Khamis, 21 Februari 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search

Hajat Tunai Umrah Berkecai | Detik Perubahan

Posted: 19 Feb 2013 01:54 AM PST

imageKOTA  BHARU – Hajat seorang remaja untuk menunaikan umrah Mac ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di jambatan Bunut Payong, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Mohd Aiman Ibrahim, 17, bekas pelajar Ma'ahad Tahfiz Sains, Kok Lanas maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dan leher.

Mangsa dari Kota Bharu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Nilam Puri.

Sepupu mangsa, Rizwan Ramli, 29 berkata, dia amat terkilan kerana Mohd Aiman tidak sempat menunaikan umrah dalam masa terdekat ini.

Menurut Rizwan, sepatutnya Aiman bersama ibunya, Maznah Yusof, 50, dan adiknya, Muhammad Aidil Iman, 15, berangkat ke Tanah Suci pada minggu hadapan.

"Segala persiapan termasuk urusan visa telah pun siap dan hanya menantikan masa untuk berangkat ke sana, namun saya amat terkilan dan sedih selepas melihat mayatnya terbujur kaku di atas jalan selepas terlibat dalam kemalangan.

"Semalam (kelmarin) sebelum kejadian, saya sempat meluangkan masa bersamanya ke majlis kenduri pertunangan sepupu di Terengganu, dan sepanjang perjalanan dia tidak banyak bercakap dan hanya mendiamkan diri.

Tidak saya sangka perubahan itu merupakan petanda ajal dia akan pergi selamanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superitendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Idris berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Kita masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. – Sinar Harian

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search

ANAK MAMA MANJA: CNY @ <b>rantau panjang</b>

Posted: 14 Feb 2013 01:19 AM PST

cerita dah basi pun..byk dah lupa..tp nak update blog punya pasal tulis gak la...
sampai rantau panjang pukul 11 hari ahad bersamaan 10 feb 2013.
sampai je terus masak makanan tgh hari....mcm bagus je menantu ni kan..hikhik..sebenarnyer mak mertua tak ada kat rumah sbb jaga kedai so saya masak la ala kadar..buat sup ayam and goreng sayur sambil dibantu adik ipar...sambil2 menunggu kwn saya jugak...janji nak jumpa lepas zohor..
lepas masak...semua bedal mkn... pukul 3 lebih kawan saya satu family sampai..terus bwk dia p kedai sbb takut kedai kat rantau panjang ni tutup..biasa lewat ptg dah tutup kedai kat sini.. kawan saya ni ialah k.suhaila..kwn baik merangkap seperti adik beradik di sekolah...suami dia buat bisnes jual jersi...ada bukak kedai kat metro point..so nak try ambik jersi dr rantau panjang plak...
sampai di kedai, jumpa mak mertua dulu... lepas tu hasben bwk suami k.su ke kedai jersi yg tak jauh dari kedai mak mertua ni..lama jugak la suami k.su ni memilih..k.su pun memilih jugak..memilih toto and selimut dlm kedai mak mertua saya ni...byk jugak la berhabis..hikhik...
apa yg best, mak mertua saya dah bukak satu lagi kedai yg jual periuk belanga...best giler...saya la org paling teruja..hasben saya? releks je.. tak ada perasaan langsung tengok periuk belanga..hahaha...actully, mak mertua dah ada 2 kedai sebelum ni, satu kedai jual baju and satu lagi jual bantal, toto, selimut, cadar and ank2 patung serta bear.. ni bukak lagi kedai periuk belanga...tabik spring la kat dia...jgn tak tahu..dia pun cikgu k...kedai ni adik ipar la yg jaga..bila hujung minggu or cuti baru mak mertua saya dtg jenguk kedai...
kalau k.su memborong, saya lagi2 la...haha.. tak pernah sekali pun balik sini, saya boleh berpuasa dari membeli..walau satu brg mesti kene beli..hahaha...kali ni ambik bekas buffet.. murah ye mak mertua jual...rugi tak beli...angkut sekali selimut..dah mcm tak ada selimut kat rumah...pisau pun beli..haha...
lepas ni dah tak payah pinjam ngan mak...nak buat majlis kecik2 and masak sendiri  leh guna yg sendiri je...

sofia pun dpt hadiah besday dr tokmi...disbbkan tokmi risau berebut, abg cik pun dpt jugak satu...

cantik kan..kerusi...tq tokmi
maghrib je, pelawa k.su and family  dia singgah rumah mak mertua..solat and minum2 dulu...sofia and ikhlas bukan main rancak lg main lari2 ngan  ank2 k.su, ilham and aufa..tak lama pun k.su lepak..pastu diaorg balik...

k.su balik je, saya angkut ank2 masuk bilik..mandi time...mak and pak pun mandi jugak la..penat giler seharian bermcm xtvt..mlm tu mak mertua p majlis akad nikah ank kwn dia so tak masak la kan...pak mertua pun p...saya p dapur tengok lauk thari dah licin...masuk bilik bgtau hasben suruh beli je la..tak larat nk masak...hasben pun suruh ler adik dia beli..

sambil menunggu adik hasben ni balik, saya baring sambil susukan ikhlas..hasben pun sama..baring konon2 santai la..sofia duk tengok tv ngan mak and pak sedara dia kt luar..sekali kitaorg tertidur...sedar2 mak mertua ketuk pintu suruh mkn..membazir kalau tak mkn..kalau ikut hati, malas dah nk mkn...sambung tidur lg best..tp segan la plak..2 kali mak mertua ketuk pintu...last2 kuar mkn gak...  habis gak sebungkus mee sup..hikhik...

past tu sambung tdo..sofia dah lena dpn tv..hasben angkat bwk masuk bilik...mlm tu kami ank beranak tdo tak sedar diri.. letihhhh....

isnin/11 feb 2013
xtvt santai di rumah..thari keluar p kedai...window shopping..mkn2..lepak2 kat kedai mak mertua..tup2 dah lewat ptg..
mlm ingat nak masak...sekali mak mertua ckp beli je nasi kuning or nasi kerabu coz ramai dah kenyang..diaorg p kenduri kawin lewat ptg tu..so perut penuh lg la kot,,,saya ni mkn ptg ke tak ke..mlm mesti nk jugak telan nasi..hikhik...yahoo..cancel masak...

selasa/ 12 feb 2013
mak mertua dah mula mengajar... kami pun bersiap nk balik kg saya plak...lepas mkn pagi, kemas2 brg masuk kereta...singgah kedai lg..cr jersi ikhlas..hasben la ni... sebenarnyer nk cr seluar pjg sofia je..baju tak basuh so tak ada seluar pjg...dah smp sana lain plak..ada je penambahan...

sebelum bertolak, singgah sekolah mak mertua ..dia pesan suruh singgah sbb nk jumpa sofia..time dia p kerja tadi, sofia duk membuta lg..hehe...lepak sekejap, past tu bertolak balik ganu...

*
*
*
*
*
*

biasa2 ajer cuti kami....yg penting seronok balik kampung...;)

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

MalaysiaDaily: Tiga Ketua Bahagian Umno <b>Kelantan</b> Tidak Jadi <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 08:09 AM PST

Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state. Formula itu kemungkinan dipakai semula pada pilihan raya umum ke-13 ini, bagaimana pun dengan sedikit pindaan apabila terdapat beberapa ketua bahagian dikatakan akan dirihatkan kerana menghadapi masalah peribadi bagi mengelakkan peluang Umno terjejas untuk menang.

Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.

Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong,  Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding  kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.

Begitu juga dengan ketua bahagian Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang dan Pasir Mas bertanding dikerusi state tetapi kalah.  Hanya ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein yang bertanding di kerusi parlimen kedua-duanya menang.

Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli.

Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja.

Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.

Sementara Dali Husin katanya diberi peranan untuk menawan kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan.

Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang.

Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.

Kerusi Ketereh diserahkan kepada timbalan ketua bahagian Ketereh, Md Alwi Che Ahmad. Alwi pernah memang dikerusi parlimen Ketereh tahun 2004. Dalam pada itu khabarnya Annuar sedang melakukan serang saraf dan lobi perigkat "apollo" bagi memastikan dia akan diletakkan bertanding di Ketereh. Parlimen Kubang Kerian akan diserahkan kepada Anuar Shafin  ketua pemuda.

Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.

Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.

Bagaimana Umno baik di bahagian Pasir Mas, Kelantan dan Kuala Lumpur sukar untuk memberi laluan kepada Ibrahim keadaan ini menyebabkan Hanafi tersempit. Sekiranya 'formula' mengenai kedudukan Ibrahim dengan Umno gagal dicapai besar kemungkinan Hanafi diletakkan di parlimen Pasir Mas atau kerusi state Pengkalan Pasir.

Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur.

Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu. 

Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir.

-http://msomelayu.blogspot.com

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search

MalaysiaDaily: Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Tidak Jadi <b>...</b>

Rabu, 20 Februari 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

RM5j Bantu 13,000 Penerima <b>Di</b> DUN <b>Jelawat</b> | Kota Bharu News

Posted: 17 Feb 2013 05:31 PM PST

BACHOK - Kerajaan Pusat memperuntukkan lebih RM5 juta bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2 untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat membabitkan lebih 13,000 penerima termasuk 3,600 orang bujang. 
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Datuk Dr. Ilias Husain berkata, keputusan kerajaan meneruskan pemberian bantuan sebanyak RM500 itu kepada ketua keluarga dan RM250 kepada golongan bujang adalah wajar kerana membantu golongan berpendapatan rendah menjalani kehidupan mereka. 
Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Kelantan berkata, maklum balas yang diterima dalam kalangan rakyat terutama golongan petani, nelayan dan buruh kasar di negeri ini berhubung pelaksanaan BR1M adalah sangat positif. 
"DPIM Kelantan telah membuat analisis dan tinjauan di peringkat akar umbi mendapati 99 peratus rakyat miskin dan mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah di negeri ini menghargai dan menyanjung tinggi pemberian BR1M. 
"Hanya satu peratus yang memperlekehkan keikhlasan kerajaan kerana terlalu taksub dengan pengaruh parti pembangkang walaupun mereka turut mengambil dan menikmati manfaat daripada pemberian bantuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis makan pagi dan sembang bersama rakyat di Kedai Kopi Fauzi Pekan Jelawat, dekat sini hari ini. 
Ilias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata demikian ketika diminta mengulas jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa BR1M tidak akan dihentikan kerana ia adalah pulangan semula kepada rakyat hasil pertumbuhan ekonomi negara yang tinggi. 
Mengulas lanjut, Ilias berkata, pemimpin pembangkang sepatutnya tidak mempolitikkan pemberian BR1M kerana pendekatan itu adalah usaha murni Kerajaan Pusat dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya selaras dengan dasar negara berkebajikan yang telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat diterajui oleh Barisan Nasional (BN). 
Kata Ilias, negeri-negeri di bawah parti pembangkang termasuk Kelantan yang kaya dengan hasil bumi, juga boleh melaksanakan pendekatan sama sekiranya berkemampuan untuk berbuat demikian. 
Apa yang penting bagi kerajaan negeri kata beliau, untuk merancang pembangunan bagi memacu pertumbuhan ekonomi berbanding memperlekehkan setiap setiap usaha murni BN dalam membantu rakyat. 
"Setakat ini tiada apa pun dilakukan oleh pembangkang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri berhubung kebajikan rakyat Kelantan kecuali lebih fokus kepada isu politik, ceramah dan slogan," katanya.

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search

Pari gergasi <b>di Pasir Puteh</b> | Berita Melayu Online

Posted: 12 Feb 2013 12:39 AM PST

Pasir Puteh: "Bot kami hampir tenggelam ketika menarik pari ini ke tebing, malah terpaksa berhempas-pulas dua jam sebelum berjaya menaikkannya ke darat," kata Muhammad Azri Azmi, 20, menceritakan detik cemas selepas berjaya menangkap seekor pari betina seberat 130 kilogram menggunakan pukat, semalam.

Pari gergasi di Pasir Puteh

Pari batik itu ditemui tersangkut di pukat dipasang Muhammad Azri bersama rakannya, Nik Mohamad Anas Nik Mansor, 17, di Terusan Kemasin-Semerak di Gate Kulim, kira-kira jam 5 petang kelmarin sebelum memeriksanya semula pada jam 7.30 pagi semalam.

Muhammad Azri dari Kampung Gong Datuk, berkata, pada mulanya dia dan Nik Mohamad Anas menyangka pukat tersangkut benda berat selepas tidak mampu mengangkatnya dan menariknya menggunakan bot.

Katanya, malang bagi mereka apabila enjin bot rosak menyebabkan terpaksa mendayung sejauh 80 meter ke tebing.

"Sebaik tiba di tebing, benda berat itu tiba-tiba menggelupur sebelum saya nekad menyelam untuk melihat apa yang tersangkut pada pukat dan terkejut melihat seekor pari bersaiz tiga meter panjang dan dua meter lebar berusaha keluar dari pukat.

"Kami berusaha menaikkan pari itu, namun tidak mampu kerana terlalu berat. Tali sebesar jari telunjuk terpaksa digunakan untuk menaikkannya ke darat selepas dua jam berhempas pulas 'bertarung," katanya. – myMetro

Related posts:

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search

Hajat tunai umrah berkecai - Generasi Perkasa.Com

Posted: 18 Feb 2013 10:31 PM PST

- Hajat seorang remaja untuk menunaikan umrah Mac ini, tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di jambatan Bunut Payong, di sini, petang kelmarin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

Markaz Siswazah <b>Kelantan</b>: KHIDMAT KESIHATAN <b>DI</b> DUN <b>GAAL</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2008 09:13 PM PDT

Banner YB DUN Gaal, YB Dr Nik Mazian..
Orang kampung besar kecik, mari nok juppo doktor...
Buleh dapat ubat panadol doktor?
Doktor dari hospital berdekatan...
Beramah mesra dengan pesakit...
Lokasi di Pejabat Penggawa Daerah Gong Datok, Pasir Puteh...

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search

Sidang Media :- MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI <b>NEGERI</b>

Posted: 11 Jan 2013 01:58 AM PST

r_memorandum_tuntutan_petronas5-royalti

r_memorandum_tuntutan_petronas2-royalti

r_memorandum_tuntutan_petronas4-royalti

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Yang Amat Berusaha Tan Sri;

MEMORANDUM TUNTUTAN ROYALTI NEGERI KELANTAN, ISU PEMBERIAN WANG EHSAN KEPADA TERENGGANU-KELANTAN-PAHANG, ISU PERSEMPADANAN LAUT DAN PERTINDIHAN MEDAN BERTAM ANTARA NEGERI PAHANG DAN TERENGGANU, ISU TUNTUTAN KENAIKAN ROYALTI BAGI SABAH DAN SARAWAK.

Pihak Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai "R", kini merupakan gabungan 100 buah NGO dari negeri-negeri pengeluar minyak dan gas iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Kini dikenali sebagai R MALAYSIA.

TUNTUTAN RAKYAT KELANTAN

1. petronas perlu jelaskan bayaran tunggakan royalti bernilai rm10.4 billion

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Negeri Kelantan telah mengumumkan pada 3 Oktober 2012, di Istana Kehakiman Putrajaya bahawa tunggakan jumlah Bayaran Tunai ataupun Royalti yang PETRONAS dan Kerajaan Malaysia perlu bayar adalah sejumlah RM10.4 Billion, yang meliputi pengeluaran sejak 1990 an lagi.

I. PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ):

1.     (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.

(3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.

II. PETRONAS PERLU PATUHI AMANAT TUN RAZAK

Bahawa hasrat Almarhum bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Parlimen semasa perbahasan Akta yang sama pada waktu itu sebagaimana jawapannya di parlimen dahulu perlu difahami.

"Tuan Yang Di Pertua, semua negeri di Malaysia melainkan Sabah dan Sarawak telah menandatangani perjanjian dengan PETRONAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor telah pun bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi–ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya."

IV. MENGGUNAKAN ORDINAN DARURAT DAN 3 BATU NAUTIKA SUDAH DIMANSUHKAN.

Kerajaan Malaysia perlu mengikuti Akta Kemajuan Petroleum 1974 dibentuk di Parlimen yang mengantikan Ordinan Darurat 1969 berkaitan pemberian Royalti Minyak 5% dan jarak perairan laut Negeri-Negeri. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan dan sudah dimansuhkan di Parlimen tahun lepas, 2011.

2. DARATKAN GAS KE KELANTAN

I. PETRONAS PERLU PATUH DAN SETIA kepada Titah Sultan Muhammad V agar Gas didaratkan ke Kelantan

"Beta berharap gas ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan zon indutri petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi,"

Kenyataan Baginda pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri ke 12, Disember 2011

II. PETRONAS PERLU SERAHKAN HASIL GAS DAN MINYAK KELANTAN

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000). Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan, (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut;

  1.                              I.          Blok A18
  2.                            II.          Blok B17 & C19
  3.                          III.          PM3
  4.                          IV.          Sub-Blok Ular
  5.                            V.          PM301 & PM302
  6.                          VI.          PM303
  7.                        VII.          PM311 & 312

III. MINYAK DAN GAS KELANTAN INGIN DIDARATKAN KE KERTEH, TERENGGANU PADA TAHUN 2013.

PETRONAS berkenaan laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian pada 22 Jun 2012 melaporkan bahawa Petroleum Nasional Bhd (PETRONAS) akan melabur AS5.2 Billion (RM15.6Billion – Utusan Malaysia, RM16.64Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dlm tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas dalam perairan Negeri Kelantan sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membangunkan saluran paip seluas 300km dari blok gas dlm perairan Kelantan ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu menjelang tahun 2013.

Mencadangkan dan mengesa PETRONAS agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300km diwujudkan di Kelantan, kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh, iaitu ke Pantai Senok, Bachok hanya 140km sahaja berbanding 300km ke Kerteh.

IV. PETRONAS CUBA NAFIKAN HAK KELANTAN

Pendaratan Minyak dan GAS Kelantan ke Songkhla, Thailand sejak tahun 2004, penafian hak hasil bumi Negeri Kelantan sejak 2004 dan sebelumnya, usaha untuk mengeluarkan minyak dan gas Kelantan dari Blok PM 302, PM325 dan PPM 326B ke Kerteh dan Kemamang, Terengganu adalah PENCABULAN Konsep Federalisme yang dimeterai dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Sekiranya minyak dan gas didaratkan ia secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan sekiranya gas didaratkan di Negeri ini sepertimana Titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Kelima yg telah bertitah agar Gas didaratkan ke Pantai Bachok, memandangkan 4000ekar tanah sudah disediakan sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi.

Kami percaya dgn pendaratan projek PETRONAS tersebut akan membuka peluang Kerja yg sangat luas sekiranya projek Gas itu berjaya didaratkan ke Kelantan, secara langsung ia akan meningkatkan Ekonomi Negeri Kelantan dan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

TUNTUTAN RAKYAT TERENGGANU

1. SELESAIKAN TUNTUTAN BERTINDIH MEDAN MINYAK BERTAM

I. Perdana Menteri pada kenyataan yang disiarkan media arus perdana menyatakan bahawa "PETRONAS TEMUI MEDAN MINYAK" pada 31 Oktober 2012 yang lalu.

Medan Minyak di Bertam, di Blok PM307, 160km dari Pahang. Pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014. Sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari. Rizab medan minyak Bertam sebanyak 64 juta tong.Negeri Pahang dijangka menerima "wang ehsan" sekitar RM100 juta setahun.

II. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN TERENGGANU BUKANNYA WANG EHSAN.

PETRONAS PERLU PATUHI Perjanjian TERENGGANU dan Petronas pada TAHUN 1975 iaitu menyebut ( Petikan dari Perjanjian Petrolium 1975 ):

1.     (1) PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada KERAJAAN secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% dari nilai petroliam yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS atau ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya dalam tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan dipakai bagi maksud fasal kecil (1) Fasal ini ialah harga jualan f.o.b purata tiap-tiap enam bulan yang diperolehi oleh PETRONAS atau ejen-ejennya.

(3) Apa-apa petroliam yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejen atau kontrektor-kontrektornya bagi maksud meneruskan penggorekan dan pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran wang tunai di bawah fasal ini.

TUNTUTAN RAKYAT PAHANG

I. BERIKAN ROYALTI KEPADA KERAJAAN PAHANG BUKANNYA WANG EHSAN.

Kami mennuntut bayaran tunai atau royalti iaitu terma yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri Pahang dengan PETRONAS pada tahun 1975/76.

Istilah "Wang Ehsan" adalah istilah politik yang menafikan hak Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2000, akhirnya Wang Royalti diberikan semula pada tahun 2008 kepada Negeri Terengganu. Bergitu juga dengan apa yang berlaku di Negeri Kelantan pada tahun 2010, dimana Kerajaan Malaysia memberikan "Wang Ehsan" RM20 Juta setahun kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi menafikan hak Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapat royalti.

Tindakan ini jelas melanggar akta dan perjanjian yang telah dibuat, kerana dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 disebut dengan jelas Wang Royalti/ Bayaran Tunai mestilah dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan kepada agensi atau badan-badan Kerajaan lain.

Justeru itu, pihak R Malaysia dan R Pahang menuntut PETRONAS tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat pada Terengganu dan Kelantan, berikanlah Hak yang samarata sepertimana Sabah dan Sarawak yang layak menerima royalti 5 peratus daripada setiap pengeluaran yang dibuat di Negeri masing-masing.

II. DEDAHKAN MEDAN RHU 

Kami menuntut PETRONAS mendedahkan bukti terperinci mengenai kewujudan telaga minyak di Blok PM-308 Medan Rhu kepada umum dalam masa terdekat.

Sepertimana Perdana Menteri pada 31 Okrober lalu mendedahkan blok PM-307 Bertam adalah hak milik Pahang sedangkan hasil kajian kami ia adalah milik Terengganu.

Mengapa Kerajaan Pusat dan PETRONAS tidak dedahkan ada telaga minyak dalam perairan Pahang iaitu di blok PM-308 Medan Rhu

TUNTUTAN RAKYAT SABAH & SARAWAK

Kami menuntut royalti daripada 5 peratus ditingkatkan kepada 20 peratus bagi membangunkan sosio-ekonomi Negeri Sabah dan Sarawak, yang mana kedua-dua Negeri tersebut berada pada paras kemiskinan paling ramai di Malaysia.

Kemudahan infrastruktur asas, pembangunan fizikal dan modal insan juga jauh ketinggalan berbanding Semenanjung.

TUNTUTAN R MALAYSIA

I. R Malaysia menuntut agar diberikan bayaran royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus kepada Negeri Terengganu, Pahang, Kelantan, Sabah, Sarawak dan semua negeri-negeri pengeluar minyak serta gas pada masa akan datang.

II. R Malaysia menuntut agar segala minyak dan gas yang dijumpai dan dikeluarkan dari dalam perairan dan luar perairan mana-mana negeri pengeluar adalah perlu didaratkan dan diproses di Negeri masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Memorandum ini bertarikh 11 Januari 2013

…………………………..

Nazri Deraman

Presiden R Malaysia

Mohamad Fauzi Abu Samah

Pengerusi R Terengganu

Nordin Majid

Pengerusi R Pahang

TAG: HKR #KL112

FOTO BERKAITAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

Umno <b>Kelantan</b> upah penulis burukkan PAS

Posted: 13 Feb 2013 11:57 PM PST

JELI: Umno Kelantan kini terpaksa berhempas pulas bagi mengembalikan fenomena 2004, di mana ketika itu berjaya melonjakkan kedudukan kepada tahap lebih selesa.

Hari ini Datuk Mustapa Mohamed mengimpikan situasi 2004 berulang semula berdasar kepada beberapa kenyataan media, dengan harapan jawatan Menteri Besar yang pernah diimpikan boleh menjadi realiti.

Biar pun tidak menguar-uarkan secara terus terang seperti pernah dilakukan Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan menaikkan sepanduk sebagai bakal Menteri Besar Kelantan menjelang PRU12, Mustapa dilihat tidak gopoh seperti Awang.

Sehubungan itu sumber rapat dengan Umno di sini memberitahu Mustapa terpaksa melakukan apa sahaja bagi membolehkan situasi 2004 berulang kembali.

Antaranya Umno Kelantan dikatakan mengupah penulis upahan bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS melalui buku dan risalah yang dijangka disebar pada kempen pilihan raya PRU13.

Menurutnya buku terbabit antaranya dihasilkan bekas wartawan Utusan Malaysia dan seorang blogger yang rapat dengan Umno.

Katanya, buku yang ditulis bekas wartawan terbabit membincangkan tema transformasi rakyat Kelantan dengan mengutip semula cerita-cerita lama bagi menghodohkan kerajaan negeri.

"Bekas wartawan terbabit ketika bertugas di Kelantan sebelum ini pernah menulis untuk Umno dengan mendapat upah yang agak lumayan," kata sumber itu.

Menurutnya juga buku dan risalah tersebut difahamkan akan disebarkan secara meluas ke seluruh Kelantan pada kempen pilihan raya umum ke-13.

Dalam perkembangan berkaitan banyak bahagian Umno di Kelantan dikatakan tidak senang dengan tindak tanduk Mustapa hanya mempromosi dirinya dalam sebuah akhbar harian tanpa memberi ruang kepada pemimpin lain.

Satu sumber lain memberitahu Ketua Umno Kelantan tersebut dikatakan membeli ruang khas dalam media berkenaan sehingga dua muka surat hampir setiap hari bagi memaparkan aktivitinya.

"Bukan Mustapa sahaja yang hendak menang, Ketua Umno di bahagian lain juga hendak menang. Tapi apa yang berlaku sekarang Ketua Umno Jeli itu hanya mengutamakan dirinya sendiri," ujarnya.

Sementara itu sumber di Kuala Lumpur pula mendakwa Umno Kelantan dijangka menghimpunkan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan dalam masa terdekat bagi mempengaruhi mereka untuk menyokong BN.

Katanya, agen yang dilantik Umno sedang mencari anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor supaya hadir pada program berkenaan.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search

Penginapan Budget @ Ekonomi <b>di Tanah Merah</b>, Kelantan <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 07:51 AM PST

Penginapan Mad Inn Lodge terletak di tingkat atas kedai kami di Bandar Tanah Merah, Kelantan. Jika anda berminat boleh la hubungi kami dengan kadar segera di talian 09-9550434 / 01129452357

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search

Cnochi Nakata: Terapi Ion <b>Ketereh</b> Barokah ( Terapi Rendam Kaki )

Posted: 22 Jan 2013 12:11 AM PST

Assalamualaikum... Pada anda semua.. moga berbahagia... muahahhahaha..... alhamdulillah hujung tahun lepas agak kebizian juga aku mengiapkan dan men'SETUP' Pusat Terapi aku ni... Sepertimana tajuk diatas... aku telah membuka sebuah PUSAT TERAPI ION RENDAM KAKI di Ketereh, Kelantan... alhamdulillah syukur aku ucapkan pada yg Maha Esa.. di permudahkan segala Urusan ku... semuanya telah berjalan Dengan lancar... dan dengan ini... aku dengan merasa rendah diri nya... MENJEMPUT SEMUA PENDUDUK SETEMPAT DAN KAWASAN2 YANG BERDEKATAN DENGAN KEDAI AKU INI UNTUK HADIR MENCUBA SERTA MEMBUAT RAWATAN TERAPI ION RENDAM KAKI INI... PUSAT TERAPI ION KETEREH BAROKAH TEMPAT : DI HADAPAN TAMAN PERMAINAN MAJLIS DAERAH KETEREH, KOTA BAHRU, KELANTAN WAKTU OPERASI : SABTU HINGGA KHAMIS 10.00 PAGI HINGGA 06.00 PETANG JUMAAT (PUBLIC HOLIDAY DA... HEHEHE.. ) CONTACT NO. : ASRI ( 012-9550179 )

Selasa, 19 Februari 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search

siapa punya kawasan balak 10526 ekar <b>di</b> relai - Labun Cikgu Lin

Posted: 18 Dec 2012 12:03 AM PST

Aku nak cakap lebih-lebih nanti kena saman pulak .... habis pencen aku.
Oleh itu, BACA, SELIDIK, TELITI dan FIKIRLAH SENDIRI.
PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH

ads