Rabu, 6 Februari 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Dato&#39; Haji Takiyuddin Hassan: Pejabat ADUN <b>Bunut Payong</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2007 07:44 PM PDT

SUHAIZA ABU BAKAR
KOTA BHARU - Pejabat Wakil Rakyat Ahli Dewan ,Undangan Negeri (ADUN) Bunut - Payung, Datuk Takiyuddin Hassan diceroboh lagi semalam, dan kali ini membabit­kan kerugian kira-kira RMlO,OOO apabila empat komputer di pejabat itu hilang,
Kejadian itu disedari Takiyuddin selepas di­maklumkan kakitangan di pejabatnya kira-kira·· jam 9.45 pagi yang me­maklumkan mengenai kejadian berkenaan dan kehilangan komputer ber­sama alat perisian (CPU).
Takiyuddin berkata, beliau percaya kejadian itu berlaku antara malam sebelumnya sehingga awal pagi semalam.
"lni merupakan ke­jadian kali kedua pejabat saya di Bunut Payung di­ceroboh dan pertama kali berlaku beberapa tahun lalu.
"Pencuri dipercayai mencuri komputer dan CPU berkenaan untuk cnendapatkan maklumat yang disimpan di dalam­nya tetapi alhamdulillah semua dokumen dalam komputer itu disimpan dalam disket," katanya kepada pemberita semalam.
Menurutnya, pencuri disyaki menceroboh bangunan pejabat itu me­lalui bahagian belakang berikutan terdapat kesan umpil pada pintu.
Berikutan . kejadian itu, pihaknya bercadang memasang sistem kame­ra litar tertutup (CCTV) di pejabat berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ke­tika dihubungi Sinar Harian mengesahkan me­nerima,laporan berhubung
kejadian itu.
"Siasatan masih dijalan­kan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah malam hari," katanya. - Sinar Harian 23 Julai

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Janji <b>di Manek Urai</b> belum selesai | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 18 Oct 2010 07:15 AM PDT

11 Zulkaedah 1431 H
Oleh : M Faqih

PENDUDUK di kampung Manek Urai hairan tiba-tiba dua papan iklan projek Barisan Nasional (BN) didirikan berhampiran jambatan menuju ke Kampung Manek Urai Lama.
Pada awalnya hanya di sebelah kampung baru dipasang papan tanda projek tertera gambar dacing. Tidak lama kemudian dipasang pula papan projek BN di Kampung Manek Urai Lama.

Namun papan tanda yang didirikan di Kampung Manek Urai Lama tidak tertera nama kontraktor, sedangkan di kampung baru ada nama kontraktor iaitu Salabumi (M) Sdn Bhd.

Kata orang kampung mengapa seperti tergesa-gesa sangat sehingga ada kepincangan di sana-sini. Lebih mengelikan lagi apabila rumah kontena pula diangkut ke tanah milik penduduk tidak jauh dari jambatan sedia ada Sabtu lepas.

Kemungkinan besar pemilik tanah tersebut pun belum dimaklumkan mengenai penggunaan tanahnya dijadikan tapak pejabat kontraktor.

Lebih menghairankan segala permohonan ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai bagi pengambilan tanah belum dibuat sehingga sekarang.

Malah difahamkan cadangan projek berkenaan juga tidak dibawa ke pejabat JKR Kuala Krai.

Menurut sumber mesyuarat mengenai cadangan membina jambatan baru yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Julai 2009 dibincang pada mesyuarat di JKR Kesedar di Tanah Merah, semalam.

Perbincangan itu katanya hanya melibatkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan JKR Kesedar.

Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah berkata, jelas kelihatan projek jambatan baru di Manek Urai dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga kelihatan banyak kecacatan.

"Orang kampung sedar pada awalnya papan tanda projek pembinaan jambatan tidak dilekatkan nama kontraktor, tetapi beberapa hari kemudian baru ditampal.

"Penduduk yang tinggal berdekatan dengan projek pun belum diberitahu pengambilan tanah yang akan dibuat. Ini betul-betul projek mee segera kerana pilihan raya kecil di Galas," katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau sekiranya projek itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dapat memberi keselesaan kepada penduduk kerana jalan di atas jambatan menjadi dua lorong.

Namun hairannya mengapa baru ketika kehangatan kempen pilihan raya di Galas JPP tergesa-gesa mahu memberitahu penduduk janji membina jambatan baru tetap ditunaikan.

Agak melucukan juga cadangan pembinaan kompleks sukan di Manjor yang disebut menteri sudah siap 20 peratus, rupa-rupa baru diratakan tanah.

Kerja-kerja menyodok pula baru dilakukan seminggu dua ini. Jauh sekali untuk sampai 5 peratus.

Bahan-bahan binaan seperti kayu atau besi pun tidak kelihatan. Ini keanehan yang dipamerkan Umno dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Galas.

Belum sempat segala janji di Manek Urai menjadi kenyataan tiba-tiba dinukil pula janji baru di Gua Musang.

Projek perumahan rakyat bernilai RM300 juta ditabur pula di Gua Musang. Projek itu dijangka akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri pada 24 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti, Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebelum menabur janji-janji baru lebih baik kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua yang sudah melewati tempoh.

Isu yang cuba digimikkan di Gua Musang hanya terbeban di bahu pengarah pilihan raya BN di Galas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Banyak pihak hairan dengan kemunculan Ku Li secara tiba-tiba.

"Mengapa tiba-tiba baru sekarang pemimpin tertinggi Umno mahu cari Tengku Razaleigh Hamzah," tulis veteran Umno, Tan Sri Abdullah Ahmad dalam sebuah akhbar baru-baru ini.

Abdullah juga menulis seorang pegawai tadbir memberitahunya, dahulu Umno berpeluang baik tetapi perkembangan muktahir dalam situasi Kelantan nampaknya tidak memihak kepada Ku Li dan Umno.

Ku Li galas beban Umno

Nampaknya percaturan Umno menghadapi pilihan raya kecil diletak sepenuhnya di bahu anggota parlimen Gua Musang.

Ada pihak berhujah taktik tersebut menjadi penyambung hayat kepada Ku Li dalam karier politik.

"Menang Ku Li di Galas bermakna masa depan politik masih ada, tetapi kalau sebaliknya, 'hayat' politiknya berakhir di situ," kata seorang penduduk dari Kampung Batu Papan.

Kampung tersebut merupakan kubu kuat Umno di Gua Musang. Namun pada pilihan raya umum Mac 2008, PAS mendapat kedudukan agak selesa dengan sokongan 54.03 peratus.

PAS mendapat kelebihan 92 undi di ketiga-tiga saluran mengundi di kubu tradisi Umno di Batu Papan.

Sedangkan sebelum itu PAS sukar menembusi kubu tersebut. Malah tenaga pengkuliah agama kerajaan negeri juga tidak mendapat ruang untuk mengajar di masjid dan madrasah kampung berkenaan.

Penempatan terbabit mempunyai kira-kira 500 rumah.

Seorang pendakwah, Mohd Zaki Mat Zin, 38 berkata, guru agama dari Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan belum mendapat ruang mengajar di kampung tersebut.

"Sehingga sekarang Unit Dakwah Halaqat tidak diberi peluang biar pun di tempat-tempat lain masalah seperti itu tidak timbul," katanya ketika ditemui sini.

Seorang warga emas Harun Majib, 67 mengakui Batu Papan menjadi kubu tradisi Umno sejak zaman berzaman.

Katanya, kawasan itu sukar ditembusi PAS kecuali pada pilihan raya umum lalu apabila Chek Hashim Sulaima menang.

"Itu merupakan satu sejarah. Pakcik melihat itu kelebihan yang ada pada Chek Hashim sehingga mudah diterima penyokong Umno," katanya.

Bagaimanapun di tujuh peti undi lain terutamanya membabitkan pengundi di kalangan Orang Asal, kekuatan PAS di bawah 40 peratus, kecuali di Unit Peti Undi (UPU) Hau.

Kekuatan PAS juga agak seimbang berbanding Umno/Barisan Nasional (BN) di UPU Kampung Pulai iaitu 47 peratus.

PAS juga mempunyai kedudukan agak selesa di kawasan pengundi bercampur Melayu dan Cina.

Umno benar-benar mengharapkan sentuhan Ku Li bagi mendapat kekuatan baru di Galas, selepas tercicir ke tangan PAS pada Mac 2008.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Ku Li.

Sebaik sahaja Chek Hashim meninggal dunia, Muhyiddin membuat kenyataan melantik Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN di Galas.

Biar pun kenyataan itu melukakan perasaan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun dalam situasi Gua Musang, pemimpin Umno di Kuala Lumpur belajar 'melutut' semula kepada Ku Li.

Mustapa perlu menerima hakikat Gua Musang bukannya Jeli yang menjadi kubunya sejak dua penggal lalu.

Namun dalam konteks Gua Musang Mustapa perlu membisu dan hanya akur segala arahan Ku Li sebagai pengarah pilihan raya BN.

Bagaimanapun mengapa pula tiba-tiba Ku Li menafikan mempunyai hubungan dingin dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terbabit.

Ku Li vs Mustapa

"Saya tidak ada masalah bekerja dengan Mustapa bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Galas," kata Ku Li sekembali dari bercuti di London.

Penafian Ku Li itu mengundang rasa pelik. Kata orang kalau tidak ada angin masakan pokok boleh bergoyang.

Inilah realiti yang berlaku di Kelantan sekarang. Ku Li pernah dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika menghadapi pilihan raya umum 1999.

Namun tidak lama selepas Ku Li gagal mengulangi kejayaan merampas Kelantan pada 1978, Mustapa pula menggantikan Ku Li di Perhubungan Umno.

Peristiwa lama Mustapa 'merebut' tempat Ku Li menyebabkan luka lama berdarah kembali. Maka tidak hairanlah tiba-tiba Ku Li menyebut hubungan dengan Mustapa elok.

Kecamuknya dapat juga dilihat apabila Ku Li Isnin lalu memberitahu pucuk pimpinan Umno belum lagi membincangkan soal siapakah calon BN pada pilihan raya kecil Galas.

"Belum ada sebarang keputusan dibuat, tiada perbincangan mengenainya," kata Ku Li selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di parlimen.

Malah katanya calon yang bakal mewakili BN akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Umno yang akan berakhir 23 Oktober nanti.

"Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri," ujar Ku Li kepada media.

Konflik menentukan calon BN di Galas lebih ketara berbanding pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien memberitahu pucuk pimpinan parti menyerah kepada Ku Li untuk memutuskan sama ada bersedia menjadi calon atau sebaliknya.

Penglibatan langsung Ku Li di Galas juga memberi ruang isu royalti minyak geger semula. Namun, kata Ku Li tiada siapa berhutang dengan sesiapa pun dalam isu royalti.

"Saya ke depan dalam isu itu kerana Allahyarham Tun Abdul Razak mahu rakyat di Pantai Timur memperoleh manfaat dari pendapatan minyak," katanya.

Pusingan awal ini menampakkan isu calon menjadi stigma agak kronik bagi Umno.

Ku Li juga sedia mempertaruhkan anak didiknya iaitu setiausaha bahagian, Abdul Aziz Yusof atau Naib Ketua Pemuda Gua Musang, Zamzani Harun boleh menjadi galang ganti dirinya di Galas.

Apa yang seakan pasti Ketua Pemuda, Bazlan Baharudin atau Ketua Wanita, Datuk Hazani Mohd Nor bukan pilihan Ku Li.

Sebaliknya situasi berlainan berlaku dalam PAS. Tidak kedengaran ribut kecuali sekadar kocakan air dalam cawan.

PAS Gua Musang tidak ketandusan tokoh muda. Pemangku Yang Dipertua (YDP) kawasan, Dr Zulkifli Muhamad, 44, (kiri) Naib YDP, Husin Embong, 45, (tengah) dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Abdullah Husien, 38 boleh menjadi pilihan terbaik.

Kesemua mereka lulusan universiti dalam dan luar negara. Dr Zulkifli lulusan perubatan Universiti Malaya. Pernah berkhidmat di Hospital Kota Bharu dan terakhirnya di Pusat Kesihatan Ciku 3. Sekarang mengendali klinik sendiri di Cikuu 3.

Hussin pula lepasan bidang kejuruteraan di England. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya di Gua Musang.

Ustaz Abdullah pula lepasan Universiti Al Azhar, Mesir. Selama lima tahun beliau belajar agama di Mesir. Pernah menekuni ilmu di Pondok Kandis Bachok.

Sekarang berkhidmat tenaga pengajar di Unit Dakwah Halaqat. Isterinya, Ramlah Abu Samah juga lepasan Al Azhar.

Biar apa pun calon PAS dijangka diketahui pada malam 21 Oktober ini. Ceramah perdana pengisytiharan calon tersebut turut menampil Penasihat Keadilan, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Apa yang pasti pusingan awal memperlihatkan Umno tenggelam dengan masalah dalaman. Silap percaturan misi Umno gagal lagi di bawah Ku Li.

Harakahdaily/-


03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Berita Harian | &#39;Messi&#39; sertai SMK <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:19 PM PST

Selepas teliti dokumen Sufian dibenarkan

Kota Bharu: Impian remaja yang pernah digelar 'Messi Malaysia', Sufian Mat, 17, untuk kembali bersekolah akhirnya tercapai apabila menerima surat kebenaran bersekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, di sini, semalam.

Surat itu disampaikan Timbalan Pengarah JPN, Zahari Daud disaksikan Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN, Rahimi Mohamed serta Penyelia Kanan Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM) JPN, Mohd Fauzi Ismail dan bapa saudara remaja itu, Halim Yaakob, 45.


Lapor di SMK Rantau Panjang

Zahari berkata, dengan surat kebenaran itu, Sufian boleh melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang sama ada mulai semalam atau hari ini.

Katanya, Sufian akan mula bersekolah di tingkatan lima dan menjadi tanggungjawab pihaknya membantu remaja berkenaan untuk meneruskan pelajarannya.

"Selepas meneliti dokumen diserahkan kepada JPN, Sufian dibenarkan bersekolah dan dia sendiri memilih belajar di SMK Rantau Panjang yang berdekatan dengan rumah keluarganya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kebenaran kepada Sufian di pejabat JPN di sini, semalam.

Sementara itu, Sufian berkata dia akan memanfaatkan peluang belajar semula itu bagi meneruskan cita-citanya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain terus menggilap bakatnya dalam sukan bola sepak.
"Saya cukup bersemangat menyambung semula persekolahan ditinggalkan sejak lebih setahun lalu, peluang ini tidak akan saya sia-siakan. Saya berterima kasih kepada JPN Kelantan kerana memberi kebenaran kepada saya untuk belajar semula," katanya.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Ketua Umno <b>Tanah Merah</b> Takbur Longgok Wang RM1 <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 04:15 AM PST


(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: "Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.


"Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong," kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

"Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

"Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci," ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

"Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung," ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen

Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

"Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis," dakwanya.

- HarakahDaily

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Sekitar Banjir <b>di Tumpat</b> (Kajang Sebidang) - JAAkechik CORNER

Posted: 31 Dec 2012 04:52 AM PST

halamak...hari ni, hari last untuk tahun 2012 dah... besok dah masuk tahun baru... tapi entry2 lama banyak lagi duk dalam draft. aiyoo nampak gaya kena tunda ke tahun depan laaa (esok) baru boleh publish. hope citer tu takkan expired or berkulat.. kikiki..
hari ni jaa nak citer pasal banjir. camana kat tempat korang? teruk tak banjir? takat mana dah air naik? jangan ko jawab air dah naik sampai ke sinki, sampai ke bilik air udoh ler yer... aku tampor gak mulut ko nanti kanggg....~amboihhh garang nya hari ni. (,'')
ni pic dah banyak hari...kalo tak silap jaa masa 29/12/2012 (sabtu lepas). petang tu kami laki bini tutup kedai awal sikit. sekitar jam 6 petang. coz my laki nak ajak jenjalan, reround motor tengok air banjir katanya... tak jauh mana pongg.. dekat-dekat umah sajo. kira kampung sebelah ler lebih kurang. 
masa sampai tu, tak putus jaa duk ucap syukur coz umah jaa tak kena banjir. kesian betul tengok penduduk dekat-dekat situ ramai yang kena pindah. dengar2 cakap org, katanya tetiap tahun memang gini. ada yang lagi parah, rumah tinggal bumbung jerpp.. tapi tu utk kawasan yg terlalu rendah laa kot.. area Kampung Padang Merah. jaa tak kenal pun kat mana.


memula sampai, en.suami ajak mengharung air banjir. kunun nak imbau kenangan main banjir masa kecik-kecik dulu... katanya dulu-dulu dia suka main banjir, siap wat rakit sendiri lagih. pastu bila balik umah, tak pepasal berbilow-bilow berbekas di montot kena lepung ngan mak dia...keh...keh..keh.. ~ooo...notti gak u dulu yer?




jaa masa ni langsung tak berminat pongg nak main air.. (risau kot ada lintah/pacat!) jaa sesajer datang nak menyibuk nak tangkap gambar je... amik gambar pun kat atas motor.. (atas jalan) konon masa ni duk feeling-feeling guna kamera canggih DSLR... hahahaha... padahal guna nokia cikai jer... makanya, gitu2 jer lah kualitinya.... kah..kah...kah... ada lagi kisah menarik disebalik entry ni.... but tunggu yer.... coz citer ni bersambunggggggggggg...... hahahaha....
p/s : bersambung sebab nak gi umah sepupu ada majlis tahlil...

~ Terima kasih...klik LIKE kalau suka ~

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


D&#39;Qaseh Cookies: CLASS PERTAMA <b>DI GUA MUSANG</b>

Posted: 03 Feb 2013 03:02 AM PST














Selasa, 5 Februari 2013

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


BN Akan Turunkan Siapa <b>Di</b> Kerusi Parlimen <b>Kuala</b> <b>...</b> - Dialog Rakyat

Posted: 19 Dec 2012 08:53 PM PST

MSO

Kedai roti payan (tempayan) Jali yang terletak bersebelahan setesen minyak Shell atau Petronas di Kuala Krai merupakan "setesen" persinggahan saya terakhir dalam hampir setiap kali perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kampung saya di Gual Nibong, Rantau Panjang. Selalunya sesampai di Lata Rak kira-kira 35 km dari Kuala Krai saya akan menghubungi beberapa orang rakan untuk sama-sama pekenakan roti payan Jali.

Roti payan Jali bagi saya istimewa disebabkan gulai kambingnya berawahkan awah asli Kelantan cukup memecahkan selera saya. Nyangkut. Itu sebab pertama, sebab kedua kenapa saya akan singgah di situ kerana di kedai roti payan itu juga menjadi sumber maklumat politik di Kuala Krai. Bagi mereka yang celik IT akan duduk sambil minum di situ untuk memantai blog ataupun memasukkan status politik dalam Facebook.

Di situ nanti menerusi beberapa orang rakan akan dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai politik Kuala Krai di kedua belah pihak Pas dan juga Umno. Adakalanya maklumat politik setempat yang dibicarakan di situ lebih terkini dan telus daripada sumber-sumber rasmi dari kedua buah parti.

Ternyata harapan saya petang itu tidak sia-sia. Di kedai itu sudah menanti tiga orang (informer) untuk memberi maklumat mengenai politik di Kuala Krai. Kesemua informer kali ini cenderung atau lebih dekat dengan politik dalaman Umno. Kebetulan juga informer dari pihak Pas tidak ada petang itu.

Tajuk yang menjadi tumpuan petang itu satu saja mengenai kerusi parlimen Kuala Krai. Siapakah bakal dipilih oleh Umno untuk bertanding di kerusi parlimen? Sememangnya ada beberapa nama yang menjadi sebutan atau memang berhajat untuk bertanding di kerusi berkenaan. Mungkin kenapa kerusi parlimen lebih diminati memandang peluangnya lebih cerah berbanding dengan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Di parlimen Kuala Krai terdapat empat kerusi state; Guchil, Mengkebang, Manik Urai dan Dabong. Kesemua kerusi ini dimenangi oleh Pas, kecuali Guchil oleh wakil PKR. Selain itu kenapa ramai yang berminat untuk bertanding di kerusi parlimen disebabkan wakil parlimen kini Dr Mohd Hatta Ramli adalah orang luar Kelantan. Dengan mengambil kira dalam pilihan raya umum akan datang Pas akan mengkekal Mohd Hatta menyebabkan ada perkiraan kerusi parlimen itu lebih mudah. Ini ditambah lagi dengan keyakinan bekas calon Umno Prof Che Musa Che Omar yang tewas tidak akan dicalonkan lagi.

Che Musa sendiri khabarnya sudah kurang minat dan kurang percaya dengan Umno, sebenarnya pucuk pimpinan Umno Kelantan. Beliau khbarnya sudah mirip kepada Pas dan pernah menghadiri di beberapa majlis anjuran Pas dan duduk-duduk bersama pemimpin Pas. Terdengar juga khabar dari pihak Pas untuk menawarkan sesuatu kepada bekas calon Umno itu menjelang pilihan raya nanti.

Menjadi rebutan

Lantaran itu kerusi Parlimen Kuala Krai menjadi rebutan. Ada empat nama disebut-sebut atau diperkirakan layak dengan memiliki kelebihan masing-masing. Mereka ialah Tuan Aziz Tuan Mat dan Ramzi Abdul Rahman. Kedua-dua mereka merupakan pemimpin Umno peringkat bahagian, Tuan Aziz selaku Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, manakala Ramzi adalah Ketua Bahagian dan bekas Adun Dabong 2004 - 2008.

Manakala dua nama lagi ialah Junaidi Abu Bakar dan Nik Sepia Nik Yusuf. Junaidi tidak mempunyai apa-apa kedudukan di dalam Umno Kuala Krai begitu juga Nik Sepia. Junaidi ketika ini adalah Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, manakala Nik Sepia bekas ahli Umno dan kini merupakan ahli tertinggi Parti Progresif Rakyat (PPP).

Itulah empat nama yang mengidam kerusi parlimen Kuala Krai. Peringkat awal Nik Sepia dikatakan beriya-iya dan melakukan gerak kerja sosial di Kuala Krai dengan tujuan mempengaruhi rakyat. Namun sejak kebelakangan ini kegiatan beliau mendekati rakyat sudah terhenti apabila dia menyedari tidak mungkin BN dan Umno memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Kuala Krai.

Begitu juga dengan Tuan Aziz. Bekas calon pilihan raya kecil Manik Urai ini telah mengemukakan percaturan politiknya dan membuat andaian bahawa dia mampu untuk mngugat Pas di kerusi parlimen Kuala Krai. Alasan diberikan kerana dia dikatakan mempunyai ramai rangkaian, saudara mara di Kuala Krai. Bagaimana pun hasrat itu juga sudah menumpul dan kini tidak kedengaran berita lagi dia akan bertanding di kerusi parlimen. Boleh jadi juga kerana Tuan Aziz sudah hampir pasti akan bertanding sekali lagi di Manik Urai menyebabkan dia melupai kerusi parlimen.

Dengan ternafinya kedua orang itu, kini dua nama saja yang menjadi sebutan di Kuala Krai dan diramalkan akan diletakkan oleh Umno Kelantan bertanding di parlimen Kuala Krai; Ramzi dan Junaidi. Dipercayai Pengerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sedang menghalusi dua nama ini saja untuk kerusi parlimen Kuala Krai.

Semasa saya di setesen persinggahan (kedai roti payan Jali) itu dua nama inilah yang diperkatakan dan diakui oleh sebahagian besar ahli dan penyokong Umno Kuala Krai. Menurut informer Umno sudah hampir pasti akan menurunkan salah seorang daripada mereka memandang kedua-dua nama ini saja yang sedang diperkatakan serata Kuala Krai. 

Menurut sumber itu pula kedua-dua tokoh ini ada kelebihan tersendiri untuk dicalon atau dipilih BN untuk diletak di kerusi Kuala Krai. Mereka juga sedang berusaha menunjukkan kemampuan dan wibawa bagi memastikan diri mereka dipilih oleh parti.  Secara logiknya Ramzi dilihat mempunyai kelebihan berbanding dengan Junaidi kerana dia adalah ketua bahagian. Lazimnya ketua bahagian jarang diabaikan dan akan diberikan keutamaan. Manakala bagi Junaini pula dia hanya berharap kepada ehsan sebagai calon boleh menang (winnable candidate).

Sebagai 'orang luar' Umno Junaidi menggunakan kedudukanya di UPSI untuk mengombakkan dirinya di Kuala Krai. Katanya beberapa program pendidikan dilakukan bagi mendekati masyarakat Kuala Krai. Junaidi menggunakan fasalitis yang ada untuk menjaja dirinya. Bagaimana pun program itu yang lebih kepada bidang kependidikan tidak dilibatkan oleh ramai pihak di Kuala Krai. Program dianjurkan oleh beliau lebih sesuai untuk kanak-kanak sekolah dan kurang berkesan dari sisi politik.

Manakala sikapnya yang dikatakan ego dan suka membangga-banggakan kedudukannya serta kuasa dan pangkat kurang disenangi oleh rakyat Kuala Krai. Misalnya cara beliau menaikkan papan iklan menayangkan gambarnya dianggap sebagai berlebihan-lebihan. Orang juga mermpertikaikan untuk apa dan di mana relevensinya dia memaparkan gambarnya dipapan iklan sebesar gajah di sepanjang jalan utama menuju ke Kuala Krai. Nampak sangat cara Junaidi mempromosikan dirinya seperti peniaga mempromosikan barang baru yang belum tentu baik dan buruknya.
 
Pemaparan gambarnya sebagai menjual diri diterjemahkan sebagai satu sikap suka membesar-besarkan diri dan ini menimbulkan cemuhan orang ramai. Selain itu beliau juga dikatakan menjualkan cerita kononnya beliau diturunkan ke Kuala Krai oleh pemimpin atasan dengan tujuan membawa perubahan. Kata-kata itu menyebabkan pemimpin peringkat bahagian tersentuh dan merasa dihina. Pemimpin yang dikaitkan Junaidi ialah Muhyuddin Yassin. Benarkah?

Kata sumber lagi, peringkat awal penurunan beliau ke Kuala Krai mendapat sambutan dan diberi perhatian oleh umum. Tetapi apabila dia tidak dapat mengawal diri dan terlalu syok sendiri menyebabkan rakyat terutamnya ahli Umno mula membuat penilaian dan mengenali siapa dia Junaidi ini. Kehebatan Junaidi dengan sendirinya berinsut apabila orang membandingkannya dengan gaya dan juga sikap Ramzi yang humble dan tidak begitu menunjukkan diri walaupun dia adalah ketua Umno Kuala Krai di mana lebih berhak untuk menaikkan gambarnya lebih besar dari Junaidi.

Begitu juga kalau dibandingkan dari segi pengaruh di dalam kepimpinan Umno Kuala Krai, Junaidi tertolak ke belakang. Orang Kuala Krai tidak melihat beliau sebagai pemimpin, orang yang berusaha untuk memenangkan Umno sebaliknya ingin mencari kesempatan dan ruang. Hakikat itu menyebabkan orang nampak yang bekerja keras untuk memastikan Umno menang ialah Ramzi.

Demikian dari segi pengalaman politik, jauh ia berpihak kepada Ramzi. Ramzi bukan saja pernah menjadi Adun Dabong tetapi yang penting beliau adalah bekas Setiausaha Politik kepada Abdullah Badawi semasa Pak Lah menjadi perdana menteri. Dan perkara paling penting sebagai ketua bahagian Ramzi menguasi jentera parti kalaupun tidak sepenuh 90 peratus berpihak kepadanya. Manakala belum tentu jentera parti akan bergerak aktif kalau Junaidi dipilih menjadi calon.

Pengalaman dan realiti itu memberi kelebihan kepada Ramzi apa lagi wataknya yang sedarhana, mudah mesra dan senang didekati. Cuma kalau pun ada sedikit masalah Ramzi bukan asal anak Kuala Krai kerana kampung halamannya di Kubang Batang Tumpat. Pun begitu kalaulah ini dijadikan perbandingan, Junaidi juga bukan anak Kuala Krai jati kerana beliau adalah orang Terengganu. Dari segi geografi ternyata tanah air asal Junaidi lebih jauh dan tidak bercantum pun dengan Kuala Krai jika dibandingkan dengan tanah air asal Ramzi yang satu negeri dengan Kuala Krai.

Menyimpulkan semua maklumat, percakapan dan hakikat yang ada ternyata Ramzi lebih relevan untuk dipilih oleh Umno bagi bertanding di kerusi parlimen Kuala Krai. Cuma persoalannya apakah Ramzi mampu menumbangkan Dr Hatta, ataupun beliau akan mengalami nasib sama dengan Prof Che Musa yang tertumus di hadapan rumah sendiri. Persoalan itu juga tidak penting kerana kata orang "anak pari dalam perahu" kalau tak beri tak tahu".

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


PSSKJELAWAT2: Pemantauan BTPN <b>Kelantan</b> ke PSS SK <b>Jelawat</b> 2

Posted: 22 Sep 2012 08:32 AM PDT

PSS SK Jelawat 2 telah dipantau oleh Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan pada 28hb Ogos 2012. Encik Zakaria B. Hassan telah diiringi oleh Encik Muttaqim B. Adaman (Pegawai Teknologi Pendidikan 2) dan Encik Abdul Razzaq B. Mohamed Zin (Juruteknik Komputer) dari PKG Badak.

Penarafan iQ-PSS dan sistem i-NILAM merupakan dua fokus utama pemantauan. Selain itu, pelbagai input berguna merangkumi komen dan cadangan untuk penambaikan telah diberikan oleh pegawai pemantau. Ribuan terima kasih di atas pandangan dan nasihat serta kunjungan Encik Zakaria Bin Hassan dari BTPN Kelantan, juga pegawai dari PKG Badak.

Diharap PSS SK Jelawat 2 dapat melakukan penambaikan sebagaimana yang disarankan. InsyaAllah.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Perhitungan <b>Di Kota Bharu</b> Medan Terbaik Bangkit Dari Permulaan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 04:46 PM PST

Kota Bharu bakal menjadi tumpuan peminat bolasepak tempatan malam ini dengan berlangsungnya pertembungan juara trebel musim lalu, Kelantan menentang barisan bintang dari selatan iaitu Johor Darul Takzim FC.

Permulaan kedua-dua pasukan di awal musim setakat ini tidaklah begitu meyakinkan. Tuan rumah Kelantan sekadar mencatatkan satu kemenangan tipis dan satu kekalahan. Begitu juga dengan DTFC, selepas tewas kepada Pahang di perlawanan pembukaan, pasukan kendalian Fandi Ahmad ini hanya mampu menang 1-0 keatas Perak walaupun berkelebihan 2 pemain diatas padang.

Barisan bintang Darul Takzim masih belum dilihat 'bersinar' sepenuhnya

Barisan bintang Darul Takzim masih belum dilihat 'bersinar' sepenuhnya

Situasi ini pastinya meresahkan peminat kedua-dua pasukan. Justeru, perlawanan malam ini menjadi medan terbaik untuk Bojan Hodak dan Fandi untuk membawa semula pasukan ke landasan yang tepat dalam misi mengukuhkan lagi kedudukan dalam liga.

Tambah menjadikan perlawanan malam ini lebih 'panas' semestinya kehadiran semula Nurshahrul Idlan Talaha ke Kota Bharu. Penyerang kebangsaan yang juga Pemain paling Bernilai 2012 ini diangkat sebagai hero bagi peminat The Red Warriors selepas membantu Kelantan menjulang 3 piala.

Namun, penghijrahannya ke Darul Takzim sehingga menimbulkan isu tebus kontrak Matyo dengan KAFA membuatkan peminat Kelantan sedikit kecewa dengan pemain kelahiran Besut ini.

Selain Matyo, turut kembali pulang ke Kota Bharu malam ini ialah Nurul Azwan Roya. Kelibat Matyo, Nurul Azwan serta gandingan bintang seperti Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Dani Guiza, Aidil Zaquan dan Simone Del Nero menjadikan pasukan bergelar Harimau Selatan ini sebagai pilihan untuk memungut 3 mata malam ini.

Namun begitu, harus diingat Kelantan mempunyai kelebihan beraksi dihadapan ribuan penyokong setia mereka ditambah pula pemain-pemain mereka pasti mahu menebus kembali kekalahan kepada T-Team sebelum ini menerusi kemenangan keatas Dari Takzim FC. Rekod cemerlang mereka di kubu sendiri juga pastinya memberi petanda buat Fandi Ahmad bahawa anak buahnya akan menghadapi kesukaran sepanjang 90 minit beraksi nanti.

Sandaran Kelantan dijangka terletak pada bahagian tengah mereka dengan kapten pasukan Badri Radzi, Indra Putra dan Shakir Shaari akan menggalas tanggungjawab ini. Selain itu, peminat tempatan turut akan menumpukan perhatian kepada Keita Mandjou, penyerang import Kelantan yang dikecam hebat akibat prestasi hambarnya yang setakat ini masih belum mampu meledak sebarang jaringan.

Dalam pada itu, 5 lagi perlawanan Liga Super turut berlangsung antaranya Pahang menentang Negeri Sembilan di Kuantan, PKNS FC menerima kunjungan LionsXII di Shah Alam, Terengganu menentang Selangor, ATM bertemu T-Team dan juga Perak menentang Felda United di Lumut.

Related posts:

  1. Asia Dream Cup Medan Terbaik Pelumba Muda Asia Pamer Kehebatan Asia Dream Cup ibarat mimpi menjadi kenyataan buat para pelumba...
  2. "Kami akan bangkit" – Azraai Khor Tewas tipis 1-0 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia...
  3. PKNS FC Sasar Kelompok Enam Terbaik "Pihak pengurusan telah meletakkan sasaran untuk berada di dalam enam...
  4. Syafiq 'Bolter' Terbaik Syafiq Syazwan telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan Puma evoSpeed Best...
  5. PKNS FC Sasar 5 Tempat Terbaik Liga Musim 2013     Tanggungjawab besar bakal digalas barisan pemain dan pegawai...

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS Tawau: PAS MENANG <b>DI MANEK URAI</b>!!!

Posted: 14 Jul 2009 09:41 AM PDT

MANEK URAI, 14 Julai (Harakah) - Keputusan rasmi, PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN mendapat 5,283 undi.

Tahniah!! Dan Bersyukur atas kemenangan ini, alhamdulillah.

Namun begitu,PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai hari ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar.

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Menurutnya janji yang ditaburkan Umno pada saat-saat akhir belum mampu memikat keseluruhan pengundi di Manek Urai.

Beliau juga berkata kemenangan tipis bukan satu persoalan memandangkan ia pernah berlaku di Pulai Chondong pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Ia juga ada kaitan dengan sikap SPR yang mengadakan pengundian pada hari kerja dan kepulangan pengundi luar walaupun ramai namun ada yang terpengaruh dengan janji dan sogokan wang," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, terlalu banyak janji yang ditabur Umno di Manek Urai, namun kesetiaan kepada konsep Membangun Bersama Islam tetap dipertahankan.

Sumber : HarakahDaily.net

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b> | Membeli-belah <b>di</b> Kelantan

Posted: 25 Mar 2012 09:02 AM PDT

beli belah di rantau panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang.

Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini.

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.

Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

Apa yang boleh didapati?

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.

Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata "macam-macam ada".

Jersi bola dan sportwear

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai.

Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya.

Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya!.

Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas.

Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%.

Kedai jersi murah Rantau Panjang

Antara lubuk jersi paling murah terletak di dalam paling hujung di lorong Bazar Mimi

Jersi bola di rantau panjang

Pelbagai jenis jersi dari kelab luar dan dalam negara

jersi bola di rantau panjang

Jersi bola Harimau Malaya

Pinggan Mangkuk

Pelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vantage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, Pyrex dan pelbagai lagi.

Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah.

Pada waktu cuti sekolah, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan.

Kedai Pinggan Mangkuk di Rantau Panjang

Kedai pinggan mangkuk berjenama di Rantau Panjang

Corningware di Rantau Panjang

Set pinggan Corningware yang popular

Periuk Belanga

Pelbagai jenis periuk tempatan dan dari Thailand

 

Periuk dan kuali import berjenama Tefal

Disini juga anda boleh mendapatkan periuk dan kuali import terutamanya jenama Tefal. Anda boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang istimewa. Dijual dengan pelbagai saiz dan pilihan.

Harga di sini tidak jauh beza di Pulau Langkawi, dan jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya, disini lebih murah.

Kuali Tefal Rantau Panjang

Kuali Tefal original dari Perancis

Periuk,  kuali tempatan, toto dan bantal

Periuk belanga yang di jual di sini memang banyak. Bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti. Jenama yang famous adalah periuk cap helang dan kuali cap buaya.

Oleh kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan ini, seperti biasa survey terlebih dahulu.

Toto dan bantal adalah barang yang berbaloi dibeli bila ke Rantau Panjang. Jenama toto yang paling famous dan berkualiti adalah  Greentex. Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama Sweeten dan Narita.

Kualiti kain yang digunakan untuk toto jenama Sweeten kurang berkualiti berbanding Greentex. Jadi, sebab itu harganya lebih murah.

Kedai murah di Rantau Panjang

Deretan kedai yang dicadangkan. Kawasan ini agak lapang dan tidak berbumbung.

Periuk cap buaya di Rantau Panjang

Periuk cap buaya

Barangan kanak-kanak

Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda.

Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakannya diluar kedai.

Makan-makan di Rantau Panjang

Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda.

Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat  membeli belah di Rantau Panjang.

Bila berkunjung ke Rantau Panjang, tidak perlulah memperuntukkan masa yang lama untuk makan. Cukup sekadar makan dan minum untuk menambah tenaga dan membasahkan tekak sahaja. Kerana anda datang ke Rantau Panjang untuk shopping sakan bukan?

Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan pelbagai jenis 'lokcing' / hotdog.

Makan di Rantau Panjang

Mee sup dan pulut durian menu pembuka selera sementara menunggu keluarga bershopping

Hot dog di Rantau Panjang

Pelbagai jenis hotdog dan satey ikan mesti dicuba dalam perjalanan pulang

Baba Ais Krim Rantau Panjang

Baba Ais Krim. Dijual diatas basikal. Mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang. Wajib cuba

Barang yang anda dibeli kena cukai?

Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Kalau ditahan pun mereka tidak pernah membuka bonet, hanya bertanya apa yang dibeli.

Barangan yang dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras,  pinggan mangkuk dan sebagainya (itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat  banyak dan dibeli secara borong).

Jangan risau, kebarangkalian anda dikenakan cukai hanya sedikit sahaja. Sekadar beli untuk keperluan tidak mengapa. Kalau beli terlampau banyak pun, pandai-pandai la sorok-sorok sikit barang yang dibeli.

Cukai di Rantau Panjang

Papan tanda cukai 10% tidak termasuk beer dan rokok

 

Peniaga cekik darah

Ya, sekarang ni heboh dikatakan pelawat mula merundum dan terdapat aduan dari pembeli terhadap segelintir peniaga mengenakan harga yang melampau semasa cuti sekolah. Alasan mereka, masa inilah peluang untuk kaut keuntungan lebih memandangkan orang dari luar Kelantan akan berpusu-pusu ke sini.

Antara ciri-ciri peniaga sebegitu adalah seperti mereka susah untuk tawar menawar dan kurang mesra dengan pelanggan. Anda dinasihatkan tidak membeli di kedai seperti itu.

Peniaga cekik darah, wajib dipulaukan. Untuk itu, perlu banding-bandingkan antara kedai ke kedai sebelum membeli sesuatu barangan.

 

Tips membeli belah di Rantau Panjang

  • Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh 'kecek kelate' (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
  • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
  • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
  • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
  • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
  • Perlu diingat, pekedai letih melayan karenah pembeli untuk tawar menawar, berkomunikasilah dengan pekedai dengan berhemah dan beramah mesra lah dengan mereka.
  • Anda penat dan lapar semasa membeli belah disini? Usah risau. Anda akan dapati kedai makan sangat banyak. Anda disarankan untuk singgah dimana-mana kedai makan disini. Masakan Kelantan + Siam banyak disediakan oleh kebanyakan kedai makan. Pasti anda berasa teruja untuk mencubanya.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pengajaran 2004 Memperkasakan UMNO <b>Machang</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 05:04 AM PST

oleh ELIAS ISMAIL

jazlanMACHANG – Jika pada pilihan raya umum pada tahun 2004, kawasan Dewan Undangan Negeri Kemuning dikatakan menjadi penghalang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri ini daripada Pas kerana tewas dua undi tetapi kali ini keadaannya amat berbeza.

Kali ini UMNO Bahagian Machang melaungkan amaran kepada pihak lawan bahawa mereka bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan perpaduan yang jitu dikalangan ahli serta pemimpinnya.

Pengerusi BN Bahagian Machang,Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, semua jentera dan sayap parti di Parlimen Machang siap siaga memastikan kemenangan BN di Machang yang mana dilabelkan sebagai penanda aras sokongan rakyat Kelantan.

Beliau berkata, peristiwa sebelum ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada mereka dan ia akan dijadikan panduan kepada UMNO Bahagian Machang untuk menghadapi lawan.

"Rakyat sudah jemu dan letih menunggu janji-janji manis yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat (PR). Masing-masing menjanjikan 'bulan dan bintang' namun hasilnya masih tidak kelihatan malah mereka juga selalu bercanggah pendapat antara satu sama lain.

" Jika masalah dalaman mereka sendiri tidak dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi untuk memimpin negara dengan menjanjikan keharmonian dan kemakmuran kepada rakyat. Rakyat hari ini semakin bijak menilai keupayaan pemimpin yang bakal mereka pilih dan mereka tidak lagi terpengaruh dengan omongan kosong pemimpin-pemimpin PR," katanya kepada DetikPerubahan.com di sini semalam.

Ahmad Jazlan berkata, strategi utama pihaknya pada masa sekarang adalah menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang masalah dan kelemahan Pas sepanjang 22 tahun memerintah negeri ini.

Justeru itu, tegasnya, jentera penerangan akan digerakkan sepenuhnya pada kali ini kerana ia memainkan peranan penting untuk mempengaruhi rakyat.

Katanya, pelbagai helah digunakan pembangkang dalam usaha memutarbelitkan usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.

"Gelombang sokongan rakyat di Kelantan khususnya di Machang menunjukkan peningkatan malah rata-rata rakyat menyatakan kekecewaan mereka apabila wakil rakyat dan kerajaan yang dipilih sebelum ini hanya pandai bercakap dan menghampakan harapan mereka.

"Kami akan terus memperkukuh dan memantapkan jentera yang ada serta berusaha meningkatkan sokongan dengan meraih lebih banyak undi pada PRU-13 ini. Kami tidak gentar dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa seterusnya memastikan BN menang besar di Machang," katanya.

ads