Selasa, 19 Mac 2013

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Che Hasrah: Harian Metro: Hati

Posted: 18 Mar 2013 08:12 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Uji ketangkasan peserta berkumpulan

Posted:

Bunyinya seperti aktiviti mencari harta karun yang biasa dilakukan pada hujung minggu. Bergerak dari satu stesen ke stesen lain selepas me­nyelesaikan cabaran atau misi yang disediakan.

Satu demi satu misi dilakukan hingga akhir­nya peserta yang tiba dulu di lokasi terakhir diangkat selaku juara.

Namun bagi peserta acara Running Hunt Malaysia yang diadakan sekitar ibu kota minggu lalu, bukan siapa yang tiba dulu jadi sasaran, tetapi tertumpu kepada siapa yang terakhir kekal di gelanggang permainan dengan tanda nama masih terlekat di belakang badan.

Bagi peminat program variasi Korea Selatan, Running Man, konsep pemainan 'mencabut tag nama' menjadi tarikan dan amat dinantikan peserta kerana itulah cabaran utamanya.

Foto

MEMBALING syiling dalam kuali leper menjadi misi pertama yang perlu diselesaikan peserta sebelum ke stesen berikutnya.

Foto

BEBERAPA kumpulan berlari menaiki tren LRT agar tidak diekori pasukan lain sejurus melakukan misi mereka.

Foto

ANTARA peserta Running Hunt Malaysia yang berjaya melaksanakan semua misi sebelum bergerak ke lokasi terakhir.


Biarpun sesebuah kumpulan atau individu berjaya mendahului misi sebelum itu, ia sekadar memberi kelebihan untuk bersembunyi dan menyusun strategi sebelum mencabut tag nama peserta yang tiba seterusnya.


Misi pertama dimulakan di stesen KL Sentral, di mana setiap pasukan seramai enam peserta diberikan kad klu untuk misi seterusnya. Semuanya menerima klu yang sama iaitu perlu membeli tiket tren LRT dari lokasi permulaan sehingga ke stesen KLCC.

Bagaimanapun, setiap pasukan perlu turun di setiap stesen sebelum lokasi terakhir bagi menyempurnakan misi. Di stesen Pasar Seni, peserta perlu membaling duit syiling dalam kuali leper ­dengan diberikan peluang sehingga tiga kali cubaan setiap seorang.

Jika gagal dalam cabaran ini atau mana-mana misi berikutnya, penalti dua tren dikenakan pada pasukan terbabit. Bermakna, kumpulan berkenaan perlu melepaskan dua perjalanan tren LRT sebelum boleh meloncat masuk ke tren ketiga untuk menyambung misi.

Misi diteruskan ke stesen berikutnya dan misi Cham Cham Cham ini memerlukan peserta berpaling ke arah bertentangan daripada ­'tangan kuning' yang diletakkan di depan, contohnya jika tangan menuding ke kanan, muka perlu berpaling ke kiri dan sebaliknya.

Misi ini menjurus kepada daya tumpuan penglihatan peserta, selain fokus kepada bunyi Cham Cham Cham yang dilakukan kru.

Meneka 10 perkataan atau ayat seperti yang dilakonkan (Riddles for Seconds) ­dalam tempoh dua minit pula menjadi cabaran di hentian seterusnya. Apa yang diperlukan ialah kemahiran ­salah seorang ahli kumpulan ­dalam menyampaikan ayat kepada rakannya, sama ada dalam cara lakonan, gerak tubuh atau memberikan klu berkaitan secara lisan.

Misi Twist or Twisted kemudiannya membuatkan pergerakan beberapa pasukan tergendala kerana peserta diminta menyebut sepotong ayat yang bunyinya hampir sama dalam tempoh 30 saat.

Kemuncaknya di stesen akhir apabila setiap pasukan perlu mencari kru berdasarkan klu yang diberi sebelum bergerak ke taman berhampiran Jalan Ampang untuk misi kelangsungan tag nama.

Seperti apa yang berlaku dalam program popular dibarisi nama besar Korea antaranya Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Gary dan Song Ji-hyo itu, adegan terakhir iaitu mencabut tag nama sememangnya menakutkan.

Kala setiap peserta Running Hunt Malaysia menerima kemeja-T velcro yang mempunyai tanda nama Running Man dalam tulisan Korea di belakangnya selepas pendaftaran, masing-masing asyik cuba mengoyakkannya sesama sendiri.

Menjadi peserta pertama yang dicabut tag namanya juga amat menggerunkan dan ia sememangnya saat paling diingati penulis ­sehingga ke hari ini.

Kisahnya, peserta diminta mencari seberapa banyak bola bertanda 'R' dalam tempoh ditetapkan dan pasukan penulis (Harian Metro) me­ngambil keputusan berpecah kepada tiga bagi memudahkan carian.

Kurang lima minit kami bergerak, penulis bersama seorang ahli pasukan berjaya menjumpai sebiji bola tapi disebabkan kami ralit mencari bola lain di sekitar pokok berhampiran, sekumpulan gadis bertudung mula menghampiri kami.

Semuanya menuju ke arah penulis dan seperti apa yang dilakukan dalam Running Man, penulis sedaya upaya mengelak daripada menjadi mangsa tag nama.

Beberapa kali cuba membolosi mereka, tetapi tidak berjaya hingga penulis mengambil keputusan berbaring di lantai bagi melindungi tag nama.

Dengan rakus dua gadis terus memegang kaki, dua lagi di kedua belah tangan sementara seorang gadis gempal (yang mungkin ketuanya) terus menolak tubuh penulis supaya tangannya berjaya mencangkuk leher penulis. Dengan pantas dia mencabut tag nama ­sehingga koyak kemeja-T yang dipakai lalu menampakkan sebahagian besar belakang tubuh penulis.

Mujur ia berlaku berhampiran pusat beli-belah dan kru penganjur banyak membantu kala penulis bergegas membeli kemeja-T baru.

Misi mencari bola 'R' itu bagaimanapun diubah pada saat akhir atas beberapa masalah, lalu penganjur terus membawa peserta ke tanah lapang untuk acara paling dinantikan tag nama.

Setiap pasukan boleh menurunkan seberapa ramai ahli tapi mengikut jumlah bola yang berjaya dikumpul pasukan terbabit. Seorang demi seorang tersingkir ­hinggalah berakhir dengan pertarungan sengit antara wanita dan lelaki.

Sememangnya ia pengalaman baru bagi kami. Selalunya, insiden menakutkan ini cuma dapat ditonton dalam Running Man tanpa ada perasaan takut atau bimbang kerana penonton terhibur dengan aksi serta gelagat lucu mereka.

Erik Sim Ziheng, 17, yang mewakili pasukan Race In muncul juara selepas berjaya menarik tag nama Teh Shuyi, 21, daripada pasukan Powerpuff Girl, sekali gus membolehkan kumpulannya membawa pulang hadiah utama wang RM300.

Menurut penganjur ­Running Hunt Malaysia, Cheong Wei Ling, aktiviti ini diada­kan sebagai tanda sokongan peminat Running Man di Malaysia serta memberi peluang peminat merasai pengalaman menyelesaikan misi seperti dalam program televisyen popular itu.

"Kami menganjurkannya kerana ia belum pernah diada­kan lagi meskipun Running Man mempunyai ribuan peminat di Malaysia. Penyertaan yang kami terima amat menggalakkan ­hingga perlu dipecahkan kepada dua sesi, tujuh di sebelah pagi manakala lapan pasukan pada sesi petang.

"Dengan adanya Running Hunt Malaysia ini diharap­kan peserta dapat menimba pengalaman baru dan saling menjalin hubungan baik ­sesama peminat Running Man.

"Pada masa sama, kami juga harap ia dapat menarik perhatian produksi Running Man untuk mengadakan rakaman program mereka di Malaysia selepas Thailand, China, Hong Kong, Macau dan Vietnam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

Berkorban demi cintakan al-Quran

Posted:

Melahirkan golongan hafiz profesional yang komited menerajui kepentingan agama, bangsa dan negara bukanlah satu tugas mudah kerana ia memerlukan sokongan dan perhatian semua pihak.

Bersandarkan kepada pepatah Melayu yang berbunyi 'jika tidak dipecah­kan ruyung, manakan dapat sagunya', sekumpulan guru yang bertugas di kelas pengajian pondok moden Darul Halim di Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang wajar dipuji kerana mengadakan pelbagai usaha untuk menambah golo­ngan cerdik pandai dalam bidang agama.

Walaupun pelajar di sekolah pondok berkenaan tidak mengharungi sesi persekolahan biasa, mereka tetap diasuh mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari bermula waktu Subuh sehinggalah waktu tidur pada jam 11 malam.

Acuan hidup mereka sudah ditetapkan dan mereka melakukannya dengan penuh kerelaan termasuk membersihkan kawasan rumah, memasak dan mengemas serta melakukan kerja khidmat ma­syarakat di komuniti setempat di samping tugas hakiki mereka menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama.


Peluang bersua muka dengan beberapa penghuni yang berusia antara 13 hingga 21 tahun itu membuktikan keazaman dan kesunggu­han pengurusan sekolah pondok moden itu dalam melahirkan 'pewaris' zaman kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dulu.


Pelajar paling dewasa, Ahmad Husaini Ibrahim, 21, berkata, kepentingan ilmu akhirat membuatkannya nekad berpisah sementara dengan keluarga di Kampung Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, walaupun mengalami kesukaran untuk bergerak kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU), dia tetap berusaha untuk berdikari dan melakukan yang terbaik mencapai cita-citanya menjadi seorang hafiz satu hari nanti.

Ahmad Husaini tidak menafikan cabaran yang perlu dihadapi setiap hari dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 'pondok' yang menjurus kepada usaha menghafal al-Quran sepanjang masa.

"Rutin kami bermula selepas Subuh, mengemas bilik, bersarapan dan melakukan aktiviti bebas seperti membersihkan kawasan rumah dan membasuh pakaian.

"Kelas hafazan bermula selepas Zuhur hingga Asar. Di sini, kami menghafaz secara berkumpulan dan teguran dibuat jika berlaku kesilapan ketika menghafaz," katanya.

Bekas pelajar Maahad Tok Kenali, Kota Bharu itu berkata, walaupun menghadapi kesukaran turun naik tangga kerana bilik tidurnya terletak di tingkat atas manakala kelas al-Quran di tingkat bawah, faktor itu tidak pernah menjadi penghalang untuknya bersama rakan lain dalam setiap aktiviti yang diadakan.

"Memang susah sikit tetapi saya tidak kisah selagi dapat beriadah, makan minum dan membaca al-Quran di tingkat bawah rumah dua tingkat ini," kata anak ketujuh daripada sembilan beradik itu.

Ahmad Hafizuddin Abdul Mubin, 16, berkata, walaupun pernah belajar di dua sekolah aliran agama yang turut menyediakan akademik bagi menyeimbangkan pendidikan dunia dan akhirat, anak bongsu daripada lapan beradik itu mengambil keputusan untuk berhenti dan sambung belajar di Darul Halim.

"Saya tahu tanpa kelulusan dalam bidang akademik, penghuni di sini agak sukar mendapatkan pekerjaan tetapi saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan Dia sudah menetapkan segala-galanya untuk kita," katanya yang berasal dari FELDA Jengka 2.

Bekas pelajar Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jengka itu berkata, kejayaan dua abangnya, Ahmad Kamri, 28, dan Ahmad Fariduddin, 24, yang menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar, Mesir dan Universiti Islam Medan, Indonesia mendorong­nya belajar di Darul Halim.

"Saya bukan menolak ilmu akademik tetapi amat menyayangi bidang hafazan ini kerana mahu mendalami ilmu agama. Kami bukan saja menghafaz tetapi juga cuba memahami isi kandungan al-Quran itu sendiri.

"Tinggal sepenuh masa di sini juga mengajar kami erti kehidupan berkeluarga. Kami menguruskan keperluan sendiri, memasak, bermain dan bersukan malah turut membantu membersih­kan kawasan persekitaran rumah jiran secara sukarela," katanya yang ditugaskan menyediakan makanan kepada penghuni di situ.

Menurutnya, naskhah al-Quran mempunyai nilai yang sangat tinggi malah diabadikan sebagai khazanah terulung dalam dunia Islam dan menjadi tinggalan Nabi Muhammad SAW yang paling agung.

"Apabila kita cinta kepada al-Quran, ia akan memberi kekuatan untuk menghafalnya. Seronok belajar di sini kerana dunia kami di sini dikelilingi kitab suci al-Quran dan jiwa sentiasa dibasuhi ayat al-Quran dan menjadi pendinding dan penenang jiwa," katanya.

Bagi dua penghuni berasal dari Kemboja, Zakaria Abdullah, 17, dan Mohd Razali Zakaria, 16, kehadiran mereka di Darul Halim secara tidak langsung membantu mereka mendalami ilmu agama.

Bagi Zakaria, peluang belajar al-Quran saat paling indah dalam hidupnya kerana dapat mengetahui kandu­ngan kitab suci itu dengan lebih terperinci.

"Kami bukan setakat menghafal tetapi juga mencari maksudnya dan saya dapat membayangkan betapa indahnya menjalani kehidupan sebagai seorang Islam jika kita mengetahui isi kandungan al-Quran itu sepenuhnya.

"Walaupun baru empat bulan di sini, saya gembira dapat belajar dan melakukan aktiviti secara bersama. Secara tidak langsung dapat melupakan kerinduan kepada keluarga buat sementara waktu," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Walaupun berasal dari Phnom Penh, keluarga Zakaria sudah lama menetap di Ulu Tiram, Johor dan kehadirannya di Darul Halim secara sukarela kerana mahu menjadi seorang hafiz dan berhasrat kembali ke Kemboja untuk mengajar al-Quran satu hari nanti.

"Saya gembira di sini kerana mempunyai rakan yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dan saling membantu jika berhadapan masalah dalam apa juga perkara," katanya.

Mohd Razali pula berkata, kehadirannya di Darul Halim berlaku secara tidak langsung apabila seorang guru agama di kampungnya, Kampung Cham mempelawanya ke Malaysia dan belajar agama.

"Saya terus bersetuju kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang sememangnya hidup dalam kemiskinan di sana. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan rakan di sini kerana kurang fasih berbahasa Melayu tetapi ia sama sekali tidak menjejaskan saya untuk menghafal al-Quran," katanya yang dibantu Zakaria menterjemahkan apa yang dikatakan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu bernasib baik kerana tidak dipinggirkan rakan lain kerana kesukarannya bertutur dalam bahasa Melayu dan kini giat melatih diri untuk berbuat demikian.

"Walaupun kadangkala terbit rasa rindu dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, saya terpaksa kuatkan semangat demi membela nasib keluarga dan berhasrat untuk bekerja sebagai guru agama apabila pulang ke kampung," kata­nya.

Pegawai Darul Halim, Mohd Farid Othman, 44, berkata, seramai 16 pelajar sedang mengikuti kelas hafazan di bawah pengawasan Ustaz Abdul Halim Mahmud, 43, yang juga seorang penghafaz al-Quran berpe­ngalaman bermula September lalu.

"Kami hanya menerima pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 21 tahun. Di sinilah tempat tinggal mereka dan belajar setiap hari mendalami ilmu al-Quran dan menghafaz sehingga bersedia bergelar seorang hafiz.

"Kejujuran, keikhlasan dan ketekunan mereka menghafal al-Quran setiap hari secara tidak langsung dapat mendidik dan membersihkan hati nurani mereka, sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terbabit dengan gejala salah laku yang semakin menular dalam kalangan remaja mutakhir ini," katanya.

Menurutnya, bukan mudah untuk menarik minat golongan remaja mencintai kitab suci al-Quran dan menjadikannya sebagai 'teman setia' sepanjang hari.

"Justeru, saya hormati dan menghargai semangat juang mereka datang ke sini untuk belajar al-Quran, sekali gus membasahi bibir mereka dengan ayat al-Quran setiap hari demi merealisasikan impian menjadi penghafaz al-Quran," katanya.

Menurutnya, pihak­nya tidak meletakkan syarat tertentu tetapi pelajar yang datang ke Darul Halim mestilah benar-benar ikhlas dan mahu belajar menjadi seorang hafiz al-Quran.

"Walaupun kami me­ngenakan yuran pendaftaran dan pengajian, bagi keluarga yang tidak mampu, kami tidak memaksa mereka menjelaskannya, sebaliknya menyumbang sekadar termampu saja," katanya.

Mohd Farid berkata, Darul Halim yang membawa maksud 'Yang Maha Lemah Lembut' ditubuhkan bagi memenuhi hasrat arwah bapanya, Othman Ibrahim iaitu pengasas Yayasan Othman Ibrahim yang ditubuhkan pada 1985 dengan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan Islam.

"Semoga hasrat arwah bapa untuk melahirkan ramai penghafaz al-Quran akan terlaksana dengan kewujudan Darul Halim ini dan mewarnai dunia cendekiawan Islam Pahang satu hari nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Oh! Terowong peninggalan tentera Jepun dijumpai <b>di Tumpat</b> <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 04:03 AM PST

Dari laporan yang dihantarkan ke Oh! Tidak:

Sehari dua ni gempar di Kelantan tentang berita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun di Palekbang, Tumpat. Ptg tadi sy dan rakan sempat singgah ke lokasi utk tgk sendiri penemuan tersebut. Ternyata berita adalah sahih. Terdapat beberapa binaan yang jika dilihat binaannya adalah binaan lama dan sudah ditenggelami tanah. Keadaan dalaman terowong sekarang masih misteri kerana air masih bertakung dan usaha menyedut air sedang dilakukan. Berdasarkan maklumat penggali2 terowong tadi, di percayai terowong adalah sepanjang 100 km dan selebar dewan sekolah! dan dipercayai juga dalam terowong tersebut adalah sebagai kubu dan tempat simpanan senjata2 dan kapal terbang milik tentera jepun dahulu. Wallahualam.

(Gambar Kiri) : Salah satu pintu masuk ke terowong bawah tanah yang kini sudah di lingkungi dengan garisan polis.
(Gambar Kanan) : Dipercayai adalah laluan terowong bawah tanah sepanjang 100 km yang bersambung antara pintu2 masuk.

Mungkinkah ianya akan menjadi sejarah baru yang akan dicatat dalam buku-buku sejarah ataupun ia akan menjadi satu sejarah yg akan dilupakan sampai bila-bila.

InsyaAllah akan update berita dari semasa ke semasa jika ada kelapangan. :)

Jadi kita nantikan perkembangan apa sebenarnya yang dijumpai mereka. Apa pula yang ada di dalamnya? Fuh, menyeramkan!

Subhanallah! Kulat Gergasi Ditemui <b>Di Tumpat</b> Kelantan

Posted: 13 Dec 2012 04:04 PM PST

Apa yang anda lihat ini bukanlah spesis bunga terbesar dunia seperti  Raflesia, tetapi sejenis kulat Gano yang ditemui dalam fizikal yang besar. Kami menerima maklumat bahawa spesis kulat gergasi ini merupakan satu penemuan yang dianggap pelik. Ia sangat besar lebih daripada biasa. Kulat Gano ini telah ditemui di Tumpat Kelantan dan dipercayai mampu menyembuhkan penyakit. Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam kita tidak boleh bergantung kepadanya bimbang jatuh kepada syirik, kerana hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa di alam ini. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Azizah menunjukkan kulat aneh menyerupai spesies kulat gano yang ditemui di dalam kolam di tepi rumahnya di Kampung Kok Pasir

Kemunculan kulat gergasi yang menyerupai spesies kulat gano di Kampung Kok Pasir di sini, menjadi tumpuan orang ramai. Kulat berwarna hitam seberat 8.6 kilogram itu ditemui Azizah Hamid, 56, di sebuah kolam di tepi rumahnya pada 15 November lalu.

Sejak tersebar penemuan kulat tersebut, rumah Azizah tidak putus dikunjungi orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat kulat gergasi itu.Malah,kedatangan mereka juga adalah untuk untuk mendapatkan air dari kulat tersebut yang dikatakan mengeluarkan air jernih dan berkilau selepas direndam dalam air semalaman serta mampu mengubat penyakit.

Azizah berkata, dia menemui kulat gergasi itu pada 1 Muharam (15 November), tumbuh subur di batang pokok sagu yang dibuang ke dalam kolam selepas ditebang tiga tahun lalu.

"Sebelum kulat ini muncul, ada buih dalam kolam tersebut dan saya sangkakan ada kura-kura.

"Saya ambil kayu lalu menjoloknya ke dalam kolam, tetapi tiada apa-apa," katanya.

Menurutnya, dia berusaha mencabut kulat yang melekat di batang pokok sagu itu, tetapi tidak berhasil.

Azizah berkata, disebabkan kulat itu besar dan berat, dia terpaksa meminta bantuan suami, Nawi Mahmod, 63, untuk mencabutnya dan membawanya ke rumah.

"Saya terpaksa gunakan kereta sorong mengangkutnya untuk dibawa masuk ke dalam rumah," katanya yang mempunyai sembilan anak.

Menurutnya, sejak kulat itu muncul, ia membawa rezeki kepadanya kerana orang ramai sentiasa datang untuk melihat dan mengambil air penawar.

"Selepas beberapa minggu, saya dapati kulat ini hidup kerana ada kelopak baru tumbuh dan saya percaya, ia adalah spesies kulat gano yang mampu merawat pelbagai penyakit," katanya.

Azizah berkata, ibunya, Rokiah Idris, 80, yang tidak dapat berjalan akibat serangan strok minggu lalu, dipercayai pulih selepas beberapa kali meminum air rendaman kulat tersebut.

sumber: Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kulat gergasi
  • kulat ajaib
  • cendawan besar di kelantan
  • cendawan gergasi di tumpat
  • cendawan gergasi tumpat
  • cendawan besar
  • Cendawan gergasi di kelantan
  • kulat ajaib di tumpat
  • kulat terbesar
  • cendawan gergasi kelantan

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Stor simpan ubat perangsang seks <b>di Wakaf Che Yeh</b> diserbu ABN <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 01:59 AM PST

KOTA BAHARU – Cawangan Penguatkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.

Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Ahmad Razin berkata lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.

Beliau berkata serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Katanya peniaga yang menjual ubat-ubatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki untuk tujuan jualan racun berjadual mengandungi 'Sildenafil dan analognya' tanpa memiliki lesen yang sah mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1986).

Perbuatan itu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Dr Ahmad Razin berkata ubat-ubatan dan peralatan seks bernilai RM41,858 dirampas hasil lima serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini sepanjang tahun lepas.

"Pada tahun lepas juga, empat kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda sebanyak RM4,500. Dalam satu daripada kes itu, pesalah turut dipenjara dua hari oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu," katanya.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kegiatan penjualan ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seksual, yang memberi imej buruk kepada bandar Kota Baharu dan masyarakat.

Katanya penggunaan ubat-ubatan peransang seks yang mengandungi "sildenafil" tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh mengakibatkan kesan sampingan amat berbahaya seperti tekanan darah rendah, sakit otot, gangguan pada perut, gangguan penglihatan, radang pundi kencing dan sesak nafas yang boleh membawa kematian. – BERNAMA

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Isu Projek Tanah <b>Di Gua Musang</b> : Pemimpin UMNO Sila Bertanya <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 11:07 PM PST

Saya merujuk kepada beberapa laporan akhbar yang masih lagi memainkan isu berkenaan sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Sekalipun penjelasan telah diberikan panjang lebar dalam kenyataan sebelum ini, tetapi kelihatan pemimpin UMNO bersama beberapa NGO pro UMNO masih belum faham atau 'berpura-pura untuk tidak faham'.

Hari ini, 25 Disember 2012, dilaporkan di dada-dada akhbar desakan NGO Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wira PERKASA dan Pertubuhan Minda Orang Muda (MOM) agar penjelasan dibuat oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Begitu juga akhbar semalam 24 Disember 2012 di mana Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Haji Mohd Fatmi Haji Che Salleh juga turut mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Kenyataan-kenyataan ini seolah-olah ingin menyebut bahawa projek yang dilaksanakan oleh syarikat ini ialah rahsia sehingga ia terdedah dengan laporan blog pisau.net. Dalam hal ini, suka untuk saya nyatakan bahawa projek ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia dan satu surat kelulusan telah dihantar kepada pihak Upayapadu Plantation Sdn Bhd pada 12 Oktober 2005 dan ditandatangani sendiri oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.

Manakala surat kedua pula ialah daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia  kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia bertarikh 16 Januari 2006 yang turut menyokong permohonan syarikat tersebut bagi tujuan meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negeri Kelantan. Surat tersebut ditandatangani olah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia pada masa itu iaitu Dato Dr Awang Adek bin Hussin. Salinan surat-surat tersebut saya kepilkan bersama untuk rujukan.

Justeru, saya kira semua pihak di Kelantan terutama pemimpin UMNO dan NGO-NGO boleh bertanya terus kepada Dato Dr Awang Adek berkenaan isu ini. Menyentuh kenyataan Pengerusi OMBAK agar YAB Tuan Guru Menteri Besar mendakwa blogger pisau.net jika benar ia merupakan satu fitnah, saya kira OMBAK boleh bersabar. Mana tau, jika nasib baik, OMBAK pun boleh dimasukkan bersama dalam senarai defendan nanti.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Setiausaha Akhbar,

YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 25 Disember 2012

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


perjalanan hidup: Calon PR <b>di Ketereh</b>

Posted: 18 Aug 2012 11:01 AM PDT

Hari ini hari raya. Esok lusa mungkin pilihanraya pula. Ramai anak Kelate kembali ke kampung halaman menyebabkan keadaan jalanraya di Kelantan sesak disetiap penjuru. Kelantan dibahagi kepada dua bahagian iaitu kiri kanan sungai Kelantan. Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli dihubungkan jajahan lain dalam Kelantan dengan 5 jambatan. jambatan Tanah Merah, Pasir Mas, Tendong dan Sultan Yahya Petra manakala satu lagi ialah jambatan keretapi Kusial. Di jambatan ini memang akan jem sehingga 2-3 kilometer setiap kali raya.
Dalam parlimen Ketereh pula, biasanya jalan akan sesak di Ketereh, Kok Lanas dan kini ditambah lokasi baru iaitu Kedai Melor dimana kesesakan berlaku dipersimpangan lampu isyarat yang baru siap 5-6 bulan lepas. Puas hati juga sebab suara kawe utk diadakan lampu isyarat di Pekan Melor telah dilaksanakan tetapi tidak memenuhi permintaan iaitu tidak melebarkan jambatan taliair yang sempit terlebih dahulu. 
Selesai soal kesesakan dihari raya. Kawe nak cakap soal pilihanraya akan datang terutama mengenai calon Pakatan Rakyat (PR) di Ketereh. YB Aziz Kadir disahkan akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008 itu dengan berhadapan mana-mana calon dari Barisan Nasional amnya UMNO Ketereh.
Dalam keadaan sekarang lawan Aziz Kadir dijangkakan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memandangkan populariti yang beliau raih melalui kecemerlangan bolasepak Kelantan ketika ini. Biarpun ada yang mengatakan soal politik dan bola adalah lain-lain namun bagi kawe ianya tidak boleh lari dari tempias bola TSAM ini.
Oleh kerana ramai menjangka TSAM boleh mengalahkan Aziz Kadir dengan mudah apatah lagi sifir di Parlimen Ketereh yang berselang seli dari sudut kemenangan maka kali ini tentulah giliran UMNO BN untuk menang. Maka ada la suara sumbang yang cuba menjatuhkan Aziz Kadir supaya tidak dicalonkan sekali lagi dengan menggantikannya dengan calon PAS. 
Sudah habis kedai kopi dijajanya cerita akan Aziz Kadir ini akan kalah dan tidak relevan lagi untuk mempertahankan kerusinya. Manakala anak-anak buahnya pula cuba menaikkan isu bahawa PKR sudah tidak relevan di Kelantan. Ini menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan ini kerana musim pilihanraya kian hampir. Aziz Kadir juga terasa hati dengan kaedah makan 'gu' ini.
Keinginan menjadi calon tidak ada salahnya tapi kaedah yang dibawa dalam usaha mendapatkan tempat sebagai calon adalah amat dikesali. Kawe sendiri rasa terkilan kerana ianya tidak sepatutnya berlaku dikala ini.
Diharap akan ada kerjasama dan pembetulan dalam soal ini bagi menjernihkan keadaan..inikan hari raya...maka damaikanlah hati

Isnin, 18 Mac 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


20 penduduk <b>Pasir Puteh</b> dipindahkan akibat banjir | Free <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 08:40 PM PST

Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di Pasir Puteh, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai di Pasir Puteh.

"Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di Pasir Puteh, hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di Pasir Puteh mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat.

Sementara itu di Kota Bharu, penduduk terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang telah melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi ini ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.

Bacaan di sungai yang sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter).

Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga.

Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman.

- Bernama

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=67950

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Senarai Home Stay <b>di</b> Sekitar <b>Kok Lanas</b> - Persatuan Catur Negeri <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 02:17 PM PST


Untuk memastikan kemudahan peserta-peserta dari luar kawasan Kok Lanas yang menyertai Terbuka Kelantan 2012 ini, anda boleh cuba menghubungi Home Stay yang ada untuk penginapan
1. Adam guest house..rumah 3 bilik..2 aircond. .1 biasa.. RM150/night
Tel:    013 9411 451
         019 5414 053
2. City vision inn.. 4 bilik RM130/bilik
Tel: 013 2525 989
         013 9318 442
3. Homestay desa suria.. Rumah 2 tingkat..4 bilik.. 2 aircond 2 biasa.. RM250
Tel: 013 8580 028
         013 8589 012
4. Homestay di pinggiran..rumah 2 tingkat.. 4 bilik.. RM190/night..
Tel: 013 9354 634
         013 2496 751
5. Tatimmi guest house.. Rumah 3 bilik.. RM150/night
   Tel: 013 9140 020
         019 9888 503

Mengapa Sulu ceroboh <b>di</b> ambang PRU13? - laman kl-today.com

Posted: 06 Mar 2013 12:06 AM PST

KETEREH: Mungkinkah ada kaitan kemunculan penceroboh yang mendakwa pewaris kesultanan Sulu di Lahad Datu dengan tarikh pembubaran parlimen Malaysia? Dalam kehangatan isu berkenaan, penggal ke-12 Dewan Undangan Negeri Sembilan akan berakhir pada 22 Mac ini, manakala parlimen pula pada 28 April depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, ketika suasana politik sekarang dianggap ramai tidak menyebelahi Umno dan BN, tiba-tiba pula muncul isu lain.

Mungkinkah katanya, dalam suasana itu Umno mencari kaedah lain pula bagi meneruskan kuasa yang ada.

"Sedangkan kita tahu keturunan Sulu ada susur galurnya daripada keturunan Nabi Muhammad saw. Mereka terkenal dengan amalan Islam.

"Bagaimanapun rakyat kecewa cara pengurusan isu Lahad Datu yang dilakukan kerajaan. Kerajaan BN seperti lumpuh. Timbul persoalan kalangan rakyat mengapa penceroboh datang ketika dekat tarikh tarikh PRU13," katanya pada program solat hajat keamanan di Kok Lanas malam tadi.

Pada program berkenaan diadakan solat hajat diketuai anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat. (Gambar atas)

Program yang bermula solat Maghrib diadakan di padang Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas disertai ribuan rakyat Kelantan.

Isu pencerobohan di Lahad Datu yang berlarutan hampir sebulan berakhir dengan tragedi berdarah apabila ramai penceroboh dan anggota keselamatan menjadi korban.

Bagaimanapun isu berkenaan menjadi begitu rumit apabila berita dari Manila mendakwa komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang pernah dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam ketika memberitahu Buletin Manila, MNLF disebutnya mempunyai simpanan senjata yang banyak disembunyi di Sabah dibekal pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan pasukan Sulu.

Sebelum ini isu kad pengenalan kepada warga asing dibongkar pada perbicaraan dikendalikan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah, di mana ada dakwaan ribuan penduduk Filipina diberi IC.

Husam berkata, projek IC ada kaitan dengan usaha bagi menumbangkan kerajaan PBS di Sabah pada 1995.

Oleh itu katanya, kebimbangan sekarang kerajaan boleh mengulangi sejarah yang pernah dilakukan dengan mengisytiharkan Mageran (darurat) di Kelantan pada 1977 bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Beliau juga meluahkan rasa terkejut ketika isu keselamatan diperkatakan meluas, Majlis Keselamatan Negara pula dikatakan menganjur forum politik di Tanjung Chat dengan mengundang pemimpin Umno dan wakil dari selatan Thailand.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, projek IC membabitkan ramai warga asing kemungkinan besar akan menimbulkan krisis serupa pada masa datang.

"Sekarang rakyat Filipina yang membuat onar, mungkinkah pada masa hadapan rakyat  Indonesia, Bangladesh atau mana-mana negara yang diberi IC mengambil tindakan serupa.

"Inilah persoalannya sekarang. Di sebalik isu di Lahad Datu seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan. Oleh itu kita menuntut Perdana Menteri menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


2 Penjenayah Ditembak Mati <b>Di Kuala Krai</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Feb 2013 05:14 PM PST


KOTA BHARU – Polis menembak mati dua anggota kumpulan samun bersenjata selepas mereka "menculik" seorang kerani syarikat kewangan yang membawa wang tunai RM50,000, di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berbalas tembak itu, dua lagi rakan penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri ke kawasan hutan berhampiran tempat kejadian.

Beliau berkata kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 dan 1 tengah hari selepas kerani lelaki berusia 23 tahun itu baru mengeluarkan wang tunai RM50,000 dari sebuah bank di bandar Kuala Krai.

"Kumpulan penjenayah itu yang menaiki kereta Perodua Myvi mengekori kereta mangsa sebelum menahan dan melarikan mangsa bersama wang tunai berkenaan sejauh 50 kilometer," katanya kepada pemberita selepas merasmikan OPS Selamat II Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Kubang Kerian. – BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Beranikah Kerajaan PAS Kelantan Mencontohi Penyelaras DUN <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 02:01 AM PST


CTS ingin bertanya kepada kepada Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, EXCO dan ADUN-ADUN PAS Kelantan, beranikah mencontohi cara kerja yang dilakukan oleh Penyelaras DUN Mengkebang? Haji Azizzuddin Hj Hussein, bekas ADUN di DUN berkenaan sebelum tewas kepada calon PAS di dalam PRU12 bukan sahaja meletakkan alamat Facebooknya di kain rentang, malah beliau juga meletakkan nombor telefon peribadi sekiranya Rakyat ingin bertanyakan mengenai pembinaan madrasah baru di Kampung Mial. 
Ini bukan perletakan batu asas yang sering dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan yang hanya akan tinggal batu asas selepas itu. Ini adalah pembinaan betul-betul madrasah! Kata Kerajaan Kelantan hendak berkhdimat kepada rakyat hendak membuat negara berkebajikan? Kalau nombor telefon pun takut nak bagi kepada Rakyat nampak sangat tidak berani berdepan dengan Rakyat. Ke guano?

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Lembaran Sebuah Kehidupan: Kesabaran itu ada batasnya...

Posted: 12 Mar 2013 08:36 PM PDT


Kita sebagai manusia biasa, tak lari dari dugaan. Tak lari dari diuji. Samada kita dihina, dicaci, dipandang rendah, tidak dipedulikan, dipermainkan dan tidak mendapat izin kahwin (aik??). Ujian akan datang melanda samada kita bersedia atau tidak. Kebiasaannya, sahabat-sahabat prihatin di sekeliling, mahupun kaum keluarga hanya mampu memberikan kata-kata ~ sabar. sabar. sabar...
Manusia. Lama mana sekalipun dia cuba bersabar, pasti akan sampai di satu tahap batasnya, di mana sebagai manusia biasa yang tidak maksum, ditambah dengan hasutan syaitan kiri dan kanan telinga, yang bergayut di hujung-hujung hati, sabar itu pasti sampai jua di penghujungnya. Meletup, meletus dan mencetuskan api yang marak membara. 
Aku juga hanya manusia biasa. Yang diuji di kiri kanan jalan penghidupan. Yang telah lelah dengan ujian, yang masih cuba bersabar walau dugaan demi dugaan menyapa ruang jiwa. Namun adakalanya aku tewas.
Gambar dah pandai edit guna PhotoGrid ok...
Sejak kemunculan Note, hati ini dipagut rasa cinta pandang pertama. Tak tau kenapa tapi segala SII, SII, S beam, iphone segala tak berjaya mencurik hatiku ini. Entah mengapa perasaan cinta itu mendalam sekali. Sangat cinta. 
Tapi aku hanya pandang. Rasa macam tak perlu and tak mampu pun nak beli. Kemudian teman-teman mula membakar api dalam sekam. eyh?? Diorang beli dulu! Cis sungguh! Tiba-tiba Note II keluar. Kemudian seorang teman lagi rembat. Apalagi, makin rancak la kata-kata hinaan daku terima. Sehingga 1 hari yang dingin, daku tak mampu lagi menahan kesabaran ini. Alhamdulillah, kini dalam genggaman. Hasil titik peluh sendiri. 
The black one is mommy punya. Sibuk nak Note II jugak. hahahhaa... I took the white one. The pink cover, gua pow mak gua. Tq mommy.
Sony Ericsson Walkman W660i
the reason mengapa mereka menghina i
Masih guna. masih in good condition.

Lembaran Sebuah Kehidupan: Susu Anlene

Posted: 13 Mar 2013 09:34 PM PDT


Menghairankan bagaimana makanan pertama yang masuk ke dalam badan kita adalah susu tetapi apabila sudah dewasa kelak, sudah lupa macam mana nak minum susu. Macam geli dan loya pula tekaknya untuk meminum sebuah gelas yang mengandungi susu. 
Ya... aku adalah antara manusia itu. Entah mengapakah terjadinya fenomena itu. Siapa boleh terangkan, angkat tangan...
Seperti yang diwar-warkan dalam tv dan iklan yang kompem akan menyatakan produk mereka adalah terbagus dan terlaris dalam pasaran, Anlene adalah satu-satunya iklan yang menekankan tentang pengambilan susu untuk kalsium yang perlu dibekalkan kepada badan kita. Aidid Marcelo dan famili pun minum Anlene katanya.
Kerana telah berada dalam usia awal 30-an, maka dengan ini aku harus disiplinkan diri mengambil pemakanan sihat. Pemakanan sihat la sangat~~ susu je pun... Hahahaha... Sebenarnya sebelum ni pun dah ada war-warkan konon nak ambik Anlene dan jadi disiplin. Cita-cita terkulai layu di tasik madu. Anlene tersebut telah tamat tarikh dan bungkusannya tidak dibuka pun. Kahkahkah... 
Maka dengan ini, saya try beli Anlene bungkusan kecik dahulu. Beli di pasaraya bawah area rumah je. RM6.70. Trial pack ah ni. Pagi tadi, instead of minum nescafe macam biasa, aku minum Anlene pule. Istikamah ka? We wait and see la...
haruslah perasa coklat...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


QUDWAH HASANAH: SKBTK & SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 09 Oct 2012 08:50 AM PDT


Selepas ke SK Zainab (2), kami menyusul pula ke SK Bunut Payong. Nak melawat Pra Sekolah bertaraf 5 bintang.
Alaaa...siannya rombongan kami terpaksa berjalan kaki masuk ke SK Bunut Payong. Macam rombongan ke rumah pengantin. Tema pakaiannya hitam merah. Tapi tak nampak la pulak dulang-dulang hantaran. Ketua rombongan kami (bapa pengantin) yang depan sekali tu, En Mustaffa Kamal bin Haji Jamlus. Hik-hik-hik...

Tuan rumah pula pakaiannya bertema hitam putih. Yang berbaju batik hitam putih tu la tuan rumah yang sedia menyambut kedatangan rombongan kami.  Kami disambut dengan penuh mesra. Ramah tamah gitu. Tersenyum senang En Mustaffa Kamal selaku ketua bila rombongannya disambut baik. Ramah mesra orang Kelantan ni. Terima kasih warga SK Bunut Payong kerana sudi menerima dan menyambut baik kedatangan kami.


Selepas jauh berjalan, kami dipelawa masuk ke bilik jQAF. Alhamdulillah...tersenyum lebar cikgu-cikgi SKBTK bila ternampak gelas-gelas yang siap berisi air oren. Masuk-masuk je semua menuju ke meja air. Semua menarik nafas lega selepas dapat minum air. Mana taknya, kami didera pemandu bas berjalan di bawah terik panas matahari. Berapa kilometer agaknya ya? Habis juga air sebalang tu. Tuan rumah pun macam tau-tau kami kering tekak. Dihidangnya air kat situ. Terima kasih sekali lagi...


Guru Besar SK Bunut Payong, Puan Sharifah Rahayah bt Syed Ahmad memberi ucapan aluan dan taklimat tentang Pra Sekolah yang mencapai 5 bintang. Keramahan dann kemesraan yang ditunjukkan oleh kak Pah menjadi bualan dan disebut-sebut oleh warga SKBTK. 



Ucapan balas dari Guru Besar kami En Mustaffa Kamal. Tidak kurang hebatnya. Balik Kajang lepas ni mesti banyak perubahan yang bakal dibuat. Ya la, nak mencapai taraf 5 bintang bukan senang. Selepas ucapan taklimat tuan rumah dan ucapan balas ketua rombongan (tak ubah majlis meminang), kami dibawa melawat kedua-dua kelas Pra dan kelas pemulihan. Memang hebat kelasnya. Ceria, padat dengan bahan. Tak ada langsung ruang kosong. 


Ni la dia taiko-taiko pra. Yang sebelah kanan tu cikgu Azizah salah seorang guru Pra di Sk Bunut Payong. Yang sebelah kiri berbaju merah tu pula taiko Pra SK Bandar Teknologi Kajang cikgu Zainab. Selamat berkenalan la ya. Dan selamat bertukar-tukar idea. Jangan lupa ambil nombor telefon sekali ya!...


Selepas selesai sesi lawatan, kami dihidangkan dengan hidangan makan tengah hari yang cukup istimewa. Nasi yang tersohor di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Nasi kerabu dengan lauk pauknya sekali. Lengkap. Terima kasih sekali lagi warga SK Bunut Payong.

Memang sedap nasi kerabunya. Tengok tu...semua cikgu dan cikgi Bandar Teknologi Kajang tunduk khusyuk menikmati keenakan dan kelazatan nasi kerabu kuning. Kata orang mak mertua lalu ikut belakang pun tak nampak. Memang la dah namanya pun lalu ikut belakang. Kalau nak suruh nampak lalu sebelah depan la.  


Selesai menikmati hidangan makan tengah hari, kini tibalah acara kemuncak. Acara menyerahkan cenderamata (buah tangan) sebagai tanda perkenalan. GB menyampaikan cenderamata yang kami bawa jauh khas untuk SK Bunut Payong. Istimewa dari kami sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi menerima lamaran kami beberapa bulan yang lepas. Dan kini tiba masanya menerima kunjungan kami. Takder apa sebenarnya, cuma frame gambar cikgu-cikgi SKBTK. Kalau rindu kami renung-renunglah gambar tu ya!...


Ni pula sesi penyampaian cenderamata dari pihak SKBTK kepada En Alim dan En Rostan wakil JPN Kelantan yang sudi mengiringi rombongan kami selama dua hari ke Kelantan. Terima kasih daun keladi kepada encik berdua.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Assassin Cyber: Kayu balak TG Nik Aziz bergelimpangan <b>di Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 01:25 AM PST


RANTAU PANJANG – Penduduk yang sedang nyenyak tidur, awal pagi semalam di Kampung Kubang Rambutan, dikejutkan dengan dentuman kuat akibat treler balak terbalik di hadapan sebuah rumah, di sini.
Kebanyakan penduduk yang terjaga meninjau keadaan dan mendapati kayu balak bergelimpangan di halaman rumah itu, malah treler berkenaan turut menghempap sebuah lori diletakkan berdekatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku ketika pemandu treler berkenaan dalam perjalanan dari Ipoh, Perak ke kilang kayu di Lubok Jong.
Pemilik kediaman terlibat, Mohd Zain Yaacob, 40, berkata, dia yang tinggal di rumah itu sejak 19 tahun lalu terkejut kerana bunyi begitu kuat seolah-olah benda meletup.
Menurutnya, dia bergegas keluar rumah untuk melihat punca bunyi dan melihat banyak kayu balak di hadapan rumahnya.
"Selepas melihat keadaan di halaman rumah, saya mengejutkan keempat-empat anak serta isteri serta mengajak mereka tidur pada bahagian belakang rumah.
"Rumah tidak terjejas, cuma tangga mengalami sedikit kerosakan terkena kayu balak yang jatuh dari treler," katanya.
Sementara itu, pemandu lori yang dihempap, Wan Mohd Zuki Wan Mohd Nor, 40, berkata, dia dimaklumkan Wan Mohd Zuki berhubung kejadian tidak lama selepas kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, lori berkenaan memang diletakkan di hadapan rumah itu sejak tiga tahun lalu, tetapi belum pernah berlaku kejadian tidak diingini dan kemalangan semalam merupakan kejadian pertama.
"Lori rosak pada bahagian belakang akibat kejadian itu, kerugian belum dapat dipastikan, saya menjangkakan melebihi RM10,000," katanya semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian sehingga berita ini ditulis. Sinar

ads