Isa menang tanpa bertanding. Lagi mudah kerja Nasharuddin Mat Isa. Tak payah turun padang. Lagipun selama ini dia tak turun padangpun. Tak pergi Muktamar. Tak pergi Bersih. Takde dalam HKR. So? Apa masalah? Tentu ameno akan sokong dia 110% untuk menang di Bachok!
    Bro C++, agak-agak kalau Yong baling kasut boot selemoi taik kucing kat geng UG PAS, polis tangkap tak?

    03 di manek urai - Google Blog Search

    03 di manek urai - Google Blog Search


    Saudaraku...: PAS Malu Pada Calun Mereka <b>Di Manek Urai</b>

    Posted: 30 Jun 2009 10:47 PM PDT

    Apakah kena mengena status pelajaran dan pangkat adik beradik dengan kemampuan sebenar calon Pas di PK Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah menjadi ADUN?

    - Kenapakah Harakah.daily tidak menyentuh latarbelakang pendidikan calon mereka? Siapakah yang bertanding, Mohd Fauzi Abdullah atau adik-beradik beliau?

    - Apakah pengundi tidak perlu tahu latarbelakang pendidikan calon pemimpin mereka kerana pendidikan sangat penting untuk memastikan pemimpin tersebut boleh berfikir secara matang, berilmiah dan bervisi jauh?

    - Apakah tujuan di atas untuk mengaburi rakyat daripada tidak menilai taraf pendidikan calon Pas tersebut yang dikatakan rendah iaitu hanya sekadar SRP sahaja?

    2. Dan apakah jentera Pas malu dengan status 'pemborong ikan' calon mereka sendiri sehinggakan mereka tidak sanggup meletakkan 'pemborong ikan' di dalam berita mereka?

    - Apakah 'pemborong ikan' terlalu rendah di mata jentera Pas?

    Persoalan-persoalan di atas timbul apabila kita membaca pengenalan calon Pas di dalam web Harakah.daily.

    Walau pun penulis bukan ahli Pas tetapi tindakan Harakah.daily yang tidak konfiden dengan taraf pendidikan dan pekerjaan calon mereka sendiri adalah amat memalukan!

    Di antara kenyataan di dalam Harakah.daily:-

    KUALA KRAI 27 Jun (Harakah) - Seorang peniaga Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

    .......Beliau merupakan anak keenam daripada lapan adik-beradik. Empat daripadanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara.

    Seorang lagi kakaknya, Prof Dr Aminah pensyarah kanan di UKM; ketiga, Ibrahim seorang peniaga buah-buahan; keempat, Sabariah ketua jururawat di Hospital Temerloh.

    Kelima, Mohd Yazid, pengarah jabatan kerajaan di Putrajaya. Manakala dua adiknya iaitu Razali memiliki syarikat perunding di Pulau Pinang dan adik bongsu, Zaidi lepasan bidang IT di universiti, Australia - Harakahdaily.

    Dan jika kita merujuk kepada adik-beradik calon Pas, empat di antara mereka berkemungkinan besar telah mendapat bantuan dari segi biasiswa atau pun pinjaman daripada kerajaan Barisan Nasional.

    Kakak calon Pas, Prof Dr Aminah pula bekerja di universiti yang dibiayai oleh kerajaan Barisan Nasional manakala yang keempat, Sabariah bekerja di hospital tajaan kerajaan Barisan Nasional.

    Dan Mohd Yazid pula mendapat gaji sebagai pengarah jabatan kerajaan yang ditadbir oleh parti Barisan Nasional di Putrajaya. Di manakah jabatan itu ya?

    Maksud mudah, majoriti daripada keluarga calon Pas terhutang budi kepada kerajaan pusat BN. Dan jika mereka benar-benar faham, 5 daripada adik-beradik Mohd Fauzi akan memangkah calon Barisan Nasional.

    Dan jika jentera Pas sendiri tidak konfiden dengan kemampuan intelek Mohd Fauzi, apakah penduduk di Manek Urai masih mahu memperjudikan masa depan kawasan mereka dengan mengundi calon Pas tersebut?

    03 di machang - Google Blog Search

    03 di machang - Google Blog Search


    Kerajaan Pusat Bina 10 Massjid <b>Di Machang</b> Sejak 2006 | Detik <b>...</b>

    Posted: 14 Oct 2012 07:29 AM PDT

    Simbolik penyerahan kunci Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judoh di sini.

    Oleh ELIAS ISMAIL

    MACHANG - Kerajaan Pusat mellaui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telah memperuntukkan RM22 juta bagi imembina 10 buah masjid di Kelantan sejak 2006.

    Pengarah JPP, Datuk Makhtar Mustapha berkata, tujuh dari 10 buah masjid tersebut telah siap dan beroperasi sepenuhnya untuk kemudahan orang ramai.

    Beliau berkata, JPP turut akan membiayai sebahagian kos membina baru bangunan Madrasah Tahfiz Al-QURAN Al-Ismailiah Pasir Mas dan  membina Pondok An-Najmiah, Geting, Tumpat.

    "Masjid Ayesha, Kok Lanas dengan peruntukkan sebanyak RM6 Juta juga hampir siap manakala Masjid Al-Hanan, Mukim Simpang Empat, Tendong, Pasir Mas dan Masjid Mukim Bandar Lama, Gua Musang  dengan peruntukkan masing-masing RM2.2 juta dan RM3 juta akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis  penyerahan Masjid Al-Raudhah Kampung Banggol Judah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), di sini, hari ini.

    Hadir sama Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin, Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub dan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah.

    Katanya, selain masjid, JPP juga menaiktaraf 700 buah madrasah dan surau di kampung-kampung  dan taman  dalam tempoh yang sama  dengan melibatkan peruntukkan sebanyak RM51 juta.

    Masjid Al-Raudhah yang dibina di tapak baru itu dimulakan pada akhir 2010 dengan kos pembinaan sebanyak RM2.6 juta dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada orang ramai termasuk ruang meletak kereta yang luas.

    Masjid yang mampu memuatkan hampir 800 jemaah dalam satu masa itu juga menyediakan bilik sembahyang jenazah dan pejabat imam.

    Selain penduduk tempatan, masjid ini juga menjadi persinggahan  orang ramai terutamanya pada hujung minggu memandangkan ia terletak di laluan utama, Lebuhraya Machang-Pasir Puteh.

    Imam masjid tersebut,  Zulkafli Jusoh berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua pihak  yang menjayakan pembinaan masjid tersebut  dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk dan orang ramai.

    Katanya,  pelbagai program akan diadakan selain solat berjemaah bagi mengimarah masjid tersebut sesuai dengan peranannya sebagai pusat aktiviti penduduk dan tidak terhad kepada solat semata-mata.

    "Kami juga menerima sambutan yang memberangsangkan terutamanya pada hujung minggu apabila ramai pengguna jalan raya yang singgah bagi mengerjakan solat di sini," katanya.

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search


    MAJLIS PERASMIAN PROMOSI MEGA PROGRAM LATIHAN

    Posted: 16 Dec 2012 11:41 PM PST

    MAJLIS PERASMIAN PROMOSI MEGA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2012 DI JELI, KELANTAN

    10 Dis 2012   –   Jabatan Latihan Khidmat Negara telah melancarkan Promosi Mega 2012 Program Latihan Khidmat Negara di Perkampungan Orang Asli Sungai Rual, Jeli, Kelantan pada hari ini dan telah dihadiri oleh hampir 400 penduduk Kaum Orang Asli. Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara yang telah membuat persembahan untuk masyarakat tempatan.  Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara; YBhg Dato' Abdul Hadi Awang Kechil

    Sabtu, 22 Disember 2012

    03 di chiku - Google Blog Search

    03 di chiku - Google Blog Search


    Lembaran Sebuah Kehidupan: Singapore - 1 day trip

    Posted: 17 Dec 2012 01:04 AM PST


    Actually i am too excited to write about the craft class that i went last Saturday. tetapi entri melawat Singapore sejemput masa cuma belum  tulis ey.. 
    Pada suatu hari, omma dan appa plan mahu ke Singapura menaiki Neo hensem saya. Plannya adalah, mereka akan drive ke sana. TIba-tiba pada suatu hari, omma sms - 'Nak ikut p Singapore tak?'  Tarikh omma men-sms saya adalah, pada esoknya passport saya tamat tempoh. Maka dipadamkan niat nak pegi Universal Studio konon. Pada hari ibu bapa sepatutnya berangkat ke Singapore, hari mereka tiba di rumah, didapati appa dalam keadaan ini. 
    Maka terus terimbau kenangan lama, di mana sewaktu kecilku, dijagakan diri ini, luka yang dirawat, dibawa ke klinik, disapukan minyak, susah payah mereka membesarkan dan menyekolahkan saya, maka tidak sampailah hati ini membiarkan dirimu pergi begitu sahaja. I said to them- if daddy n mommy nak tunggu, saya pergi Pejabat Kadi mintak mereka nikahkan saya sekarang.. Tiba-tiba guruh berdentum. Tolong jangan mereka sangatlah hishhh...
    Orait, i say to my parents, if diorang sanggup tunggu pagi Sabtu itu, saya renew passport dahulu. sekejap aje. dalam sejam dua siaplah. Hew hew... Maka mereka pun suka kerana nanti ada driver. 
    Esoknya pagi-pagi dah pegi Jabatan Imigresen, orang dah beratur panjang giler. Apsal semua orang nak buat possport time ni? Apsal semua orang macam kaya sangat pergi jalan-jalan oversea ni? (tak puas hati) Kedai amek gambar passport semua bukak awal-awal pagi itu kerana rejeki mereka lah. mereka tau ada orang last minit macam saya nak buat passport, kalau tak bukak kedai rugilah. So dont worry to all last miniters, Kasik RM12, dapat gambar 4 keping, borang diorang isikan, ic pun mereka fotostatkan. Siap! Pergi beratur panjang-panjang kat jabatan imigresen.
    Lihat ramai orang sungguh ni. 4 jam baru setel. Appa kata... "hang kata sat sajaaa...". I counter back kata "Mana nak tau ghamai mcm ni..." Kahkahkahkah... Ala... appa ngn omma balik umah pun. Diri ini ditinggalkan kesepian aje menantikan passport ittew siap berseorangan diri... T__T
    For everybody's info, Jabatan Imigresen dibuka sehingga jam 10 malam sempena dengan cuti sekolah. See.. sangat bagus kakitangan kerajaan Malaysia kita ini. Sanggup bekerja lebih masa supaya rakyat Malaysia dapat berjoli katak di luar negara. I say you, sapa nak renew/buat passport, better pegi petang, sebab by the time passport saya dah nak siap, orang dah tak ramai. Siapa yang datang kemudian macam tak perlu tunggu lama sangat. 
    Passport siap, dan ZASSSSS~~ terus ke Singapore. gile hebat terus siap passport, terus pegi oversea on the same day. Kahkahkah...
    Daddy bilang suruh saya rehat dulu. Maka dia drive hingga manatah, jalan jem gile, bumper to bumper tapi tak tau  kenapa. I is tido di belakang. 
    Sampai kat manatah, appa dah tak larat, maka driver gagah take over. Jumpa pak ngah n mak ngah kat R&R Gelang Patah. Agak cool jugak R & R ni. design dia lain skit. Tak ramai yang lepak situ, so at the time kitorang makan and minum-minum tu adalah waktu yang selesa. 
    dalam toilet pun mesti boley..



    I drove all the way to Singapore. Oleh kerana bawa kereta masuk Singapore, make sure you bawak you punya kereta insurance policy dan juga geran. Mereka nak tengok aje. We pas the border line, give the pasport to be stamp and lepas tu kena beli Autopass sebanyak $10 Sing dolar. harga kad $7 dolar, harga kredit dalam kad $3 dolar. Autopass adalah wajib di Singapore. nak topap, boleh topap di mana-mana stesyen MRT. 
    Malam itu, sempat singgah sebentar di rumah Pak Su untuk melihat dan menjenguk nenek di sana. 
    saya dah serabut alam dah masa ni..

    Antara saudara yang ada di sana...
    Balik tidur rumah Pak Ngah, terus tumbang sampai besok pagi. Pak Ngah nak ajak meronggeng tengah-tengah malam pun i dah tak larat. ZZZZzzzzzz

    03 di perupok - Google Blog Search

    03 di perupok - Google Blog Search


    aduan rakyat - masalah nelayan parit <b>perupok di</b> dun maharani

    Posted: 13 Mar 2010 09:15 AM PST

    Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


    YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.

    Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

    YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

     Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
    1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
    2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
    3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
    4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
    5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

     Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang

    baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

    Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

    Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

    Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
    Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
    Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

    YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,

    En.Adam Ketua Persatuan Nelayan

    dan wakil Jurutera JPS Muar 

     YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

    YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .

    diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong

    dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

    En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

    Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS

     Wartawan menemuramah para nelayan

    Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan

    Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

    YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.

    Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

    Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan

    Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor

    keesokan harinya.


     



    03 di kelaboran - Google Blog Search

    03 di kelaboran - Google Blog Search


    Dun <b>Kelaboran</b>: Ziarah Rumah AJK Pemuda Dun <b>Di</b> Kg <b>Kelaboran</b>

    Posted: 30 Mar 2010 11:44 PM PDT



    YB Kelaboran ,Mohamad Zaki Ibrahim bersama AJK Pemuda Dun Kelaboran dalam program ziarah di rumah AJK Pemuda Dun Saudara Zaidi di Kampung Kelaboran.Saudara Zaidi baru menerima cahaya mata yang ke 7.

    Jumaat, 21 Disember 2012

    03 di pasir puteh - Google Blog Search

    03 di pasir puteh - Google Blog Search


    Kerajaan Pusat Baik Pulih 500 Rumah Penduduk Miskin <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

    Posted: 17 Dec 2012 05:51 PM PST

    PASIR PUTEH, 17 Dis (Bernama) — Kerajaan Persekutuan melalui agensinya berjaya membaik pulih 500 rumah penduduk miskin di sekitar Pasir Puteh, melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 juta pada tahun ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata seramai 2,500 anggota keluarga terdiri daripada nelayan dan petani yang mendiami rumah tersebut, kini mendiami rumah yang lebih selesa.

    "1Malaysia Development Berhad (1MDB) membaik pulih 100 rumah nelayan miskin dengan peruntukan RM1 juta," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja membaik pulih rumah seorang penduduk miskin Yusuf Mamat, 78, di Kampung Tualang di sini, Isnin.

    Zawawi berkata, sebanyak 200 rumah lagi dibaik pulih di bawah kendalian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dengan perbelanjaan RM500,000.

    "Baki 200 rumah dibaik pulih melalui peruntukan di bawah projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh.

    – BERNAMA

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    03 di kota bharu - Google Blog Search

    03 di kota bharu - Google Blog Search


    MEGA HOM Day <b>di Kota Bharu</b> 15/12/2012 | faridzulasyraf.com

    Posted: 15 Dec 2012 12:00 AM PST

    By joegrimjow, on December 12th, 2012

    Jom ramai-ramai orang KB kita memeriahkan MEGA HOM Day di KTC Sabtu ini. Ajak seberapa ramai yang boleh sebab acara ini sangat best. Lagipun percuma! Jom kita tengok peluang jalankan bisnes Herbalife di Kelantan. Guest Speaker pun sangat luar biasa, memang tak boleh lepaskan peluang!

    mega hom day kb

    Jumpa disana! Untuk keterangan lanjut call joe – 0169640972

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search

    03 di jeli kelantan - Google Blog Search


    TANAH <b>JELI KELANTAN</b>: TANAH EKAR UNTUK PEMBANGUNAN

    Posted: 02 Dec 2012 11:35 AM PST


    TANAH 50 EKAR UNTUK DI BANGUNKAN DI JELI

    Kami sedang mencari 'Rakan Kongsi' bagi projek kami yang akan datang. Kami telah mempunyai tanah sebanyak 50 ekar untuk tujuan dibangunkan di kawasan Tanah Jajahan JELI,KELANTAN.
    Di mana kawasan ini sedang pesat membangun. Lantaran, Jajahan Jeli merupakan pintu masuk utama negeri Kelantan dari Kawasan Utara Semenanjung Malaysia melalui Jalan Raya Timur Barat di samping menjadi penghubung utama antara jajahah-jajahan lain di Kelantan.

    Apakah Rancangan Tempatan Tanah Jeli (RTJ) 

    RTJ Jeli merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot-lot tanah bagi seluruh Jajahan Jeli.


    WAWASAN PEMBANGUNAN JAJAHAH JELI

    "Menjadikan Jajahan Jeli Sebagai Sebuah Bandar 
    Sejahtera Dengan Pembangunan Institusi Pendidikan
    Yang Syumul Dan Berciri Jayadiri Dalam Menjana
    Aspek Ekonomi, Persekitaran Fizikal Yang Berkualiti
    Tinggi Tanpa Menjejaskan Kualiti Alam Sekitar
    Semulajadi."

    MATLAMAT PEMBANGUNAN JAJAHAN JELI

    "Untuk Membangunkan Jajahan Jeli Berpandukan
    Perancangan Gunatanah Yang Teratur Dan 
    Mampan Selaras Dengan Fungsinya Sebagai
    Bandar Pendidikan Yang Syumul Dengan
    Menyediakan Kediaman Yang Selesa, Kemudahan
    Yang Mencukupi Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti

    (Rujukan rasmi :RISALAH DRAF RANCANGAN TEMPATAN JAJAHAN JELI)

    MENJADI RAKAN KONGSI BERSAMA !!
    KAWASAN YANG STRATEGIK, TERHAD MENJADI ASET YANG AMAT BERHARGA DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR YANG LENGKAP!!!!

    Apa tunggu lagi,marilah kita bersama-sama menyahut seranan kerajaan untuk membangunkan Tanah Jajahan Jeli agar kita turut berada selari dengan arus kemodenan dalam membangun penempatan orang melayu.
    Selain itu, tanah ini berada di kawasan yang strategik seperti menawarkan Pusat perdagangan dengan fungsi perkhidmatan terhad,penawaran barangan terhad,pusat institusi pendidikan dan sebagai pusat institusi penyelidikan berasaskan pertanian.

    PROJEK PERUMAHAN PENEMPATAN BARU DI JELI

    Kami ingin mencari "RAKAN KONGSI" bagi tujuan membangunkan kawasan tanah yang luasnya lebih kurang (55 ekar) yang mana berada di kawasan strategik termasuk dalam "Draf Rancangan Tempatan Tanah Jajahan Jeli".

    Pembangunan  tanah ini akan di jalankan di kawasan berhampiran UMK Kelantan yang telah di buka pada awal tahun ini.Tanah ini akan dibangunkan lot-lot kedai dan rumah-rumah yang bervariasi dan mampu milik.
    Pecahan tanah ekar ini seperti berikut di mana satu ekar tanah bersamaan enam lot banglo.Selain itu juga, tanah-tanah itu juga boleh di pecahkan menjadi lot-lot rumah teres. Keluasan tanah lot yang sebenar akan dibincangan lebih lanjut kepada pembeli yang serius sahaja atau yang berminat untuk menjadi "Rakan Kongsi " kami. Jika anda berminat, kami ingin memberitahu bahawa pihak kami akan memberi  apa-apa jua maklumat berkenaan Projek ini kepada serius 'Buyer' sahaja.

    Kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam Pembangunan Hartanah untuk berkongsi keuntungan yang berlipat ganda bersama kami. Jika anda seorang kontraktor atau jurutera atau sesiapa sahaja anda yang berminat dengan Projek ini sila hubungi kami segera untuk keterangan lebih lanjut.

    Sila hubungi saya di talian 014-5487916 (Mieza Ali)

    PELABURAN YANG BIJAK MASA DEPAN

    03 di kelaboran - Google Blog Search

    03 di kelaboran - Google Blog Search


    Adun Pas <b>Kelaboran</b> Dan Abby Abadi Nafi Bernikah

    Posted: 07 Nov 2012 12:00 AM PST

    .
    .hisyam invest yahoo 13/12/2012-13-1-2013 .. 1 bulan
    .

    ABBY ABADI

    Berita Abby abadi..berita ke 5 minggu ni pasal Abby Abadi..hehehe.Kali ni gosip kahwin pulok. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi.

    Mohd Zaki Ibrahim yang merupakan wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

    Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

    "Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika.

    Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

    "Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

    "Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

    Abby melalui laman sosial twitter menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

    Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

    Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

    dipetik dari SinarHarian

    VN:F [1.9.21_1169]

    Rating: 10.0/10 (2 votes cast)

    VN:F [1.9.21_1169]

    Adun Pas Kelaboran Mohd Zaki Dan Abby Abadi Nafi Sudah Bernikah, 10.0 out of 10 based on 2 ratings
     

    ads