Khamis, 14 Mac 2013

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Hari Ahad seminggu sudah <b>di Kota Bharu</b>.. ~ Aku Peduli Apa @ APA

Posted: 10 Feb 2013 01:54 AM PST


Hari Ahad seminggu sudah aku berada di Kota Bharu atau lebih tepat lagi di Pasar Siti Khadijah dan persekitarannya lebih 6 jam sebelum memulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur.Dalam artikel awal aku sebelum ini tentang perkara yang sama,aku cuma memaparkan gambar gambar yang sempat aku rakam tentang warna warni kehidupan dan kebersihan pasar itu dan persekitarannya.

Hari ini aku ingin mengulas sedikit tentang respon yang aku perolehi dari ramai warga Kota Bharu yang sempat aku tanyakan secara rambang tentang politik semasa,isu semasa,prospek PRU13 dan paling penting tentang TUJUH JANJI JANJI @NajibRazak dalam kunjungan beliau ke Kelantan baru baru ini.Bila aku kata secara rambang bererti aku mentafsirkan "respondan respondan" ini mengikut pemerhatian fizikal aku secara peribadi dengan cara pemakaian mereka dan percakapan mereka dan aku kelaskan mereka sebagai..

1. Penyokong taksub Pas

2. Penyokong Umno

3. Orang atas pagar

4. Para peniaga kecil dan besar sekitar pasar.

5. Anak Kelantan yang pulang bercuti,

6. Orang luar yang melawat pasar.

Aku menemubual lebihkurang 80 respondan saperti kategori diatas dan diakhir sesi terjah itu ada rakaman video yang aku dan Amrayy rakamkan menemu-bual 2 respondan yang "berkecuali" yang akan aku siarkankan disini nanti bila kerja kerja edit selesai dilakukan Amrayy.

Cuma hari ini aku ingin mengulas respon majoriti yang aku temubual terhadap 7 JANJI @NajibRazak...Aku catitkan dibawah ini tentang 7 JANJI itu kalau ada yang dah terlupa atau memang tidak tahu.

Berikut adalah Tujuh (7) janji Najib untuk Rakyat Kelantan kalau BN menang :

1.Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu,
2. Membina Stadium Baru,
3. Mengatasi Masalah Air,
4. Membina 3,000 Rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA),
5. Membina UiTM Bandar Kota Bharu,
6. Membina Masjid Negeri
7. Menyediakan Perkhidmatan Bas Rapid Kota Bharu.


* TUJUH JANJI DIATAS AKAN HANYA DITEPATI KALAU BN MENANG DAN AKAN JADI CAPATI KALAU BN GAGAL TAWAN SEMULA KELANTAN.

Rata rata mereka yang aku tanya menganggap 7 JANJI @NajibRazak itu sebagai...LAWAK! dan ada juga yang menganggapnya satu PENGHINAAN terhadap rakyat Kelantan.

Sama ada "lawak" @NajibRazak itu setaraf lawak Jojan atau Boboy Raja Lawak aku tak pasti tapi ianya tidak lebih dari hanya LAWAK MENGHINA kepada majoroti respondan yang aku temubual ketika itu.Walaupun terjah aku ini lebih merupakan ad-hoc dan tidak boleh digunapakai sebagai ukuran sentimen majoriti rakyat Kelantan secara khusus tetapi mengambil kira Pasar Siti Khadijah adalah pusat tumpuan semua golongan rakyat Kelantan permastautin atau perantau dan respondan respondan yang aku pilih,aku rasa sentimennya tidak banyak berbeza  jika satu kajiselidik menyeluruh dilakukan melibatkan keseluruhan rakyat Kelantan disemua Daerah.Tapi janganlah tanya rakyat Kelantan Tanah Merah atau 6 kerusi yang dimenangi BN masa PRU12 lalu sebab jawapan mereka sudah pasti kita ketahui.

Bercakap pasal LAWAK yang rata rata disebutkan oleh respondan ini ingin aku petik beberapa komen yang aku anggap bernas dari beberapa respondan.Mereka rata rata mengatakan 7 JANJI NAJIB itu hanya layak dijanjikan oleh Anwar Ibrahim sebagai pembangkang dan bukan @NajibRazak sebagai seorang Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia tidak kira yang menyokong atau menentang dia.Itu TANGGUNGJAWAP dan AMANAH yang terpikul dibahunya sebagai Perdana Menteri....PERIOD!.

Jadi kalau nak gunapakai bahasa haramja "APA Gangnam Style" apa yang dijanjikan @NajibRazak di Kelantan baru baru ini bukanlah JANJI tapi lebih bersifat UGUTAN dan ACAMAN!

Setuju ???

....atau

Tidak setuju ????

Terpulang dari sudut mana anda melihat dan dari kumpulan mana anda memandang...

WaAllahu'alam.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Berita Harian | &#39;Messi&#39; sertai SMK <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:19 PM PST

Selepas teliti dokumen Sufian dibenarkan

Kota Bharu: Impian remaja yang pernah digelar 'Messi Malaysia', Sufian Mat, 17, untuk kembali bersekolah akhirnya tercapai apabila menerima surat kebenaran bersekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, di sini, semalam.

Surat itu disampaikan Timbalan Pengarah JPN, Zahari Daud disaksikan Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN, Rahimi Mohamed serta Penyelia Kanan Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM) JPN, Mohd Fauzi Ismail dan bapa saudara remaja itu, Halim Yaakob, 45.


Lapor di SMK Rantau Panjang

Zahari berkata, dengan surat kebenaran itu, Sufian boleh melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang sama ada mulai semalam atau hari ini.

Katanya, Sufian akan mula bersekolah di tingkatan lima dan menjadi tanggungjawab pihaknya membantu remaja berkenaan untuk meneruskan pelajarannya.

"Selepas meneliti dokumen diserahkan kepada JPN, Sufian dibenarkan bersekolah dan dia sendiri memilih belajar di SMK Rantau Panjang yang berdekatan dengan rumah keluarganya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kebenaran kepada Sufian di pejabat JPN di sini, semalam.

Sementara itu, Sufian berkata dia akan memanfaatkan peluang belajar semula itu bagi meneruskan cita-citanya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain terus menggilap bakatnya dalam sukan bola sepak.
"Saya cukup bersemangat menyambung semula persekolahan ditinggalkan sejak lebih setahun lalu, peluang ini tidak akan saya sia-siakan. Saya berterima kasih kepada JPN Kelantan kerana memberi kebenaran kepada saya untuk belajar semula," katanya.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


HomeStay/Rumah Tamu <b>di Wakaf</b> Che Yeh, Kelantan — Eyriqazz.com

Posted: 30 Jan 2012 06:16 AM PST

Semasa konvoi bercuti di Kelantan, saudara mara eyriqazz lebih kurang 4 keluarga mengambil pilihan untuk memilih Homestay/Rumah Tamu Mas di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Faktor utama adalah murah, ada 3 bilik, berhawa dingin dan parking boleh memuatkan lebih kurang 3-4 buah kereta.

 

 Pandai pakcik eyriqazz cari rumah tamu ini, lokasinya yang lebih kurang 5 minit drive dari Wakaf Che Yeh, Kelantan, antara destinasi shopping pilihan di waktu malam di Kota Bharu, Kelantan. Kalau nak pi Kota Bharu pun hanyalah lebih kurang 30 minit perjalanan.

 

Berapa harganya? Umm, jangan terkejut ya. Time pergi ini semasa Cuti Chinese New Year, RM150 semalam untuk sebuah rumah yang memuatkan 3 bilik yang dilengkapi Aircond, peti sejuk biasa, dan katil Queen. Nak ambil gambar di dalam tak sempat la pula. Murahkan, kalau jalan ramai-ramai better menyewa camni, sewa bilik di hotel budgetpun rasanya dah kos lebih kurang rm50-100 semalam.

 

Kalau terasa nak bercuti di Kota Bharu, Kelantan dan mencari tempat tinggal untuk bermalam, saya rekomenkan HomeStay @ Rumah Tamu ini. Bolehla hubungi di No. telefon 017-9765838. Oh ya, ini bukan entri berbayar ya. Entri ini sebagai tanda terimakasih buat pemilik HomeStay tersebut yang menyediakan tempat /rumah tamu dengan harga yang berpatutan dan murah buat yang mahu bercuti di Kelantan.

 

P/s : Any recommendation Homestay menarik di Malaysia ini? Terasa nak pergi bercuti Ala-Ala Homestay laa…. Pengalaman di Haji Dorani Homestay memang best dan menawan dan teringin mengalami suasana sebegitu lagi.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! HAYAT PAS <b>KELANTAN</b> KINI <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 06:53 AM PDT

Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas,Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan,mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai,nyata gagal sama sekali.Lain yang mereka harapkan,lain pula yang terjadi. Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai,jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri. 
Baru-baru ini pula,sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.Beberapa hari selepas itu,hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur,Shah Alam,Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa,terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008. 
Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS,gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO ketika ini.PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk,malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk,jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO,tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan.Insya-Allah.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Perigi Timur: [FOTO] Kehadiran Tun M <b>Di Kelantan</b> Beri Tamparan <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2013 06:11 AM PST

Kehadiran di luar jangkaan pada Majlis Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang telah berlangsung petang tadi di di Padang Sek.Men.Panglima Raja,Lemal,Pasir Mas.Kelantan. Hampir 20 ribu rakyat Kelantan hadir  memberi sokongan kepada kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia. 
Turut bersama hadir Idola rakyat Malaysia iaitu Ayahada Tun M & isteri Tun Siti Hasmah. Turut serta ialah YB Datuk Zulkifli Nordin dan YB Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Ternyata orang Kelantan benar-benar naik angin dah untuk TAKIR dan TUKAR Rejim Pas Kelantan.
Kedengaran di sebelah pihak hijau pemimpin mereka ternganga mulut melihat ribuan rakyat Kelantan memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Tun M dan pemimpin Umno yang lain. Tak perlu cerita panjang tetapi lihat bukti dari foto-foto di bawah dan tak perlu berkata apa-apa.
Nampaknya suasana kebangkitan rakyat Kelantan ini mungkin menjadikan Nik Aziz dengan Husam Jamnapari tidak boleh tidur lena malam ni. Barangkali terbayang-bayang di mata mereka berdua keramaian rakyat Kelantan yang hadir bersama Tun M .

Perigi Timur: [VIDEO] Kerana Tok Guru Calon Pas <b>Gaal</b> Sudah <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 07:31 AM PDT


Bila UMNO/BN yang bagi dikatakan rasuah bila Pas yang bagi dinamakan sedekah, bermati -matian penganut ajaran agama Pas cuba menghalalkan perbuatan haram pemimpin mereka. 
Mana pergi surah & hadis tentang rasuah wahai penganut ajaran Pas yang selama ini dok berteriak sentiasa nak kenakan UMNO/BN, apakah dalam ajaran Pas rasuah sudah halal sejak berkahwin dengan kapir harbi dap. 
Lihatlah sendiri Menteri Besar Kelantan ini yang selama ini bertopengkan Islam tetapi mengamalkan "sogokan" bagi membeli undi. 
Ini bukan fitnah seperti pemimpin ajaran agama Pas selalu buat. Ini adalah fakta sudah terpampang bukti  depan mata, bertaubatlah wahai penganut Pas balik lah kepangkal jalan sesungguhnya Allah menerima akan taubat hambanya . 
Hari ini, tuduhan yang dilontarkan penyokong-penyokong PAS terkena pada pihak mereka sendiri apabila sebuah video yang menunjukkan bakal calon PAS di DUN Gaal membayar wang bernilai RM50 kepada peserta-peserta konvoi PAS tersebar di Youtube. 
Apa nak dihairankan kalau tok guru Pas boleh bagi derma a.k.a rasuah kepada orang Asli  semasa PRK Galas. Maka apa yang dilakukan oleh yb Pas ni bagi mereka betul dan tiada salah kerana Pas itu Islam, Islam itu Pas.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong Guru <b>Di</b> MRSM <b>Pengkalan Chepa</b>

Posted: 04 Mar 2013 08:11 PM PST

Jawatan Kosong Guru Di MRSM Pengkalan Chepa
Majikan :          MRSM Pengkalan Chepa
Alamat :           Maktab Rendah Sains Mara, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu
Telefon :          09-7738252 (Wan Suhaila Bt Wan Yaacob)
Jawatan :         Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       Ijazah English/ Pengajian Islam
Gaji :               RM 1600.00
•      Dua Jawatan Kosong Sebagai Guru (Sambilan) Bahasa Inggeris & Pengajian Agama Islam Di MRSM Pengkalan Chepa.
•      Bergaji Hari (RM74.82- RM82.69).
#       Tarikh Tutup : 11 Mac 2013
#       Hantarkan Surat Permohonan Dan Resume Dengan Salinan Sijil Dan Kad Pengenalan Yang Disahkan Serta Sekeping Gambar Terbaru Ukuran Paspot Kepada:
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

Jenazah Dua Anggota Tentera Gugur Tiba <b>Di Pengkalan Chepa</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 09:32 PM PDT

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


(VIDEO) Sajak Meyda Sefira - Seperti Apa <b>Kelantan</b> itu?

Posted: 03 Dec 2012 03:53 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Bo La Weii… Cukuplah 42 Tahun PAS Memerintah Kelate <b>...</b> - MyKMU

Posted: 18 Feb 2013 10:03 AM PST

February 19, 2013   ·   71 Comments

Tukar Itu Hijarah, Tanah Itu Maruah - Gelombang Merah Kelate Berubah

Masuk tahun 2013 ini bermakna sudah 56 tahun kita merdeka, lebih tepat lagi 31 Ogos 2013 nanti cukup 56 tahun Malaysia berdiri atas kaki sendiri dan mengecapi kemakmuran hasil kesinambungan pemerintahan parti Perikatan (Kapal Layar) yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Tapi, sedarkah kita semua bahawa Kelantan yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri yang membentuk negara tercinta ini, sebahagian besar urusan tadbir pemerintahannya adalah bawah PAS. Perikatan (BN) hanya mampu menabur jasa di negeri itu cuma 14 tahun sahaja (1957 -1959 dan 1978 – 1990).

Ini bermakna, selama 42 tahun PAS memerintah di Kelantan bersamaan dengan lebih 4 dekad. Persoalannya, bagaimana angka 42 itu timbul? Jawapannya, ia terhasil dari gabungan dua pusingan pemerintahan PAS di negeri ini.

Pusingan Pertama, selepas 2 tahun Perikatan (UMNO-MCA-MIC) memerintah Kelantan, kemudiannya bermula 1959 hingga 1978, PAS bermaharajalela selama 19 tahun PAS di Kelantan. Jumlah 19 tahun itu termasuklah 5 tahun pemerintahan PAS di Kelantan hasil manfaat kerjasamanya dengan UMNO melalui BN (1973 -1978).

Pusingan Kedua, PAS kembali memerintah Kelantan mulai tahun 1990 setelah menerima sokongan tambahan dari S46 (PMS46) melalui kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), manakala di masa yang sama S46 menjalin hubungan kerjasama dengan DAP melalui Gagasan Rakyat (GR).

Selain PAS dan S46, turut bersama membentuk APU ialah HAMIM dan BERJASA, kedua-duanya adalah parti serpihan PAS. Sementara GR pula melibatkan kerjasama S46 bersama PBS, DAP & PRM.

HAMIM ditubuhkan oleh bekas Presiden PAS (Yang Dipertua), Datuk Asri Muda yang dihalau keluar dari parti itu berikutan Revolusi Iran, antara tukang karut yang menggerakkan penyingkiran datuk Asri Muda ialah MB PAS Kelantan sekarang, Nik Aziz Nik Mat.

Manakala BERJASA ditubuhkan oleh bekas MB PAS Kelantan, Datuk Muhammad Nasir (Mat Nasir), beliau dipecat oleh PAS berikutan sengketa dalaman dengan Presiden PAS tika itu, Datuk Asri Muda pada tahun 1970-an, antara tukang karut yang menyokong pemecatan Mat Nasir ialah Nik Aziz Nik Mat.

Mungkin terbawa-bawa dengan tabiat pecat memecat sedemikian, maka disebabkan itu Nik Aziz kerap menyuarakan keinginannya untuk melihat bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa di pecat dari PAS. Malah Nik Aziz jugalah yang menyokong pemecatan Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden PAS).

Bermula 1990 hingga sekarang, tahun 2013 bermakna sudah 23 tahun negeri ini diperintah PAS melalui pusingan kedua termasuklah hampir 6 tahun (1990-1996) ketika PAS bekerjasama dengan S46 melalui APU.

19 tahun ditambah bersama 23 tahun, jumlahnya 42 tahun, bukan begitu? Sedarkah kita rakyat Kelantan, selama 42 tahun PAS memerintah negeri tercinta ini, apa jasanya kepada negeri dan rakyat? Ada jasanya, tapi terlalu kecil manfaatnya berbanding mudarat yang terpaksa diterima rakyat.

Pada dekad 60-an hingga 70-an dulu, sepanjang PAS memerintah sudah lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan telah dipajakkan kepada syarikat dari Singapura, Timbermine Sdn Bhd. Rakyat hanya mampu melihat dari jauh segala hasil bumi kekayaan negeri sendiri jatuh ke tangan orang lain.

Kini di era milenium dengan berselindung projek Ladang Rakyat (Ladang Air Mata Rakyat), lebih 80,000 ekar tanah dipajakkan lagi juga kepada syarikat-syarikat luar, manakala lebih 10,000 ekar lagi juga di Hulu Kelantan kini dikuasai secara pajakan berpuluh tahun oleh pemimpin DAP bersaudara dari Perak, Ngeh & Nga yang tersengih dan ternganga menikmati hak milik tanah pajakan dan hasil bumi negeri.

Dari pajakan tanah 300,000 ekar itu, apa hasilnya kepada rakyat jelata? Adakah hasil bumi seperti royalti kayu balak tempiasnya dapat pada mak ayah dan tok nek kita?

Angkara Ladang Air Mata Rakyat pula siapa yang lebih bergembira menikmati hasil mahsulnya? Mungkin ada satu dua rakyat marhaen di kalangan kita yang dapat konsesi balak sana sini, tapi lihatlah apa hubungannya dengan pemimpin PAS pula.

Berapa ramai pula di kalangan rakyat Kelantan yang berpeluang memiliki hak milik tanah seterusnya tersengih dan ternganga gembira sebagaimana luasnya tanah lebih 10,000 ekar yang dipajakkan hak miliknya kepada Ngeh dan Nga?

Sedarkah kita rakyat Kelantan, sejak PAS mula memerintah negeri ini tahun 1959 hinggalah 1978, itulah saatnya bermula penghijrahan besar-besaran mak ayah dan tok nek kita jauh meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.

Mujurlah bermula 1978 hingga 1990, proses penghijrahan itu mula perlahan berikutan usaha dan kerja buat BN meningkatkan taraf hidup rakyat termasuklah pakcik makcik kita, saudara mara kita di negeri ini.

Malangnya disebabkan sengketa politik sekali lagi PAS mendapat laba kepartian pada 1990 sehingga kini yang kesannya pada rakyat akhirnya sekarang kira-kira 500,000 anak pinak, saudara mara dan adik kakak kita jauh dari pandangan mata kerana mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup di negeri lain.

Soalnya sampai bila kita nak biarkan senario sebegini berterusan? Sambil masing-masing kita tepuk kepala tanya akal mencari jawapan sampai bila penghujungnya, penulis cuma nak berpesan… Bo La Weii duk berharap pada retorik politik PAS yang tak berhujung tu, Bo La Weii.. Cukuplah 42 tahun talian hayat PAS di Kelate kito,

PRU 13 ni kita tukar, kerana Tukar Itu Hijrah, Tanah Itu Maruah… Pakatlah sama-sama kita semarakkan Gelombang Merah Kelantan Berubah, kalau tidak untuk diri kita, setidak-tidaknya demi anak cucu kita kelak.

By


03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Plan Untuk Pakatan Menang <b>di Jeli</b>

Posted: 14 Mar 2013 03:56 AM PDT

MSO

Dua kawasan parlimen di Kelantan semacam sudah dianggap sebagai telaga buruk oleh PAS di mana harapan untuk memenanginya tipis. Dua kawasan itu ialah Gua Musang dan Jeli. Kedua-dua kawasan ini ditakhtai oleh tokoh Umno yang sudah terbilang akan kehebatan dan budinya kepada rakyat. Umno sendiri menandakan kawasan ini sebagai super white.

Dalam catatan ini saya hendak menyorot kawasan parlimen Jeli saja tidak bawa sama Gua Musang. Apakah kawasan ini benar-benar sebagai sebuah 'telaga buruk' di mana PAS tidak ada harapan untuk menang? Apakah Mustapa Mohamed seorang yang kebal dan mempunyai pelbagai tangkal dan azimat untuk mempertahankan dirinya?

Kata orang kalau hendak seribu daya dan tidak hendak seribu dalih. PAS boleh membaiki nasib malang di Jeli itu kalau mereka mahukan demikian. Tuhan menyuruh kita berusaha kemudian berserah kepadanya. Jalan untuk menang tidak pernah tertutup. Sebenarnya Jeli bukan telaga buruk bagi PAS, begitu juga Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian bukan telaga buruk bagi UBN.

Masih ada formula bagi PAS untuk tidak begitu kecewa di Jeli. Ada alternatif dan usaha ikhtiar lain. Semisalnya jikalau PAS merasakan lemah siku tulang untuk berhadapan dengan Mustapa dan merampas kerusi parlimen Jeli, tetapi PAS dan juga PKR boleh berbuat cara lain untuk mengurangkan pengaruh dan keagungan Mustapa di situ. Caranya ialah tukar strategi.

Kalau untuk merampas kerusi Jeli terlalu penat dan letih sangat, PAS tidak perlu membuang masa untuk berbuat demikian. Biarlah kerusi itu dimiliki Mustapa, sekurang-kurangnya dengan adanya beliau ia boleh memberi faedah kepada rakyat Jeli. Dengan prihatin dan kerajinan serta kedudukan sebagai menteri, Mustapa berjaya merubah Jeli menjadi sebuah bandar dari sebuah lembah 'halimunan' sebeluman ini.

Jadi tenaga digunakan untuk melumpuhkan Mustapa boleh digunakan untuk kawasan lain atau menentang orang lain.  Itu baru dikatakan berstrategi.

Maka PAS perlu tumpukan kepada kerusi state. PAS boleh mengubah pendekatan dan matlamatnya dengan merampas kerusi state. Potensinya ada, memandangkan kepada pola pengundi di Jeli berubah dan tidak sekata. Ertinya undi untuk parlimen tidak sama undi untuk state. Ini bermakna pengundi di Jeli sudah selesa dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri, tetapi mereka ralat dengan wakil rakyat statenya.

Contohnya dalam pilihan raya ke-12, 2008 yang lalu, ternyata undi state dan parlimen tidak sekata. Undi diterima Apandi berbeza dengan undi-undi yang diperolehi calon PAS dan PKR di Air Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Bala. Kalau dicampur undi PAS (Pakatan) dari ketiga DUN ini Apandi sepatutnya menerima sebanyak 14,812 undi. Tetapi undi hakikat diterima Apandi sebanyak 12,732. Ini bermakna sebanyak 2,074 tidak mengundi Apandi?

Dalam pilihan raya lalu calon PAS di Dun Air Lanas, Abdullah Yaacob mendapat 5,690, calon PAS di Bukit Bunga, Sufely Abd Razak mendapat 5,383 manakala calon PKR di Kuala Bala Mat Sulaiman Mat Daud memperolehi 3,391.

Ertinya kalau kesemua undi yang diberikan kepada calon state itu juga diberikan kepada Apandi ini bermakna Apandi kalah dengan Mustapa sebanyak 2,356 bukannya 4,436. Kekalahan dengan majoriti sebanyak itu bukan boleh disifatkan kekalahan teruk kerana lawannya seorang menteri dan mempunyai 'undi ternak' yang banyak. Undi ternak tu gak, undi askarlah.

Apakah kefahaman yang boleh diambil dari statistik ini. Iya menunjukkan bahawa pola pengundi di Jeli tidak 'menurut' dan selari diantara undi untuk calon Parlimen dengan undi untuk calon state. di sini kemungkinan ada berlaku penolakan kepada Apandi disebabkan pengundi Jeli sudah menerima dan larut dengan kedudukan Mustapa sebagai menteri atau pun kerana masalah peribadi. Tetapi kalau Apandi bertanding di state situasi ini boleh berubah.

Justeru berdasarkan hakikat dan matemetik siasah itu, maka PAS perlu berbuat sesuatu. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memindahkan Apandi turun ke DUN agar tidak bertempur dengan Mustapa Mohamed. Apandi merupakan seorang berkelulusan dalam bidang Kejurukuraan dan profesional sepatutnya diselamatkan untuk menggunakan ilmu dan kebolehan yang ada kepadanya.

Dua kerusi DUN yang boleh diberikan laluan kepada beliau, iaitu Air Lanas yang kini disandang oleh Abdullah Yaacob (PAS) ataupun Kuala Bala yang kini disandang oleh Abdul Aziz Derashid (BN). Satu lagi kerusi Bukit Bunga tidak sesuai dan relevan untuk Apandi walaupun beliau YDP PAS Jeli.

Kedua-dua kerusi ini ada ruang untuk Apandi menang. Sekiranya Air Lanas menjadi harapan, Abdullah boleh dipindah ke parlimen untuk menentang Mustapa Mohamed. Perpindahan itu juga sebagai kenaikan pangkat untuk Abdullah, dan sekiranya Pakatan Rakyat menang beliau boleh dilantik menjadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Abdullah sudah dua penggal menang dikerusi berkenaan dan kalah sekali.

Sekiranya alternatif ini diambil, kerusi Air Lanas menjadi pilihan, ia tidak menjejaskan hubungan atau status quo yang persetujui di antara PAS dengan Pakatan Rakyat. Kerusi Kuala Bala telah diperuntukan kepada PKR. Dalam pilihan raya lalu calon PKR Mat Sulaiman Mat Yassin kalah kepada Aziz Derashid dengan kekurangan undi sebanyak 1,381 undi. Jumlah itu agak besar juga berbanding dengan kemenangan Aziz sebelum ini yang kecil.

Apandi juga sesuai diletak di kerusi ini kerana Kuala Bala merupakan kampung halamannya. Apa lagi Aziz Derashid sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat di mana sudah banyak dosa-dosa politik yang ditompoknya. Lagipun Aziz merupakan anak beranak Apandi juga mungkin pernah sama-sama mandi sungai di Pergau. Tetapi soalnya apakah PKR bersetuju?

Kalau kerusi Kuala Bala diberikan kepada PAS, maka kerusi gantian untuk PKR juga perlu diadakan sekiranya parti itu masih 'gatal' dan 'gelenyer' untuk bertanding. Kerusi gantian ialah parlimen Jeli. Pertukaran begini tidak akan menjejaskan kedudukan Abdullah di Air Lanas. Soalnya apakah PKR mempunyai calon berwibawa? Ketua Wanita PKR yang diura-urakan untuk diletakkan di Kuala Bala sudah tentu tidak layak dan sepadan untuk berhadapan dengan Mustapa di kerusi parlimen.

Jangan apa, sekali Mustapa batuk saja, calon PKR itu boleh melayang. Kalau pertukaran hendak dilakukan, PKR terpaksa mengorbankan ketua wanita mereka. Lupa soal kouta untuk wanita dan sesorang berwibawa perlu dicari bagi menentang Mustapa Mohamed. Buat apa letak calon kalau kekalahan sudah tergenggam dalam kedua belah tangan. Sesiapa boleh diletakan di Jeli dan kalau kalah pun tidak mengapa, kerana lawannya menteri.

Untuk ini PKR mumgkin boleh import pimpinan atau tokoh dari luar kawasan. Dalam konteks ini saya nampak ada dua pemimpon PKR yang boleh dibawa ke Jeli sekaligus untuk melatikan mereka berpiliohan raya. Seorang dari Kelantan, Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas dan seorang lagi Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau CikguBard yang aktif mengerakan massa menerusi Ngo itu.

Saya percaya plan pertukaran untuk menyelamat kerusi ini tidak menjadi masalah. Kedua pemimpin PKR dan PAS hanya perlu berbincang dan kemukakan cadangan itu kepada pemimpin atasan masing-masing. Atau cukup kalau perbincangan mengenai plan ini dilakukan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Husam Musa sahaja. Mereka konsensuskan perkara ini kemudian sampaikan kepada pengetahuna Tokguru Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Selesai khulu.

Berani saya bertegas, sekiranya status quo yang ada hari ini dikekalkan di Jeli, harapan PAS untuk merampas sekurang-kurang dua kerusi satate tidak akan berjaya manakala untuk menumbangkan Mustapa ibarat langguk panggang dari api. Dan sekiranya plan ini menjadi kenyataan kemungkinan ketiga-tiga kerusi state disapu Pakatan Rakyat dan yang UBN hanya menang menerusi Mustapa sahaja untuk kerusi parlimen

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


penemuan struktur bawah tanah <b>di</b> palekbang <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 08 Dec 2012 06:00 PM PST

Penemuan Struktur Bawah Tanah Di Palekbang-Tumpat, Kelantan Terus Jadi Misteri | Kisah penemuan terowong atau lubang misteri di Palekbang, Tumpat Kelantan nampaknya sudah sedikit reda. Kalau minggu lepas, ianya hangat diperkatakan di laman sosial dan blog. Namun, penemuan berkenaan masih lagi menjadi misteri. Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi dari pihak berkenaan.

Dibawah ammboi petik laporan dari wartawan mStar Online yang telah ke Palekbang, Tumpat untuk melaporkan berita berkenaan. Laporan penuh adalah sebagaimana dibawah.

Persekitaran dan struktur bawah tanah yang ditemui di sini terus menjadi misteri, dengan spekulasi terdapat artifak atau logam berharga di sana, terutama selepas kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh lelaki yang mendakwa ia adalah projek kerajaan negeri. Rakyat ingin tahu tentang tapak di kawasan seluas 2.2 hektar tersebut yang terletak di Palekbang di sebelah Sungai Kelantan dan diletakkan di bawah pengawasan 24 jam oleh sekurang-kurangnya 10 lelaki bersama 'walkie talkie' mereka.

Salah seorang "pengawal" yang ditemuramah oleh 'The Star' berkata kawasan itu ditutup untuk memastikan keselamatan awam manakala orang lain mendakwa dia berada di sana bagi pihak kerajaan Kelantan. Dia mendakwa telah diberi kuasa untuk menyekat mereka yang tidak dibenarkan masuk daripada memasuki kawasan tersebut. Ditanya mengapa kawasan itu tidak dikawal oleh pasukan keselamatan seperti polis atau angkatan tentera, "pengawal" tersebut marah sambil menjawab dia hanya menjalankan tugasnya.

"Tiada siapa yang boleh mempersoalkan mengapa kita berada di sini kerana ini adalah projek kerajaan dan menerima arahan untuk menghalang orang daripada pergi ke kawasan itu," kata seorang lelaki tua yang memakai T-shirt biru.

Orang ramai juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar tapak. Kakitangan yang dibenarkan masuk perlu meninggalkan kad pengenalan mereka di khemah untuk mendapatkan pas sementara untuk masuk ke dalam laman tapak.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, Baharom Ahmad, 32, berkata dia tidak faham mengapa polis tidak ditugaskan menjaga kawasan ini.

"Mereka yang bertugas mengawal kawasan ini tidak kelihatan seperti pihak berkuasa dan saya tertanya-tanya apakah kuasa yang mereka ada untuk menghalang orang ramai memasuki kawasan ini," kata Baharom yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor bersama keluarganya.

Pada 30 November, sebuah syarikat perlombongan pasir menemui struktur seperti terowong tertanam di bawah jambatan keretapi ketika membersihkan kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan telah diarahkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengepam keluar air dari terowong. Tujuh telaga berhampiran jambatan keretapi juga ditemui dan dikatakan menjadi sebahagian daripada terowong.

Penduduk di sini percaya struktur tersebut adalah sebahagian daripada bandar purba yang tertimbus di bawah tanah dengan saiz sebesar sekurang-kurangnya tiga padang bola sepak. Ada juga yang berfikir terowong ini mempunyai panjang sekurang-kurangnya 100km dan dibina sama ada oleh Jepun atau British.

Siti Noor Aishah Deraman, 57, berkata setakat yang dia tahu, terowong dan telaga telah digunakan untuk mengisi air ke dalam lokomotif stim pada zaman dahulu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa kerajaan negeri masih mengkaji perkara itu dan akan memaklumkan kepada orang ramai selepas kajian telah disiapkan dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi. Bantuan tentera telah diminta kerana kemungkinan terdapat senjata kerana ia dahulunya merupakan kawasan tentera Jepun, katanya. – mStar Online (8 Disember 2012)

Sehingga kini, apa yang ammboi tahu terowong berkenaan berkemungkinan:

  • Bandar purba lama – luasnya paling kurang 3 padang bola.
  • Terowong yang dibina oleh tentera Jepun atau British (mungkin panjangnya 100km ke Thailand).

Jadi, sama-sama kita tunggu pengesahan hasil dari kajian oleh pihak berkenaan mengenai penemuan ini. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Konvoi "hormat" Perkasa ke tanah Ngeh <b>di Gua Musang</b> | The <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 11:00 PM PST

Oleh kerana Tengku Razaleigh tak kasi Wanita UMNO membuat apa program berhubung skandal tanah-untuk-jawatan MB yang melibatkan tanah di Relai Gua Musang, maka Perkasa Kelantan tidak akan buat kecoh-kecoh atau bising-bising tapi hanya satu kunjungan kormat ke tanah kepunyaan YB Dato Ngeh dan Nga.


Konvoi sedang berkumpul sebelum memberi kunjongan hormat kepada Ngeh dan Nga ... penyumbang ekonomi Kelantan yang mana tanpa mereka orang kelantan pun tak tahu tanam getah, kelapa sawit dan urus balak.

Kunjungan hormat ini berupa konvoi dari Stadium Sultan Muhamad ke IV ke Kuala Betis Gua Musang.


Konvoi melibatkan 23 kenderaan dan 93 orang penumpang mula bertolak pada pukul 10 pagi tadi Mereka akan bertemu dengan kenderaan dari Gua Musang dan dijangka akan menjadikan jumlah kenderaan dalam konvoi seramai 400 buah kenderaan.

Konvoi Kuala Krai diketuai oleh Penyelaras DUN Mengkebang, Saudara Azizudin bin Husin. Mereka akan menanam 23 batang pokok cemara sebagai memperingati kunjungan hormat dan satu simbolik 23 tahun pemerintahan PAS di negeri Kelantan yang sungguh gilang gemilang dan penuh temberang.

Setakat maklumat yang diterima, konvoi berhenti sembahyang jumaat di Masjid Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Kg.Lalang, Kuala Betis.



Nanti kita kasi update ... hehehe

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


AIDC » Ceramah <b>Di</b> Kelantan Kurang Sambutan, Anwar Konsisten <b>...</b>

Posted: 01 Mar 2013 12:11 AM PST

AIDCNews – 01/03/13 – Jika Datuk Dr Hassan Ali, Presiden JATI berkunjung dan berceramah di Kelantan, sambutannya mencecah puluhan ribu manusia, namun berbeza dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya dihadiri kurang daripada 500 orang ketika berceramah di Ketereh, 26 Februari.

Blog bicarakelantan (BK) mengikuti secara dekat ceramah Anwar itu, "pada asalnya ceramah itu sepatutnya diadakan di Padang Majlis Daerah (Ketereh), tetapi terpaksa dipindahkan ke dalam dewan (Dewan Majlis Daerah Ketereh) disebabkan Tuhan turunkan hujan yang amat lebat sehingga menyebabkan seluruh padang ditakungi air, mungkin sebagai petanda Dia tidak restui kehadiran Anwar ke bumi Kelantan,"lapornya.

Ibarat meludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri apabila blog BK melaporkan pihak penganjur terpaksa menyediakan nasi-nasi bungkus dan cabutan bertuah sebagai tarikan kepada pengunjung untuk menyertainya.

"Apa yang paling menarik perhatian BK adalah jumlah kehadiran pada malam itu adalah amat tidak bersesuaian dengan title Anwar sebagai "PM MALAYSIA". Macam mana boleh orang seperti Anwar disambut hanya oleh tidak sampai 500 orang hadirin?

"Itu pun nasib baik telah di'cover' oleh penyokong-penyokong dari Machang yang terpaksa bergegas follow Anwar selepas dia tamat ceramah di Machang.

"Menurut maklumat, penganjur di Ketereh telah menelefon penganjur di Machang agar penyokong-penyokong mereka di Machang datang ke Ketereh untuk memenuhkan dewan yang kosong. Aduhh…

"Pukul 11.15 (malam) dewan tak sampai separuh, rujuk gambar atas.. kesian Anwar.. mesti teruk YB Aziz Kadir, Ahli Parlimen PKR Ketereh kena marah dengan Anwar," lapornya lagi.

Kalimah Allah, Anwar konsisten letak tanggungjawab pada Pas

Yusliman Asli, wartawan Utusan Kelantan turut melaporkan butiran ceramah Anwar pada malam itu.

"Tok Guru Hadi Awang yang sign," kata Anwar yang merujuk tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menandatangani persetujuan pada 8 Januari, membenarkan kalimah Allah digunakan untuk penganut agama lain

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran, nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, itu kerja saya, kenyataan itu, Pas setujulah (sebab) kenyataan ia, Keadilan tak susah (boleh terima), tapi DAP, (kita) kena beri penerangan pada dia.

"Jadi saya terangkan kepada Kit Siang (Lim Kit Siang) kata begini, ini (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif, (tapi) dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata insya-Allah saya nak pergi, kita tak (boleh) hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat itu, dia tanya, saya kata beginilah, kita pakatan, kita setuju jangan berbalah soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi soal Islam ini, biarkan kita bagi penjelasan.

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun saya tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP," kata Anwar.

Kenyataan Anwar di atas mengulangi kenyataannya pada 23 Januari yang meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas bahu Abdul Hadi.

"Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

"Jadi (keputusan 8 Januari) adalah polisi Pakatan Rakyatlah," katanya.

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


MALU WEIHHH!!! ANWAR KENA HALAU <b>DI</b> DUA MASJID PAS <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 02:00 AM PST


Desas desus kedengaran Anwar Ibrahim mahu turun ke Pasir Mas, Kelantan pada Februari 26hb, esok. Kononnya berkempen untuk Pakatan Rakyat.
Sambil menyelam, nak minum air untuk tibai Ibrahim Ali. Rupanya hajat tak tersampai.

Beberapa masjid yang cuba dihubungi oleh tukang atur Anwar untuk membantu mendapatkan tempat dan menarik hadhirin ke ceramah.
Malangnya dua masjid yang dianggap sesuai dan kubu kuat PAS yang dihubungi telah menolak permintaan Anwar untuk berceramah.
Akhirnya Anwar terpaksa berceramah di Pasir Puteh. Kat mana di Pasir Puteh? Hehehe ... biar la. Buat nak apa aku nk tolong promot untuk Anwar. Agak-agak berapa orang akan hadir kelak?
Nampak gaya sudah bermula bahasa penolakkan PAS terhadap Anwar sebagai PM yang dikatakan dipersetujui oleh Majlis Syura baru-baru ini dan juga pertemuan Anwar dengan Dato Dr Harun Din... (SUMBER: BLOG BUDAK SRI KINTA)

ads