[unable to retrieve full-text content]Salam perjuangan… Memandangkan Kelantan telah di perintah oleh PAS selama 22 tahun bermula 1990 hingga 2012 dan pernah memerintah 18 tahun sebelum ini iaitu bermula 1960 hingga 1978. Jika di campur dalam ...
7 April 2012 - PAPISMA Kelantan di jemput bagi mengadakan khidmat kesihatan statik di Kg. Pulau Raja, Pasir Pekan, Kelantan bersempena program Cakna Anak Muda Pasir Pekan. Sambutan dari penduduk Kg. Pulau Raja memberangsangkan.
Selain diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pihak penganjur juga turut mengadakan sukaneka rakyat melibatkan pemuda-pemuda seperti pertandingan gusti lengan, bawa motosikal paling lambat. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Kamaruddin Jaafar yang merupakan ahli parlimen Tumpat.
[unable to retrieve full-text content]Latar Belakang Pendidikan, bermula dari Pra di Pasti Perupok,and then at Sek Rendah Perupok, and sambung di Maahad Amir Indera Petra and now study at UKM, Bangi dlm courses "The FaCulty of Educatione( Islamic of ...
KELANTAN, 1 Mac 2012. Sembilan deretan kedai di Jalan Kuala Krai – Wakaf Che Yeh musnah dalam kebakaran. Sementara itu, PgB Shahrin Yusmar bin Hj Mat Yusof berkata, jabatan menerima panggilan kebakaran pada jam 6.05 petang. Lima jentera bomba dari Balai Bomba Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Tunjung dan Bomba Sukarela terlibat dalam operasi tersebut. Operasi memadam kebakaran di ketuai oleh YS PPjB Azmi bin Osman.
Bagaimanapun, Naib Ketua che Johan Che Pa tidak dapat mengesahkan individu itu timbalan pengerusi SPR.
(Free Malaysia Today) - Umno Pasir Mas mengesahkan ada ahlinya yang bernama Wan Ahmad Wan Omar, tetapi tidak dapat mengesahkan ia timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, Naib Ketua Umno bahagian, Che Johan Che Pa berkata, Wan Ahmad menjadi ahli Umno dalam sebuah cawangan dalam DUN Chetok.
"Saya telah membuat semakan dan mendapati ada individu yang bernama Wan Ahmad yang menjadi ahli di sebuah cawangan dalam DUN berkenaan.
"Tetapi (saya) tidak tahu individu itu adalah timbalan pengerusi SPR. Kalau hendak mengesahkan Wan Ahmad itu timbalan pengerusi SPR, kena beri nombor kad pengenalannya," katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa timbalan pengerusi SPR itu merupakan ahli Umno di Pasir Mas.
Beliau juga mendakwa Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga menjadi ahli Umno.
Bagaimanapun, Wan Ahmad dan Abdul Aziz menafikannya.
Menurut Wan Ahmad, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.
Sampai Pulau Melaka dah pukul 4 lebih. Nak pergi tengok show Wildlife Theatre Melaka yang session pukul 3 petang pun dah tak sempat. Pusing-pusing sampai hujung jalan. Dari jauh dah nampak kubah masjid. Masjid Selat Melaka terletak di penghujung jalan dan strukturnya dibina atas laut mengadap Selat Melaka.
Ini kali pertama aku sampai ke Pulau Melaka dengan bantuan GPS. Pulau Melaka bukanlah pulau semulajadi, sebaliknya ia dibina secara reclaimation works. Aku rasa Pulau Melaka ni dibina sebagai daya tarikan pelancong, tetapi bila sampai ke sini, aku tengok ada bangunan lot kedai yang siap tetapi belum dihuni, ada yang dalam pembinaan dan ada jugak projek terbengkalai, tak taulah apa sebabnya. Macam mana nak tarik pelancong? Nasib baiklah ada Wildlife Theatre Melaka dan Masjid Pulau Melaka.
Selat Melaka, dikenali sebagai selat terpanjang dan tersibuk di dunia.
Tersangatlah cantiknya dekor kat cermin pintu masuk masjid ni.
Berlatarbelakang Selat Melaka. Cantiknya pemandangan kat sini. Kalau ada kesempatan bolehlah singgah sembahyang di sini dan nikmati panorama yang sungguh mengasyikkan.
Tukar topik pula pada kali ini bagi menenangkan fikiran. Al maklum saja asyik dengan duit setiap hari rasanya jemu juga, sesekali boleh juga lihat dan tinjau suasana luar yang lebih indah dan nyaman.
Ini adalah gambar pengkalan dimana saya dan kawan kawan akan memulakan pelayaran meluncur di permukaan Selat Melaka iaitu dibahagian Selatan Tanah Air dengan menaiki bot laju. Pada hujung jeti yang kita dapat lihat kehijauan itu adalah Pulau Kukup dalam Daerah Pontian. Pulau ini dipenuhi dengan hutan bakau dan tiada penghuni yang tinggal di Pulau tersebut melainkan khazanah alam yang hidup secara semula jadi. Bahagian paling kiri sekali kita akan dapat lihat laut Selat Melaka yang akan bertemu dengan Selat Tebrau dan juga kapal kapal dagang yang berlabuh dan juga belayar untuk ke Pulau Singapura atau pun Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Malaysia. Sayangnya pada hari itu gambarnya tidak diambil untuk dimuatkan dalam blog ini.
Gambar diatas ini juga adalah pemandangan diatas Pengkalan (jeti) yang sama dan diambil dengan fokus pada Pulau Kukup dari hujung sebelah kiri ke hujung sebelah kanan. Sayangnya bahagian kanan terlindung sedikit dengan sebuah feri antarabangsa untuk perjalanan Malaysia ke Indonesia.
Pelayaran bermula dengan meninggalkan pengkalan di Jeti Kukup dan mula meredah air Selat Melaka paling Selatan. Bangunan yang dapat kita lihat itu adalah Pengkalan Jeti Kukup bagi penumpang yang hendak menaiki Feri ke Indonesia. Setiap hujung minggu ramai warga samada dari Malaysia mahu pun Indonesia malah ada juga dari luar negara akan menggunakan jeti ini untuk pergi ke Indonesia atau pun masuk ke Negara kita Malaysia.
Pemandangan diantara Jeti Kukup dan Pulau Kukup yang dipenuhi dengan rakit sangkar ikan atau pun udang yang diternak dan diusahakan oleh orang persendirian iaitu para nelayan yang tinggal di Kukup.
Sebaik saja melepasi perairan Kukup, pemandu atau pengendali bot mula menekan minyak dan memecut laju meluncur menuju ke destinasi iaitu Pulau Pisang yang berada di Selatan Selat Melaka. Kedudukannya adalah antara Malaysia dan Indonesia dimana kita dapat lihat sayup sayup diantara kedua dua negara bila tiba disana.
Hampir 30 minit pelayaran, pandangan saya mula tertumpu kearah daratan dan cuba mengambil gambarnya. Sayup sahaja pemandangan Bandar Pontian yang dapat dilihat dalam keadaan cuaca mendung dan berkabus..
Ini adalah keratan gambar yang dibuat untuk mendekatkan lagi pemandangan Bandar Pontian iaitu Pusat Perdagangan Pontian dengan hasil tambakan laut yang dimajukan.
Sebelah hadapan sisi kanan bot kelihatan bentuk Pulau Pisang yang semakin dihampiri. Dikala ini rasa tidak sabar untuk menghampirinya kerana, satu satunya impian saya untuk datang dan menjejakkan kaki didaratan Pulau Pisang dimana, bahagian paling akhir dalam Daerah Pontian yang akan dijejaki dan dilawati. Sebelum ini keseluruhan Daerah Pontian bahagian darat sudah habis dijejak, dimana ada jalan, dimana ada lorong yang boleh dilalui pasti saya sampai, semua kampung tidak terlepas untuk jadikan kenangan sejak berhijrah di Daerah Pontian dalam tempuh lebih sepuluh tahun. Dengan itu tidak jadi masalah bila saja disebut nama tempat pasti sudah dapat bayangkan bagai mana keadaannya. Hanya tinggal daratan Pulau Pisang saja yang menantikan kehadiran anak rantau yang bukan berasal dari Negeri Johor.
Kita Tunggu keluaran lain untuk melihat suasana Pulau Pisang.
Semakin hampir ke Pulau yang dituju dan penglihatan semakin jelas. Hati membara melihat bentuk pulau yang bakal di jejaki tidak lama lagi. Selama ini hanya memandang dari daratan dan kini berpeluang lihat didepan mata.
Air laut Selat Melaka agak tenang dan sesekali dialun dengan gelombang kecil dan terasa bagaikan dibuai lembut, menggamit kehadiran kami ke Pulau Pisang. Deruan angin dari pergerakan bot menghilangkan sedikit rasa kepanasan bahang mentari dan juga pantulan dari air laut. Semua itu tidak dihiraukan apabila pandangan Pulau berada didepan mata, semangat untuk jejakkan kaki di Pulau semakin membara.
Teruja sekali bila melihat bentuk Pulau kecil yang berada dipenghujung Pulau Pisang yang lebih besar. Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Sauh. Dari jauh atau jika dilihat dari daratan, kita hanya nampak sebuah pulau saja, tapi bila dihampiri rupanya ada pulau pulau kecil lagi. Salah satu adalah Pulau Sauh ini yang dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di bawah.
Akhirnya Pengkalan Jeti untuk bot berlabuh sudah dapat dicapai tangan. Setelah tali bot diikat, tanpa membuang masa lagi, kaki kanan melangkah dan memijak jeti yang menganjur ketengah laut. Kehijauan air memukau pandangan mata dan nampak segar bersama desiran bayu yang lembut tapi terasa pula bahang panas. Badan berpeluh peluh dan membasahi baju yang dipakai. Rupa rupanya jeket keselamatan yang dipakai sewaktu dalam bot tidak ditanggalkan sehingga kawan menegur. Betapa malunya waktu itu kerana disindir oleh kawan kawan. Nampak sangat kemaruknya diri ini untuk melihat suasana Pulau tanpa disedari jeket keselamatan masih dipakai.
Kelihatan pantai pulau yang berbatu…disangkakan pantai pulau ini berpasir, rupanya penuh dengan batu batu yang cantik. Dapat dilihat corak hakisan air yang berlapis.
Pondok persinggahan untuk berehat yang dibuat dipersisiran pantai berbatu. Sewaktu kehadiran kami disini rupanya tiada sesiapa dalam pondok tersebut. Mungkin tuannya belum datang atau mungkin ianya dibina hanya untuk berahat atau berteduh sewaktu musim hujan atau ribut. Pondok yang dibina oleh nelayan nelayan.
Juga terdapat pondok milik kerajaan yang juga kosong sewaktu kami sampai, bertutup dan berkunci.
Tidak jauh dari pantai, kita kena mendaki pula untuk melihat suasana yang ada di pulau. Rupa rupanya dibahagian atas bukit ini terdapat beberapa pondok yang kecil dan comel milik individu yang menjaga kebun dan dusun. Ternyata diatas pulau pisang ini banyak pokok pokok buah buahan seperti mempelam, kuini, pokok kedondong dan pelbagai lagi. Nasib kurang baik sewaktu kehadiran kami, bukannya musim buah buahan. Jika tidak, dapat juga merasai keenakan buahnya. Pondok yang ada ini tanpa penghuni dan mungkin bukan musim buah maka tuannya tidak hadir. Apa pun kelihatan persekitarannya amat bersih dan seperti diselia selalu.
Pokok besar berdiri tegak, sayangnya masih belum berbuah.
Betapa tingginya pokok besar ini, dan sekiranya berbuah tentu sekali sukar untuk diambil buahnya.
Mengharapkan buah tidak dapat, keadaan pulau pula sunyi rupa rupanya ada seekor labah labah bersarang. Niat dihati ingin mendapatkan gambar unggas atau hidupan lain yang ada, rupa rupanya labah labah saja yang jadi perhatian maka, ambil juga gambarnya untuk kenangan.
Labah labah yang menyambut kedatangan kami di Pulau ini…
Hasrat dihati ingin memanjat lebih tinggi lagi untuk melihat bahagian puncaknya, apakan daya dihari ketibaan kami keadaan air laut sudah hampir surut dan tidak mengizinkan kami tinggal lebih lama. Sebelum bot tersadai lebih baik kami beredar dulu…jika ada masa yang terluang lagi akan saya jejakkan kaki hingga kebahagian puncaknya, dimana terdapat rumah api untuk panduan kepada kapal kapal yang menggunakan laluan di Selat Melaka.
Kena tunggu dimasa akan datang untuk dapatkan suasana dipuncak Pulau.
KOTA BHARU: Daerah Kuala Krai akan mengalami gangguan bekalan air esok bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, susulan kerja penukaran paip air di Loji Tualang di sini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata, gangguan melibatkan Guchil 7, Taman Krai, Aur Duri, Batu Lada serta berhampiran bandar Kuala Krai.
Sementara itu, penduduk di daerah Bachok pula akan mengalami gangguan bekalan air pada Jumaat dan Sabtu ini, berikutan kerja penyelenggaraan di Loji Air Kampung Chap, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Hazwan berkata, kerja mencuci tangki air bersih di loji rawatan terbabit akan bermula pukul 10 malam dan berakhir pada 5 pagi keesokan harinya.
Kawasan yang dijangka terjejas ialah Kampung Kuau, Padang Bual, Beris Tengah, Bekelam, Kampung Nangka, Kampung Chap, Padang Lati, Banggol Pauh, Dusun Durian, Belukar, Bator, Cherang Hangus dan Kucelong Teratak Pulai.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan gangguan terbabit boleh menghubungi PINTAS di talian 1300-88-2572. – BERNAMA
[unable to retrieve full-text content]Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki ...
GUA MUSANG – Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku ke atas sepohon pisang ditanam seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Chiku, 6, dekat sini, yang mengeluarkan setandan buah di tengah batang.
Husin Yaacob, 52, berkata, pisang jenis kebatu yang ditanam dicelah pokok salak berhampiran rumahnya sejak tiga tahun lalu tidak sangka mengeluarkan buah di tengah batang yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Katanya, beliau menyedari keanehan pohon pisang itu akhir bulan lalu ketika sedang mencuci kawasan tanaman salah dan pisang tersebut bersama isteri dan anak-anak.
"Apabila saya ternampak sepohon pisang kebatu itu berbuah di tengah batang, lalu memberitahu jiran-jiran mengenai keanehan kejadian Tuhan hingga ramai yang datang melihatnya," katanya.
Menurut Husin, walaupun buah pisang yang keluar itu masih kecil, tetapi dianggap ganjil yang perlu dibiarkan begitu sahaja untuk tontonan orang ramai.
Beliau berkata, dia juga tidak berniat untuk menebang pisang tersebut walaupun buahnya tua kerana tidak tergamak untuk makan berikutan kejadian aneh itu yang tidak pernah dilihat selama ini.
Dalam bahasa kelantan, kita sebut "menitih", yakni mencari asal usul, keturunan dan salasilah. Ambo orang pasir puteh, sedikit sebanyak, macam orang2 di kampung dan daerah dalam kelantan, sudah pasti ada rasa "bangga" dengan keturunan kita. Masing2 ada sejarah dan keturunan yang boleh diceritakan. Cuma tak silap ambo, Imam Syafie rah. (kalau tak silap) pernah berkata "Bukanlah anak jantan kalau berbangga dengan harta ayahnya". (lebih kurang, sebab ambo dengar2 pon zaman sekolah menengah lagi). Tapi mencari asal usul keturunan itu tidak salah. Kali ini, kepulangan ambo ke kampung adalah mencari asal usul Silat Seni Gayong di daerah Pasir Puteh. Sejarah kedatangan Gayong ke Pasir Puteh ada diceritakan oleh temuramah Cikgu Onn Jadi dengan Cikgu Majid Mat Isa.
"Rombongan pergi ke Kelantan buat persembahan di Pasir Putih. Pergi dengan dua buah kereta. Di Pasir Putih, pergi ke rumah Tuan Haji Hamid Kelantan, Yang Dipertua Gayong Pasir Putih dulu. Kita kata kita nak tinggalkan Cikgu Awang untuk mengajar di Kelantan. Kemudian, sekarang ni kita nak buat pertunjukanlah pelajaran baru ni. Bagi tahu semua. Di padang sekolah agama. Orang Kelantan kata tak apalah. Bila ahli semakin ramai, Cikgu Awang minta pembantu. Maka Haji Harun dihantar membantu."
Ambo berpeluang berjumpa dengan Ayah Zi, seorang usahawan ternama di Pasir Puteh. Anak kepada allahyarham Haji Hamid "kopi". Kebetulan, isteri ambo bersahabat baik dengan anak perempuan Ayah Zi. Dari situ, kami berbual rancak berkenaan dengan kedatangan awal Silat Seni Gayong di Pasir Puteh. Selepas itu, ambo mencari seorang guru tua yang masih hidup. Seorang guru tua yang hanya selesa dipanggil Ayah Mat. Orang di Pasar (ambo pon orang dalam pasar juga sebab nenek dan pak saudara meniaga lauk pauk dalam pasar) memanggilnya Pok Mat Tokseh atau Pok Mat Merah, kerana suka makan sireh.
Bercerita tentang gayong, Ayah Mat berkata asal rombongan Gayong datang apabila dijemput oleh empat sahabat. Arwah Haji Hamid Kopi, Arwah Cikgu Ali, Arwah Ku Jak (Tengku Razak) dan dia sendiri. Seingat-ingatnya, sebelum peristiwa 13 Mei lagi sudah tiba rombongan pertama itu. Dikatakan juga, rombongan itu entah macam mana hendak ke tempat lain, tetapi ditakdirkan singgah ke Pasir Puteh dan dibuka Gelanggang Gayong, kalau ambo tak silap, yang pertama dalam negeri Cik Siti Wan Kembang. Gelanggang itu di tepi jalan, hadapan rumah arwah Cikgu Ali dekat sekolah agama Saniah pasir puteh sekarang. Mereka pernah buat demo di "Dalam Rhu" (pantai). Antara yang kena pilih untuk dipijak tangan dengan kereta ialah Ayah Mat dan Arwah Haji Hamid.
Pertama kali dibuat mandi minyak, ada 8-12 orang yang menyertainya. Seingat-ingatnya, apabila terjadi peristiwa 13 Mei di Kuala Lumpur, dia sendiri yang "datang zuk" dan nampak orang-orang di hadapannya kecil-kecil. Ayah Mat juga berpesan sentiasa amal amalan zikir yang dituntut dalam Gayong. Kerana orang dulu-dulu nampak hasilnya depan mata. orang zaman sekarang memandang enteng amalan itu. Antara yang pernah tiba ke Pasir Puteh, Cikgu Awang Daud, Cikgu majid,arwah Cikgu Ahmad Lazim, arwah Cikgu Siti Kalsom dan arwah Dato' Meor sendiri (kedatangan Cikgu Siti dan Dato' Meor diceritakan oleh seorang guru tua lain, bukan Ayah Mat)
Apa-apapun, ambo cukup gembira dapat berjumpa Guru tua ini. Semoga mendapat keberkatan di atas segala ilmu, petua dan nasihat yang diberi. InsyaAllah.
BACHOK- Ibu mana yang tidak tersentuh bila melihat anak kandung yang dilahirkan tidak seperti kanak-kanak lain yang melalui hidup secara normal.
Namun, bagi bagi Asliza Omar,30,keganjilan tubuh anaknya, Nurul Afida Razi,3, yang berbulu diseluruhi badan tidak pernah membuatkan dia merasa rendah diri.
Menurut Asliza,bulu yang ada pada tubuh anak bongsu dari tiga adik-beradik wujud sejak dilahirkan dan menyebabkan dia mempunyai kad kanak-kanak kurang upaya(OKU).
"Sejak lahir lagi, bulu lebat di badan Nurul, namun dia tiada masalah kesihatan melainkan agak lambat bercakap.
"Saya telah merujuk Nurul Afida ke hospital dan setiap enam bulan dia akan dibawa untuk pemeriksaan. Ujian darah telah diambil dan menunggu keputusan daripada pihak hospital," katanya ketika ditemui di rumah di Kampung Changgong,semalam.
Asliza berkata, kali pertama sampel darah Nurul Afida diambil ketika berusia dua bulan, namun setelah dua tahun menunggu keputusan,pihak hospital memaklumkan sampel darah anaknya itu hilang.
Oleh itu katanya, dia membawa Nurul Afida kembali ke hospital terbabit pada 3 Julai 2011 dan temu janji terbarunya pada 9 April nanti.
Asliza berkata, dia sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu boleh berlaku terhadap Nurul Afida, namun tidak kekok untuk membawa anaknya itu ke mana-mana majlis.
Dua lagi adik beradik Nurul Afida, Mohd Zulkifli Hanif,8, dan Nurul Aimi,7 normal dan tidak mengalami kesihatan.
Menceritakan keadaannya, Asliza berkata, dia tidak pernah mengalami kejadian yang pelik semasa mengandungkan Nurul Afida, namun mengakui pernah melihat lembaga semasa berada di pantai.
"Sebulan sebelum saya hamil, beberapa minit sebelum Maghrib, saya bersiar-siar di pantai dan tiba-tiba terlihat satu lembaga seperti seekor kambing yang datang dari arah laut.
"Ia berwarna hitam dan berbulu, saya tidak terkejut atau menegur makhluk itu dan menganggap ia biasa sahaja. Beberapa minggu selepas itulah baru saya hamilkan Nurul Afida," katanya.
Bagaimanapun, Asliza berkata, keadaan Nurul Afida tidak seteruk yang dihidapi beberapa kes sama yang berlaku di dunia, sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Menurutnya, bulu yang tumbuh pada badan Nurul Afida hanya kelihatan lebat, namun tidak menjejaskan saluran pernafasan atau penglihatannya.
Azliza berkata, dia dan suaminya, Razi Mohd Nor,37 yang bekerja sebagai nelayan reda dengan ketentuan tuhan dan mengharapkan anak itu kembali normal setelah mendapat rawatan dari pihak hospital.
Dalam pada itu, ketika dihubungi,Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu (HRPZ) akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Untuk rekod kanak-kanak perempuan di Thailand, Supatra Sasuphan,12, berbulu di seluruh badan dipercayai mengidap Sindrom Ambras itu sejenis penyakit akibat genetik kromosom. Mengikut rekod hanya 50 individu di dunia pernah mengidapnya.
Manakala,di Mumbai, India, tiga gadis Aavita,23, Monisha,18, dan Savitri,18, berdepan kemungkinan menjadi anak dara tua akibat pertumbuhan bulu tidak terkawal akibat penyakit Hypertrichosis Universalis.
Mengikut nisbah, penyakit itu dihidap seorang daripada satu bilion penduduk dunia.
Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.
Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.
Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.
Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.
Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.
Bachok terletak kira-kira 30 km dari Pusat Bandar Kota Baru. Sumber ekonomi utama penduduknya ialah pertanian. Kebanyakan penduduk Bachok terlibat dengan penanaman tembakau.
Penanaman tembakau biasanya dimulai setelah berakhirnya musim tengkujuh iaitu seawal bulan januari atau februari.
Ada juga petani yang memulakan penanamannya pada bulan mac. Ini kerana mereka ingin memastikan musim hujan betul-betul telah berakhir.
Pokok tembakau sangat alahan dengan hujan yang lebat. Pokok-pokok tembakau ini akan musnah jika ditimpa hujan yang berterusan. Inilah risiko yang terpaksa ditanggung oleh para petani yang menanam tembakau di Bachok.
Harap-harap hasil tanaman mereka sentiasa menjadi sepanjang tahun.