Isnin, 11 Mac 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


AR RISALAH الــرســالـة: Mengapa Sulu ceroboh <b>di</b> ambang PRU13?

Posted: 06 Mar 2013 03:19 AM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KETEREH- Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia?

Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.
"Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

"Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13," katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat.

Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota keselamatan menjadi korban.

Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan pasukan Sulu.

Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC.

Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan kerajaan PBS di Sabah pada 1995.
Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan Thailand.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan menimbulkan krisis serupa pada masa datang.

"Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa hadapan rakyat Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC mengambil tindakan serupa.

"Inilah persoalannya sekarang. Di sebalik isu di Lahad Datu seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan. Oleh itu kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan keadaan sebenar," katanya.harakahdaily

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: UMNO Lwn UMNO : Asal Bukan Dali muncul <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 07:26 PM PST

PENGKALAN CHEPA: Kalau sebelum ini kita sering melihat perkataan ABU (Asal Bukan Umno), namun sekarang muncul pula ABD (Asal Bukan Dali).

Perkataan ABD ada yang dicetak pada baju t-shirt. Selain itu ada juga sepanduk yang ditulis perkataan tersebut.

Segalanya bermula 5 Januari lalu apabila lebih 50 ahli Umno daripada 23 cawangan di bahagian Pengkalan Chepa berhimpun di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra menuntut Ketua Bahagian, Datuk Dali Hussin meletak jawatan.

Turut berhimpun anggota jawatankuasa Umno bahagian berkenaan dan ketua-ketua cawangan.

Ekoran tersebar pergolakan dalaman yang semakin parah itu, Umno Pengkalan Chepa cuba pula "menyerang" PAS dengan mendakwa ada bekas muslimat PAS menyertai Umno kerana kecewa tidak mendapat apa-apa bantuan.

Beberapa nama disiarkan media baru-baru ini kononnya menyertai Umno termasuk Che Semah Che Yah, 57 dan Aminah Mahmood, 57. Mereka dikatakan menyertai Kursus Kepemimpinan dan Pembangunan Insan Wanita Pengkalan Chepa.

Ketua Penerangan PAS Pengkalan Chepa, Mohd Azmi Nor (gambar) berkata, tidak ada penyokong PAS yang hadir pada program berkenaan.

Malah katanya, orang yang mengaku sebagai penyokong PAS seperti disiarkan media baru-baru ini didapati bukan ahli atau penyokong PAS.

"PAS cawangan di sini tidak kenal makcik terbabit yang kononnya mendakwa sebagai bekas penyokong PAS.

"Apa yang kami dapati mereka ialah penyokong Umno yang diarah untuk mengakui pernah menyokong PAS bagi mengalih tumpuan pergolakan dalaman Umno Pengkalan Chepa sekarang," katanya di sini.

Sementara itu Setiausaha PAS Pengkalan Chepa, Hassan Mamat berkata, seorang wanita, Zainun Jaafar dari Kampung Pulau Gajah yang mendakwa tidak pernah dibantu kerajaan negeri dan PAS adalah tidak berasas sama sekali.


Katanya, bantuan kepada anak-anaknya diberi setiap tahun bagi meringankan bebanan keluarganya ekoran kematian suami yang juga bekas aktivis PAS di kampung terbabit.

Beliau berkata, keluarga terbabit juga diberi bantuan membaiki rumahnya yang agak besar masih dalam pembinaan sekarang. Malah Maik juga datang meninjau rumah tersebut baru-baru ini.

"Segala dakwaannya tidak berasas sama sekali. Ini seolah-olah dia tidak berterima kasih terhadap segala bantuan diberi kerajaan negeri selama ini," katanya.

Bagaimanapun beliau percaya ibu tunggal terbabit dipengaruhi pihak tertentu dengan membawa Ketua Wanita bahagian, Zarina Md Eusope datang ke rumahnya kelmarin.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Muslimat PAS <b>Demit</b> & Muslimat PAS <b>Kelantan</b> gigih jalankan <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2007 08:18 PM PST

The image

Jalan keluar masuk Pusat Pemeriksaan Kastam di Zon Bebas Cukai Malaysia-Thailand di Rantau Panjang lumpuh ekoran banjir besar di Kelantan, semalam.

 


Pemandangan dari udara jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Ubai yang terputus hubungan akibat banjir hampir seminggu.

 

"Muslimat PAS bersama unit dakwah dan halaqah turut mengadakan khidmat kaunseling khusus bagi membantu mereka menghadapi trauma bencana banjir, terutama bagi yang kehilangan orang tersayang," ujar Ketua Muslimat PAS Kelantan, Ustazah Siti Zailah Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga merupakan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat berkata Muslimat PAS Kelantan telah mengambil langkah segera bagi membantu mangsa banjir, sama ada pada tempoh sebelum, semasa dan selepas bencana itu berakhir.

Ini katanaya, pada kebiasaannya, pihak yang menghulurkan bantuan hanya memikirkan keperluan mangsa dari sudut fizikal sahaja, tanpa mengambil kira pengisian rohani serta pembangunan jiwa mangsa yang tertekan akibat tragedi tersebut,"

"Pada peringkat awal banjir, kami mengadakan majlis solat hajat khusus bagi menghadapi kedatangan air bah, kemudian disusuli dengan ziarah bagi menyerahkan bantuan ke pusat pemindahan mangsa banjir. Yang terbaru kami menjejaki mangsa yang terperangkap, rumah mereka terkepung," katanya.

Hari ini, DMPNK turun ke beberapa kawasan seperti Manek Urai di Hulu Kelantan dan Tanah Merah untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa yang terperangkap di sana.

Ujarnya lagi, setakat ini mereka telah membentuk 27 kumpulan pasukan ahli Nisa' Kelantan yang membantu membersihkan rumah mangsa yang air surut bermula pada hari ini di daerah Tanah Merah.

Selain bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan Kelantan, pasukan Nisa' tersebut juga turut menghulurkan bantuan dengan menyediakan barang-barang keperluan dan penempatan bagi golongan warga emas dan golongan yang sakit serta uzur di Rantau panjang, selain memberikan motivasi kepada mereka.

Menurutnya lagi, satu majlis solat hajat dan tazkirah akan diadakan di Masjid Sultan Ismail Petra bersama Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena memperingati peristiwa wukuf di Arafah pada 18 Disember, esok.

"Ketika kami mengunjungi mangsa di kawasan Sokor Estet, satu tempat di Tanah Merah, kenderaan kami terperangkap sehingga terpaksa ditarik menggunakan rantai. Perjalanan ke sana juga memakan masa selama enam jam untuk masuk ke kawasan tersebut, dan sembilan jam ketika mahu meninggalkan kawasan tersebut," katanya menceritakan pengalaman menjejaki mangsa yang terpaksa makan ubi setelah terputus bekalan beras.

Siti Zailah yang juga merupakan mantan senator Dewan Negara menekankan bahawa tanggungjawab membantu mangsa bencana banjir ini adalah menjadi kewajipan semua pihak, apatah lagi Kelantan yang meletakkan dirinya sebagai negeri kebajikan.

"Saya merayu kepada semua pihak agar menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, barang keperluan serta makanan bagi meringankan beban mangsa banjir," katanya lagi.

Segala sumbangan kewangan bolehlah dihulurkan kepada 'Tetuan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan – 3018010039791 Bank Islam Malaysia Berhad.

Manakala sumbangan dalam bentuk makanan, keperluan harian serta perubatan boleh diserahkan di Pejabat DMPNK, Tingkat 1, Bangunan Badan Perhubungan PAS Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu.

Jumlah korban mangsa banjir di Kelantan setakat ini telah meningkat kepada 14 orang yang mana kanak-kanak adalah golongan yang paling ramai. – mns

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Hotel <b>di</b> sekitar <b>Wakaf Che Yeh</b> | Hotel <b>di</b> Kelantan

Posted: 11 Sep 2011 11:45 PM PDT

Hotel di Wakaf Che Yeh Kelantan

Hotel-hotel di sekitar Wakaf Che Yeh merupakan hotel yang masih lagi baru dan sangat dicadangkan. Sesuai jika anda mempunyai jadual percutian yang padat dan ingin menikmati penginapan yang masih baru dan selesa.

Kelebihan menginap di sini kawasannya merupakan pasar Wakaf Che Yeh yang popular serta lokasinya yang strategik. Jika menginap di sini, boleh bersiar-siar di pasar malam Wakaf Che Yeh selepas keluar dari pintu hotel, hanya berjalan kaki sahaja.

Jarak Wakaf Che Yeh dengan pusat bandar Kota Bharu adalah lebih kurang 3 km. Untuk ke Kubang Kerian,  Pasir Mas dan Rantau Panjang juga mudah. Terdapat banyak pilihan hotel di sini. Antara hotel yang terdapat betul-betul di kawasan membeli-belah Wakaf Che Yeh adalah seperti di bawah.

Anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan hotel secara online di laman web seperti Agoda.com, Booking.com atau LateRooms.com kerana kadar online adalah lebih murah dari walk-in dan tempah online adalah lebih mudah lagi menjimatkan.

Hotel Polyland

Hotel Polyland Wakaf Che Yeh

Polyland Hotel & Apartment

Hotel Ridel Cawangan Wakaf Che Yeh

Hotel Ridel Wakaf Che Yeh

Ridel Boutique Hotel

Seroja Inn (Hubungi 09-741 6767)

Sri Seroa Inn Wakaf Che Yeh

Sri Seroja Inn

Ombak Inn

Ombak Inn Wakaf Che Yeh

Ombak Inn

Khalifa Inn

Khalifa Inn Wakaf Che Yeh

Khalifa Inn

Dynasty Inn

Dynasty Inn Wakaf Che Yeh

Dynasty Inn

Penuh Inn (09-7412490 / 7412491)

Penuh Inn Wakaf Che Yeh

Penuh Inn

Holiday Villa Hotel and Suites (09-7474004)

Holiday Villa Hotel & Suites Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Holiday Villa Hotel & Suites. Hotel 4 bintang yang baru dibuka

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Tarikh Kemaskini v4.4 Tarikh Kemaskini v4.4 - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 08 Jan 2013 12:00 AM PST

Pada 8 Januari 2013 bersamaan 25 Safar 1434H telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan Tahun 2013. Majlis telah diadakan di Hotel Grand Riverview dan telah dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan Tahun 2013  Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan Tahun 2013

Sila klik disini untuk melihat gambar sekitar Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan

Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 09 Jan 2013 12:00 AM PST

Pada 9 Januari 2013 bersamaan 26 Safar 1434H telah diadakan Perjumpaan diantara kakitangan MDKPI dengan Yang DiPertua MDKPI, Haji Adnan Bin Hussin. Perjumpaan telah diadakan bertempat di Dewan MDKPI. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bersempena dengan Perutusan Tahun Baru 2013 yang telah disampaikan oleh Yang DiPertua MDKPI.

Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI  Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI

Sila klik disini untuk melihat gambar sekitar Perjumpaan Dengan Yang DiPertua MDKPI

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Rakyat <b>Kelantan</b> Diminta Sokong Tok Pa | Detik Perubahan

Posted: 16 Feb 2013 10:13 AM PST

tok pa3BACHOK – Rakyat Kelantan perlu memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menerajui kepimpinan negeri ini, sekiranya mahu perubahan, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Mustapa mampu melakukan perubahan mengikut cita rasa rakyat, terutama tranformasi ekonomi, jika diberi peluang.

"Kelantan memerlukan kemasukan pelabur asing yang berskala besar untuk menjana ekonominya agar memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian zakat kepada 335 anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Kampung Kemudi hari ini.

Sebelum ini, Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli, disebut-sebut akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeli dan bakal dilantik Menteri Besar Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat menawan negeri ini pada PRU-13.

Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata kemampuan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, telah terbukti apabila beliau berjaya menarik sejumlah besar pelaburan asing ke negara ini.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama pesara polis di Jelawat, Awang Adek berkata dengan sokongan padu kerajaan pusat, kemampuan Mustapa semakin terserlah untuk membangunkan negeri ini agar setanding negeri lain.

Beliau berkata ini termasuk janji tujuh projek besar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, pembinaan 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.

Selain itu, pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon di negeri ini, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu serta menyelesaikan masalah air.

"Inilah peluang terbaik untuk rakyat Kelantan berubah, dan saya memberi sokongan penuh terhadap kemampuan beliau," katanya. – BERNAMA

Ahad, 10 Mac 2013

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Minyak <b>di</b> atas daratan <b>di Kelantan</b>

Posted: 23 Jan 2013 04:17 PM PST

KOTA BHARU: Berita gembira bakal diterima oleh rakyat Kelantan sekiranya penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di negeri itu.

Bagi mengesahkan perkara itu, kerajaan negeri bakal melantik sebuah syarikat untuk mengkaji secara sah wujudnya ura-ura berhubung penemuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata walaupun Petronas enggan mendedahkan maklumat itu, namun ianya sampai juga pada kerajaan negeri.

"Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,"ujarnya.

Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim.

Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas identiti syarikat terbabit buat masa sekarang.

Bagi menjayakan hasrat itu, kerajaan negeri akan berunding dengan syarikat terbabit secepat mungkin disamping mengguna pakai setiap undang-undang yang ada bagi menghasilkan sendiri pengeluaran minyak.

Antaranya melalui saman kerajaan negeri kepada Petronas, kerajaan Pusat menyatakan minyak di atas daratan adalah hak sepenuhnya negeri berkenaan bukannya pusat.

Beliau juga turut mengakui, rizab penemuan minyak itu lebih besar jika dibandingkan dengan yang ada di laut.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kerajaan Pusat dan Petronas yang mendakwa Kelantan tidak berhak mendapat royalti kerana kedudukannya melebehi tiga batu nautika dari daratan.

Ini bermakna, katanya apabila penemuan minyak di darat dalam negeri Kelantan, kerajaan Pusat tidak boleh berbuat apa-apa berdasarkan hujah tersebut.

"Adakah kerajaan Pusat boleh menerima dengan dakwaan mereka sendiri dan Kelantan tidak akan membayar pada mereka walaupun satu sen berdasarkan hujah tersebut, sekiranya benar hasil minyak benar-benar terdapat di darat,"ujarnya.

Husam juga turut menyifatkan kenyataan Petronas dan kerajaan sebagai berbahaya apabila mendakwa Kelantan hanya boleh mendapat hasil sekiranya ia dikeluarkan dari bumi negeri itu.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Warga <b>Tanah Merah</b> Pedongkelan Antusias Tunggu Jokowi <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 01:44 AM PST

Warga Tanah Merah Pedongkelan Antusias Tunggu Jokowi

Penulis : Lariza Oky Adisty | Jumat, 22 Februari 2013 | 16:08 WIB

JAKARTA, KOMPAS.com - Warga Kampung Pedongkelan, Kelurahan Kayu Putih, Kecamatan Pulogadung, Jakarta Timur, menunggu dengan antusias kedatangan Gubernur DKI Jakarta Joko Widodo dan Menteri Sosial Salim Segaf Al-Jufry, Jumat (22/2/2013) sore. Anak-anak dan kaum ibu tampak duduk beralaskan tikar di depan panggung yang sudah disediakan.

Jelang kedatangan Jokowi, pembawa acara pun sibuk memilih empat anak jalanan yang akan mengajukan pertanyaan pada dialog dengan Jokowi dan Salim. "Nanti mereka akan mengajukan pertanyaan, supaya nanti tidak berebutan. Supaya pertanyaannya juga nanti nyambung," kata si pembawa acara.

Hingga pukul 15.43, rombongan Jokowi dan Salim belum tampak hadir. Meskipun demikian, warga Kampung Pedongkelan dihibur oleh penampilan beberapa bocah pengamen yang menunjukkan kebolehan mereka bernyanyi. Anak-anak lain tampak berlarian di lapangan atau sekadar membeli jajanan dari pedagang yang mangkal di tempat tersebut.

Dalam acara ini, Gubernur DKI dan Mensos akan berdialog dengan anak-anak jalanan di lokasi tersebut. Mensos juga akan membagikan sumbangan kepada mereka.

Berita terkait dapat dilihat dalam topik "Gebrakan Jokowi-Basuki".

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


ADUN <b>KELABORAN</b> & LIMBONGAN <b>DI</b> SEMINAR PAS SARAWAK

Posted: 31 Jan 2009 10:02 PM PST

ADUN Kelaboran bersama ADUN Limbongan, YB.Drs. Zainuddin Awang Hamat ketika ini sedang mengadakan lawatan kerja ke Sarawak bermula pada 31 Januari hingga 3hb Februari 2009. Dalam rangka lawatan tersebut, beberapa aktiviti telah diatur oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak dan Badan Perhubungan PAS Sarawak bagi mengisi program siri lawatan tersebut.

Membentang Kertas Di Seminar Memahami Dasar Perjuangan PAS di salah sebuah hotel di Bandaraya Kuching.

Gimik penyerahan Akhbar Harakah kepada Ustaz Osman Mustafa, Pesuruhjaya PAS Sarawak. Pihak BBC Kelantan akan menaja akhbar Harakah sepanjang tahun 2009 kepada PAS Sarawak. Turut kelihatan dalam gambar ialah Pesuruhjaya PAS Sarawak (empat dari kanan), Tuan Hj Adam, Timbalan Pesuruhjaya (tiga dari kanan) & Sdr. Abang Eddy, Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak (dua dari kanan).

Berdasarkan pengamatan kami, bumi Kenyalang memang subur untuk menerima perjuangan Islam. Masyarakat Sarawak makin memahami bahawa syiar Islam yang dibawa oleh PAS bukanlah bersifat perkauman atau prejudis tetapi syiar yang dibawa adalah bersifat universal yang sepatutnya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira batas agama, bangsa dan warna kulit.

Adalah menjadi harapan bersama agar bendera hijau putih akan terus berkibar tidak kira di mana arah, dan bakal menggamit cucu cicit, suku sakat Yusuf Merais, Kanang anak Langkau, Rosly Dhobi atau lain-lain pejuang dalam menongkah arus perjuangan menegakkan keadilan Islam di bumi Kenyalang ini.

Sabtu, 9 Mac 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Bekas Pengarah Pilihanraya BN Bachok sertai PAS

Posted: 08 Mar 2013 08:05 PM PST

Pengarah Pilihan Raya BN parlimen Bachok pada pilihan raya umum 2008, Zulkifli Zakaria malam tadi menyerah borang menyertai PAS. Beliau menjejaki langkah bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh. tampil ke pentas ceramah Pakatan Rakyat bagi mendedahkan kepincangan Umno dan kerajaan BN.

Zulkifli yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Bachok dan calon BN di Dun Tawang pada 2004 meluahkan rasa kecewa terhadap Umno kerana mempersendakan agama. "Banyak saya lihat kenyataan pemimpin Umno tidak serius terhadap agama. Dan paling saya tidak boleh terima apabila mereka mempersendakan hudud dan pemimpin MCA mempertikai larangan berjudi di Kelantan. "Saat itu bermula kesedaran dalam diri saya. Bukan sekali-kali tuduhan pihak tertentu kononnya Haji Zul sekarang sudah tiada duit sebab itu menyertai PAS....

"Macam-macam tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum ini saya sudah tidak berminat dengan politik dan berhijrah menetap di Sabah negeri asal isteri saya. "Namun kerana teruk sangat Umno memperlekehkan agama saya muncul kembali di pentas politik," katanya pada ceramah di Kampung Keting, Dun Jelawat malam tadi. Beliau menyerah borang menyertai PAS kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed, timbalannya, Hassan Mohamood, Naib Yang Dipertua, Abdul Aziz Kadir, Dr Zaiyadi dan Ketua Cabang PKR Bachok, Mat Yatim Ismail.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno sukar ditembusi sebelum ini. Ceramah diadakan di rumah Mustapha Ahmad bekas aktivis Semangat 46. Pada Januari lalu seramai 250 penyokong dan ahli Umno dari beberapa cawangan juga menyerah borang menyertai PAS pada program ceramah di Kuchelong. Tahun lepas Mustapha dan bekas anggota jawatankuasa Umno Bachok, Wan Jusoh Wan Ismail juga menyerah borang menyertai PAS. Difahamkan beberapa nama besar lagi dalam Umno Bachok dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini.

Zulkifli berkata, tomahan Umno mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang bukan Melayu menjadi perdana menteri tidak timbul sama sekali. "Kalau betullah tomahan itu mengapa ketika Umno kuat dan BN mempunyai kuasa dua pertiga di parlimen tidak melakukan pindaan perlembagaan. "Umno sendiri tidak berani untuk meminda perlembagaan kerana takut hilang sokongan MCA dan MIC. Jadi dakwaan Melayu hilang kuasa hanya sekadar mahu memancing undi sahaja," ujarnya ketika ditemui selepas itu. - HARAKAHONLINE

MALAYSIA NEWS BACHOK KETUA PEMUDA SERTAI PAS

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


teres <b>kok lanas</b> untuk <b>di</b> sewa – 3507th Edition | Portal Rumah Sewa <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 10:24 PM PST

[unable to retrieve full-text content]teres kok lanas untuk di sewa – 3507th Edition. Listed: November 13, 2012 6:24 am; Expires: 30 days, 3 hours. Maklumat Rumah sewa/ Rumah untuk disewa: teres setingkat. 250 politeknik kok lanas belakang econjaya. taman desa petaling.

ads