Ahad, 11 September 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


800 penumpang keretapi panik sebuah koch terbakar – – Blog <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 11:26 PM PDT

GUA MUSANG: Saat cemas dilalui 800 penumpang Ekspres Senandung Wau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur selepas sebuah daripada 14 kocnya terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.


Kejadian jam 11.30 malam itu memaksa pemandu tren memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran bagi mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat, sekali gus memadamkan kebakaran koc yang memuatkan generator elektrik serta hawa dingin.

Difahamkan, keadaan cemas itu menyebabkan penumpang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sebaik tren menghampiri stesen terdekat, termasuk ada yang nekad terjun di kawasan itu kerana terlalu panik.

Senario itu disaksikan penduduk setempat sebaik tren berhenti secara mengejut apabila kebanyakan penumpang berebut-rebut terjun dari koc kerana bimbang api yang membakar gerabak membawa alat berkenaan di bahagian belakang merebak ke koc lain.

Bagaimanapun, koc yang terbakar dapat dikawal sepasukan anggota bomba sukarela di Kampung Merapoh dalam masa 15 minit sebelum dibantu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang tiba 16 minit kemudian.


Kerja keras anggota bomba membolehkan perjalanan diteruskan sejam kemudian dengan meninggalkan koc terbakar itu di Stesen Keretapi Merapoh sebelum menyambung koc gantian generator elektrik dari Stesen Kuala Lipis.

Menurut penumpang, Salamah Alias, 28, kejadian itu mengejutkan penumpang hingga memaksa mereka terjun dari koc penumpang bagi menyelamatkan diri sebaik kereta api berhenti.

Katanya, insiden disedari selepas terdengar bunyi bising penumpang lain mengenai kebakaran sebuah koc, menyebabkan dia secara spontan mengambil beg pakaian dan melompat keluar sebaik koc berhenti di stesen terdekat, "Boleh dikatakan semua penumpang bertempiaran lari dan terjun dari koc kerana masing-masing takut api merebak ke koc penumpang lain.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tindakan cepat sepasukan bomba sukarela Kampung Merapoh memadam kebakaran menyebabkan keadaan kembali reda dan penumpang menaiki semula kereta api," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Kampung Merapoh, Rossraman Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang ternampak kereta api ekspres itu terbakar jam 11.30 malam.


Katanya, dia bersama lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api yang marak membakar koc dan berjaya mengawalnya dalam masa 15 minit.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, ada penumpang panik dan terjun dari koc untuk menyelamatkan diri hinggakan kita terpaksa meminta mereka bertenang.


"Malah, ada penumpang terjun ke dalam parit di tepi landasan kereta api, namun semua penumpang menaiki semula koc sejam kemudian untuk meneruskan perjalanan," katanya.


Dalam kejadian bulan lalu, 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, KTMB dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini.


Dalam kejadian jam 10.40 malam itu pemandu tren terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut namun tidak sempat mengelak ibu dan anak gajah yang melintasi landasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Kelantan sasar 5.8j pelancong

Posted: 02 Jul 2011 09:11 PM PDT

KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.

"Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.

"Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.

Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.

"Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 01:10 AM PST

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Maharaja Lawak Sepah Akan Berlawak <b>Di Machang</b> | KelantanFC <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

Kemeriahan Karnival The Red Warriors di Padang SMK Machang makin dirasai setelah juara Maharaja Lawak b_250_200_16777215_0_http___2.bp.blogspot.com__diPGZ-oQJCw_SZ14j6DvzAI_AAAAAAAAHQE_wLjpjSauhy8_s1600_sepah.jpgpertama kumpulan Sepah akan turut dibawa ke program bersama perdana menteri ini. Pelbagai acara istimewa disusun rapi pihak penganjur bagi memastikan karnival ini mendapat sambutan ramai dan menarik perhatian barisan kepimpinan negara yang hadir untuk terus berbakti kepada rakyat Kelantan dan kemajuan bolasepak Kelantan.

Selain pada kumpulan Sepah, pengunjung juga akan dihiburkan band indie anak Kelantan Secretype yang popular dengan lagu kombinasi Ultra Kelate The Red Mania pada pukul 2 petang. Rekaan stadium baru idaman semua peminat The Red Warriors turut dipamerkan buat julung kali untuk tatapan perdana menteri dan seluruh rakyat Kelantan.

Maghilah pakat gi kelih replika stadium baru, kumpulan Sepah dan Band Secretype ni……..

260945_100001870036702_894260_q.jpgTan Sri Annuar Musa :MAHARAJA LAWAK DAN BAND SECRETYPE AKAN TURUT MERIAHKAN ACARA TRW BERSAMA YAB PM JAM 2PTG 2 July DI MACHANG…DATANG DGN MEMAKAI JERSEY TRW….anda munkin memenangi hadiah!!!

ANDA INGIN MELIHAT GAMBARAN ARKITEK/REKABENTUK DAN LOKASI STADIUM BOLASEPAK BARU KLATE DAN KAMPUS ALHAMRA RED WARRIORS ACADEMY?….KUNJUNGILAH GERAI PAMERAN TRW DI KARNIVAL TRW MACHANG PD HARI SABTU 2 July…..YAB PM AKAN TURUT MELIHATNYA…TQ PM!!…ATAS KEPEDULIAN DAN TERUS CAKNA PD TRW…..

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Related posts:

  1. Perdana Menteri Dijangka Rasmi Karnival The Red Warriors di Machang
  2. Sepah Dibuang @ Membuang Diri?
  3. Karnival Hari Keluarga The Red Warriors Akan Turut Disertai Penaja Rasmi
  4. Kelantan Akan Pertahankan Misi Ke Final
  5. Tiada Kompromi Dan Akan Terus Didakwa

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


PAS <b>Gua Musang</b> sedia hadapi PRU bila-bila masa <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 08:54 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

GUA MUSANG ( Galas ) 8.Sept – Biarpun tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke 13 belum mendapat tandanya, namun persiapan bagi menghadapinya terus diperkemaskan oleh jentera PAS Kawasan Gua Musang.

Menurut Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin PAS Gua Musang sudahpun membuat persiapan bermula dengan menyusun jentera parti di peringkat cawangan dan Unit Peti Undi (UPU).

Beliau ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Kawasan Gua Musang di perkarangan Markaz PAS baru-baru ini.

Abdullah berkata dengan adanya 63 cawangan di tiga Dun dan 44 UPU, PAS Gua Musang kini semakin mantap dan bersedia menghadapi pelbagai isu yang dicanangkan oleh umno-BN.

" setakat ini, kita sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada rakyat di Gua Musang terutamanya dalam isu pengambilan tanah bagi pembangunan Ladang Rakyat dan begitu juga dalam isu pemilikan tanah oleh masyarakat orang asli"ujar beliau.

Adun Galas dari BN, Abdul Aziz turut hadir.

Beliau juga berkata di sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, jentera parti telah turun padang bertemu penduduk di keseluruhan cawangan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Abdullah yang juga merupakan Penyelia Parlimen berkata kerajaan telah bersetuju untuk membuka ruang kepada peneroka di Tanah Rancangan Kesedar Jeram Tekoh, Renok dan Meranto untuk mengemukakan permohonan memiliki tapak penempatan yang diduduki sekarang.

" Alhamdulillah, ramai peneroka telah faham hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu mereka bagi mendapat milik kekal tapak rumah tersebut dan sehingga kini sudah ramai diantara mereka yang mengemukakan permohonan di pejabat tanah Gua Musang"katanya lagi.

Sabtu, 10 September 2011

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh – rahimahullah.. « Kecintaan <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2011 08:30 PM PDT

Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh – rahimahullah…
Editor: al-Faqir Ila ALLAH Ta'ala – Date: 30.8.11
Inna lillahi wa inna ilahi raji'un…

Siang tadi ketika sedang sibuk beraya ke rumah saudara mara, ada sahabat yang menghantar SMS memberitahu bahawa Tuan Guru Haji Hasim Pondok Pasir Tumbuh telah meninggal dunia jam 1 tengahari tadi.

Maka hilanglah seorang lagi alim rabbani yang telah banyak menghabiskan hayatnya dalam pengembangan ilmu pengetahuan dan juga tarbiyah. Berdasarkan sedikit carian di internet dan sekadar maklumat yang dapat dicapai, solat jenazah Almarhum Tuan Guru Haji Hashim telah diimami Tuan Guru Nik Abdul Aziz, turut serta Sultan Kelantan, Tengku Mahkota, para alim ulama, antaranya Dr. Uthman El-Muhammady. Ribuan orang hadir utk solat jenazah.

Sedikit Biodata Almarhum Tuan Guru:
Nama : Tuan Guru Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar.
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir : 1923M
Pendidikan :

Belajar di Darul 'Ulum ad-Diniyyah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939.
Belajar di Madrasah Irsyadiyyah Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942.
Belajar di pondok al-Marhum Tuan Guru Hj. Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940.
Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun.
Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj. Mustafa dan Tuan Guru Hj.Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh

Blog Pondok:

albakriah.wordpress.com/

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


800 Penumpang Panik | Keretapi Senandung Wau Terbakar

Posted: 10 Sep 2011 04:13 PM PDT

Saat cemas dilalui 800 penumpang Ekspres Senandung Wau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur selepas sebuah daripada 14 kocnya terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian jam 11.30 malam itu memaksa pemandu tren memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran bagi mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat, sekali gus memadamkan kebakaran koc yang memuatkan generator elektrik serta hawa dingin.

Difahamkan, keadaan cemas itu menyebabkan penumpang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sebaik tren menghampiri stesen terdekat, termasuk ada yang nekad terjun di kawasan itu kerana terlalu panik.

Senario itu disaksikan penduduk setempat sebaik tren berhenti secara mengejut apabila kebanyakan penumpang berebut-rebut terjun dari koc kerana bimbang api yang membakar gerabak membawa alat berkenaan di bahagian belakang merebak ke koc lain.

Bagaimanapun, koc yang terbakar dapat dikawal sepasukan anggota bomba sukarela di Kampung Merapoh dalam masa 15 minit sebelum dibantu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang tiba 16 minit kemudian.

Kerja keras anggota bomba membolehkan perjalanan diteruskan sejam kemudian dengan meninggalkan koc terbakar itu di Stesen Keretapi Merapoh sebelum menyambung koc gantian generator elektrik dari Stesen Kuala Lipis.

Menurut penumpang, Salamah Alias, 28, kejadian itu mengejutkan penumpang hingga memaksa mereka terjun dari koc penumpang bagi menyelamatkan diri sebaik kereta api berhenti.

Katanya, insiden disedari selepas terdengar bunyi bising penumpang lain mengenai kebakaran sebuah koc, menyebabkan dia secara spontan mengambil beg pakaian dan melompat keluar sebaik koc berhenti di stesen terdekat, "Boleh dikatakan semua penumpang bertempiaran lari dan terjun dari koc kerana masing-masing takut api merebak ke koc penumpang lain.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tindakan cepat sepasukan bomba sukarela Kampung Merapoh memadam kebakaran menyebabkan keadaan kembali reda dan penumpang menaiki semula kereta api," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Kampung Merapoh, Rossraman Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang ternampak kereta api ekspres itu terbakar jam 11.30 malam.

Katanya, dia bersama lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api yang marak membakar koc dan berjaya mengawalnya dalam masa 15 minit.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, ada penumpang panik dan terjun dari koc untuk menyelamatkan diri hinggakan kita terpaksa meminta mereka bertenang.

"Malah, ada penumpang terjun ke dalam parit di tepi landasan kereta api, namun semua penumpang menaiki semula koc sejam kemudian untuk meneruskan perjalanan," katanya.

Dalam kejadian bulan lalu, 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, KTMB dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu pemandu tren terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut namun tidak sempat mengelak ibu dan anak gajah yang melintasi landasan.

Related posts:

  1. Peniaga Dirempuh Keretapi Di Alor Pongsu
  2. Selamat Anak & Cucu | Nenek Parah Ditimpa Kayu Terbakar
  3. Asrama Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Terbakar
  4. Pejabat DUN PAS Terbakar Angkara Khianat
  5. 4 Kereta Terbakar Di PPR Batu Muda

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


kelongsong hidup: 81. Hanya <b>di Rantau Panjang</b>.

Posted: 08 Sep 2011 07:51 AM PDT

 Ais krim terbaru yang dijumpai di Pekan Rantau Panjang, Kelantan. Harganya cuma RM2, sedap juga pasal kurang manis. Tempat lain tiada lagi pernah dilihat.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Kemenangan BN <b>di Galas</b> dijangka

Posted: 05 Nov 2010 01:21 AM PDT

Shaharul Shafie

Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan  hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat 'bangsawan' di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin 'feudal' Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah 'Presiden' Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau. Walaupun pernah 'keluar Umno lama' dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno 'Baru' tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988)melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno 'lama' Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya. Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda 'protes BN' kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya.  Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas. Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi  menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008) .

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas. Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian 'zakat' oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri. Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang 'ganas' dalam sejarah kempen pilihanraya negara. Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling 'hemah' selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

Kajian semula (post-mortem) di pihak PAS dan BN

Tetapi ingatlah kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja oleh PAS tentang kekalahannya tetapi juga oleh Umno di Gua Musang kerana memenanginya. Terlalu jauh sekali untuk mengandaikan keputusan di Galas sebagai indikasi kepada kemampuan kerajaan PAS boleh ditumbangkan oleh BN pada PRU ke 13. Kajian boleh dilakukan oleh Umno supaya melihat perkara-perkara yang menyebabkan mereka menang dengan majoriti besar kali ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan PRU 2004 apabila setelah memenangi dengan hebat sekali dalam sejarah pencapaian BN sehinggakan melupakan janji-janji kepada rakyat. Alamatnya BN selepas itu hampir tersungkur terus semasa PRU 2008 angkara dihukum rakyat dan ahli mereka sendiri yang protes. Nasib baiklah, ada deposit di Sabah, Sarawak dan Johor.

Terpulanglah kepada Umno selama mana mereka hendak merayakan kemenangan ini tetapi usaha kuat dan kesedaran kejayaan ini perlu disedari sebagai amanah dan bukannya 'habuan' daripada rakyat. Mereka boleh menganggap kemenangan ini sebagai satu motivasi di hari hadapan tetapi tetap ingatlah pada prinsip 'kami memilih dan kamu berkhidmat sebagai Yang Berhormat'. Saya pasti Ku Li sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sedar akan hakikat ini. Oleh kerana itulah Ku Li sendiri pun sudah bertahan menjadi pemimpin rakyat lebih 40 tahun kerana tahu kerjanya itu penuh dengan amanah.

Survival politik Ku Li dan kesan ke atas Perkasa

Sungguhpun begitu, kesan kemenangan 'jentera' Ku Li bakal memberi kesan kepada Umno pusat lambat-launnya. Suka atau tidak, pasti ada pemimpin pusat yang tidak senang duduk dengan kejayaan Ku Li ini. Kemenangan ini menunjukkan Ku Li adalah watak atau pelaku politik yang masih relevan sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman untuk menyumbang kepada proses 'penyembuhan ' Umno dan BN. Usaha Ku Li yang nampak tidak selari dengan kerajaan pusat mengenai isu royalti petroleum kepada negeri Kelantan adalah satu lagi isu yang disimpan oleh semua pihak sepanjang kempen Galas. Kita akan lihat sejauh mana kedudukan kerajaan pusat di dalam bertoleransi dengan ketidakselarasan dengan Ku Li ini dalam isu royalti.

Satu kesan lagi yang nampak selepas ini ialah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Pribumi) yang tidak menyertai PRK Galas kali ini sepertimana mereka menyertai beberapa siri PRK yang lalu dengan menyokong calon dari BN. Perkasa pastinya hilang taringnya dengan kemenangan Umno di Galas kerana selama ini Perkasa cuba menunjukkan betapa pentingnya pertubuhannya itu sebagai punca utama sokongan orang Melayu. Nampaknya, kali ini dengan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang masih berehat selepas pembedahan jantung perlu mencari jalan baru untuk 'memaksa' Umno melihat Perkasa miliknya itu mempunyai pengaruh yang besar bagi menentukan kelangsungan Umno dalam politik perdana.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Majlis Perkahwinan <b>di Kelantan</b> | Walimatul Urus

Posted: 05 Sep 2011 11:59 AM PDT

Barakallahulakuma wabaroka alaikuma fi khair. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, majlis pernikahan dan persandingan pasangan Nizam & Norizan telah selamat berlangsung pada hari Sabtu, 3hb September 2011 bertempat di kediaman ibu bapa pengantin perempuan di Tanjung Mas, Pengkalan Chepa. Majlis perkahwinan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Dengan hanya sekali lafaz sahaja, Norizan telah disahkan menjadi isteri kepada Nizam.

Pengantin lelaki, Nizam tampak bergaya dengan sepersalinan baju Melayu berwarna peach, manakala Norizan pula kelihatan sangat ayu dengan baju kurung modennya.

Di majlis tersebut, Nizam membawa tujuh dulang yang terdiri daripada satu set barang kosmetik, satu helai kain sutera, satu kek perkahwinan yang direka khas oleh Secret Recipe, satu set barangan perempuan (termasuk purse & sepasang kasut), satu set perfume perempuan dari Boss, sepasang telekung, wang hantaran sebanyak RM10,000.00 dan sebentuk cincin serta gelang.

Pihak Norizan kemudiannya membalas sebanyak sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada sepasang kasut dari Hush Puppies, satu set lengkap pakaian & satu beg galas dari Smalto, satu set serunding, satu set kuih-muih, satu set perfume lelaki dari Boss, sebentuk cincin, sehelai kain pelekat dan seutas jam tangan dari Tissot.

Insha'Allah, pasangan pengantin akan mengadakan satu majlis persandingan berkonsepkan tradisional yang bakal berlangsung di Dewan Berlian JLT, Taman Melawati pada 1hb Oktober 2011. Save the date!

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Laman Nurani: <b>Dabong</b> Perlukan...

Posted: 10 Sep 2011 03:06 AM PDT

Arus pembangunan kian rancak di mana-mana, pertambahan penduduk sejajar dengan perkembangan fizikal sesuatu kawasan, maka ianya memerlukan satu mekanisma dan anjakan pembaharuan dan pembagunan di kawasa tersebut.

Dabong, sebuah daerah yang dikatakan terpencil dan selalu dipandang HINA oleh elitis2 kota. Sebuah daerah yang juga tidak kurangnya bersaing dengan kawasan-kawasan lain di Dunia ini.

Pertambahan bilangan penduduk di kawasan Dabong semakin hari semakin bertambah. Jika dilihat dari segi bilangan pengundi, pada tahun 2008 dahulu, bilangan pemilih di Dun Dabong adalah lebih kurang 8 ribu lebih, namun pada tahun 2011, bilangannya bertambah kepada 10 ribu lebih...adakah pertambahan ni menjadi banyak atau sedikit wahai bijak pandai sekalian...Tambah ni koho banyak ko koho sikit?

Sebenarnya Dabong memerlukan sebuah Hospital/Rumah Sakit/Wad untuk kegunaan para penduduk Dabong, Kemubu, Kuala Gris, Lepan Anjur, Stong, Kandek, Biak, Jelawang, Sri Jaya, Ingin Maju, Mahligai, Kuala Mahligai, Bukit Abu, Lanchang, Sungai Teku, Slow Pak Long, Chegar Lapan, Gua Ikan, serta kawasan-kawasan yang sekitar dengannya.

Ini kerana, masalah yang timbul apabila ada kes ibu-ibu yang hendak bersalin, biasanya pesakit akan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai yang jaraknya 80km dari Dabong. Adakah ini berbaloi? Dengan pelbagai risiko yang terpaksa di hadapi dan dilalui. Antaranya jlan rosak, keadaan jalan yang merbahaya, ancaman babi hutan, lembu yang berkeliaran, jalan licin dan kemungkinan ambulan rosak.

Oleh itu, amat perlunya wad-wad bersalin disediakan di Klinik Kesihatan Dabong yang lengkap dengan kemudahan. Tak payah lagi penduduk dikejarkan ke Hospital Kuala Krai yang jaraknya 80km. Jika jarak Dabong dengan Hospital Kuala Krai ni 2km, ianya tidak menjadi masalah pun.

Itu harapan kami disini. Maka tentu lah ramai di kalangan pembaca Laman Nurani ini menyangka saya sudah GILA kerana meminta sesuatu yang tidak masuk akal. BETUL kan??? Pelbagai komen yang saya terima. Lantaklah nak kata saya GILA ke, Bengong ke, Tak Cerdik ke, sebab saya tidak rugi apa2 pun, dan kamu semua juga tidak rugi apa2 pun...saya tak mintak duit anda semua pun. Soalnya kini, ianya menjadi satu permasalahan di Dabong yang perlu diatasi segera. Inu ini bukannya isu semalam, tetapi sudah 30 tahun dah ni, cubalah kira sudah berapo malam.

Seterusnya, kami amat memerlukan sebuah pejabat pos yang menawarkan pelbagai kaunter seperti ASNB, Cukai Jalan Kenderaan, Lesen Memandu, Pos Laju, Pos Ekspress, BSN dan pelbagai kaunter lagi. Oleh yang demikian, jika kanuter2 ini ada, maka penduduk tidak perlu lagi ke Kuala Krai (80km), ke Gua Musang (85km) dan ke Jeli (55km) untuk urusan perbaharui cukai jalan kenderaan atau untuk urusan ASNB.

Permintaan saya ini juga dikatakan KARUT oleh sesetengah pihak. Saya terima jika yang berkata demikian adalah penduduk dari Dabong sendiri, tetapi malangnya yang suka memperli dan menghina saya ni adalah individu2 yang tidak berada di kawasan Dabong, mereka tak mengerti akan kepayahan dan kesusahan serta kesulitan dan kerumitan kami di sini.

Eh, pemimpin2 PAS pun mari ceramah di Dabong ni, habis program pukul 1pagi, relo kelik ke Kota Bharu tengah2 malam...apa salahnya tidor di Dabong dulu, pagi esok kelik la...HINA sangat ke kawasan kami nih wahai pemimpin2 PAS, pemimpin BN jangan cakap la. Dah pemimpin PAS lagu tuh, pemimpin BN lebih lagi....

Buat sekelian kalinya, cubalah dengar rintihan dan amik pedulilah akan kemerluan kami. Jangan hanya bangunkan Tunjong sahaja....

Dabong, 10 September 2011

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Dua beranak bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:09 PM PDT

No of View :350

 SAUFI menunjukkan pahat yang digunakan oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Dua beranak berhadapan detik cemas apabila mereka terpaksa bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah mereka di Kampung Pulau Gajah Hilir, Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Hasmah Ali, 54, tidak cedera namun anak keenamnya, Saufi Jusoh, 28, mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya akibat bergelut dengan seorang penjenayah yang bersenjatakan pedang.

Sebelum kejadian, cerita Hasmah, dia baru bangun daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihatkelibat dua lelaki di dalam biliknya.

"Saya menyangka mereka adalah anak-anak saya yang masuk ke bilik sebelum dua lelaki terbabit tiba-tiba menerkam ke arah saya dan cuba menutup mulut saya dengan tangan.

"Saya menjerit sebelum Saufi masuk ke bilik dan menerkam salah seorang lelaki terbabit manakala seorang lagi lelaki melarikan diri melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hasmah berkata, dua penceroboh tersebut tidak sempat mencuri apa-apa barang miliknya termasuk barangan kemas seperti rantai, loket dan gelang yang dipakainya bernilai RM40,000.

"Saya bersyukur Saufi tidak mengalami kecederaan yang serius," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: BN Cuba Daftar Rakyat <b>...</b>

Posted: 24 May 2011 03:50 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 MEI : Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.

Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.

"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.

Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.

"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.

"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.

Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.

Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.

Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.

Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.-The Malaysian Insider

ads