Isnin, 14 Januari 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Royalti <b>Kelantan</b> » Blog Archive » Sidang Media :- MEMORANDUM <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2013 01:58 AM PST

r_memorandum_tuntutan_petronas5-royalti

r_memorandum_tuntutan_petronas2-royalti

r_memorandum_tuntutan_petronas4-royalti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Yang Amat Berusaha Tan Sri;

MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI NEGERI KELANTAN, ISU PEMBERIAN WANG EHSAN KEPADA TERENGGANU-KELANTAN-PAHANG, ISU PERSEMPADANAN LAUT DAN PERTINDIHAN MEDAN BERTAM ANTARA NEGERI PAHANG DAN TERENGGANU, ISU TUNTUTAN KENAIKAN ROYALTI BAGI SABAH DAN SARAWAK.

Pihak Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R", kini merupakan gabungan 100 buah NGO dari negeri-negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini dikenali sebagai R MALAYSIA.

 

TUNTUTAN RAKYAT KELANTAN

1. petronas perlu jelaskan bayaran tunggakan royalti bernilai rm10.4 billion

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan telah mengumumkan pada 3 Oktober 2012, di Istana Kehakiman Putrajaya bahawa tunggakan jumlah Bayaran Tunai ataupun Royalti yang PETRONAS dan Kerajaan Malaysia perlu bayar adalah sejumlah RM10.4 Billion, yang meliputi pengeluaran sejak 1990 an lagi.

 

I. PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ):

1.     (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.

(3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.

II. PETRONAS PERLU PATUHI AMANAT TUN RAZAK

 

Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami.

"Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya."

 

 

IV. MENGGUNAKAN ORDINAN DARURAT DAN 3 BATU NAUTIKA SUDAH DIMANSUHKAN.

Kerajaan Malaysia perlu mengikuti Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen yang mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan dan sudah dimansuhkan di Parlimen tahun lepas, 2011.

 

2. DARATKAN GAS KE KELANTAN

 

 

I. PETRONAS PERLU PATUH DAN SETIA kepada Titah Sultan Muhammad V agar Gas didaratkan ke Kelantan

 

"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,"

 

Kenyataan Baginda pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12, Disember 2011

 

II. PETRONAS PERLU SERAHKAN HASIL GAS DAN MINYAK KELANTAN

 

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan, (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut;

  1.                              I.          Blok A18
  2.                            II.          Blok B17 & C19
  3.                          III.          PM3
  4.                          IV.          Sub-Blok Ular
  5.                            V.          PM301 & PM302
  6.                          VI.          PM303
  7.                        VII.          PM311 & 312

 

 

III. MINYAK DAN GAS KELANTAN INGIN DIDARATKAN KE KERTEH, TERENGGANU PADA TAHUN 2013.

 

 

PETRONAS berkenaan laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 22 Jun 2012 melaporkan bahawa Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) akan melabur AS5.2 Billion (RM15.6Billion – Utusan Malaysia, RM16.64Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dlm tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas dalam perairan Negeri Kelantan sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membangunkan saluran paip seluas 300km dari blok gas dlm perairan Kelantan ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu menjelang tahun 2013.

Mencadangkan dan mengesa PETRONAS agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di Kelantan, kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh, iaitu ke Pantai Senok, Bachok hanya 140km sahaja berbanding 300km ke Kerteh.

IV. PETRONAS CUBA NAFIKAN HAK KELANTAN

 

Pendaratan Minyak dan GAS Kelantan ke Songkhla, Thailand sejak tahun 2004, penafian hak hasil bumi Negeri Kelantan sejak 2004 dan sebelumnya, usaha untuk mengeluarkan minyak dan gas Kelantan dari Blok PM 302, PM325 dan PPM 326B ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu adalah PENCABULAN Konsep Federalisme yang dimeterai dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Sekiranya minyak dan gas didaratkan ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan sekiranya gas didaratkan di Negeri ini sepertimana Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yg telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi.

Kami percaya dgn pendaratan projek PETRONAS tersebut akan membuka peluang Kerja yg sangat luas sekiranya projek Gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan, secara langsung ia akan meningkatkan Ekonomi Negeri Kelantan dan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

 

 

TUNTUTAN RAKYAT TERENGGANU

 

1. SELESAIKAN TUNTUTAN BERTINDIH MEDAN MINYAK BERTAM

 

I. Perdana Menteri pada kenyataan yang disiarkan media arus perdana menyatakan bahawa "PETRONAS TEMUI MEDAN MINYAK" pada 31 Oktober 2012 yang lalu.

 

Medan Minyak di Bertam, di Blok PM307, 160km dari Pahang. Pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014. Sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari. Rizab medan minyak Bertam sebanyak 64 juta tong.Negeri Pahang dijangka menerima "wang ehsan" sekitar RM100 juta setahun.

II. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN TERENGGANU BUKANNYA WANG EHSAN.

PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian TERENGGANU dan Petronas pada TAHUN 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ):

1.     (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.

(3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.

 

 

TUNTUTAN RAKYAT PAHANG

 

I. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN PAHANG BUKANNYA WANG EHSAN.

 

Kami mennuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah "Wang Ehsan" adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan "Wang Ehsan" RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti.

Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, pihak R Malaysia dan R Pahang menuntut PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

 

II. DEDAHKAN MEDAN RHU 

Kami menuntut PETRONAS mendedahkan bukti terperinci mengenai kewujudan telaga minyak di Blok PM-308 Medan Rhu kepada umum dalam masa terdekat.

Sepertimana Perdana Menteri pada 31 Okrober lalu mendedahkan blok PM-307 Bertam adalah hak milik Pahang sedangkan hasil kajian kami ia adalah milik Terengganu.

Mengapa Kerajaan Pusat dan PETRONAS tidak dedahkan ada telaga minyak dalam perairan Pahang iaitu di blok PM-308 Medan Rhu

 

 

 

 

 

TUNTUTAN RAKYAT SABAH & SARAWAK

Kami menuntut royalti daripada 5 peratus ditingkatkan kepada 20 peratus bagi membangunkan sosio-ekonomi Negeri Sabah dan Sarawak, yang mana kedua-dua Negeri tersebut berada pada paras kemiskinan paling ramai di Malaysia.

Kemudahan infrastruktur asas, pembangunan fizikal dan modal insan juga jauh ketinggalan berbanding Semenanjung.

TUNTUTAN R MALAYSIA

 

I. R Malaysia menuntut agar diberikan bayaran royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus kepada Negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan semua negeri-negeri pengeluar minyak serta gas pada masa akan datang.

II. R Malaysia menuntut agar segala minyak dan gas yang dijumpai dan dikeluarkan dari dalam perairan dan luar perairan mana-mana negeri pengeluar adalah perlu didaratkan dan diproses di Negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Memorandum ini bertarikh 11 Januari 2013

…………………………..

Nazri Deraman

Presiden R Malaysia

Mohamad Fauzi Abu Samah

Pengerusi R Terengganu

Nordin Majid

Pengerusi R Pahang

TAG: HKR #KL112

FOTO BERKAITAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


KLXPRESS - Isu Tanah Balak Lebih 4,000 Hektar <b>di Gua Musang</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2012 08:05 PM PST

jbKOTA BHARU – Pelbagai reaksi timbul kini apabila tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menawarkan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP dengan ramai menyifatkan ia sebagai pengkhianatan kepada negeri dan anak-anak Kelantan.

Presiden Persatuan Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan Darul Naim), Datuk Noordin Razak berkata, dakwaan itu juga amat memalukan dan mengaibkan anak-anak Kelantan.

Beliau berkata, dakwaan itu sekiranya benar menunjukkan kerajaan Pas terdesak untuk mendapatkan sokongan sekutunya DAP bagi memperkuatkan pakatan mereka dalam usaha merampas kuasa pemerintahan negara pada pilihan raya akan datang.

"Saya percaya jika tidak ada pakatan pembangkang, perkara ini tidak berlaku, mesti ada muslihat dan agenda politik," katanya

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pemberian tanah bernilai puluhan juta ringgit di Gua Musang kepada dua pemimpin DAP Perak.tk

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, transaksi yang berlaku menimbulkan keraguan dan memerlukan siasatan segera bagi mengetahui perkara sebenar di sebalik pemberian tersebut.

Dua pemimpin DAP yang didakwa terlibat ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Isu itu timbul apabila sebuah blog,pisau.net yang mendakwa Nik Abdul Aziz telah menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Penulis blog itu mendakwa tawar menawar itu berlaku ketika polemik pemilihan Menteri Besar berlaku ketika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum pada tahun tersebut.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas bagaimanapun telah menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

Kata Mohd. Hilmi, selain Koo Ham dan Kor Ming, SPRM wajar menyiasat Nik Aziz yang merupakan individu bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah di Kelantan.

"Saya tidak mahu tuduh secara melulu, tetapi sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dari Perak, saya juga mahu tahu perkara sebenar. Bagaimana transaksi itu boleh berlaku? Ini bukan isu kecil tetapi membabitkan tanah pembalakan yang bernilai puluhan juta ringgit," katanya.


03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


(JKP) Zon 4 MDKPI - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 13 Jan 2013 01:04 PM PST

Majlis Pelancaran Dan Perasmian Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 Majlis Daerah Ketereh telah diadakan pada 21 RabiulAkhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011 di Taman Anggerik, Kok Lanas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam YM. Tengku Azmi bin Tengku Jaafar.  Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Ketereh, Ahli-ahli Majlis Daerah Ketereh, pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Ketereh serta penduduk setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, persembahan dikir barat, pameran dan ekspo serta forum perdana.

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI
 

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI

Ahad, 13 Januari 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BN BUKA 541 BILIK GERAKAN PRU <b>DI KELANTAN</b> ~ Perigi Timur

Posted: 13 Jan 2013 06:28 AM PST


KOTA BHARU -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membuka 541 bilik gerakan pilihan raya di negeri ini bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selaras dengan pembukaan bilik gerakan itu, 2,000 Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan melaksanakan gerak jentera pilihan raya dengan lebih agresif.

"BN Kelantan sudah bersiap sedia. Gerak kerja dan perang saraf akan ditingkatkan demi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan sempurna.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


pru 13: bn intai peluang <b>di kota bharu</b> dan rantau <b>...</b> - kembali mencari

Posted: 17 Dec 2012 07:05 AM PST

Beberapa hari yang lalu kawe dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang bertanyakan perihal kebenaran mengenai kemungkinan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak mahu bertanding untuk pertahankan kerusi tersebut kerana mahu memberi laluan kemenangan kepada calon BN dari UMNO disitu.Mungkin sahabat kawe terkejut dan tidak percaya dengan berita yang beliau dengar tersebut dan kawe berfirasat beliau ingin mendengar komen kawe mengenai perkara tersebut. Untuk tidak menghampakan harapan beliau kawe hanya berkata mungkin ada kebenaran jika satu luahan DWR mahu diambil kira tidak lama dahulu . DWR pernah berkata secara terbuka bahawa beliau sudah tidak mahu lagi bertanding di Parlimen Kota Bharu dan beliau juga ada beritahu secara terbuka bahawa beliau telah menerima tawaran dari MB Selangor untuk membantu PKR di Selangor mengekalkan kerajaan dalam Pru 13 nanti.
Sebelum kawe melanjurkan diri untuk membongkar rahsia sebenar apa yang berlaku di kerusi Parlimen Kota Bharu ,kawe ingin bawa sedikit cerita dari Parlimen Rantau Panjang .Walaupun sebenarnya kawe tidak  bernafsu dengan bingkisan cerita dari daerah sempadan Siam itu sebenarnya . Kawe menjadi teruja setelah mendapat tahu bahawa pihak UMNO di Kelantan mahu kerusi Parlimen tersebut dimiliki oleh BN dalam PRU 13 untuk mencukupkan sasaran mereka memenangi 9 Parlimen di kelantan dalam pru 13 nanti.
Amat bagus untuk UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang untuk dimiliki oleh BN kerana dalam PRU 12 yang lalu pihak PAS menghina UMNO disitu dengan hanya meletakkan calon wanita sahaja untuk memberitahu pimpinan umno pusat bahawa perbalahan dalaman UMNO Rantau Panjang tidak akan selesai sehingga kiamat.Mungkin bila UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang sebagai mesti dimenangi oleh BN adalah satu langkah untuk mempercepatkan proses kiamat itu berlaku.Sasaran UMNO untuk memenangi kerusi tersebut adalah semata mata untuk membina sekuman harapan supaya UMNO RP meredakan diri dari perbalahan dalaman bagi menghadapi PRU 13 nanti pada pandangan kawe.
Di Parlimen Kota Bharu satu ketika dahulu diwar warkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.BN dan KITA. Zaid Ibrahim mempunyai satu dendam yang panjang dengan Fatmi di Kota Bharu dan perkara ini merupakan rahsia umum.Zaid akan memastikan Fatmi kecundang dengan apa cara sekalipun di Kota Bharu.Pernah gempar di seluruh negara bahawa PAS akan beri laluan kepada KITA untuk Zaid balas dendamnya terhadap Fatmi tetapi kegemparan tersebut segera di nafikan oleh pihak PAS.
Dalam pertaruhan ini musuh sebenar BN di Kota Bharu bukanlah PAS tetapi Zaid yang memusuhi Fatmi.KITA akan sokong PAS untuk jatuhkan Fatmi dan BN menjadi mangsa dendam Zaid kepada Fatmi.Betul dan benar KITA bukan sebuah parti yang sekuat UMNO di kelantan tetapi kekuatan peribadi Zaid sudah cukup untuk membantu BN kalah kepada PAS di Kota Bharu.Amat logik disini jika DWR mengambil sikap tidak memusuhi Fatmi tetapi membiarkan permusuhan Zaid dan Fatmi berlarutan.
Kenapa YDP Kota Bharu menyerahkan calon Parlimen Kota Bharu kepada TYDP untuk membantu Fatmi menolong BN memenangi kerusi tersebut?
PAS Rantau Panjang boleh tidur lena dan sesekali boleh menyeberangi ke seberangan sana untuk menikmati Som Tam di Golok sementara menunggu loceng PRU 13 di bunyikan. PAS akan selesa lagi di Rantau Panjang dan DWR tidak perlu dijadikan percaturan seperti PRU 12 untuk bertanding di Parlimen tersebut kerana kekuatan Kak Lah sebagai ahli Parlimen di puji serata oleh rakyat Rantau Panjang.Parlimen Kota Bharu dalam PRU 12 bukanlah milik DWR sebenarnya ,itu mereka yang mengetahui ceritanya .Tapi hari ini Kota Bharu dalam cengkaman beliau.
Memang benar secara terbuka DWR menyuarakan hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU 13 nanti ,beliau nyatakan pendirian ini secara terbuka dilaman laman sosial dan pernah menyatakan semasa beliau berada di tanah suci. Tidak cukup dengan itu DWR juga dengan tegas mengatakan di depan TGNA bahawa YB Dato Takiyuddin adalah calon yang paling sesuai untuk mengantikan dirinya di Kota Bharu .
Mengapa pihak UMNO memerlukan Fatmi dibantu atau diberi laluan oleh DWR untuk BN memenangi Parlimen Kota Bharu dan mengapa pula DWR patut bantu Fatmi? Kawe tidak mahu jawab persoalan itu sebaliknya kawe serahkan kepada pihak UMNO merungkaikan perkara tersebut jika terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan itu akan berlaku.
Pada kawe UMNO dan Fatmi tidak memerlukan EHSAN DWR untuk mereka beri kerusi tersebut kepada BN.Minta ehsan dari DWR bermakna UMNO akui Fatmi itu lemah.Apakah UMNO lemah di Kota Bharu? Apakah dengan ketiadaan Zahid masih lagi menjadi ketakutan kepada Fatmi? Apakah ketiadaan DWR sebagai lawan masih lagi menghantui Fatmi? 
Apapun bagi kawe langkah UMNO mensasarkan kerusi Parlimen Kota Bharu sebagai milik BN dalam PRU 13 adalah satu langkah yang tepat.Dan penarikan diri DWR untuk bertanding semula di Parlimen Kota Bharu juga satu langkah yang patut untuk dirinya tetapi amat tidak patut untuk PAS membiarkan perkara itu berlaku.Kawe yakin dengan keupayaan Dato Taki untuk berkhidmat di dewan rakyat nanti dengan kebolehan serta kelayakan yang beliau miliki. Tapi rata rata orang Kota Bharu terasa curiga dengan kebolehan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Kota Bharu.
Jaddik rahsia sebenarnya yang cuba diambil kesempatan oleh UMNO dengan mengatakan DWR beri laluan kepada Fatmi untuk BN menang kerusi Kota Bharu adalah DWR beri ruang kepada Fatmi untuk beri khidmat kepada orang Kota Bharu yang tidak berjaya dilakukan oleh Fatmi jika DWR masih berlegar legar di kawasan Kota Bharu.UMNO tahu Dato Taki tidak mampu untuk menawan hati pengundi Cina di Kota Bharu ,UMNO tahu Dato Taki tidak mampu melayani kerenah kerenah pengundi yang selalu minum kopi di kedai kedai kopi sekitar Kota Bharu.Kemampuan ini juga tiada pada Fatmi sebenarnya.
Apakah Cina di Kota Bharu lebih selesa dengan Dato Taki atau lebih mesra dengan Dato Fatmi setelah Bapak Perhubungan kaum di Kota Bharu turun dari singgahsana??

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


bekas pentaksub pas b kesal mengkafirkan <b>...</b> - media shah alam

Posted: 12 Jan 2013 05:42 PM PST


Amat Haji Hadi  yang telah memecah belah umat Islam  bukan sahaja menjadi mimpi ngeri kepada bekas penyokong Pas malah ingauan itu masih dirasai biarpun Nik Husin Man telah meninggalkan ketaksubannya pada Pas.
Nik Husin Man ,68 ,dari Kampung Gaal Pasir Puteh Kelantan menceritakan detik-detik ketaksubannya sebelum meninggalkan Pas.
Usahkan menikmati juadah nasi gulai daging padang sahaja sudah jijik apa lagi untuk menghidu aroma masakan gulai dari jiranya yang menyokong Umno.
Itulah antara contoh yang boleh di ambil darilaporan akhbar mingguan hari ini.sebelum meneruskan cerita ini.MSA ingin menceritakan bagaimana  bapak aku  dikafirkan  oleh penyokong Pas  secara membabi buta,malah babipun tak sebegitu rupa.
Bapak aku merupakan  seorang guru  mengajar alquran secara percuma kepada anak-anak kampung  kelahiran  aku.Pada ketika  aku   sudah remaja  dan tahu berfikir berlaku satu peristiwa yang memang pedih untuk diceritakan.
Dahsyatnya  pentaksub PAS walaupun anak-anak mereka menimba ilmu  dengan  bapak  aku,namun begitu  tetap juga dikafirkan kerana bapak  aku  adalah penyokong Umno.
Pada satu masa sebelum zohor .Aku  sedang lepak-lepak  di laman rumah,tetiba ada pentaksub Pas datang pulangkan  daging lembu  yang dibelinya  dari  seorang peniaga kerana tahu daging lembu yang dibelinya adalah sembelihan bapak aku.
Pentaksub Pas  tersebut berkata: dia  tak boleh makan  daging lembu yang disembelih oleh orang  Umno  kafir . kafir  sembelihanya haram dimakan,setelah dicampakkan daging itu dihadapan bapak aku,.. dia pulang dengan  tidak bersalam.,,itulah kurang hajarnya..kini dia telah meninggal dunia,,siapa yang tanggung dosanya menyakitkan hati  orang tua aku,
 Memang kebiasanya  bapak  aku  jadi tukang sembelih  haiwan  halal  kepada beberapa orang peniaga  daging  beragama Islam dikampung-kampung terdekat.
Itulah sedikit kisah bagaimana  bapak yang membesarkan  aku dikafirkan.malah  ketika si pentaksub Pas  yang aku ceritakan dalam keadaan  nazak,,anak-anaknya membaca  surah yasin  qalamullah yang dipelajarinya dari bapak aku...Memang hampeh terung puak-puak  pas berok.
Mai kita sambung dengan cerita Nik Husin Man  yang berpegang kuat kepada amanat haji hadi sepanjang aktif sebagai ahli jawatankuasa Pas dikampung  Gaal Pasir puteh Kelantan
Ketika itu katanya,mana-mana jiran yang menyokong umno dianggapnya sebagai golongan  yang menentang Islam,sekaligus dicap sebagai kafir serta tidak boleh dijadikan sahabat.Bukan setakat jiran menjadi mangsa Amanat Haji Hadi.bapak mertua saya sendiri yang menyokong umno pun saya tidak hormati.Termasuk adik beradik saya yang tidak sefahaman dengan saya,'katanya ketika ditemui .
Pengakuan nik Husin itu adalah rentetan daripada pendedahan yang dibuat oleh  bekas aktivis tegar pas,zainol Ismail atau dikenali sebagai C.N  Al- Afghani bahawa puluhan ribu penyokong pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Nik Husin Mendakwa,Orang UMNO yang dianggap kafir juga dipulau oleh keseluruhan penghuni pondok pengajian agama di Gaal termasuk tidak hadir untuk sembahayang jinazah,majlis tahlil, atau majlis kenduri.
Dulu saya anggap orang umno kafir dan kini giliran saya pula dikafirkan oleh penyokong tegar Pas selepas nekad meninggalkan pegangan Amanat Haji Hadi serta menyesali ketaksuban bersengkongkol  dengan parti yang memecah belahkan umat Islam.
Menurutnya Umno dikafirkan kerana menjalinkan kerjasama politik dengan parti MCA,MIC,namun tiada pula hukum kafir apabila Pas sendiri berkerjasama malah tunduk tuntutan DAP termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan agama islam.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


PAS MENDAJAL LAGI <b>DI GALAS</b> – Perak Today

Posted: 21 Oct 2010 03:01 AM PDT

Demi memancing undi di DUN Galas, Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pemberian geran hak milik kepada peneroka-peneroka di kawasan Tanah Rancangan Felda, termasuk di Felda Chiku Satu dan Felda Chikum Dua bagi menjelaskan hutang masing-masing. Menurut sumber, peneroka-peneroka di Tanah Rancangan Felda itu sudah lama menuntut hak milik geran tersebut dari pihak Kerajaan PAS Kelantan. Namun memandangkan bahawa kawasan itu adalah "kubu kuat" Barisan Nasional/UMNO, maka tuntutan tersebut "dipandang sepi" oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Berikutan Pilihanraya Kecil DUN Galas, maka dengan tiba-tiba turun "wahyu dari langit" untuk menyegerakan proses tuntutan hak milik geran tersebut. Secara tiba-tiba, segala proses hak milik geran menjadi mudah. Tiba-tiba pihak Kerajaan PAS Kelantan "berbesar hati" untuk memberikan hak milik geran tersebut kepada peneroka-peneroka Felda terbabit.

Kenapa secara "tiba-tiba"? Kerana "tiba-tiba" ada PRK di DUN Galas. Kenapa dulu tidak dipercepatkan proses pemilikan geran terbabit? Kerana ketika itu tiada kepentingan hendak memberikan hak milik tanah kepada rakyat Melayu beragama Islam terbabit. Tambahan pula Tanah Rancangan Felda tersebut didiami oleh rakyat-rakyat marhain yang menyokong Barisan Nasional/UMNO, tentulah ada "double standard"!

Penulis percaya bahawa PAS Kelantan cuba "meniru" gerak kerja BN. Penulis masih ingat ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tempohari, BN mengumumkan tentang pemberian bantuan dan geran milik tanah kepada rakyat di Hulu Selangor. Mungkin PAS cuba "meniru" strategi ini. Namun, PAS tidak tahu bahawa bantuan dan geran hak milik tanah di Hulu Selangor telah pun diluluskan sebelum PRK Hulu Selangor diumumkan SPRM. Malah ketika itu, BN tidak terfikir pun akan ada PRK di Hulu Selangor. Bantuan dan geran hak milik tersebut diberikan kepada rakyat secara ikhlas tanpa sebarang permintaan sebagai timbal balas. Begitulah BN berbakti kepada rakyatnya.

Namun berbeza dengan PAS di Kelantan, tuntutan oleh peneroka-peneroka Felda di kawasan Gua Musang itu sudah lama dituntut oleh peneroka-peneroka di kawasan itu. Namun mereka bagaikan "putus harapan" untuk terus meminta-minta dari Kerajaan PAS Kelantan yang "pilih bulu". Peneroka-peneroka hanya menyerahkan tuntutan mereka kepada Allah S.W.T. Mereka bertawakkal kepadaNya kerana mereka sedar, dimanalah letakkan mereka berbanding "kasta" puak-puak PAS di Kelantan. Akhirnya alhamdulillah, Allah S.W.T telah mengurniakan PRK DUN Galas sebagai alasan membantu "kezaliman" yang cuba dilakukan oleh PAS Kelantan terhadap mereka.

Penulis melihat ini sebagai rahmat dari Allah S.W.T, bukannya sebagai "budi" dari Kerajaan PAS Kelantan. Jika Kerajaan PAS Kelantan ikhlas mahu berbudi pada rakyat, dari dahulu lagi mereka sudah memberi bantuan kepada golongan marhain di felda-felda ini. Namun mungkin di atas sifat "busuk perut" oleh pemimpin"penganut-penganut agama" PAS ini dan memandangkan Felda adalah "tajaan" dan sumbangan ikhlas dari Barisan Nasional sejak di zaman Allahyarham ayahanda kepada Dato' Seri Najib, Tun Abdul Razak, maka mereka "buat endah tidak endah". Namun, demi kepentingan undi untuk PRK DUN Galas kali ini, PAS serta merta mengumumkan pemberian geran hak milik tersebut? Nampak sangat "ada udang di sebalik batu".

InsyaAllah, biarlah Allah S.W.T sahaja yang menilai segalanya. Biarlah pengundi-pengundi di DUN Galas saja yang menentukannya. Ada penyokong PAS kata, "kalau sayangkan Ku Li, undilah PAS!". Penulis ketawa besar mendengar kata-kata "pujuk undi" tersebut. Apakah dia fikir pengundi DUN Galas itu bodoh seperti mereka? Apakah mereka fikir bahawa Ku Li sebagai Pengarah Kempen BN bagi PRK DUN Galas tersebut akan bersetuju dengan "saranan" mereka? Apakah mereka fikir Ku Li akan membiarkan DUN Galas jatuh sekali lagi kepada PAS dan meng"gadai reputasi"nya sebagai pemimpin UMNO yang bertahap menteri? IQ Ku Li tidak bodoh seperti mereka. Ku Li pastinya akan memastikan prestasinya sebagai pejuang UMNO tidak aka tercalar…

Bersedialah PAS Kelantan. Demi rakyat, BN/UMNO akan kembali mewakili DUN Galas ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pastinya wakil rakyat BN/UMNO itu tidak akan terlepas pandang membawa segala permasalah rakyat DUN Galas ke Sidang DUN Kelantan. Dan pastinya dia akan berkhidmat membela nasib rakyat di DUN Galas berbanding di DUN-DUN Kelantan yang lain. YB-YB PAS Kelantan banyak yang "makan gaji buta" dan tidak membantu rakyat di kawasannya. Mereka lebih suka berceramah sambil mengedarkan "tin-tin perjuangan" untuk dimasukkan ke dalam kocek mereka. Apa YB PAS peduli dengan jalanraya yang belubang sana sini? Asalkan kantung poketnya "penuh" dan dapat "tambah bini", itu sudah cukup "kebajikan" kepada mereka. Begitulah PAS dan labu-labunya

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


(JKP) Zon 4 MDKPI - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 12 Jan 2013 11:34 AM PST

Majlis Pelancaran Dan Perasmian Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 Majlis Daerah Ketereh telah diadakan pada 21 RabiulAkhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011 di Taman Anggerik, Kok Lanas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam YM. Tengku Azmi bin Tengku Jaafar.  Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Ketereh, Ahli-ahli Majlis Daerah Ketereh, pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Ketereh serta penduduk setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, persembahan dikir barat, pameran dan ekspo serta forum perdana.

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI
 

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI

Sabtu, 12 Januari 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Masjid baru (New mosque of) <b>Kok Lanas</b> - seni lama melayu (malay <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 10:57 AM PST

Malam ini 3 Januari 2013 atau 3/1/13 saya rasa elok dibuat artikel baru menjadikannya yang ke 1,111 di blogspot ini.
Tonight 3rd January 2013 or 3/1/13 I feel it is good to make a new article making it the  1,111th in this blogspot.
Dalam perjalanan dari Kota Bahru menghala ke Jeli hampir sebulan lalu saya lalu di pekan Kok Lanas lalu terlihat masjid ini.
On the way from Kota Bahru heading to Jeli almost a month ago I passed through the small town of Kok Lanas and saw this mosque.

Rekabentuknya kelihatan seperti bangunan taman tema. Saya terfikir Disneyland...
Its design looks like a theme park building. I came to think of Disneyland...

Saya pun melihat ke dalam.
I then went looking inside.


Dalamannya serupa seperti kebanyakan masjid.
Its interior looks like that of most mosque.



03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


WALK 4 ROYALTI #2 <b>di KOTA BHARU</b>, KELANTAN | WebTV (R <b>...</b>

Posted: 05 Jan 2013 12:40 AM PST

WALK 4 ROYALTI #2 di KOTA BHARU, KELANTAN

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Gambar Situasi Banjir <b>Di Rantau Panjang</b> - 5.1.13 - Malaysians Must <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 05:06 AM PST


Petang semalam saya bersama isteri pulang dari Lumut ke Kota Bharu melalui jalan Penglima Bayu - Rantau Panjang.
Saya ingatkan banjir dah kering, rupanya jalan itu masih lagi tenggelam tetapi tidaklah dalam. Pada anggaran saya lebih kurang sedalam 1.5kaki di beberapa tempat tetapi saya masih berjaya mengharunginya dengan kereta ke Rantau Panjang
Ini adalah gambar yang diambil oleh isteri saya dengan menggunakan h/p

Petang semalam saya bersama isteri pulang dari Lumut ke Kota Bharu melalui jalan Penglima Bayu - Rantau Panjang.
Saya ingatkan banjir dah kering, rupanya jalan itu masih lagi tenggelam tetapi tidaklah dalam. Pada anggaran saya lebih kurang sedalam 1.5kaki di beberapa tempat tetapi saya masih berjaya mengharunginya dengan kereta ke Rantau Panjang
Ini adalah gambar yang diambil oleh isteri saya dengan menggunakan h/p

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


DATUK TAMRIN GHAFAR <b>DI TANAH MERAH</b>....PANASSS <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 12:01 AM PST


EEEEIIII TAK MALUUUU....BIASALAH ORANG UMNO...MUKA TEBAL....

PAKDOE ALLAN

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


cheklem: LAWATAN KE RUMAH LAMA <b>DI KETEREH</b>

Posted: 24 Aug 2012 05:47 AM PDT

Lawatan ke rumah lama di Ketereh pada 16 Ogos 2012. Rumah lama di Ketereh ni dibina kalau tak silap pada tahun 1975 atau 1976 semasa aku darjah 1 atau 2. Dulu semasa aku berkahwin (1992), kenduri diadakan dirumah ini. Sekarang ibu aku tidak lagi tinggal di sini kerana sudah lama tinggal di Bukit Merbau sejak sebelum ayah meninggal dunia. Rasanya bahagian belakang rumah ini telah disewakan. Di depan rumah ini ada sebuah rumah kedai kecil yang telah dijadiakan kedai jahit pakaian. Ada lagi beberapa buah rumah di belakang atau di kiri rumah ini yang dimiliki/diduduki oleh abang aku, bapa sauadara, sepupu, dan juga bekas rumah lama arwah nenek yang telah disewakan

ads