Rabu, 23 April 2014

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Mohd Noor Mamat Online: Berkeliling <b>di</b> 5 <b>negeri</b> : <b>Kelantan</b>-Perak <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2013 02:41 AM PST

Selepas berada 3 hari di Perak, rencana kami yang seterusnya adalah pulang menemui kedua ibubapa dan keluarga sebelah isteri di Kg. Sg. Lang Baru, Banting, Selangor. Selain itu, hasrat lainnya adalah untuk menyertai dan memeriahkan majlis pertunangan adik lelaki bongsu isteri yang diadakan pada tanggal 11.12.13.

Usai sarapan pagi, adik ipar saya, Mat mengucapkan salam perpisahan awal kerana perlu menghadiri mesyuarat penyediaan Takwim Sekolah. Biarpun masih dalam cuti persekolahan, beliau perlu berkerja bagi menyediakan perancangan aktiviti bagi sesi persekolahan yang akan datang. Selepas mengucapkan terimakasih dan bersalaman sebagai tanda perpisahan dengan dengan Jah dan anak-anak, kami memulakan perjalanan dari Kuala Kangsar, Perak ke Banting Selangor pada pukul 11 pagi.

Perjalanan dari Kuala kangsar, Perak ke Selangor melalui lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sejauh 238 km mengambil masa kira-kira 3 jam. Setelah sampai di Selangor kami memasuki Kuala Lumpur dan menyusur jalan menghala ke Banting, Selangor. Sepanjang perjalanan dari Kuala Kangsar ke Banting, kami terpaksa melalui tidak kurang daripada 7 plaza tol. Sememangnya perjalanan berkenderaan selain motorsikal di Kuala Lumpur memang memerlukan tambang untuk 2T, iaitu untuk Tenaga (bahanapi) dan Tol. Kami akhirnya sampai di rumah kedua ibubapa isteri di Kg. Sg. Lang Baru, Banting, Selangor kira-kira pukul 2.40 petang. Ketibaan kami sekeluarga disambut dengan gembira oleh emak dan abah. Kali terakhir kami pulang adalah pada cuti penggal persekolahan yang lepas. 


Sempena kepulangan kami, emak telah menyediakan masakan istimewa iaitu Nasi Ambang untuk dimakan bersama-sama. Nasi ambang adalah hidangan khas berupa nasi putih yang diletakkan di atas daun pisang dan diletakkan lauk pauk di sekelilingnya. Lauk wajib nasi ambeng adalah serundeng kelapa. Lauk nasi ambeng yang popular adalah daging ayam masak kicap, ayam goreng, mee hoon goreng, tempe goreng, ikan kering goreng dan sambal goreng. Penyajian nasi ambeng adalah disediakan dengan nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan tangan tanpa sudu dan garpu.
Kebiasaannya Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam majlis kenduri sebagai lambang keberuntungan. Penyajian nasi ambeng mengandungi permohonan agar semua pihak yang turut serta dikurniakan rezeki yang banyak. Nasi ambeng popular di Malaysia, terutama di kalangan penduduk yang berketurunan Jawa. Hidangan ini juga dapat dijumpai di Indonesia dan Singapura.









Selepas sehari berada di Banting, keesokan harinya iaitu pada tanggal 11.12.13, kami turut serta dalam rombongan untuk urusan pertunangan Shahril yang merupakan adik bongsu isteri. Majlis pertunangan berlangsung dengan lancar di rumah keluarga Ika, gadis pilihan Shahril (kami memanggilnya Atan) di Sg. Buaya. Tanggal 11.12.13 sengaja dipilih dan ianya adalah tarikh yang istemewa dan bermakna bagi Atan dan tunangnya. Majlis pernikahan pula dirancang akan dilangsungkan pada bulan September 2014 nanti. Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa hari pertunangan tersebut:






Selepas selesai majlis pertunangan Atan, keesokan harinya, kami sekeluarga bersiap untuk kembali pulang. Usai bersalaman dan mengucapkan salam perpisahan kepada emak, abah, nenek serta ahli keluarga yang lain, sekitar pukul 11.15 pagi kami pun bertolak dan memulakan perjalanan pulang. Perjalanan pulang ke Kelantan ini merentasi negeri Pahang dan Terengganu. Kami sengaja merancang ke Pahang kerana ingin bertemu kawan-kawan lama semasa bekerja di negeri ini pada suatu ketika dahulu. Hajat kami adalah untuk singgah dan bertemu dengan kawan-kawan lama di Klinik Kesihatan Pekan Awah dan Pejabat Kesihatan Daerah Maran. Selain itu, kami juga ingin melawat keluarga bapa saudara isteri yang menetap di Sg. Leng, Maran, Pahang. 
Perjalanan dari Banting menuju ke Pahang, kami perlu melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Kami bermula dengan menyusuri Jalan Klang-Banting,Jalan Kampung Jenjarom, Jalan Kebun dan seterusnya Lebuhraya Shah Alam. Dari Lebuhraya Shah Alam, kami memasuki Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang dan meneruskan perjalanan menerusi Jalan Lingkaran Tengah 2 sebelum memasuki Lebuhraya Karak.
Kami menelusuri Lebuhraya Karak yang panjangnya 60km dan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Bandar Karak di Pahang. Selepas memasuki Terowong Genting Sempah, yang terletak dalam daerah Gombak, kami memilih jalan menghala ke Kuantan. Selepas lebuhraya Karak berakhir kami memasuki pula lebuharaya Pantai Timur (LPT). Ini adalah pengalaman kali pertama saya memandu kenderaan melalui LPT. Turapan permukaan lebuhraya yang baik dan ditambah dengan kenderaan yang tidak banyak menyebabkan aliran perjalanan menjadi lancar serta cepat. Untuk sampai ke Klinik Kesihatan Pekan Awah, kami perlu memasuki susur keluar 821 atau exit 821. Sebelum memasuki jalan susur keluar 821, meter hitungan kilometer kenderaan yang dinaiki mencecah ke 1000 km bagi perjalanan yang bermula dari rumah kami di Kelantan menuju Perak, Selangor dan Pahang. Jalan susur keluar 821 ini adalah jalan pintas bagi mereka yang ingin menuju ke Bandar Pusat Jengka, Pekan Awah, Chenor dan kawasan sekitarnya. Ianya adalah jalan pintas ke lokasi-lokasi berkenaan tanpa melalui bandar Temerloh yang terkenal dengan nama Bandar Ikan Patin.

Kami sampai di Klinik Kesihatan Pekan Awah kira-kira pukul 1 tengahari iaitu waktu rehat bagi pekerja sektor Awam. Sebaik sahaja memasuki kawasan Klinik Kesihatan kami terus menuju ke kuarters yang didiami oleh En. Badrul dan keluarga. En. Badrul adalah pemandu kenderaan di Klinik Kesihatan Pekan Awah. Kami memaklumkan kepada En. Badrul berkenaan kedatangan setelah memasuki LPT. Sebenarnya kami ingin membuat kejutan dan kunjungan balas di atas kunjungan beliau dan keluarga ke rumah kami sebelumnya. Kedatangan kami disambut oleh En.Badrul dan isteri yang sudah sedia menunggu. Sambil menikmati jamuan ringan, en. Badrul menelefon kawan-kawan yang lain memberitahu mengenai kedatangan kami ke rumah beliau. Sejurus selepas itu, beberapa orang rakan-rakan lama kami datang berkumpul. Kami berborak dan bermesra sambil mengimbau kisah-kisah lama. Tidak semua rakan-rakan lama yang dapat kami jumpa kerana sebilangannya sudah bertukar ke tempat lain kerana dinaikkan pangkat. Manakala sebahagiannya sudah tidak bekerja lagi kerana telah bersara.

Hampir sejam kami menghabiskan masa bersama-sama, bertanya khabar dan bercerita kisah lama dan semasa.Seterusnya kami meminta izin untuk menyambung perjalanan menuju ke rumah Wak Ros-bapa saudara isteri di Sg. Leng. Kami sampai di rumah Wak Ros kira-kira pukul 3.30 ptg. Kedatangan kami disambut oleh Wak Ros dan isteri bersama sebahagian anak-anak dan cucu-cucunya walaupun hanya dimaklumkan 2 jam sebelumnya. Kami berada di rumah Wak Ros juga hampir sejam. Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Sebelum beredar kami merakam gambar bersama-sama sebagai kenangan.

Perjalanan seterusnya adalah ke Pejabat Kesihatan Daerah Maran yang terletak di Bandar Maran bagi berjumpa sebahagian lagi rakan-rakan lama. Namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana kami tiba di Bandar Maran kira-kira pukul 5 petang iaitu masa pulang dari pejabat. Kami tidak ingin mengganggu rakan-rakan yang pulang untuk beristerehat. Kami melewati Bandar Maran yang terkenal dengan jolokan Bandar Ayam Kampung sambil merakam gambar sebagai kenang-kenangan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakam, bermula dari memasuki Terowong Genting Sempah sehinggalah ke Bandar Maran, Pahang.










Destinasi kami yang seterusnya adalah rumah adik saya Mohd Kamri yang terletak di Kg. Petai Bubus, Manir, Kuala Terengganu. Jarak di antara Bandar Maran ke Kg. Petai Bubus, Manir adalah lebih kurang 374 km atau 3 1/2 jam perjalanan. Dari Bandar Maran kami meneruskan perjalanan menelusuri LPT merentasi Seri Jaya, Gambang dan Bukit Goh. Selepas itu kami memasuki jalan susur keluar Jabor-Mukti Billah Shah sehinggalah kami memasuki bandar Kemaman, Terengganu ketika waktu Maghrib menjelang tiba. Perjalanan pada waktu malam terasa begitu berbeza sekali berbanding dengan di siang hari. Suasana yang menarik dengan limpahan cahaya dan kerdipan lampu neon terutama di sekitar bandar-bandar seperti Kemaman, Cukai, Kerteh dan Paka terasa begitu meriah sekali. Suasana malam khususnya di bandar Kerteh yang dikenali dengan bandar minyak begitu menambat perhatian. Malam menjadi terang-benderang dengan nyalaan-nyalaan besar api daripada kompleks penapisan minyak dan gas bagaikan suasana pelancaran roket ke angkasa lepas! 
Kami sampai di rumah adik saya di Kg. Petai Bubus kira-kira 9.30 malam dan dihidangkan makan malam oleh Nur, isteri  Kamri. Selepas makan, mandi, solat dan berborak sekejap dengan Nur dan Kamri, kami pun tidur setelah seharian mengharungi perjalanan. Pada Keesokannya iaitu hari Jumaat, selepas sarapan pagi kami bertolak balik ke Kelantan pada pukul 9.15 pagi. Selepas 3 jam perjalanan melalui jalan pesisir pantai Terengganu-Kelantan, kami selamat sampai di rumah pada pukul 12.20 tgh. Saya sempat solat Jumaat di Masjid Kedai Lalat yang terletak berhampiran dengan kediaman kami. Kami melengkapkan perjalanan berkeliling ke lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu selama seminggu dengan jarak sejauh 1492.8 km. Ianya adalah suatu perjalanan berkenderaan yang agak jauh dan memberi banyak kenangan serta pengalaman kepada kami sekeluarga.






Hitungan kilometer sejauh 1492.8 km - Jarak perjalanan bagi tempoh seminggu,
selepas berkeliling ke lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Selangor, Pahang dan Terengganu.

Selasa, 22 April 2014

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Ngap Sayot &#39;encang&#39; Kelantan <b>di Kota Bharu</b> - The Borneo Post Online

Posted: 18 Apr 2014 09:31 AM PDT

RYAN Griffiths wira Ngap Sayot apabila menjaringkan gol tunggal Sarawak menewaskan Kelantan 1-0 pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Pemain berasal dari Australia itu pantas mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan Kelantan apabila merampas bola daripada Obinna Nwaneri sebelum melambungkan bola mengatasi Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-51.

Aksi bermula dengan kubu Sarawak diasak hebat oleh Kelantan menerusi gandingan Forkey Doe dan Mohamed Ghaddar sebaik wisel dibunyikan.

Penjaga gawang Mohd Fadzley Rahim menyelamatkan Sarawak pada minit keempat apabila tangkas menepis percubaan Mohd Fitri Omar.

Serangan bertali arus Kelantan bagaimanapun berjaya dikekang skuad bimbingan Robert Alberts bagi mengikat kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Alberts menukar percaturan apabila memasukkan Muamer Salibasic menggantikan Joseph Kalang Tie.

Selepas berjaya merobek gawang Kelantan, pengemudi Sarawak itu membuat satu lagi pertukaran apabila memantapkan jentera tengah dengan memasukkan Lot Abu Hassan dan mengeluarkan Shahrol Saperi pada minit ke-62.

Kelantan yang tampak terdesak nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-67, namun Mohd Fadzley menangkap percubaan Forkey di dalam kotak penalti Sarawak.

Mohd Fadzley yang ternyata cemerlang pada perlawanan malam tadi terus menjadi duri dalam daging buat Forkey yang pasrah menyaksikan tandukannya ditepis penjaga gawang nombor dua Sarawak itu pada minit ke-70.

Skuad bimbingan jurulatih sementara Hashim Mustapha tambah kecewa lima minit kemudian tatkala Sarawak sekali lagi terselamat apabila percubaan Brendan Gan sekadar menggegarkan palang gol Mohd Fadzley.

Babak-babak terakhir perlawanan, Alberts memperkasakan pertahanan Sarawak dengan memasukkan Dzulazlan Ibrahim menggantikan Mazwandi Zekeria pada minit ke-85.

Usaha Kelantan mencari gol pada tambahan empat minit daripada masa perlawanan bagaimanapun tidak berhasil dan Sarawak pulang dengan tiga mata penuh.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Apr 2014 03:18 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 03:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2014 03:47 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Mar 2014 03:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Feb 2014 03:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 03:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di gaal kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Mar 2013 03:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RM20 Juta Baik Pulih Masjid | Detik Perubahan

Posted: 25 Feb 2013 06:39 AM PST

imagePASIR PUTEH – Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan bantuan lebih RM20 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan untuk membaik pulih masjid di seluruh Kelantan.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bantuan itu menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Kata Mustapa, jumlah tersebut tidak termasuk pembinaan masjid baru di Kelantan ketika kerajaan negeri yang dikatakan lebih islamik tidak memberi perhatian kepada usaha itu.

"Kerajaan Persekutuan tetap menyalurkan bantuan sedemikian demi keselesaan umat Islam untuk menunaikan ibadat walau pun sepatutnya tanggungjawab ini perlu dipikul sama oleh pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas solat Zohor berjemaah di Masjid Mukim Changgai dan menyampaikan cek RM100,000 untuk membaik pulih masjid tersebut dekat sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian, Zawawi Othman; Penyelaras Umno Dun Gaal, Redzuan Stapa; bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad dan Imam Muda, Mohd Fazli Mohamad.

Masjid itu mengalami kerosakan bahagian atap sejak setahun lalu dengan ruangan yang sempit untuk menampung kira-kira 8,000 anak mukim berjemaah.

Mohd Fazli ketika ditemui berkata, bantuan itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan sikap cakna kepimpinan Umno Kelantan yang sebelum ini menjelajah masjid untuk meninjau keperluan yang diperlukan.

Katanya, permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi menukar atap masjid yang bocor itu dikemukakan menerusi sepucuk surat ketika Mustapa berjemaah di masjid ini pada bulan Ramadan tahun lepas.

"Syukurlah bantuan itu sudah diperoleh hari ini di mana pihak yang membantu memberi kepercayaan kepada jawatankuasa masjid mengurus kerja membaiki semula masjid dalam kadar yang segera.

"Saya menganggap usaha ini sebagai membangunkan syiar Islam dengan memberi bantuan untuk keselesaan anak mukim untuk beribadat," katanya. – Sinar Harian

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2014 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Malapetaka Untuk PAS <b>Di Kelantan</b> | OB21NET

Posted: 14 May 2012 03:19 AM PDT

Ceramah Hassan Ali


Ramai pemimpin PAS masih berpendapat Kelantan adalah tiang seri pengarang jantung hati PAS, rakyatnya setia sehidup semati kekal bersama PAS dan kebangkitan semula pengaruh UMNO serta pemimpinnya walau secuit pun tidak mampu menggugat keteguhan sokongan rakayt Kelantan kepada Nik Aziz selaku pemimpin PAS tersohor.

Itu kata pemimpin PAS yang saban hari aktif dengan dakyah mendokrinkan khalayak umum melalui ceramah politik siang malam tanpa henti dan dek kerana yakin dokrin tersebut telah mendarah daging dalam jiwa raga umat, mereka menjadi takbur dan lupa diri bahawa pembalikan hati dan fikiran manusia tetap juga di dalam kekuasaan Allah s.w.t.

Ambil contoh dua peristiwa berikut yang berlaku hanya dalam jangka waktu lebih sebulan sahaja. Perbandingan kedua-duanya membuktikan tak selamanya PAS berupaya mengongkong pemikiran rakyat Kelantan khususnya penyokong mereka sendiri.

Pada 12 Mei 2012 lepas bertempat di Pasir Puteh Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali dalam siri jelajah roadshownya berjaya menarik perhatian lebih 3,000 orang hadirin yang turut dihadiri oleh ramai penyokong dan ahli PAS Pasir Puteh.

Sekalipun banner dan poster pemberitahuan majlis banyak yang ghaib tiba-tiba dua tiga hari sebelum majlis berlangsung, namun majlis tetap berjalan dengan jayanya.

Berbeza sekali dengan majlis ceramah yang di hadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang suatu ketika dulu biasanya mampu menggamit perhatian tidak kurang empat lima ribu pendengar pada satu-satu majlis, namun akhir-akhir ini penampilan Mat Sabu dan ramai pemimpin PAS semakin suram sambutannya dari kalangan rakyat Kelantan.

Misalnya pada 29 Mac 2012 lepas, Mat Sabu dan beberapa pemimpin Pas Pasir Puteh telah mengadakan ceramah perdana di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh namun kehadirannya agak mendukacitakan. Kehadiran pendengar boleh dikira dengan jari hanya 30 orang saja yang hadir.

Ceramah Mat Sabu.

Agak jarang sebenarnya kehadiran khalayak di majlis ceramah PAS Kelantan kurang daripada seratus orang, kecuali di negeri-negeri kubu kuat UMNO sahaja pernah berlaku sedemikian.

Malah di saat Nik Aziz sedang melalui zaman gelapnya sekarang inipun masih lagi dapat tarik perhatian sekurang-kurangnya 5,000 pendengar berbanding minima lebih 10,000 orang tiap kali berceramah sebelum ini, tapi Mat Sabu dah berjaya memecahkan rekod sebagai pemimpin kanan PAS yang pertama terpaksa berceramah di hadapan 30 orang sahaja pendengar. Malu… Malu..

Jauh bezanya antara 3,000 dengan 30 orang. Satu malapetaka besar untuk PAS Kelantan di saat-saat menjelangnya pilihanraya umum ke 13. Ini semua tanda-tanda pengaruh PAS kian merudum dan bakal berhadapan cabaran paling gentir dalam sejarah pilihanraya di Kelantan.

Satu dua perkara yang perlu kita sedari, tanda-tanda kemerosotan sokongan rakyat kepada PAS Kelantan semakin ketara semenjak kemenangan nyawa-nyawa ikan PAS dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu diikuti dengan gelombang merah di PRK Galas yang menyaksikan PAS jatuh terbungkam kira-kira lebih setahun setengah yang lepas.

Dan apa yang terjadi pada majlis penerangan PAS di Pasir Puteh Kelantan pada Mac lepas hanyalah lanjutan kepada proses kemerosotan yang sedang dialami oleh PAS Kelantan tika ini. Jika ia berterusan tentu saja akan bertukar menjadi malapetaka untuk PAS dan Nik Aziz.

Tidak mustahil dalam PRU akan datang, keputusan pilihanraya umum yang selama ini memihak kepada PAS Kelantan mungkin akan berubah. Kalaupun PAS masih kekal memerintah barangkali ia hanya mengulangi peristiwa gentir 2004 yang menyaksikan kerajaan PAS Kelantan memerintah negeri dalam keadaan nyawa dihujung tanduk.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


juham menyokong ketetapan yang dibuat kerajaan <b>negeri kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 06:03 AM PDT

JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
JUHAM MENYOKONG KETETAPAN YANG DIBUAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN 
BERHUBUNG DENGAN PERLAKSANAAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN 1993
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini meyokong sepenuhnya ketetapan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Kelantan di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini (2 April 2014) iaitu :
1) Membawa rang undang-undang persendirian (private bill) di Parlimen bagi membolehkan Parlimen memberi kebenaran  di bawah peruntukan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993 dapat dilaksanakan; dan
2) Membawa rang undang-undang persendirian (private bill) bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 untuk memberi bidangkuasa menjatuhkan hukuman yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah bagi tujuan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam.
Bagi memperkemaskan lagi persediaan ke arah perlaksanaan enakmen tersebut dan bagi mengelakkan rang undang-undang yang bakal di bawa itu dari di cabar atas alasan  ultra vires perlembagaan dan lain-lain teknikaliti undang-undang, JUHAM mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan turut memasukkan usul agar Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan tafsiran perkataan 'undang-undang' turut dipinda. Pindaan yang dicadangkan ialah dengan memasukkan undang-undang Islam sebagai salah satu takrifan kepada perkataan 'undang-undang' yang terkandung di dalam Perkara 160 (2) tersebut. Pada masa ini, istilah 'undang'undang' yang digunakan di dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah meliputi undang-undang bertulis, common law, dan apa-apa adat (custom) atau kelaziman (usage) yang mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Persekutuan Malaysia atau mana-mana bahagiannya.  Dengan pindaan ini, maka dengan sendirinya undang-undang Islam akan diiktiraf di dalam Perlembagan sebagai salah satu sumber kepada undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia.
JUHAM juga telah menubuhkan suatu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh peguam-peguam yang mahir di dalam undang-undang sivil dan syariah bagi membantu Kerajaan Negeri Kelantan di dalam melaksanakan keputusan yang dicapai oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana di atas.
Pengarah Jabatan Undang-Undang &
Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2014 11:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TANAH <b>JELI KELANTAN</b>: TANAH UNTUK <b>DI</b> JUAL JAJAHAN <b>JELI</b>

Posted: 10 Mar 2014 01:06 PM PDT

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

Terutamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah membeli tanah-tanah yang di jual di sini dan telah di siarkan di blogspot ini.

Sukacitanya, saya mengumunkan kepada anda semua. Ada lagi beberapa lagi tanah untuk di jual di kawasan yang berdekatan Universiti Malaysia Kelantan dan juga Polikteknik Jeli.
Kepada mereka yang terlepas dulu. sekarang saya ada penyelesaian untuk isu itu.

Kawasan permandangan yang cantik jauh dari kesibukkan kota tetapi mempunyai pekan yang sedang membangun dan berdekatan dengan hub pendidikan seperti UMK,MRSM,POLITEKNIK & SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA PENUH.

JELI adalah sebuah bandar kecil dalam jajahan Kelantan,Malaysia. Pada tahun 2000, jangkaan populasi di Jeli mempunyai lebih 42,882 orang yang membina penempatan  di situ.

Bermulanya pada tahun 2011, terdiri daripada beberapa buah institusi pendidikan telah di bina di Jeli bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan negeri Kelantan sebagai hub' pendidikan di pantai timur.Kini bagaikan cendawan tumbuh taman-taman perumahan telah di bangunkan bagi menampung kerancakkan ekonomi di Jajahan Jeli Kelantan.

Bagi menampung permindahan anak-anak jati kembali ke negeri Kelantan dan orang luar kini berada negeri itu, untuk mengajar anak-anak bangsa kita.Kerajaan telah berusaha menaik taraf daerah Jeli ini menjadi satu bandar pada masa depan. Ini akan memberi satu impak besar di kawasan tersebut dengan adanya pembangunan beberapa institusi pendididkan tinggi di Jeli. Antaranya Politeknik Jeli dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini akan  dapat menaikkan taraf ekonomi luar bandar kawasan tersebut. Kini, tanah-tanah orang kampung juga menjadi bernilai tinggi dengan adanya pembangunan yang sedang giat dijalankan dalam jangkaan 5 tahun lagi Jeli akan terkenal sebagai "Pintu Utama ke Utara dari Pantai Timur".

Baiklah berbalik kita kepada cerita kita pada tanah untuk di jual.

Saya siarkan di sini untuk tatapan dan pilihan ANDA semua. 

"Berminat jangan segan,jangan silu".Hubungi sahaja saya bila-bila masa dari jam 7 pg sehingga jam12 mlm.

Pilihan ANDA,keutamaan SAYA.

LOKASI LOT KEDAI BUKIT BUNGA PONDOK MODEN
PELAN CADANGAN LOT KEDAI BUKIT BUNGA PONDOK MODEN
TANAH DI SELEKOH SELEPAS PETRONAS
TANAH GAHARU GUNUNG STONG UNTUK DI JUAL
SUDAH DI TERES. POKOK GAHARU BERUMUR 4 TAHUN. GAHARU GRED A.
TANAH GAHARU GUNUNG STONG DI BLOG 

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 11:44 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 11:33 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

tanah 50 ekar untuk <b>di</b> jual jajahan <b>jeli</b> - tanah <b>jeli kelantan</b> - Blogger

Posted: 05 Nov 2013 10:10 AM PST

TANAH 50 EKAR UNTUK DI JUAL!!!!

     Jumlah keluasan tanah ialah 250 ekar beberapa ekar telah pun di jual kepada pembeli individu.
Kami sedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat pemaju yang berminat untuk membangunkan kawasan ini yang berpotensi sebagai lokasi strategik penempatan yang maju pada masa depan.
     Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk 'gateway' ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat  Semenanjung,Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli itu juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli-Dabong.
     Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 km dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah ini strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.

Majlis Penyerahan Politeknik <b>Jeli</b> - Portal Rasmi JKR <b>Kelantan</b>

Posted: 11 Feb 2014 01:33 AM PST

Majlis penyerahan Piloteknik Jeli kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah diadakan pada 21 April 2013 bertempat di Dewan Utama Politeknik Jeli, Jeli, Kelantan. Majlis dihadiri oleh wakil Ketua Setiausaha KPT Encik Abu bin Ali, Pengarah Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi JKR Malaysia, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Perunding, Pegawai Kanan JKR Kelantan dan warga Politeknik Jeli.

TANAH <b>JELI KELANTAN</b>: TANAH LOT UNTUK <b>DI</b> JUAL GEMANG <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2014 12:51 PM PDT

TANAH LOT UNTUK DI JUAL 2014
LOKASI KAMPUNG GEMANG AYER LANAS TANAH JAJAHAN JELI
 PELAN CADANGAN LOT BANGLO
  • 5 MINIT ke UMK (Universiti Malaysia Kelantan)
  • 10 MINIT ke POLITEKNIK JELI
  • Berdekatan dengan "UMK" Universiti Malaysia Kelantan.
  • 5km ke Ayer Lanas
  • Sekolah yang berdekatan SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG GEMANG
  • 10 MINIT ke BANDAR JELI 
  • Masjid Kampung Gemang
  • Stesen Minyak yang berdekatan PETRONAS JELI
  • HOSPITAL JELI hanya 10 MINIT
  • 2km KLINIK 1Malaysia
  • Kemudahan lain ialah kedai runcit, kedai kek, kedai dobi dan kedai makan.
  • Homestay terdekat
  • Klinik Kesihatan Malaysia Kampung Gemang
  • Balai Polis Jeli
  • MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)
  • Gelanggang Futsal
HUBUNGI MIEZA ALI 014-5487916
UNTUK LOT YANG MASIH ADA!!!
PELAN CADANGAN RUMAH TERES
SESIAPA SAHAJA ANDA....KAMI SEDANG MENCARI 'BISNES PARTNER'
'JOIN VENTURE' DENGAN KAMI UNTUK MEMBINA RUMAH TERES DI LOKASI INI
58 LOT UNTUK RUMAH TERES!!!!
KETERANGAN LANJUT HUBUNGI 

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2014 11:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2014 11:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Mar 2014 11:15 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Mar 2014 11:09 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di jeli kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 11:56 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

tanah 50 ekar untuk <b>di</b> jual jajahan <b>jeli</b> - tanah <b>jeli kelantan</b> - Blogger

Posted: 05 Nov 2013 10:10 AM PST

TANAH 50 EKAR UNTUK DI JUAL!!!!

     Jumlah keluasan tanah ialah 250 ekar beberapa ekar telah pun di jual kepada pembeli individu.
Kami sedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana syarikat pemaju yang berminat untuk membangunkan kawasan ini yang berpotensi sebagai lokasi strategik penempatan yang maju pada masa depan.
     Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk 'gateway' ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat  Semenanjung,Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli itu juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli-Dabong.
     Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 km dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah ini strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di wakaf che yeh</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Apr 2014 03:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di wakaf che yeh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 03:04 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di wakaf che yeh</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 03:22 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Peniaga Pasar Borong <b>Wakaf Che Yeh</b> menipu pelancong <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 02:11 PM PST

Harga mahal untuk pelanggan tidak bertutur dialek Kelantan

KOTA BAHARU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan kesal terdapat segelintir peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, khususnya kepada pelancong.

Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun berkata terdapat unsur penipuan di dalam urusan jual beli di pasar borong berkenaan di mana pelanggan yang tidak bertutur dialek Kelantan akan dikenakan harga lebih mahal.

"Kita dapat maklumat yang peniaga di sini mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang dari luar, mereka akan kenakan harga tinggi kepada orang luar.

"Oleh itu, kita mengingatkan semua peniaga agar meletakkan tanda harga bagi mengelak berlakunya penipuan harga," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya mendapati terdapat lebih 70 peratus peniaga di Wakaf Che Yeh tidak meletakkan tanda harga di setiap barangan yang dijual.

"Kita akan rampas barang yang tidak diletakkan tanda harga dan peniaga juga boleh berdepan hukuman di mahkamah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ab Ghani berkata terdapat lebih 403 kes melibatkan peniaga tidak meletakkan tanda harga telah direkodkan sepanjang tahun lepas.

"Tahun ini, lebih 50 kes direkodkan dan dalam ope-rasi semalam terdapat 11 kes melibatkan nilai rampasan sebanyak RM5,000 dalam operasi di Wakaf Che Yeh," katanya.

Beliau berkata operasi pemantauan itu akan di-teruskan dari semasa ke semasa bagi meyakinkan pengguna bahawa kerajaan serius dalam menangani isu kenaikan harga sejak akhir-akhir ini. — Bernama

Baling <b>Wakaf Che Yeh</b> | kujie2.com

Posted: 21 Aug 2012 07:13 PM PDT

image

Meninggalkan Baling, Kedah jam 11 pagi , melalui Pengkalan Hulu ke Gerik

image

Buat pertama kali, kami akan melalui Lebuhraya Timur Barat.  Jarak antara Gerik di Perak dan Jeli di Kelantan lebih kurang 124 KM dan kami bercadang singgah bermalam di Kota Bharu.

image

Anak-anak yang masih ceria.

image

Sekitar kawasan Tasik Banding, Perak

image

Kehijauan dan panorama segar sepanjag lebuhraya .

Lokasi ini di puncak Banjaran Titiwangsa

image

Tiba masa untuk bentang tikar dan hidang mangkuk tingkat.  Bekalnya cuma nasi kosong, ikan masin, ayam goreng dan sambal bilis… nikmatnya tak terhingga.

image

Selepas melepasi kesesakkan teruk di Bukit Kebun dan persimpangan Pasir Mas hingga ke bulatan sebelum Jambatan Sungai Kelantan, kami tiba di Wakaf Che Yeh hampir jam 6 petang.

Kebanyakkan hotel di kawasan ini dah penuh, hotel ke 6 baru ada bilik.

Cadang nak berfoye-foye cuci mata tak kesampaian kerana hujan turun dengan lebatnya selepas makan malam.  Angah dapat sehelai seluar, Intan dapat sehelai skirt dan saya dapakan 'baju merah'  untuk S3.

Tak ada aktiviti apa yang nak buat, tidur sajalah.  Nak beronline pun wifi kat hotel ini pun semput-semput.   Esok pagi kami akan teruskan  perjalanan ke Tasik Kenyir .

ads